Pages - Menu

Pages - Menu

Wednesday, December 10, 2014

Pengurusan Bilik Darjah (Disiplin)

Definisi Disiplin

Disiplin :
     a) kepatuhan, kesetiaan & ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.

     b) latihan terutamanya pemikiran & kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan & sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman @ denda akan dikenakan.

     c) latihan pemikiran &kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri & patuh pada tata tertib.



Disiplin merupakan peraturan @ undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat & undang-undang sesebuah negara.
Namun, banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan mental pelajar seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan guru,bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok & sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.


Konsep Disiplin

Peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu.
Merujuk kepada cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang.
Berkaitan dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan & akhlak.
Disiplin membawa erti bukan sahaja mempunyai &  menghayati perlakuan yang diharapkan oleh masyarakat, tetapi juga sanggup taat & setia kepada sekolah, negeri & negara.
Di sekolah ada guru disiplin yang tugasnya mendisiplinkan pelajar.


Kepentingan Disiplin Pelajar

a) Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur.

b) Pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang & teratur.

c) Keberkesanan pengajaran & pembelajaran akan dapat dipertingkatkan lagi.

d)Murid-murid menjadi lebih produktif.

e)Keselamatan pelajar terjamin.

f)Tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

g)Pelajar dapat dibesarkan menjadi warganegara yang berguna & berdisiplin.

h) Nilai-nilai moral seperti tanggungjawab, tolong-menolong, ketekunan, kerjasama, rendah hati, kebersihan dapat dipupuk.



Masalah Disiplin Pelajar

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang & perhatian ibubapa era globalisasi ini.
Masalah disiplin pelajar bukan sahaja menyusahkan diri pelajar tetapi juga ibu bapa dan pihak sekolah.
Masalah disiplin sering dikaitkan dengan remaja dan pelajar sekolah. Ini adalah kerana pada peringkat ini remaja @ pelajar sedang mengalami kekeliruan & tekanan luar dalam mencari identiti diri mereka sendiri.
Mereka secara keseluruhannya mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif akibat kurangnya @ keterlaluannya penjagaan & kawalan dari orang dewasa.


Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar

Ibubapa: Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka.
Media massa: Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini.
Rakan sebaya: Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Rakan sebaya yang negatif & bermasalah akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.
Pihak sekolah: Kegagalan pihak sekolah bertindak pantas & ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan pelajar yberanggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin.
Program: Ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah & terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.


Cara-cara Mengatasi Disiplin Pelajar

a)Peranan pihak sekolah

Pihak disiplin sekolah mesti berfungsi dengan baik & mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pelbagai program mesti diadakan untuk menangani masalah displin pelajar seperti mengadakan program membentuk pelajar cemerlang, pelajar bersahsiah & pelajar cemerlang dalam akademik.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh meminta bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PlBG) dalam menangani masalah disiplin pelajar.
b) Peranan Kementerian Pelajaran

Pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kuasa untuk menggubal peraturan baru bagi memperbaiki masalah disiplin pelajar. Kementerian Pelajaran juga mesti memantau keadaan disiplin pelajar di sekolah pada setiap masa.
Tindakan Kementerian Pelajaran meminta kerjasama pihak polis dalam menangani disiplin pelajar adalah tindakan yang baik. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengambil tindakan yang tegas kepada pihak pentadbiran sekolah yang cuba menyembunyikan masalah disiplin pelajar di sekolah mereka.
Cara-cara Mengatasi Disiplin Pelajar (sambungan)
c) Peranan ibu bapa

Pihak ibu bapa perlu membantu pihak sekolah mengatasi masalah disiplin pelajar kerana banyak masa pelajar dihabiskan di rumah bersama ibu bapa.
Ibu bapa perlu memberikan nasihat yang sewajarnya kepada anak mereka untuk mengamalkan nilal-nilai murni di sekolah dan tidak melanggar peraturan sekolah. Di samping itu, ibu bapa juga mesti bertanyakan anak-anak tentang masalah yang dihadapi di sekolah & cuba membantu mereka untuk menyelesaikannya.


d) Peranan pelajar sendiri

Pelajar itu sendiri mestilah mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada di sekolah. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah baik hati, bertolak ansur & mematuhi peraturan sekolah. Jika semua pelajar mengamalkan nilai murni, maka tiadalah masalah disiplin di sekolah.
Pelajar juga mesti sedar tanggungjawab mereka kepada sekolah & ibu bapa. Selain itu, didikan agama yang kukuh pasti dapat membantu pelajar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.


Kesimpulan

Memahami disiplin dengan tepat akan menjadikan individu, keluarga & masyarakat berdisiplin.
Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang berdisiplin.

No comments:

Post a Comment

Pendapat @ Cadangan