Kaedah Pengajaran Abad ke-21
- Pembentangan
- Demonstrasi
- Latihan dan Amalan
Kaedah Pengajaran Abad ke-21
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pendidikan abad Ke-21 merupakan anjakan paradigma dalam proses P&P oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk keberkesanan sesuatu proses P&P.
Dalam erti kata lain, proses P&P pada abad yang ke 21 memanfaatkan penggunaan ICT.
1)Pembentangan
Pembentangan membenarkan pelajar untuk menyebarkan ilmu dari hasil penyelidikan atau dapatan sesuatu kajian dengan lebih berkesan.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Pembentangan:
Membantu pelajar membina makna yang tidak terdapat dalam pembacaan mahupun dalam penulisan.
Membentuk keyakinan diri, kecerdasa fikiran pelajar dan meningkatkan keberkesanan berkomunikasi.
Boleh digunakan dalam semua bidang pembelajaran.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Pembentangan:
Fakta atau perkara penting boleh jadi terkeliru atau hilang apabila tidak ada pengawasan oleh guru.
Pembentangan yang dilakukan akan memakan masa yang lama.
Contoh Bahan:
e-Pembentangan
2) Demonstrasi
Demonstrasi atau dikenali sebagai kaedah tunjuk cara merupakan satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh atau membuat uji kaji, memerlukan penglibatan guru dan pelajar secara praktikal serta memerlukan lisan (penerangan) yang jelas, pemerhatian dan pendengaran yang baik.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Demonstrasi:
Menarik perhatian pelajar supaya tidak bosan.
Meningkatkan daya ingatan pelajar.
Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Demonstrasi:
Lebih tertumpu kepada peralatan yang digunakan semasa mengajar.
Memerlukan fokus dan perhatian yang secukupnya daripada murid.
Guru terlalu banyak bercakap sehingga tumpuan murid beralih dari memerhatikan apa yang didemonstrasikan kepada penerangan guru.
Contoh Bahan:
e-Demonstrasi
3)Latihan dan Amalan
Merupakan suatu proses memperolehi dan memperbaiki kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk mempertingkatkan prestasi kerja. Untuk mengukur tahap kecerdasan pelajar terhadap sesuatu subjek latihan dan amalan perlu dilaksanakan dalam proses P&P.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Latihan & Amalam:
Membina keyakinan diri pelajar.
Kaedah bersesuaian untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
Memerlukan penglibatan semua pelajar.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Demonstrasi:
Mengehadkan kebebasan pelajar untuk berfikir dan mereka perlu lebih memberi penumpuan dalam proses P&P.
Mewujudkan perasaan bosan dalam kalangan pelajar.
Contoh Bahan:
e-Latihan
No comments:
Post a Comment
Pendapat @ Cadangan