Kaedah Pengajaran Abad ke-21
- Tutorial
- Discussion
- Pembelajaran kolaboratif
1)Tutorial
Menurut kaedah ini ICT digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbi ng,.memberi latihan dan menilai pencapaian. ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi
Pembelajaran ekspositori
Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction (CAI). digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System digunakan seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan.Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Mempersembahkan maklumat
Membimbing
Menyediakan / memberi latihan
Menilai pencapaian
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Tutorial:
Penggunaan ICT dapat mengindividukan pembelajaran
Penggunaan ICT membolehkan murid belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri.
Penggunaan ICT meningkatkan motivasi pelajar.
Pelajar boleh belajar tanpa pengawasan atau dengan pengawasan guru yang minimum.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Tutorial:
mengakibat pembaziran masa dan tenaga
menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu
Contoh Bahan:
e-Tutorial
2)Perbincangan
Perbincangan formal pada abad ke-21 melibatkan laman-laman web yang direka khas untuk perbincangan di antara guru & pelajar seperti melalui media What'sApp, WeChat, Facebook, Wiggio dan sebagainya.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Perbincangan:
Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengeluarkan pendapat & berkomunikasi antara satu sama lain.
Pelajar dapat menguasai kemahiran mendengar & memahami sesuatu perbincangan.
Mengekal minat & penglibatan pelajar
Menggalakkan pelajar berkolaborasi& bertukar pendapat.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Perbincangan:
Perbincangan adalah terhad dan tidak menyeluruh apabila pelajar tidak melibatkan diri.
Memerlukan rangkaian internet dan kelajuan akses yang maksimum untuk melakukan perbincangan secara live (serentak).
Contoh Bahan:
e-Perbincangan
3) Pembelajaran kolaboratif
Kaedah pembelajaran ini berasaskan kepada satu idea bahawa pembelajaran yang melibatkan tingkah laku sosial yang berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal. Kaedah ini bermaksud bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan secara bersama. Ia merujuk kepada penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil bagi memaksimakan hasil pembelajaran. Ia memerlukan penglibatan pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti kolaborasi Semua individu terlibat dalam menyelesaikan masalah di samping dapat memupuk semangat kerjasama dalam setiap kumpulan. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pembelajaran, pelajar perlu menyelesaikannya di dalam kumpulan. Pembelajaran lebih bermakna & bermanfaat kepada pelajar.
Kelebihan Pendekatan Pembelajaran Kolaboratif:
Memupuk semangat kerjasama
Mencetuskan kemahiran penyelesaian masalah.
Kemudahan berkomunikasi.
Kemudahan mendapatkan maklumat dan menyebarkan maklumat
Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Kelemahan Pendekatan Pembelajaran Kolaboratif:
Pelajar mudah leka dengan aplikasi lain
Guru semakin malas kerana semuanya berada di hujung jari.
Penggunaan kos yang terlalu tinggi
Perlu pemantauan terhadap pembelakaran pelajar
Kurang penglibatan pelajar menyebabkan aktiviti kolaborasi tidak dijalankan dengan baik
Contoh bahan:
Facebook, Twiiter, Wiggio dan lain-lain
No comments:
Post a Comment
Pendapat @ Cadangan