Pages - Menu

Pages - Menu

Saturday, April 18, 2015

UCAPAN ALUAN GURU BESAR DI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-43


UCAPAN ALUAN GURU BESAR SK RINCHING HILIR
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-43


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, salam perpaduan dan salam transformasi.

Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Mohamad Ismail bin Alias, Bekas Pelajar, Alumni SKRH,
Yang Dihormati, En. Mohd Mohyiddin bin Mohd Mesbah, Yang Dipertua PIBG Sesi 2015/2016,
Yang Berusaha, En. Baharuddin b.Mohamed Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Noriani bt Mat Zin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Hajah Azizah binti Abd. Rahim, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan Guru -guru, AJK PIBG, Ibu bapa – ibu bapa, dari persekitaran SKRH terutamanya  Kg Rinching Hilir, Kg Sg Kembung, Kg Batu 5, Kg Batu 3, Desa Mahkota dan semua murid yang dikasihi sekalian.



Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga SK Rinching Hilir mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus sejak 3 minggu yg lalu,  bermula dengan acara pemilihan murid, Sukan Tara dan persediaan akhir. Acara sebelum kejohanan sukan ini ,memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama , guru-guru tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya, kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan akademik. Kepada para pelajar , tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian akademik para pelajar.

Hadirin yang  dihormati,
Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar sekolah SKRH. Kepada para pelajar yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.

Saya merasakan  kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat pelajar, manakala para pelajar pula  berpeluang mengerah kudrat, melepaskan beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

Akhir kata,
Terima Kasih kepada Dato’ Dr. Mohamad Ismail bin Alias, Alumni SKRH yang sudi hadir utk merasmikan kejohanan sukan kali ini, yang pernah suatu ketika dahulu bersekolah di sini, pernah menimba ilmu di sekolah ini &  merasai nostalgia kesukanan, cuma keadaannya agak berbeza dahulu dan sekarang. Kemungkinan murid – murid boleh menjadikan  renungan & dorongan dgn kehadiran tetamu kita pada hari ini dan  bagaimana kejayaan itu boleh tercipta bermula dari bangku sekolah rendah lagi.

Terima Kasih kepada guru-guru yang berkorban masa,tenaga, dan minda. Apatah lagi dengan hujan rahmat yang turun pada malam tadi merisaukan semua guru, 

Terima Kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak, dan 

Terima Kasih kepada pelajar yang amat bersemangat mengambil bahagian dalam semua acara yang telah berlangsung sebelum & pada hari ini.

SOKONGLAH KAMI WARGA SKRH untuk membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

Sekian, terima kasih.

3 comments:

  1. Syabas gb yusri. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  2. Mohon guna sebagai panduan.. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Wah... Tahniah kepada tuan... ucapan ini akan kami gunakan sebagai panduanšŸ¤—♥️

    ReplyDelete

Pendapat @ Cadangan