Pages - Menu

Pages - Menu

Tuesday, December 2, 2014

SEJAUH MANAKAH FAHAM TENTANG NILAI-NILAI MURNI?

1.0      Pengenalan
Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.

Pendekatan pengajaran nilai membantu guru memahami dan merancang pengajaran moral. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P d P), terdapat empat perkara asas yang perlu diberikan penekanan, iaitu: membina kefahaman terhadap nilai, membina kesedaran perasaan, menjelaskan dan menghuraikan nilai serta membuat keputusan dan memberikan justifikasi. Terdapat pelbagai pendekatan P d P yang boleh digunakan oleh guru.   

Pengertian Nilai - Nilai diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai.

Bertanggungjawab bermaksud kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

2.0   Kajian Nilai Murni “Bertanggungjawab  Terhadap Diri dan Keluarga”
Saya telah menjalankan satu kajian ringkas terhadap murid–murid tahun 6 di SK Damansara Jaya (1) berkaitan pemahaman mereka mengenai nilai – nilai murni iaitu “Bertanggungjawab Terhadap Diri dan Keluarga”  


2.1   Bilangan Responden
Seramai 10 orang murid Pendidikan Moral , kelas 6 Kreatif telah pilih bagi menjalankan kajian ini.

2.2   Kaedah Kajian
Semua murid tersebut dikehendaki menyenaraikan amalan-amalan bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga mengikut pemahaman masing – masing.

2.3  Rumusan daripada hasil murid
Item
Senarai Amalan-amalan Bertanggungjawab
Peratus  murid
yang terlibat
1
Memberi tumpuan semasa guru mengajar
70%
2
Mengulangkaji pelajaran
70%
3
Memastikan kebersihan diri dijaga
80%
4
Sentiasa mengamalkan disiplin yang baik
60%
5
Belajar bersungguh-sungguh
70%
6
Mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dan sihat
50%
7
Sentiasa berbudi bahasa
60%
8
Mematuhi peraturan sekolah
80%
9
Menjaga kesihatan diri
50%
10
Menjaga keselamatan diri
70%
11
Menyiapkan kerja/projek sekolah mengikut masa yang diberi
60%
12
Menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan
60%
13
Membantu ibu bapa mengemas rumah
40%
14
Membantu menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah
60%
15
Menghormati agama dan kaum yang lain
30%

Hasil kerja daripada murid telah dianalisa, didapati 80% murid menyatakan bahawa tanggungjawab mereka yang utama adalah memastikan kebersihan diri dijaga (Item 3) dan mereka juga menyatakan amalan mematuhi peraturan sekolah (Item 8) merupakan amalan yang utama. Ini mungkin berlaku kerana pengurusan sekolah amat menitikberatkan pelajarnya mematuhi peraturan sekolah serta kebersihan diri murid dijaga daripada aspek pakaian, kasut, kuku yang bersih dan pendek serta penjagaan rambut yang pendek serta kemas.   


Di samping itu, 70% daripada mereka mempunyai amalan-amalan baik terhadap pembelajaran seperti memberi tumpuan semasa guru mengajar (Item 1) , mengulangkaji pelajaran (Item 2),  dan belajar bersungguh-sungguh (Item 5) dan juga kesedaran tanggungjawab mereka terhadap menjaga keselamatan diri (Item 10).  

Namun begitu, tahap kesedaran tanggungjawab murid terhadap pentingnya menjaga kesihatan diri (Item 9) dan mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dan sihat (Item 6) adalah pada peringkat sederhana (50%). Ini mungkin berlaku kerana pada tahap umur ini, amalan ini kurang diberi penekanan kerana  mereka yang masih muda. Tahap umur muda ini juga mempengaruhi pemahaman serta tahap kesedaran yang rendah (30%) kanak-kanak terhadap perlunya menghormati agama dan kaum yang lain (Item 15)

Di samping itu, amalan membantu ibu bapa di rumah(Item 13) juga agak sederhana iaitu sebanyak 40%. Tahap ini agak rendah mungkin disebabkan oleh oleh kehidupan agak mewah dengan rumahtangga yang ada pembantu rumah di sekitar kawasan di Petaling Jaya. Kanak-kanak tidak diasuh untuk membantu ibu bapa dengan kerja-kerja di rumah seperti menyapu lantai dan sebagainya.

Amalan-amalan pada item (4,7,11,12 & 14) adalah pada peringkat sederhana iaitu tahap kesedaran mengamalkan  disiplin yang baik, sentiasa berbudi bahasa dan menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. Semenjak seya bertukar ke sekolah ini, saya telah memulakan budaya memberi sapaan (greetings) di kalangan murid-murid dengan guru-guru. Tambahan pula dengan amalan sekolah penyayang, hubungan yang mesra dan akrab ternampak berlaku di kalangan warga di sekolah ini.  

3.0  Kajian Nilai Kebersihan Fizikal dan Mental
Item
Senarai Amalan Kebersihan Fizikal dan Mental
Peratus  murid
yang terlibat
1
Menjaga kebersihan rambut
90%
2
Memakai pakaian dan kasut  yang bersih
100%
3
Memastikan kebersihan gigi- memberus sekurang-kurang 2 kali sehari
90%
4
Sentiasa menjaga kuku jari dan kaki agar pendek dan bersih
90%
5
 Memberus gigi dengan betul
90%
6
Mengamalkan amalan rehat dan tidur yang mencukupi
70%
7
Mempunyai pemikiran yang sihat dan positif
80%
8
Memikirkan perkara yang baik dan berfaedah
90%

3.1   Rumusan Nilai Kebersihan Fizikal dan Mental
Secara keseluruhannya, tahap amalan kebersihan fizikal di kalangan murid-murid sekolah ini adalah amat tinggi, iaitu  90% bagi Item 1,3,4 & 5. Murid-murid mengutamakan kebersihan fizikal dari aspek penjagaan rambut, kuku serta gigi. Kesemua responden mengutamakan juga kekerapan memberus gigi menjamin kebersihan mulut.

Di samping itu, tahap amalan kebersihan mental agak memuaskan iaitu ketiga-tiga item
(7, 8 & 9) berada di tahap melebihi 70%. Kesedaran mengamalkan pemikiran yang sihat dan berfikiran positif mendorong murid-ke arah pemupukan nilai-nilai murni .



4.0  Kesimpulan
Amalan nilai – nilai murni murid-murid  di SK Damansara Jaya(1) adalah di atas tahap sederhana. Hasil daripada analisis serta dapatan ini, telah menyedarkan diri saya sebagai Guru Besar untuk melakukan perubahan di sekolah dalam menyemai nilai – nilai murni yang bersepadu dan menyeluruh supaya  penekanan kepada nilai murni bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat yang maju dan masyarakat berilmu.


Cara penyerapan nilai – nilai murid dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) oleh guru perlu dilihat ketika pemantauan seberapa kerap yang mungkin. Penilaian nilai murni seperti amalan-amalan baik ini akan terus saya lakukan supaya semua murid di sekolah ini terdidik dengan keluhuran dan seterusnya merealisasikan hasrat pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang hormonis dan seimbang dari aspek jasmani, emosi ,rohani,  intelek dan juga berkemahiran bersosial.

No comments:

Post a Comment

Pendapat @ Cadangan