Kaedah Pengajaran Abad ke-21
- Permainan
- Simulasi
- Discovery
1)Permainan
Merupakan satu kaedah yang menarik & menyeronokkan bagi pelajar. Digunakan oleh guru untuk memenuhi masa yang terluang. Unsur-unsur lain seperti hiburan dan keseronokan yang terdapat dalam permainan akan merangsang pelajar untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya terlebih dahulu. Seterusnya ia akan dapat membantu pelajar dalam melatih kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Permainan:
Memperkembangkan kemahiran pendidikan imaginasi , pertimbangan , sintesis & perhubungan secara lisan.
Memberi kesan yang kuat kepada daya ingatan pelajar.
Menolong mengatasi masalah pelajar yang berbeza kebolehan .
Boleh digunakan dalam semua bidang pembelajaran.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Permainan:
Pelajar akan menjadi leka dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap objektif dalam permainan tersebut
Memerlukan kos yang tinggi untuk menyediakan peralatan permainan berasaskan teknologi
Contoh bahan:
Video-game based learning
2) Simulasi
Merupakan suatu kaedah dalam melakonkan sesuatu situasi berkaitan isu ataupun permasalahan. Penggunaan kaedah simulasi dengan perkembangan teknologi berlaku apabila dapat mewujudkan situasi dengan menggunakan teknologi agar menyerupai keadaan sebenar dalam bentuk yang dipermudahkan dan diringkaskan agar permasalahan yang berkaitan lebih mudah di fahami dan diselesaikan. Simulasi memberikan gambaran kepada pelajar menerusi alam maya dan membawa pelajar kepada realiti dunia yang sebenar.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Simulasi:
Pelajar dapat mempraktikan kemahiran sedia ada dengan kemahiran baru.
Memberi peluang kepada pelajar memikirkan cara penyelesaian masalah secara spontan.
Proses pembelajaran adalah lebih berkesan kerana pelajar boleh bersedia dengan rapi dengan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba sesuatu dalam keadaan yang selesa.
Dapat meningkatkan kemahiran pertuturan mereka & interaksi di antara mereka.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Simulasi:
Situasi yang diwujudkan mungkin di luar pengalaman pelajar.
Hanya pelajar yang terlibat sahaja akan mendapat faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh bahan:
E-simulasi
3) Penerokaan (Discovery)
Kaedah ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk ;Mengakses dtau mencari maklumat daripada CD atau internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknmya boleh dikawal. Dalam kaedah ini murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi berikut ;pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi.
Penggunaan ICT dikata untuk pembelajaran penerokaan apabila digunakan oleh murid sebagai medium untuk:
membolehkan mereka mencari dan mencapai maklumat (daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dll.)
mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid pada bila-bila masa murid memerlukannya.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid berkuasa mengawal dan menentukan maklumat yang diterimanya melalui alatan ICT.Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Penerokaan
Pendekatan ini amat serasi dan menyokong pendekatan constructivism .iaitu teori pembelajaran yang menekankan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang authentic, social negotiation of knowledge dan kolaborasi . Pelajar-pelajar di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book yang boleh dicapai di laman web Central Intelligence Agency (CIA), atau kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta melalui Internet, Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack.Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan.Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang terlalu panjang.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Penerokaan:
Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Penerokaan:
Proses pengajaran dan pembelajaran akan memakan masa yang agak lama
Lazimnya pelajar akan mendapat rumusan yang berlainan daripada yang dirancang.
Contoh bahan:
E-discovery
No comments:
Post a Comment
Pendapat @ Cadangan