Plato “Seni adalah satu peniruan.”
A. Peniruan Zahir
Persoalan
o Mengapakah catan atau arca yang membawa kesan keserupaan model asal menakjubkan kita?
o Mengapa pelukis meniru apa yang dapat dilihat oleh mata atau yang dapat dirakam oleh kamera?
Penjelasan dan Andaian
Hampir setiap orang menganggap bahawa representasi yang tepat adalah dasar seni.
Seni terawal memang mempunyai ciri representasi yang tinggi, tepat dengan kecantikan.
Kanak-kanak cuba meniru objek secara tepat, meski pun mereka kurang berjaya daripada pandangan orang dewasa.
Imitasi adalah sebahagian daripada usaha mengenali alam.
Kecenderungan meniru realiti melambangkan usaha untuk mengawal realiti. Pada peringkat kesedaran yang lebih dalam, kecenderungan kita melukis kepala supaya ia nampak hidup adalah sebahagian daripada usaha untuk menguasai kehidupan.
Melukis sesuatu objek berulang-ulang membentuk keyakinan terhadap kebolehan diri untuk mengawalnya.
Kita fikir bahawa kita kurang menjadi mangsa kepada peristiwa yang tidak menentu dalam dunia yang kurang kita fahami sekiranya kita membentuk imej yang cukup tepat untuk menggantikan karya agung yang kita tangani.
Satu hasil yang naturalistik mungkin menakjubkan kerana kita menyanjungi kemahiran seorang seniman.
o Peniruan yang berjaya sebagai kesan seni sering menakjubkan ramai orang.
o Ramai yang seronok dengan lukisan yang “mengelirukan mata”
B. Imitasi – penjelasan lanjut
o Ketepatan imitasi boleh muncul daripada keperhatinan terhadap penceritaan. Daripada mulanya, seni berperanan dalam menghubungkan maklumat.
o Meski pun photojournalism telah banyak menggantikan seniman sebagai perakam peristiwa , pelukis terus melahirkan karya yang mengandungi maklumat kepada pemerhati menerusi deskripsi dan representasi naturalistik.
o Seni menyampaikan drama yang menyentuh perasaan tentang kehidupan manusia biasa, objek dan tempat Rekabentuk satu gambar dicantum dengan kemahiran/ketrampilan representasi pelukis mengujudkan impak psikologi.
C. Imitasi sebagai Penyataan Fakta
o Kadang-kadang seni digunakan oleh pelukis/seniman untuk menumpukan perhatian pada subjek, tidak pada cara gambar diolah.
o Pendekatan ini boleh membawa implikasi sifat rendah hati kerana pelukis sebagai orang yang memilih, menyusun dan mempersembahkan realiti boleh berselindung diri dalam proses tersebut.
o Rasa ingin berselindung muncul kerana pelukis ingin mengujudkan visi, tindakan melihat, sebagai bahagian yang paling penting dalam pengalaman seni.
No comments:
Post a Comment
Pendapat @ Cadangan