UCAPAN ALUAN
GURU BESAR SK RINCHING HILIR
KEJOHANAN
SUKAN TAHUNAN KALI KE-43
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Selamat pagi, salam perpaduan dan salam transformasi.
Yang
Berbahagia, Dato’ Dr. Mohamad Ismail bin Alias, Bekas Pelajar, Alumni
SKRH,
Yang
Dihormati, En. Mohd Mohyiddin bin Mohd Mesbah, Yang Dipertua PIBG
Sesi 2015/2016,
Yang
Berusaha, En. Baharuddin b.Mohamed Ibrahim, Penolong Kanan
Pentadbiran,
Puan Noriani bt Mat Zin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Hajah Azizah binti Abd. Rahim, Penolong Kanan
Kokurikulum,
Barisan Guru -guru, AJK PIBG, Ibu bapa – ibu bapa, dari persekitaran
SKRH terutamanya Kg Rinching Hilir, Kg
Sg Kembung, Kg Batu 5, Kg Batu 3, Desa Mahkota dan semua murid yang dikasihi
sekalian.
Terlebih dahulu, saya bagi pihak
seluruh warga SK Rinching Hilir mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu
yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada
tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah
bertungkus-lumus sejak 3 minggu yg lalu, bermula dengan acara pemilihan murid, Sukan
Tara dan persediaan akhir. Acara sebelum kejohanan sukan ini ,memerlukan
pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama , guru-guru tidak pernah
mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya, kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan akademik.
Kepada para pelajar , tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian
demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam
bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian akademik para
pelajar.
Hadirin yang dihormati,
Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam
kalendar sekolah SKRH. Kepada para pelajar yang terserlah kecemerlangannnya
dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan
negara.
Saya merasakan kejohanan ini
merupakan medan terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat
pelajar, manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat,
melepaskan beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan
terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi
juara.
Kepada ibu bapa, saya mengharapkan
tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada anak-anak untuk
bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan
pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan
dalam bidang kurikulum.
Akhir kata,
Terima
Kasih kepada Dato’ Dr. Mohamad Ismail bin Alias, Alumni SKRH yang
sudi hadir utk merasmikan kejohanan sukan kali ini, yang pernah suatu ketika
dahulu bersekolah di sini, pernah menimba ilmu di sekolah ini & merasai nostalgia kesukanan, cuma keadaannya
agak berbeza dahulu dan sekarang. Kemungkinan murid – murid boleh menjadikan renungan & dorongan dgn kehadiran tetamu
kita pada hari ini dan bagaimana
kejayaan itu boleh tercipta bermula dari bangku sekolah rendah lagi.
Terima
Kasih kepada guru-guru yang berkorban masa,tenaga, dan minda.
Apatah lagi dengan hujan rahmat yang turun pada malam tadi merisaukan semua
guru,
Terima
Kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak, dan
Terima
Kasih kepada pelajar yang amat bersemangat mengambil bahagian
dalam semua acara yang telah berlangsung sebelum & pada hari ini.
SOKONGLAH KAMI WARGA SKRH untuk membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025).
Sekian, terima kasih.