TEKS UCAPAN
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN
MALAYSIA
2017
Oleh :
EN. MUHAMMAD YUSRI BIN YUSOF
Guru Besar
Sk Kampung Kuala Pajam,
Beranang, Selangor Darul Ehsan
Assalamualaikum WBT …
Selamat pagi dan “Salam Negaraku
Malaysia” ….
Yang dihormati barisan Penolong
Kanan SK Kg Kuala Pajam, Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian…
Tetap terserlah si askar platun,
Mara menghala barisan hadapan,
Ucap Bismillah selembar pantun,
Bicara bermula titisan ucapan.
Di sangkar merbah bertelur helang,
Punai terlepas di hutan tarah;
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Bagai mengibas lipatan sejarah.
Setiap tahun menyambut merdeka
Jalur gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
beratus tahun kita dijajah
Terlebih dahulu saya ingin
melahirkan rasa gembira dan bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama
berkumpul pada Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Malaysia/ Kebangsaan peringkat
sekolah untuk tahun 2017.
“Negaraku Sehati Sejiwa ” merupakan
TEMA sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia tahun ini. Saya percaya tema ini akan
memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara
dalam hati kita semua sebagai seorang
warganegara Malaysia yang cintakan tanah air.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Pada tanggal 31 Ogos 2017 yang lalu
genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali ke- 60. Sebagai generasi
muda pada hari ini saya percaya murid - murid masih kurang arif mengenai
peranan dan erti kemerdekaan sebenar. Pada zaman sekarang erti kemerdekaan
bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata mata tetapi kita
harus sentiasa berwaspada dan menghindari penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh
negatif serta amalan-amalan yang merosakkan negara kita. Saya percaya sebagai
seorang rakyat Malaysia yang baik anda semua patut berasa bangga kerana
menjadikan amalan berbudi pekerti serta mengamalkan nilai-nilai murni dapat
menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum sekaligus menjamin keamanan
dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.
Setiap warganegara dari kecil
hingga dewasa mempunyai peranan dan tanggungjawab begitu juga para pemimpin
masyarakat dan rakyat jelata . Sebagai seorang murid sekolah yang diberi
infrastruktur yang lengkap untuk belajar kita haruslah bersyukur dan berusaha
dengan gigih utk mencapai cita-cita. Secara tidak langsung anda juga menyumbang
kepada pembangunan Malaysia di masa akan datang. Harapan saya agar anda semua
mengekalkan ciri-ciri warganegara yg baik , berakhlak mulia ,berdisiplin serta
hormat menghormati antara satu sama lain apabila dewasa nanti.
Setelah 60 tahun merdeka keadaan
negara kita sekarang jauh lebih baik daripada sebelum merdeka dengan
pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam menjamin kesejahteraan
rakyat. Masyarakat kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya. Menjadi
harapan saya agar murid-murid SK Kg Kuala Pajam menggunakan peluang yang ada
sekarang untuk mengejar cita-cita serta berjaya dalam hidup.
Murid-murid sekalian,
Kalau kita lihat senario dunia
sekarang peperangan berlaku di mana-mana, ramai anak- anak kecil tidak berdosa
mati dan tidak kurang juga yang kehilangan tempat tinggal serta kematian
orang-orang yang mereka sayang. Nasib kita di sini jauh lebih baik dan kita
bebas melakukan perkara yang kita suka termasuk pergi ke sekolah tanpa sebarang
ketakutan. Oleh yang demikian bersama-samalah kita bersyukur dan berikrar untuk
hidup bersama dengan aman dan damai sesuai dengan TEMA kita pada tahun ini “Negaraku
Sehati Sejiwa . Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui
cara pemikiran minda kelas pertama
sekali gus mempertahankan kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin negara
terdahulu.
Kehadiran kita pada pagi ini bukan
hanya utk wewarnai program tetapi sebagai permulaan untuk kita sama-sama
melahirkan rasa bangga kita menjadi warganegara Malaysia yang bertuah serta
melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi. Ia bukan sekadar laungan MERDEKA tetapi memahami , menghayati
dan menterjemahkannya dalam kehidupan harian itu dengan lebih bermakna. Memerdekakan
diri daripada perkara-perkara negatif dan tidak baik amatlah penting.
Sesungguhnya tujuan program bulan kemerdekaan ini diadakan untuk menyemarakkan
lagi rasa cinta kita kepada negara melalui aktiviti-aktiviti yang telah kita
jalankan sepanjang bulan ogos sehingga majlis penutup hari kemerdekaan ini. Besarlah harapan saya agar semua aktiviti
dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan saya
ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli
jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan Program Majlis Penutupan Bulan kemerdekaan Malaysia Peringkat sekolah kali ini. Saya menyeru agar kita
sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang
termasuk di rumah kita sendiri. Semoga
dengan cara itu kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme kepada
tanah air tercinta. Kerja sama- sama yang ditunjukkan dalam program ini serta program akan datang
memberi kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mempertahankan Kemerdekaan
negara Malaysia yang kita cintai.
Tanpa melengahkan masa lagi dengan
lafaz
Bismilahirahmannirrahim” saya dengan ini menutup sambutan Bulan Kemerdekaan ke- 60 peringkat SK Kg Kuala Pajam 2017 dengan serangkap pantun …
Bismilahirahmannirrahim” saya dengan ini menutup sambutan Bulan Kemerdekaan ke- 60 peringkat SK Kg Kuala Pajam 2017 dengan serangkap pantun …
Pakcik Wak menjahit kopiah,
kopiah dijahit beldu yang utuh,
wabillahi taufik walhidayah,
No comments:
Post a Comment
Pendapat @ Cadangan