Model ASSURE
Semua guru yang
melaksanakan tugas dengan penuh komited perlu mengetahui APA yang hendak
dilakukan dan BAGAIMANA merancang sesuatu pengajaran dan melaksanakannya. Reka
bentuk pengajaran (RP) adalah antara aspek yang penting dalam menghasilkan
sebuah pengajaran yang berkesan.
Model ASSURE : MODEL
BERORIENTASIKAN BILIK DARJAH
Model RP berskala kecil
yang tertumpu kepada perancangan bagi satu pengajaran.
AS S U R E
- A Analyse Learner
(Analisis Pelajar)
- State Objective
(Nyatakan Objektif)
- Select Method, Media
& Materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
- Utilise Media and
Materials (Gunakan media dan bahan)
- quire Learner
Perticipation (Dorong penglibatan pelajar)
- Evaluate & Revise
(Nilai dan Semak)
Ciri-ciri umum,
dekskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan dan latar belakang sosio-ekonomi
Kompentensi khusus peringkat masuk , berkaitan dengan penegtahuan dan kemahiran
sedia ada pelajar dan kandungan pelajaran Stail pembelajaran,menerangkan
bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan
persekitaran. Analyse Learner (Analisis Pelajar)
Objektif pembelajaran
bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar, cuma ia merupakan tahap yang
minium tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada
pengajaran yang dijalankan. Objektif harus difokuskan kepada apakah
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru dipelajari. State Objective
(Nyatakan Objektif)
Keberkesanan pengajaran
bergantung kepada pemilihan kaedah, media dan bahan , ia melibatkan TIGA
langkah utama, iaitu : Memilih kaedah Memilih media Mereka bentuk media Select
Method, Media & Materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
Memilih Kaedah Kaedah
yang digunakan dalam satu pengajaran terdapat beberapa peringkat dalam
pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza. Kaedah yang dipilih
berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.
Memilih media Pemilihan
media berasaskan kriteria iaitu : Sepadan dengan kurikulum Maklumat tepat dan
terkini Bahasa dengan jelas dan tepat Menarik minat dan mencetuskan motivasi
pelajar Menggalakkan penglibatan pelajar Mempunyai teknikal kualiti yang baik
Terdapat bukti keberkesanannya. Bebas daripada biasa Mempunyai buku panduan
yang lengkap
Mereka Bentuk Media
Terdapat 7 perkara yang perlu diambil kira, iaitu : Objektif Pelajar Kos
Kepakaran teknikal Peralatan Fasiliti masa
Penggunaan media dan
bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal kerana walau secanggih
atau secantik manapun media yang dihasilkan, jika ia gagal digunakan dengan baik,
ia akan memberi kesan yang negatif kepada pembelajaran. Utilize Media and
Materials (Gunakan media dan bahan)
Bagi mempastikan bahawa
proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti
pembelajaran seperti membuat latihan , perbincangan, latih tubi, kuiz dan
projek. Penglibatan pelajar yang aktif membantu guru mencapai objektif yang
dikehendaki. Require Learner Participation (Dorong penglibatan pelajar)
Penilaian ialah proses
membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan
mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Sebelum
pengajaran, analisis pelajar perlu di lakukan untuk disesuaikan dengan
kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Evaluate & Revise (Nilai dan
Semak)
Rumusan
Walaupun terdapat banyak
model RP, semuanya mempunyai kepentingan dan tunjang proses yang sama, yang
mana : Menentukan keperluan pelajar. Menentukan matlamat dan objektif, Membina
prosedur dan penilaian. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian. Mencuba
sistem pengajaran. Menilai keseluruhan sistem.
Minggu 3: Kurikulum & Pengajaran
Definisi Kurikulum
Kurikulum adalah
rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Ia juga ialah rancangan
untuk pembelajaran.
Di Malaysia, setiap
sekolah mengikut kurikulum adalah sama yang
dirancang oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.
Melalui kurikulum
ini, pihak sekolah membekalkan ilmu & pengalaman pembelajaran pada orang
ramai. kurikulum &
sekolah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Guru mainkan peranan
penting dalam pelaksanaan kurikulum.
KONSEP KURIKULUM
1.
Dokumentasi
khas & panduan.
2.
Tumpuan
kepada kaedah penyampaian.
3.
Program
pengajian yang merujuk kepada mata pelajaran
4.
Membentuk
pengalaman pembelajaran terancang.
5.
Konsep
yang tersirat.
MATLAMAT/ OBJEKTIF KURIKULUM
1.
Garis
panduan & penentu sempadan ilmu.
2.
Penyampaian
maklumat ikut peringkat.
3.
Relevan
& sesuai dengan kehendak semasa.
4.
Membina
modal insan abad ke 21.
5.
Melahirkan
insan seimbang.
6.
Kurikulum
yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.
7.
Melahirkan
insan yang sayang & cintakan tanah air.
FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM
Idealisme : Ilmu
diperolehi dari kebolehan berfikir.
Realisme : Kebenaran
adalah apa yang dapat dilihat
Paramatisme : Idea
yang dapat dipraktikkan adalah benar.
Perianelisme :
Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.
Essentialisme :
Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran
Progressivesme :
Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan
Rekonstrutionalisme :
Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu
Eksistentialisme
:Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.
DEFINISI KOKURIKULUM
Kokurikulum merupakan
satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang terancang.
Gerakerja ini
merupakan lanjutan daripada proses pengajaran & pembelajaran di dalam bilik
darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada
pelajar untuk menambah, mengukuh & mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta
nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Gerakerja kokurikulum
dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu:
A. Unit Badan
Beruniform
B.
Persatuan/Kelab
C. Sukan/Permainan
OBJEKTIF
GERAKERJA KOKURIKULUM
1. Membentuk pelajar
berkualiti, berdaya maju & berani menghadapi cabaran.
2. Mempertingkatkan
kecekapan kepimpinan & berkomunikasi dengan berkesan.
3. Mengembangkan
& meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis
& kreatif.
4. Memperolehi ilmu
pengetahuan , menguasai kemahiran serta dapat mengamalkan dalam kehidupan
seharian
5.Menyedari tentang
kepentingan kesihatan diri & sentiasa berusaha untuk memeliharanya.
RASIONAL GERAKERJA
KOKURIKULUM
1. Mengamalkan &
mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah.
2. Memupuk &
mengeratkan hubungan di kalangan pelajar & antara sekolah dengan masyarakat.
3. Mengisi masa
lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, berfaedah serta memelihara
kesihatan fizikal & mental.
4. Membantu pelajar
melengkapkan bidang akademik dengan memupuk kesedaran tentang pemilihan
kerjaya.
5. Memberi peluang
kepada pelajar melengkapi bidang akademik dengan memupuk sikap yakin kepada
diri sendiri & berdikari.
Definisi Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum ini
merupakan pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh
pelajar dan kesannya adalah di luar kawalan guru.
Pembelajaran
sampingan berlaku disebabkan cara kurikulum itu disusun & kaedah-kaedah
pengajaran yang diterapkan oleh guru & persekitaran di sekolah.
Kurikulum tersembunyi
juga adalah segala amalan-amalan di sekolah yang kadangkala dilakukan tanpa
difikirkan tujuannya.
Kurikulum tersembunyi
sangat penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang mengambil kira
pelbagai aspek kepelbagaian sosio-budaya & ini secara tidak langsung
memberikan implikasi kepada pelajar tanpa mengira kaum.
Ciri-ciri Kurikulum tersembunyi @ tersirat
1) Merangkumi semua pengalaman pembelajaran
yang didiperolehi pelajar yang mana mereka belajar.
Alam persekolahan
ialah suatu pengalaman murid yang menyeronokan, menakutkan & tempat mereka
berjumpa serta berinteraksi dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan budaya.
Contoh: pengalaman
pembelajaran pada peringkat awal sistem persekolahan formal & berterusan.
2) Boleh menjadi objektif pembelajaran
tetapi hasil pembelajarannya bersifat relatif & sukar diukur secara
kuantitatif.
Relatif meliputi
ideologi, keyakinan,nilai budaya masyarakat yang mempengaruhi sekolah.
Ini bermakna
masyarakat yang menetapkan pengetahuan yang harus diwarisi & yang tidak
perlu diwariskan pada generasi muda yang memimpin dan menerajui masyarakat yang
membawa implikasi pengaruh pada pelajar sepanjang persekolahan. .
Contoh: sistem
pengurusan kelas, ruang kelas,aturan yang diterapkan & sebagainya.
3) Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk
bersama oleh pelaksana kurikulum samada guru & murid.
Contoh: guru
menerapkan sifat kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Secara tidak langsung
dapat diterapkan ke dalam diri pelajar sepanjang proses P&P berlaku.
4) Berbeza-beza
bergantung kepada lokasi, persekitaran & latar belakang pelaksana
kurikulum.
5) Boleh menyatukan
pelajar pelbagai kaum.
Contoh: mengadakan
pertandingan permainan tradisional boleh menyatukan murid pelbagai kaum. Dengan
ini pelajar dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing &
secara tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan.
6) Terdiri daripada
jenis @ kategori yang berbeza-beza mengikut tahap pembelajaran & matlamat
kurikulum itu sendiri.
7) Berperanan
membentuk perubahan fungsi sosial pendidikan.
Contoh: apabila guru
mengadakan aktiviti kelas secara berkumpulan, guru membahagikan kumpulan untuk
menggalakkan interaksi antara pelajar yang berlainan kaum.
DEFINISI PERANCANGAN
Perancangan bermaksud
perbuatan, tindakan & usaha yang dijalankan dalam merancang sesuatu.
DEFINISI PERANCANGAN KURIKULUM
Suatu cara pemilihan
kurikulum & pengatur rancangan sesudah mendapat segala fakta, data, unjuran
& juga kesesuaian dalam semua nilai-nilai profesional.
Untuk merancang
kurikulum, adalah penting untuk memberikan kenyataan @ huraian matlamat dibuat
dengan tepat, jelas & logik.
Peringkat perancangan kurikulum:
a) Peringkat awal
– untuk menonjolkan, membeza dan menyemarakkan
rangsangan yang mana rangsangan boleh wujud dalam suasana sosial, politik, pemikiran pihak pentadbir, pengajar
mahupun pelajar.
b) Peringkat kedua
– untuk bertindak
agar gerak balas akan berterusan & sesuai.
Fungsi Perancangan Kurikulum
1.
Mengesan
& memilih kemudahan @ sumber-sumber dalam persekitaran institusi,
universiti yang bersesuaian.
2.
Merapatkan
jurang perbezaan kurikulum yang mungkin mengakibatkan tindakan yang berat
sebelah.
3.
Mengelak
daripada pertindihan kurikulum.
4.
Mengelak
daripada gerak balas kurikulum yang keterlaluan, tidak penting & tidak
bersesuaian.
5.
Mengkaji
& memilih kurikulum.
6.
Menentukan
keutamaan & memilih kurikulum.
7.
Mengelak
daripada mewujudkan kurikulum yang tidak mempunyai kekuatan @ tidak boleh
dilentur.
8.
Memperbetulkan
keutamaan setelah mendapat maklum balas dalam penilaian.
9.
Mentafsir
kehendak, keupayaan serta kemampuan institusi berkenaan.
Minggu 4 Kaedah
Pengajaran Abad ke-21
Kaedah Pengajaran
Abad ke-21
- Pembentangan
- Demonstrasi
- Latihan dan Amalan
Kaedah Pengajaran Abad ke-21
Penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran
(P&P).
Pendidikan abad Ke-21
merupakan anjakan paradigma dalam proses P&P oleh guru yang
mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber yang berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) untuk keberkesanan sesuatu proses P&P.
Dalam erti kata lain,
proses P&P pada abad yang ke 21 memanfaatkan penggunaan ICT.
1)Pembentangan
Pembentangan
membenarkan pelajar untuk menyebarkan ilmu dari hasil penyelidikan atau dapatan
sesuatu kajian dengan lebih berkesan.
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT Pembentangan:
1.
Membantu
pelajar membina makna yang tidak terdapat dalam pembacaan mahupun dalam
penulisan.
2.
Membentuk
keyakinan diri, kecerdasa fikiran pelajar dan meningkatkan keberkesanan
berkomunikasi.
3.
Boleh
digunakan dalam semua bidang pembelajaran.
Kelemahan Penggunaan
Pendekatan ICT Pembentangan:
1.
Fakta
atau perkara penting boleh jadi terkeliru atau hilang apabila tidak ada
pengawasan oleh guru.
2.
Pembentangan
yang dilakukan akan memakan masa yang lama.
Contoh Bahan: e-Pembentangan
2) Demonstrasi
Demonstrasi atau
dikenali sebagai kaedah tunjuk cara merupakan satu kaedah pembelajaran dengan
menunjukkan contoh atau membuat uji kaji, memerlukan penglibatan guru dan pelajar
secara praktikal serta memerlukan lisan (penerangan) yang jelas, pemerhatian
dan pendengaran yang baik.
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT Demonstrasi:
1.
Menarik
perhatian pelajar supaya tidak bosan.
2.
Meningkatkan
daya ingatan pelajar.
3.
Meningkatkan
keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
4.
Membolehkan
pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT
Demonstrasi:
1.
Lebih
tertumpu kepada peralatan yang digunakan semasa mengajar.
2.
Memerlukan
fokus dan perhatian yang secukupnya daripada murid.
3.
Guru
terlalu banyak bercakap sehingga tumpuan murid beralih dari memerhatikan apa
yang didemonstrasikan kepada penerangan guru.
Contoh Bahan: e-Demonstrasi
3)Latihan dan Amalan
Merupakan suatu
proses memperolehi dan memperbaiki kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diperlukan untuk mempertingkatkan prestasi kerja. Untuk mengukur tahap
kecerdasan pelajar terhadap sesuatu subjek latihan dan amalan perlu
dilaksanakan dalam proses P&P.
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT Latihan & Amalan:
1.
Membina
keyakinan diri pelajar.
2.
Kaedah
bersesuaian untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
3.
Memerlukan
penglibatan semua pelajar.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT
Demonstrasi:
1.
Mengehadkan
kebebasan pelajar untuk berfikir dan mereka perlu lebih memberi penumpuan dalam
proses P&P.
2.
Mewujudkan
perasaan bosan dalam kalangan pelajar.
Contoh Bahan: e-Latihan
MINGGU 5 Kaedah Pengajaran Abad ke-21
Kaedah Pengajaran
Abad ke-21
-
Tutorial
-
Discussion
-
Pembelajaran
kolaboratif
1)Tutorial
Menurut kaedah ini
ICT digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang
telah ditetapkan. Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini
mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbi ng,.memberi latihan dan menilai
pencapaian. ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk
menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial ini merangkumi
Pembelajaran
ekspositori
-
Demonstrasi
sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
-
Latihan
atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
Alat ICT yang selalu
digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan
sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah
Computer Assisted Instruction (CAI). digunakan untuk menggambarkan penggunaan
komputer dalam P&P. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted
Instruction atau Intelligent Tutoring System digunakan seiring dengan
perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri
kecerdasan.Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai
maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan
perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya
berciri multimedia.
1.
Mempersembahkan
maklumat
2.
Membimbing
3.
Menyediakan
/ memberi latihan
4.
Menilai
pencapaian
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT Tutorial:
1.
Penggunaan
ICT dapat mengindividukan pembelajaran
2.
Penggunaan
ICT membolehkan murid belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri.
3.
Penggunaan
ICT meningkatkan motivasi pelajar.
4.
Pelajar
boleh belajar tanpa pengawasan atau dengan pengawasan guru yang minimum.
Kelemahan Penggunaan
Pendekatan ICT Tutorial:
1.
mengakibat
pembaziran masa dan tenaga
2.
menghalang
penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
3.
menjurus
ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
4.
mengakibat
lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu
Contoh Bahan: e-Tutorial
2) Perbincangan
Perbincangan formal
pada abad ke-21 melibatkan laman-laman web yang direka khas untuk perbincangan
di antara guru & pelajar seperti melalui media What'sApp, WeChat, Facebook,
Wiggio dan sebagainya.
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT Perbincangan:
1.
Meningkatkan
kemahiran pelajar untuk mengeluarkan
pendapat & berkomunikasi antara satu sama lain.
2.
Pelajar
dapat menguasai kemahiran mendengar & memahami sesuatu perbincangan.
3.
Mengekal
minat & penglibatan pelajar
4.
Menggalakkan
pelajar berkolaborasi& bertukar pendapat.
Kelemahan Penggunaan
Pendekatan ICT Perbincangan:
1.
Perbincangan
adalah terhad dan tidak menyeluruh apabila pelajar tidak melibatkan diri.
2.
Memerlukan
rangkaian internet dan kelajuan akses yang maksimum untuk melakukan
perbincangan secara live (serentak).
Contoh Bahan: e-Perbincangan
3) Pembelajaran kolaboratif
Kaedah pembelajaran ini berasaskan
kepada satu idea bahawa pembelajaran yang melibatkan tingkah laku sosial yang
berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal. Kaedah ini bermaksud
bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan secara
bersama. Ia merujuk kepada penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil bagi memaksimakan hasil pembelajaran. Ia
memerlukan penglibatan pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti kolaborasi
Semua individu terlibat dalam menyelesaikan masalah di samping dapat memupuk
semangat kerjasama dalam setiap
kumpulan. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pembelajaran, pelajar perlu
menyelesaikannya di dalam kumpulan. Pembelajaran lebih bermakna &
bermanfaat kepada pelajar.
Kelebihan Pendekatan
Pembelajaran Kolaboratif:
1.
Memupuk
semangat kerjasama
2.
Mencetuskan
kemahiran penyelesaian masalah.
3.
Kemudahan
berkomunikasi.
4.
Kemudahan
mendapatkan maklumat dan menyebarkan maklumat
5.
Memberi
peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran
masing-masing.
6.
Mendorong
murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Kelemahan Pendekatan
Pembelajaran Kolaboratif:
1.
Pelajar
mudah leka dengan aplikasi lain
2.
Guru
semakin malas kerana semuanya berada di hujung jari.
3.
Penggunaan
kos yang terlalu tinggi
4.
Perlu
pemantauan terhadap pembelakaran pelajar
5.
Kurang
penglibatan pelajar menyebabkan aktiviti kolaborasi tidak dijalankan dengan
baik
Contoh bahan: Facebook, Twiiter, Wiggio dan lain-lain
Minggu 6: Kaedah Pengajaran Abad ke-21
Kaedah Pengajaran
Abad ke-21
-
Permainan
-
Simulasi
-
Discovery
1)Permainan
Merupakan satu kaedah yang menarik
& menyeronokkan bagi pelajar.
Digunakan oleh guru untuk memenuhi masa yang terluang. Unsur-unsur lain seperti
hiburan dan keseronokan yang terdapat dalam permainan akan merangsang pelajar
untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu
mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya
terlebih dahulu. Seterusnya ia akan dapat membantu pelajar dalam melatih
kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah.
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT Permainan:
1.
Memperkembangkan
kemahiran pendidikan imaginasi , pertimbangan , sintesis & perhubungan
secara lisan.
2.
Memberi
kesan yang kuat kepada daya ingatan pelajar.
3.
Menolong
mengatasi masalah pelajar yang berbeza kebolehan .
4.
Boleh
digunakan dalam semua bidang pembelajaran.
Kelemahan Penggunaan
Pendekatan ICT Permainan:
1.
Pelajar
akan menjadi leka dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap objektif dalam
permainan tersebut
2.
Memerlukan
kos yang tinggi untuk menyediakan peralatan permainan berasaskan teknologi
Contoh bahan: Video-game based learning
2) Simulasi
Merupakan suatu
kaedah dalam melakonkan sesuatu situasi berkaitan isu ataupun permasalahan.
Penggunaan kaedah simulasi dengan
perkembangan teknologi berlaku apabila dapat mewujudkan situasi dengan
menggunakan teknologi agar menyerupai keadaan sebenar dalam bentuk yang
dipermudahkan dan diringkaskan agar permasalahan yang berkaitan lebih mudah di
fahami dan diselesaikan. Simulasi memberikan gambaran kepada pelajar menerusi
alam maya dan membawa pelajar kepada realiti dunia yang sebenar.
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT Simulasi:
1.
Pelajar
dapat mempraktikan kemahiran sedia ada
dengan kemahiran baru.
2.
Memberi
peluang kepada pelajar memikirkan cara penyelesaian masalah secara spontan.
3.
Proses
pembelajaran adalah lebih berkesan kerana pelajar boleh bersedia dengan rapi
dengan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
4.
Memberi
peluang kepada pelajar untuk mencuba
sesuatu dalam keadaan yang selesa.
5.
Dapat
meningkatkan kemahiran pertuturan mereka & interaksi di antara mereka.
Kelemahan Penggunaan
Pendekatan ICT Simulasi:
1.
Situasi
yang diwujudkan mungkin di luar pengalaman pelajar.
2.
Hanya
pelajar yang terlibat sahaja akan mendapat faedah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Contoh bahan: E-simulasi
3) Penerokaan (Discovery)
Kaedah ini berlaku
apabila ICT digunakan sebagai medium untuk ;Mengakses dtau mencari maklumat
daripada CD atau internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau
melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknmya boleh dikawal. Dalam kaedah
ini murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah
penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi berikut ;pembelajaran berbentuk
inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan
Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi.
Penggunaan ICT dikata
untuk pembelajaran penerokaan apabila digunakan oleh murid sebagai medium
untuk:
1.
membolehkan
mereka mencari dan mencapai maklumat (daripada CD-ROM, Internet, portal
maklumat dll.)
2.
mengalami,
mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
3.
melihat
demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid pada
bila-bila masa murid memerlukannya.
Dalam pembelajaran
penerokaan, murid berkuasa mengawal dan menentukan maklumat yang diterimanya
melalui alatan ICT.Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya
menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
ICT Digunakan Untuk
Pembelajaran Penerokaan
Pendekatan ini amat
serasi dan menyokong pendekatan constructivism .iaitu teori pembelajaran yang
menekankan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman
pembelajaran yang authentic, social negotiation of knowledge dan kolaborasi .
Pelajar-pelajar di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book
yang boleh dicapai di laman web Central Intelligence Agency (CIA), atau kepada
ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta melalui Internet, Capaian juga boleh
dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
Bagi mengatasi
masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer
untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras
tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack.Selain daripada
mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat
yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan
lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Pembelajaran penerokaan
boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan.Penetapan masa
perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran
boleh memakan masa yang terlalu panjang.
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT Penerokaan:
1.
Memberi
peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
2.
Mendorong
pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
3.
Memberi
peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
4.
Memberi
peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti
pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.
Kelemahan Penggunaan
Pendekatan ICT Penerokaan:
1.
Proses
pengajaran dan pembelajaran akan memakan masa yang agak lama
2.
Lazimnya
pelajar akan mendapat rumusan yang berlainan daripada yang dirancang.
Contoh bahan: E-discovery
Minggu 7: Kaedah Pengajaran Abad ke-21
Kaedah Pengajaran
Abad ke-21
- Pembelajaran
Berasaskan Masalah
- Pembelajaran
berasaskan Projek
1)Pembelajaran
Berasaskan Masalah
Merupakan kaedah
pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai
fokus dalam proses pembelajaran. Bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar
agar menjadi lebih produktif, berusaha sendiri untuk mencari ilmu pengetahuan
dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih berkesan tentang masalah yang
berkaitan.
Objektif Pembelajaran
Berasaskan Masalah
Pelajar akan dapat:
1.
Belajar
menyelesaikan masalah dalam realiti permasalahan yang sebenar.
2.
Menguasai
kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills).
3.
Kemahiran
menyelesaikan masalah.
4.
Kemahiran
mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.
5.
Kemahiran
pembelajaran secara kendiri (Self-Directed Learning Skills).
6.
Kemahiran
bekerja secara berkumpulan.
7.
Menguasai
kemahiran berkomunikasi yang berkesan.
Modul Pembelajaran
Berasaskan Masalah ( Pbl )
Pembelajaran berasaskan masalah
adalah merupakan satu pendekatan pembelajaran yang digunakan bersandarkan
kepada penyelesaian masalah yang akan diberikan oleh pensuarah kepada pelajar.
Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih
dahulu agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan
masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada.
Pembelajaran berasaskan masalah
adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para
pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan
efaktif. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada
keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan,
melibatkan peggunaan akal dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya, kemahiran
meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja
atau tugasan, pembelajaran yang kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai
kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan
sebarang masalah yang berkaitan.
Dengan menggunakan
modul ini, guru dan pelajar akan dapat;
1.
Menyediakan
bahan pengajaran dan pembelajaran secara terarah dan memenuhi kehendak modul
2.
Mengenal
dan mempraktikkan Kaedah Pembelajaran berasaskan masalah dengan menggunakan
model dan teori yang terbaru.
3.
Menyelesaikan
masalah berkaitan proses pemahaman pelajar dengan mudah dan tersusun.
4.
Memudahkan
pelajar dan guru melalui proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih
sistematik dan mudah.
Kelebihan Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Masalah:
1.
Membantu
pelajar mencapai tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan mereka
berkebolehan dan berkemampuan
2.
Meningkatkan
pemikiran yang rasional dan kritis.
3.
Dapat
membentuk pelajar yang mampu menyelesaikan masalah
4.
Pelajar
lebih berkeyakinan & berketrampilan
5.
Memberi
pembelajaran yang lebih bermakna
Kelemahan Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Masalah:
1.
Tidak
boleh dilaksanakan dengan menyeluruh & berkesan
2.
Pelajar
yang lambat dalam pelajaran akan hadapi masalah & kerumitan
3.
Memerlukan
masa yang panjang.
4.
Kaedah
ini tidak akan berjaya sekiranya pelajar tersebut hanya menggunakan
langkah-langkah penyelesaian masalah yang dihafal daripada nota-nota guru @
buku
Contoh bahan: E-solving
2) Pembelajaran
berasaskan Projek
Merupakan satu
aktiviti pembelajaran yang menggunakan kaedah pemusatan murid di mana guru
memberikan satu projek untuk dijalankan oleh pelajar. Kaedah ini juga telah
diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah dan juga berkait rapat dengan
kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan
luar kelas. Pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran
dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dalam lain perkataan,
ia merupakan salah satu model pendidikan yang mengutamakan projek dalam
pengajaran dan pembelajaran.Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali
secara sistematik/terancang dalam jangka masa tertentu.
Kelebihan Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Projek:
1.
Menekankan
pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid.
2.
Menambahkan
minat & motivasi pelajar.
3.
Menggalakkan
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
4.
Dapat
mengembangkan sikap tanggungjawab &
inisiatif kepada pelajar.
5.
Membina
pengetahuan & pengalaman
6.
Lebih
fleksibel dalam pembelajaran
Kelemahan Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Projek:
1.
Memerlukan
lebih daripada satu jangka masa pengajaran.
2.
Berisiko
dalam melakukan kesalahan
3.
Bahan
dan sumber adalah terhad
4.
Pelajar
berkemungkinan terpesong daripada objektif-objektif yang telah ditetapkan
5.
Rangkaian
jalur lebar yang terhad
Contoh bahan: E-project
Minggu 8: Pembelajaran Online
Kaedah Pengajaran
Abad ke-21
-
Mengintegrasikan
bahan-bahan percuma dan murah
-
Kelebihan
dan batasan
-
Sumber
-
Bagaimana
untuk mendapatkan sumber
-
Penilaian
Pembelajaran online
atau e-pembelajaran menjadi satu istilah yang popular dan mempunyai pelbagai
tafsiran dan persepsi. Secara umumnya, e-pembelajaran dapat didefinisikan
sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen
elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keboleh
capaian dan keberkesanan pembelajaran. Secara dasarnya, e-pembelajaran ini
melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik termasuklah CD-ROM dan
bahan pembelajaran melalui atas talian (online).
E-pembelajaran ini
secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa
mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-pembelajaran, murid
dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan
pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik,
audio dan video yang menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas
talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai
pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan
bersepadu.
Selain itu,
e-pembelajaran ini juga sangat membantu dalam proses pembentukan pembelajaran
sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan negara kita
(dasar e-pembelajaran negara). Oleh itu cara melaksanakan e-pembelajaran yang
baik dalam pembelajaran amat digalakkan. Secara tidak langsung visi negara
dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit sebanyak akan berjaya dalam tempoh
terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya diperkenalkan secara lebih
meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya
kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk
belajar
Terdapat beberapa komponen
penting yang terlibat dalam persekitaran e-pembelajaran ini seperti
infrastruktur/perkakasan (ch. makmal komputer, komputer riba, talian rangkaian
dan internet), bahan kandungan pengajaran secara elektronik (ch. e-modul /
multimedia courseware, nota kuliah secara elektronik, video dan audio), sistem
pengurusan e-pembelajaran (ch. Blackboard, WebCT, Moodle, Mambo, Learnmate,
Lotus Learning Space, dan Kalaideskop), kaedah komunikasi (ch. email, forum,
chat, sms, dan email-group), polisi dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap /
amalan pengguna.
Kesimpulannya,
e-pembelajaran merupakan satu alat bantu mengajar yang terbaru dan menggunakan
kemudahan ICT bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran
sama ada dalam kelas ataupun di luar kelas. E-pembelajaran mampu memberikan
impak yang positif jika digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh
para guru dan pensyarah. E-pembelajaran juga dapat membantu penerapan kemahiran
abad ke 21 dalam sistem pendidikan kita.
Minggu 9: Teknologi dan media dalam
pengajaran
Teknologi dan media
dalam pengajaran
-
Penglibatan
Pelajar dengan komputer
-
Penglibatan
Pelajar menggunakan web 2.0
-
P&P
berasaskan komputer
Suatu pendekatan menggunakan
komputer .Ini tidak bermakna bkomputer yang mengajar pelajar tetapi guru
menggunakan komputer dengan semaksimum mungkin sebagai alat penyampaian
pengajarannya. Hanya sebagai satu teknik menggabungkan kelebihan guru dengan
penggunaan komputer. Proses P&P berbantukan komputer menumpukan kepada cara
& strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya
kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanafaat kepada pelajar.
Teks isi pelajaran
yang panjang boleh diringkaskan @ dipersembahkan semula menggunakan media-media
yang lebih menarik & bersifat lebih dinamik.
Komputer
1.
CPU
: Suis kuasa : set elektrikal yang menghubungkan komputer dengan litar kuasa
2.
Memori
3.
Bekalan
kuasa : menukarkan AC jepada DC
4.
Cakera
keras : dikenali sebgai mass storage
(alat storan massa)
5.
Pemacu
Disket : fungsi untuk penempatan perisian, pemindahan fail-fail antara sisstem
dan back-up
6.
Pemacu
CD-ROM @ Compact Disk Read Only Memory: satu cara penyimpanan data
7.
Port
siri dan selari : mouse, modem dan lain-lain menggunakan port siri untuk
berhubung dengan komputer, port siri adalah dwihaluan & port selari untuk
penyambungan komponen dengan komputer.
8.
Kad
video (display card) : berfungsi mengawal monitor dan antaramuka.
9.
Kad
bunyi : dilengkapi dengan DSP (Digital Signal Processor), 3D sound &
surround sound adalah jenis terbaru
10.
Modem
: menyambungkan komputer dengan telefon, jenis internal dan ezternal
11.
Monitor:
komponen utama dan berfungsi sebagai paparan
12.
Tetikus
: fungsi menunjukkan arah den mengarahkan, jenis trackball, lighr pen, drawing
tablet dan sebagainya
13.
Papan
kekunci : penghubung pengguna dengan komputer
14.
Pembesar
suara :membantu mengguatkan suara dan menghasilkan bunyi lebih menarik
15.
Aksesori
: CD- writer, scanner, printer, mic, joystick
- P&Pmenggunakan
web 2.0
Internet dapat menyediakan sumber
yang begitu luas kepada guru & pelajar untuk meneroka, mencari bahan
pengajaran, rujukan serta penyelidikan. Portal-portal pendidikan yang
disediakan sama ada portal tempatan @ luar dapat memberi kefahaman yang lebih
kepada pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.
Contoh: dalam eksperimen sains,
guru hanya menunjukkan satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal
pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di
dalam portal sentiasa dikemaskini & pelajar dapat banyak bahan baru
berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali. Melalui
penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room &
sebagainya, guru & pelajar dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri @
dengan guru & pelajar dari sekolah yang lain.
1) E-book
Merupakan singkatan
daripada perkataan electronic book. Ia adalah dalam bentuk elektronik iaitu berbentuk digital dari sebuah buku yang
biasanya diterbitkan dalam bentuk tercetak namun ianya adalah berbentuk digital.
Penggunaan e-book adalah salah satu versi elektronik dari sebuah buku tercetak
yang dapat dibaca pada sebuah personal computer atau peralatan lain yang direka
khusus untuk membaca e-book.
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT E-book:
1.
Memudahkan
pencarian atribut teks melalui perisian buku teks digital yang terdapat di
dalam e-book
2.
Menggalakkan
perkongsian ilmu melalui pertukaran nota dalam perisian e-book oleh para
pelajar
3.
Dapat
dimanfaatkan oleh orang yang tidak boleh membaca dengan pengunaan sistem audio
visual
Kelemahan Penggunaan
Pendekatan ICT E-Book:
1.
Peningkatan
dalam penggunaan elektrik
2.
Mengurangi
penghayatan dalam kaedah membaca
3.
E-book
boleh diserang oleh virus
Minggu 10: Teknologi dan media dalam
pengajaran
Teknologi dan media dalam pengajaran
- Penglibatan pelajar
secara jarak jauh
- Penglibatan pelajar
menggunakan multimedia
- P&P secara
jarak jauh
Sistem pendidikan jarak jauh (PJJ)
menggunakan perantaraan media seperti bahan cetak, telefon, telesidang dan
sebagainya untuk berinteraksi memandangkan pelajar dan pensyarah terpisah
secara fisikal. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan kaedah,
peralatan dan perisian yang terlibat dalam proses penjanaan maklumat,
pengumpulan maklumat, pemprosesan maklumat, penyebaran maklumat dan penyimpanan
maklumat.
Program PJJ dalam memberikan satu
sistem pembelajaran yang lebih fleksibel. PJJ adalah pendidikan yang
disampaikan melalui penggunaan media cetak dan media elektronik serta proses
P&P secara jarak jauh memisahkan jarak secara fizikal antara pensyarah
dengan pelajar. Proses P&P dalam sistem PJJ boleh disampaikan secara
“sinkronous” iaitu pada waktu yang sama atau pun “asinkronous” iaitu pada waktu
yang berbeza. Bentuk “sinkronous” memerlukan interaksi serentak antara pelajar
dan pensyarah dalam masa yang sama seperti penggunaan sidang audio, sidang
video, sidang komputer dan TV interaktif. Manakala, bentuk “asinkronous” pula
tidak memerlukan interaksi secara serentak antara pelajar dan pensyarah yang
bermaksud pelajar tidak perlu berkumpul dalam satu lokasi dan masa yang sama
serta bebas memilih lokasi dan masa mereka sendiri.
Contoh Bahan
1)Teknologi Sidang
Video
Penggunaan teknologi
sidang video memberikan satu alternatif kepada pensyarah untuk menyampaikan
maklumat pelajaran walaupun terpisah daripada jarak. Dengan perkembangan
teknologi maklumat, apa jua yang boleh dirakamkan melalui kamera seperti suara,
gambar bergerak, grafik, rajah, gambar foto dan sebagainya akan dapat
ditransmisi melalui kemudahan telesidang video.
Sidang video ini
membenarkan transmisi berlaku ke beberapa bentuk maklumat seperti pita video,
filem, grafik, slaids dan sebagainya untuk menyampaikan demonstrasi, simulasi
dan sebagainya.
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT Teknologi Sidang Video:
Interaktif
1.
Berupaya
mewujudkan proses pembelajaran yang hampir sama dengan pembelajaran bersemuka
2.
Dapat
merakam setiap sesi sidang video
3.
menjimatkan
masa dan kos kepada pelajar
4.
meningkatkan
komunikasi antara pelajar dan pensyarah
5.
memudahkan
penjadualan daripada segi masa dan tempat bagi pensyarah dan pelajar
6.
Kelemahan
Penggunaan Pendekatan ICT Teknologi Sidang Video:
7.
Talian
yang membawa maklumat dan isyarat tidak cukup keupayaan
8.
Gangguan
teknikal
9.
penyampaian
maklumat hanyalah berdasarkan kepada keperluan isi kandungan yang mana semua
bahan pengajaran tidak perlu untuk disampaikan sepenuhnya.
- P&Pmenggunakan multimedia
Multimedia boleh
didefinisikan sebagai gabungan di antara visual, audio, grafik & maklumat
tekstual dengan menggunakan teknologi tunggal.
Konsep multimedia:
a) teks
b) grafik
c) animasi
d) audio
e) video
f) interaktiviti
Bahan-bahan
multimedia:
1.Hypermedia
Laluan kepada
maklumat yang bukan linear. Ia
membolehkan pengelolaan & persembahan yang anjal bagi pelbagai jenis
alat seperti teks, grafik, bunyi, video dll
2.Program pengarangan:
HyperCard untuk
komputer Macintosh, HyperStudio untuk Apple, Amiga Viksion untuk Amiga & LinkWay untuk IBM
adalah antara contoh bahan pengajaran
yang boleh mendapat laluan oleh hypermedia.
3.CD-ROM
4.Gabungan kamera
video, perakam video & perakam pita.
5. Cakera video @ laser.
6. Alat pengimbas
grafik.
Contoh Bahan
1) Mobile learning
Mobile learning atau
dikenali sebagai (M-Learning) merupakan suatu konsep baru dalam proses
pembelajaran yang menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses
pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku.
Proses P&P boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bukannya di kelas
semata-mata.
Antara jenis-jenis
peralatan mobile learning adalah:
1.
PDA/Smart
Phone
2.
Telefon
bimbit/mudah alih
3.
PC/Tablet
4.
MP3
Player
5.
Laptop
Kelebihan Penggunaan
Pendekatan ICT Mobile Learning:
1.
Peralatan
telefon bimbit yang mudah dibawa dan diakses.
Kelemahan Penggunaan
Pendekatan ICT Mobile Learning:
2.
Memerlukan
rangkaian & akses internet.
3.
Kos
alatan telefon bimbit yang agak mahal.
4.
Skrin
alat telefon bimbit adalah kecil & terhad.
Minggu 11: Teknologi dan media dalam
pengajaran
Teknologi dan media dalam pengajaran
- Meningkatkan
pembelajaran dengan visual
- Meningkatkan
pembelajaran dengan audio
- Meningkatkan
pembelajaran dengan video
Minggu 12: Pengurusan Bilik Darjah (Disiplin)
Pengurusan Bilik
Darjah
Prinsip-prinsip
pengurusan bilik darjah)
Cara-cara
meningkatkan keberkesanan pengurusan bilik darjah)
Ciri-ciri fizikal
bilik darjah dan kesan terhadap pembelajaran)
(Masalah disiplin
pelajar dan cara-cara mengatasinya)
Minggu 12: Pengurusan Bilik Darjah
Definisi Bilik Darjah
1.
Bilik
darjah adalah tempat berlakunya proses P&P.
2.
Bilik
darjah ialah bilik-bilik di sekolah yang mana sekumpulan pelajar mengikuti
pelajaran @ belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru.
3.
Berdasarkan
perspektif teori & empirikal, bilik darjah ialah tempat yang dominan di
dalam sekolah yang mana proses P&P berlaku.
4.
Merupakan
tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah.
5.
Bilik
darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses P&P, tetapi perlu
melibatkan pelajar-pelajar serta guru agar dapat berinteraksi antara satu sama
lain.
6.
Ia
juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
Definisi Pengurusan
Bilik Darjah
Pengurusan bilik
darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru untuk mengurus bilik darjah
agar aktiviti P&P yang berkesan dapat dijalankan.
Tugas mengurus bilik
darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal, mewujudkan
komunikasi @ interaksi dalam kalangan pelajar & guru.
Ia didefinisikan
sebagai set tingkah laku kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan
& memastikan agar keadaan-keadaan dalam bilik darjah dapat membawa ke arah
pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.
Ia juga boleh
ditakrifkan sebagai semua tindakan guru dalam mengendalikan kelas supaya
mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
Pengurusan bilik
darjah merangkumi lebih banyak elemen selain
dari susun atur perabot & peralatan di dalam bilik darjah.
Guru perlu tahu cara
menyusun tempat duduk pelajar, peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan
pelajar di dalam kelas & mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya
P&P dapat berjalan dengan lancar.
Ciri-ciri Bilik
Darjah
1) BILIK DARJAH TRADISI
2) BILIK DARJAH KBSR & KBSM
3) BILIK DARJAH MATA PELAJARAN KHAS
4) BILIK DARJAH TERBUKA
5) BILIK DARJAH PRASEKOLAH
6) BILIK DARJAH PENDIDIKAN KHAS
1) Bilik Darjah
Tradisi
Wujud sebelum KBSR
& KBSM
Kerusi & meja
disusun mengikut baris demi baris.
Setiap baris murid
duduk bersebelahan.
Susunan fizikal agak
rigid. (tegang,kaku)
Lebih kepada pendekatan
pengajaran yang berpusatkan guru, iaitu penglibatan murid dalam aktiviti
P&P tidak digalakkan.
Dinding bilik darjah
jarang dihiasi dengan hasil kerja murid @ bahan P&P yang lain.
Suasana persekitaran
tidak mendorong dalam keberkesanan proses P&P.
2) Bilik Darjah KBSR - 1982 (kurikulum baru
sekolah rendah)
·
Menekankan
pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar.
·
Penyertaan
pelajar dalam proses P&P adalah amat digalakkan.
·
Program
pendidikan pemulihan diperkenalkan bagi membantu pelajar lemah bagi mengembangkan
lagi kebolehan pelajar.
·
Susunan
kerusi & meja adalah mengikut kumpulan.
·
Saiz
kerusi & meja perlulah sesuai dengan
ketinggian pelajar.
·
Ruang-ruang
pembelajaran jenis ini amat digalakkkan.
·
Hasil
kerja yang dipamerkan menggambarkan suasana pembelajaran yang kondusif
Bilik Darjah KBSM
·
Suasana
bilik darjah KBSM menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif serta kerap
berinteraksi.
·
Susunan
meja & kerusi hendaklah berbentuk kumpulan.
·
Kumpulan-kumpulan
seperti ini memudahkan guru membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran.
·
Kelas
dilengkapi dengan peralatan asas Lazimnya, peralatan lebih canggih berbanding
KBSR.
·
Saiz
ukuran bilik darjah biasanya mampu menampung sehingga 40 orang pelajar &
berukuran kira-kira 7X9meter.
·
Ruang
pembelajaran yang selesa, luas & kondusif, dipenuhi ABM, hasil projek
individu & berkumpulan.
3) Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas
Dilengkapi dengan
pelbagai jenis alatanyang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi
peluang kepada pelajar menggunakannya dalam amali:
a)almari untuk menyimpan bahan-bahan specimen.
b) alatan-alatan
seperti sinki &paip air untuk makmal sains & bilik kemahiran hidup.
c) Bentuk meja &
kerusi diubahsuai untuk memudahkan pelajar menjalankan kerja amali.
Contoh : Makmal
sains, bilik ekonomi rumah tangga, bilik seni perusahaan,pusat sumber dan
sebagainya.
4) Bilik Darjah Terbuka
·
Pelajar
diberi peluang merancang aktiviti pembelajaran sendiri & pengajaran guru
dikurangkan ke peringkat minimum.
·
Guru
hanya berperanan sebagai penasihat @ pembimbing, pengurus pembelajaran,kaunselor,pemudah
cara @ fasilitator.
·
Situasi
pengajaran diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu
tempat untuk memilih bahan.
·
Pengajaran
biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil @ individu.
·
Pelbagai
aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah. Tiada kurikulum dihadkan.
Pelbagai mata pelajaran diintegrasikan.
·
Perhubungan
antara guru dengan pelajar & pelajar dengan pelajar secara terbuka &
jujur.
5) Bilik Darjah
Prasekolah
Reka bentuk bilik
darjah prasekolah perlu selesa, menjamin keselamatan serta merangsangkan
kanak-kanak.
Suasana persekitaran
pembelajaran perlu memudahkan pembentukan hubungan mesra antara guru dengan
kanak-kanak.
Mempunyai ruang
‘circle-time’iaitu aktiviti wajib setiap pagi yang mana murid-murid akan berkumpul
bersama guru & menjalankan sesi perbualan.
Terdapat dua jenis
bangunan prasekolah
a) Bilik-bilik serba
lengkap atau self-contained yang mana melengkapi pelbagai jenis peralatan
pembelajaran.
b) Corak terbuka yang
mana kanak-kanak mengajar di ruang-ruang pembelajaran tertentu.
6) Bilik Darjah
Pendidikan Khas
Bilik darjah
pendidikan khas banyak persamaan dengan bilik darjah pra-sekolah.
Murid pendidikan khas
bukan sahaja diajar pengurusan diri tetapi juga perlu mengikuti modul KBSR yang
sama seperti murid-murid normal. Oleh itu, guru pendidikan khas perlu mempunyai
komitmen yang tinggi & faham tanggungjawab mereka.
Perlu ada dua sudut :
1)Persekitaran yang ceria & berwarna
warni seperti di bilik darjah pra-sekolah.
2) Sudut ‘time out’- berada sudut kiri
belakang bilik darjah., sudut kosong yang tidak mempunyai apa-apa pernyataan.
Ia adalah tempat murid berdiri jika membuat kesalahan yang berulang kali.
Aspek Fizikal Bilik
Darjah
1) KEBERSIHAN
Persekitaran yang
bersih, Contoh: lantai bersih, tiada habuk di tingkap dsb.
2) KESELAMATAN
Mempunyai pelan
keselamatan kebakaran.
Semua alatan &
bahan di dalam bilk darjah perlu selamat digunakan.
Persekitaran bilik
darjah tidak membahayakan pelajar hingga boleh melibatkan kemalangan.
3) PENGGUNAAN KEMUDAHAN
Digunakan dengan
baik.
Aspek Fizikal Bilik
Darjah (sambungan)
4) KESELESAAN
Bilik yang sesuai.
Peredaran udara yang
baik.
Ruang yang mencukupi.
Keadaan &
kesesuaian kerusi meja dalam keadaan baik.
Persekitaran
pembelajaran yang tenteram & tenang.
5) KEINDAHAN
-
Alas
meja.
-
Pokok
bunga.
-
Mural.
-
Langsir.
-
Warna
dinding kelas.
Tugas Guru Dalam
Pengajaran
1.
Guru
merupakan tunjang utama dalam menjayakan proses P&P di sekolah.
2.
Memfokuskan
& mendapatkan perhatian pelajar.
3.
Penyampaian
isi pengajaran tersusun & lancar.
4.
Penggunaan
alat bantu mengajar.
5.
Masa
pengajaran secara berkesan.
6.
Dapat
menjalankan pengajaran yang interaktif.
7.
Menyediakan
maklum balas & pengukuhan.
Minggu 12: Pengurusan Bilik Darjah (Disiplin)
Definisi Disiplin
Disiplin :
a) kepatuhan, kesetiaan & ketaatan
kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
b) latihan terutamanya pemikiran &
kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan
& sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman @ denda akan dikenakan.
c) latihan pemikiran &kelakuan supaya
boleh mengawal diri sendiri & patuh pada tata tertib.
Disiplin merupakan
peraturan @ undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari
dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat & undang-undang sesebuah
negara.
Namun, banyak unsur
lain yang mempengaruhi perkembangan mental pelajar seperti ponteng sekolah,
ponteng kelas, melawan guru,bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok
& sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.
Konsep Disiplin
Peraturan-peraturan
yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang
baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu.
Merujuk kepada cara
berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan
diri seseorang.
Berkaitan dengan
tatatertib, tatasusila, kesopanan & akhlak.
Disiplin membawa erti
bukan sahaja mempunyai & menghayati
perlakuan yang diharapkan oleh masyarakat, tetapi juga sanggup taat & setia
kepada sekolah, negeri & negara.
Di sekolah ada guru
disiplin yang tugasnya mendisiplinkan pelajar.
Kepentingan Disiplin Pelajar
a) Pengajaran dapat
dijalankan secara licin dan teratur.
b) Pembelajaran dapat
dilangsungkan dalam suasana yang tenang & teratur.
c) Keberkesanan
pengajaran & pembelajaran akan dapat dipertingkatkan lagi.
d)Murid-murid menjadi
lebih produktif.
e)Keselamatan pelajar
terjamin.
f)Tugasan dapat
disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
g)Pelajar dapat
dibesarkan menjadi warganegara yang berguna & berdisiplin.
h) Nilai-nilai moral
seperti tanggungjawab, tolong-menolong, ketekunan, kerjasama, rendah hati,
kebersihan dapat dipupuk.
Masalah Disiplin
Pelajar
Masalah disiplin
boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.
Masalah ini semakin
meruncing ekoran kurangnya kasih sayang & perhatian ibubapa era globalisasi
ini.
Masalah disiplin
pelajar bukan sahaja menyusahkan diri pelajar tetapi juga ibu bapa dan pihak
sekolah.
Masalah disiplin
sering dikaitkan dengan remaja dan pelajar sekolah. Ini adalah kerana pada
peringkat ini remaja @ pelajar sedang mengalami kekeliruan & tekanan luar
dalam mencari identiti diri mereka sendiri.
Mereka secara
keseluruhannya mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif akibat kurangnya
@ keterlaluannya penjagaan & kawalan dari orang dewasa.
Faktor-faktor Masalah
Disiplin Pelajar
Ibubapa: Ibubapa
lebih mengutamakan kerjaya mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan
keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik
perhatian ibubapa mereka.
Media massa:
Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah
mereka tonton sebelum ini.
Rakan sebaya: Pelajar
sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar berbanding
ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Rakan sebaya yang negatif
& bermasalah akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan
drastiknya.
Pihak sekolah:
Kegagalan pihak sekolah bertindak pantas & ada pihak sekolah yang merahsiakan
masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas.
Tindakan ini menyebabkan pelajar yberanggapan tindakan mereka melanggar
disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah
yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani
melakukan kesalahan disiplin.
Program: Ketiadaan
program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah
ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan
masa mereka di pusat-pusat beli-belah & terjemurus ke dalam aktiviti
menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini
menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Cara-cara Mengatasi
Disiplin Pelajar
a)Peranan pihak
sekolah
Pihak disiplin
sekolah mesti berfungsi dengan baik & mengikut prosedur yang telah
ditetapkan. Pelbagai program mesti diadakan untuk menangani masalah displin
pelajar seperti mengadakan program membentuk pelajar cemerlang, pelajar
bersahsiah & pelajar cemerlang dalam akademik.
Selain itu, pihak
sekolah juga boleh meminta bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PlBG) dalam
menangani masalah disiplin pelajar.
b) Peranan
Kementerian Pelajaran
Pihak Kementerian
Pelajaran mempunyai kuasa untuk menggubal peraturan baru bagi memperbaiki
masalah disiplin pelajar. Kementerian Pelajaran juga mesti memantau keadaan
disiplin pelajar di sekolah pada setiap masa.
Tindakan Kementerian
Pelajaran meminta kerjasama pihak polis dalam menangani disiplin pelajar adalah
tindakan yang baik. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengambil
tindakan yang tegas kepada pihak pentadbiran sekolah yang cuba menyembunyikan
masalah disiplin pelajar di sekolah mereka.
c) Peranan ibu bapa
Pihak ibu bapa perlu
membantu pihak sekolah mengatasi masalah disiplin pelajar kerana banyak masa
pelajar dihabiskan di rumah bersama ibu bapa.
Ibu bapa perlu
memberikan nasihat yang sewajarnya kepada anak mereka untuk mengamalkan
nilal-nilai murni di sekolah dan tidak melanggar peraturan sekolah. Di samping
itu, ibu bapa juga mesti bertanyakan anak-anak tentang masalah yang dihadapi di
sekolah & cuba membantu mereka untuk menyelesaikannya.
d) Peranan pelajar sendiri
Pelajar itu sendiri
mestilah mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada di sekolah. Antara
nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah baik hati, bertolak
ansur & mematuhi peraturan sekolah. Jika semua pelajar mengamalkan nilai
murni, maka tiadalah masalah disiplin di sekolah.
Pelajar juga mesti
sedar tanggungjawab mereka kepada sekolah & ibu bapa. Selain itu, didikan
agama yang kukuh pasti dapat membantu pelajar mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan.
Kesimpulan
Memahami disiplin
dengan tepat akan menjadikan individu, keluarga & masyarakat berdisiplin.
Masyarakat yang maju
adalah masyarakat yang berdisiplin.
Minggu 13: Penilaian Pendidikan
Pengurusan bilik
darjah
• Persediaan
menghadapi cabaran masa depan