Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Sunday, November 30, 2014
TOPIK 13 EXPRESSIVISME
Expressivisme tidak cenderung untuk memperihalkan subjek atau hal benda atau unsur-unsur formal sesebuah karya, tetapi banyak mengkesahkan bagaimana karya seni dapat mempengaruhi penonton dengan cara menimbulkan kesan emosi atau idea. Bagi pelukis ekpresif, karya seni adalah terbaik sekiranya mampu membangkitkan kesan emosi yang mendalam pada penonton
Dalam seni visual, sifat yang menekankan ekspresi rasa sering dirujuk sebagai “stail emosi”
Seniman menggunakan gambar mereka tentang manusia, bunga, pokok-pokok dsb untuk membangkitkan emosi yang kuat
Bagi pelukis begini, apa yang penting bukanlah ketepatan atau keteraturan ekspresi yang boleh diukur, sebaliknya penyampaian rasa keresahan, kesedihan, kemarahan – emosi yang mengatasi segala-galanya
Emosi melibatkan sama ada apa yang dirasa sendiri oleh seniman atau yang boleh dibangkitkan pada penonton
Apabila meneliti sesuatu karya, kita menyoal:
Adakah karya ini meyakinkan kita tentang realiti alam yang cuba digambarkan? Dan bukan “Adakah seniman ini benar-benar merasai emosi yang digambarkan ini?
Terdapat perbezaan-perbezaan dalam stail emosi itu sendiri, iaitu: karya seni mempunyai kemampuan membangkitkan rasa dalam pelbagai bentuk dan kecenderungan – namun semuanya beremosi walau pun berbeza kandungan
Tindak balas emosi boleh disebabkan oleh isi pengutaraan (subject matter) atau tema karya, yang lain mungkin disebabkan oleh jenis isyarat estetik yang disampaikan melalu karya tersebut
No comments:
Post a Comment
Pendapat @ Cadangan