Pages - Menu

Pages - Menu

Monday, April 16, 2018

TEKS UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-26 SKKKP



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

1.     Yang saya hormati, Tn. Haji Anuar b. Manap, NYDP PIBG SK. Kg Kuala pajam.
2.     Yang Berusaha En. Mohd Baba B. samah , GPK Kokurikulum Sk. Kg. Kuala Pajam merangkap Pengurus Temasya Sukan  Sekolah.
3.     Guru- guru, Para Ajk PIBG  sekolah, para ibu bapa dan murid-murid sekalian.

Telebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat  Ilahi kerana dengan limpah kurnianya , dapat kita bersama-sama meraikan Temasya sukan sekolah kali -26.

Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru dan juga barisan PIBG SK. Kg. Kuala pajam kerana bertungkus lumus  merealisasikan Temasya Sukan Sekolah pada hari ini.

Hadirin Sekalian,

Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini. Sokongan yang sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapa Sk. Kg. Kuala Pajam.Ini membuktikan bahawa para ibu bapa sekolah ini amat prihatin dengan aktiviti-aktiviti yang sekolah adakan untuk anak-anak kita. Tahniah daripada saya.

Tuan-Tuan dan puan,

Temasya Sukan Sekolah diadakan pada setiap tahun adalah untuk  membina semangat kesukanan anak-anak kita. Ianya bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding dalam acara-acara sukan  tetapi temasya ini juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid. Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf keboleh mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

Hadirin sekalian,

Temasya sukan sekolah ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran. Ini secara tidak langsung dapat melonjakkan  pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya. 

Badan sihat otak cerdas  boleh dikaitkan dengan  aktiviti-aktiviti jasmani yang diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual  dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang.

Insya Allah. Saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan sokongan kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Momentum seperti inilah yang kita perlukan agar anak-anak kita sentiasa cerdas dan cergas sama ada di sekolah mahupun di rumah. Maka akan lahirlah pelajar minda kelas pertama yang senantiasa kita harapkan.

Dengan adanya kerjasama dua hala ini, saya berharap agar sekolah SK. Kg. Kuala pajam akan terus cemerlang dalam bidang Kokurikulum khasnya. Saya juga berharap agar warga pendidik dan murid –murid dapat bersama-sama menguatkan tekad dan usaha bagi memastikan bidang kokurikulum akan terus cemerlang pada masa akan datang.

Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding kepada murid-murid saya. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang kental itu yang perlu ada dalam setiap jiwa anak-anak.

Dengan lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’ saya merasmikan Temasya Sukan Sekolah Sk. Kampung kuala pajam kali ke -26.

Sekian terima kasih.



1 comment:

  1. Assalam

    Saya mohon keizinan untuk mengambil contoh ucapan tuan untuk program sukan di sekolah saya.Terima kasih banyak.

    ReplyDelete

Pendapat @ Cadangan