Pages - Menu

Pages - Menu

Sunday, November 30, 2014

Pengimbasan Estetik Seni Visual

Pengimbasan Estetik Seni Visual

·         Pendekatan  pengimbasan estetik adalah satu cara memulakan kajian terhadap hasil seni – catan, arca, litograf, dan sebagainya
·         Tujuan pengimbasan adalah untuk menyediakan satu pendekatan yang mudah dan manasabah terhadap sesuatu hasil seni
·         Pendekatan ini direka bagi melibatkan pelajar dalam melihat sebenar apa yang ada dalam sesuatu karya seni dengan menganalisis dan membicarakan sifat-sifat deria, formal, teknikal dan ekspresif
·          

SIFAT DERIA

·         Sesuatu yang dapat diperhatikan oleh satu atau lebih deria
·         Melihat hasil seni dan mengenal pasti ciri- ciri khusus pada garisan, rupa, warna, tekstur, kegelapan dan kecerahan (unsure-unsur seni)
·         Contoh.
·         “Bolehkah anda tunjukkan dan ceritakan beberapa garisan dalam catan ini?”
·         “Di manakah warna-warna sejuk, panas dan cerah?”
·         “Lihat pada rupa yang paling besar dalam catan ini, adakah rupa tersebut bulat, sama saiznya dengan rupa empat persegi bujur?”

SIFAT  FORMAL

·         Menganalisis hasil karya untuk menentukan bagaiman seniman/pelukis menyusun dan menyatukan karyanya supaya bahagian-bahagian komposisi sama-sama menyatakan idea dan/atau perasaan.
·         Kesatuan organik –  setiap bahagian karya adalah perlu. Tiada yang boleh tertinggal tanpa mencacatkan karya tersebut
·         Tema dan variasi – sesetengah ciri diulang untuk memberikan/melahirkan karakter/sifatnya
·         Ulangan – unsur seni seperti warna, garisan, rupa diulang dalam pelbagai cara
·         Kontra – penggunaan unsur yang berlawanan pada benda yang bersisian, contoh, warna cerah dan gelap, rupa lebar dan kecil
·         Imbangan – keseimbangan berasaskan unsur-unsur yang sama (simetri) – atau dicapai/diperoleh melalui penggunaan bahagian yang tidak sekata (bukan simetri)
·         Penguasaan – satu ciri yang diberikan keutamaan lebih daripada aspek lain dalam sesebuah karya
·         Irama – ulangan biasa sesuatu bentuk atau gaya, saranan tentang pergerakan melalu corak berulang
·         Contonya:
·         “Di manakah pelukis meletakkan idea yang penting dalam catan ini?”

·          “Adakah terdapatnya warna atau rupa yang berulang?”
·         “Di manakah anda melihat ulangan berlaku dalam catan ini?
·         “Cari bahagian dalam catan ini di mana pelukis menggunakan kontra untuk membantu kita melihat rupa yang penting?”
·         “Lihat pada keseimbangan catan ini”
·         “Apakah jenis keseimbangan yang digunakan oleh pelukis, simetri atau bukan simetri?”


SIFAT TEKNIKAL

·         Mengetahui apakah media yang digunakan oleh pelukis (cat minyak, cat air, pastel warna, arang, kertas), alat dan perkakas (berus, pensil, mesen cetak) dan cara benda-banda tersebut digunakan untuk menghasilkan sebuah karya (lakaran, ukiran, catan, cetakan)
·         Contoh:
·          “Bagaimanakah pengarca ini mengukirkan tekstur yang kasar pada batu mamar untuk menghasilkan rupa rambut yang kembang di kepala?”
·         Bagaimana pengukir ini menggunakan tanda-tanda atau urat kayu bagi menimbulkan ciri karya ini?”


SIFAT EKSPRESIF

·         Bertindak balas dengan sifat  ekspresif karya, iaitu; pembangkitan rasa dan perasaan pada karya
·         B ahasa mood – bentuk yang menyatakan rasa dan perasaan seperti sedih, ceria, garang atau lembut, ketenangan dan keresahan
·          Bahasa dinamik dan bertenaga – bentuk mengekspresif rasa ketegangan, konflik, kesantaian
·         Bahasa Idea dan Keunggulan – peristiwa social, perspektif psikologi atau politik seperti kebangsawanan, keberanian, harapan, kasih sayang
·         Contoh:

·          “Bagaimanakah adunan warna dan rupa dan cara unsur-unsur ini disusun  menyumbang kepada mood keseluruhan catan ini?

·         “Apakah yang diceritakan oleh catan ini tentang idea utama seperti kebebasan, peperangan?


____________________________________________

·         Bertindak balas secara kritikal terhadap karya seni  memerlukan sedikit makluamt dan pengetahuan latar belakang
·         Tindak balas berlaku terhadap karya seni dalam tiga segi:

1.    Sejarah – menentukan sifat karya dan kandungan ekspresif karya seni dalam konteks sejarah, aliran, jangkamasa, budaya
2.    Rekreatif – memahami secara imaginative apa yang cuba dinyatakan oleh pelukis menerusi sesuatu karya tertentu
3.    Penilaian/judicial – menganggarkan nilai sesuatu karya menerusi tiga criteria – tahap kemerlangan formal, kebenaran media/baha dan alat, dan keutamaannya



No comments:

Post a Comment

Pendapat @ Cadangan