Pendekatan pengimbasan estetik adalah satu cara memulakan kajian terhadap hasil seni – catan, arca, litograf, dan sebagainya
Tujuan pengimbasan adalah untuk menyediakan satu pendekatan yang mudah dan manasabah terhadap sesuatu hasil seni
Pendekatan ini direka bagi melibatkan pelajar dalam melihat sebenar apa yang ada dalam sesuatu karya seni dengan menganalisis dan membicarakan sifat-sifat deria, formal, teknikal dan ekspresif
SIFAT DERIA
Sesuatu yang dapat
diperhatikan oleh satu atau lebih deria
Melihat hasil seni dan mengenal pasti ciri- ciri khusus pada garisan, rupa, warna, tekstur, kegelapan dan kecerahan (unsure-unsur seni)
Contoh.
“Bolehkah anda tunjukkan dan ceritakan beberapa garisan dalam catan ini?”
“Di manakah warna-warna sejuk, panas dan cerah?”
“Lihat pada rupa yang paling besar dalam catan ini, adakah rupa tersebut bulat, sama saiznya dengan rupa empat persegi bujur?”
SIFAT FORMAL
Menganalisis hasil karya untuk menentukan bagaiman seniman/pelukis menyusun dan menyatukan karyanya supaya bahagian-bahagian komposisi sama-sama menyatakan idea dan/atau perasaan.
Kesatuan organik – setiap bahagian karya adalah perlu. Tiada yang boleh tertinggal tanpa mencacatkan karya tersebut
Tema dan variasi – sesetengah ciri diulang untuk memberikan/melahirkan karakter/sifatnya
Ulangan – unsur seni seperti warna, garisan, rupa diulang dalam pelbagai cara
Kontra – penggunaan unsur yang berlawanan pada benda yang bersisian, contoh, warna cerah dan gelap, rupa lebar dan kecil
Imbangan – keseimbangan berasaskan unsur-unsur yang sama (simetri) – atau dicapai/diperoleh melalui penggunaan bahagian yang tidak sekata (bukan simetri)
Penguasaan – satu ciri yang diberikan keutamaan lebih daripada aspek lain dalam sesebuah karya
Irama – ulangan biasa sesuatu bentuk atau gaya, saranan tentang pergerakan melalu corak berulang
Contonya:
“Di manakah pelukis meletakkan idea yang penting dalam catan ini?”
“Adakah terdapatnya warna atau rupa yang berulang?”
“Di manakah anda melihat ulangan berlaku dalam catan ini?
“Cari bahagian dalam catan ini di mana pelukis menggunakan kontra untuk membantu kita melihat rupa yang penting?”
“Lihat pada keseimbangan catan ini”
“Apakah jenis keseimbangan yang digunakan oleh pelukis, simetri atau bukan simetri?”
SIFAT TEKNIKAL
Mengetahui apakah media yang digunakan oleh pelukis (cat minyak, cat air, pastel warna, arang, kertas), alat dan perkakas (berus, pensil, mesen cetak) dan cara benda-banda tersebut digunakan untuk menghasilkan sebuah karya (lakaran, ukiran, catan, cetakan)
Contoh:
“Bagaimanakah pengarca ini mengukirkan tekstur yang kasar pada batu mamar untuk menghasilkan rupa rambut yang kembang di kepala?”
Bagaimana pengukir ini menggunakan tanda-tanda atau urat kayu bagi menimbulkan ciri karya ini?”
SIFAT EKSPRESIF
Bertindak balas dengan sifat ekspresif karya, iaitu; pembangkitan rasa dan perasaan pada karya
B ahasa mood – bentuk yang menyatakan rasa dan perasaan seperti sedih, ceria, garang atau lembut, ketenangan dan keresahan
Bahasa dinamik dan bertenaga – bentuk mengekspresif rasa ketegangan, konflik, kesantaian
Bahasa Idea dan Keunggulan – peristiwa social, perspektif psikologi atau politik seperti kebangsawanan, keberanian, harapan, kasih sayang
Contoh:
“Bagaimanakah adunan warna dan rupa dan cara unsur-unsur ini disusun menyumbang kepada mood keseluruhan catan ini?
“Apakah yang diceritakan oleh catan ini tentang idea utama seperti kebebasan, peperangan?
____________________________________________
Bertindak balas secara kritikal terhadap karya seni memerlukan sedikit makluamt dan pengetahuan latar belakang
Tindak balas berlaku terhadap karya seni dalam tiga segi:
1. Sejarah – menentukan sifat karya dan kandungan ekspresif karya seni dalam konteks sejarah, aliran, jangkamasa, budaya
2. Rekreatif – memahami secara imaginative apa yang cuba dinyatakan oleh pelukis menerusi sesuatu karya tertentu
3. Penilaian/judicial – menganggarkan nilai sesuatu karya menerusi tiga criteria – tahap kemerlangan formal, kebenaran media/baha dan alat, dan keutamaannya
No comments:
Post a Comment
Pendapat @ Cadangan