Pages - Menu

Pages - Menu

Wednesday, December 10, 2014

Kaedah Pengajaran Abad ke-21

Kaedah Pengajaran Abad ke-21
- Pembelajaran Berasaskan Masalah
- Pembelajaran berasaskan Projek



1)Pembelajaran Berasaskan Masalah

Merupakan kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar agar menjadi lebih produktif, berusaha sendiri untuk mencari ilmu pengetahuan dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih berkesan tentang masalah yang berkaitan.

 Objektif Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pelajar akan dapat:

Belajar menyelesaikan masalah dalam realiti permasalahan yang sebenar.
Menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills).
Kemahiran menyelesaikan masalah.
Kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.
Kemahiran pembelajaran secara kendiri (Self-Directed Learning Skills).
Kemahiran bekerja secara berkumpulan.
Menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.


Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah ( Pbl )

            Pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan diberikan oleh pensuarah kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada.

            Pembelajaran berasaskan masalah adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan peggunaan akal dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran yang kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.

Dengan menggunakan modul ini, guru dan  pelajar akan dapat;

Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara terarah dan memenuhi kehendak modul
Mengenal dan mempraktikkan Kaedah Pembelajaran berasaskan masalah dengan menggunakan model dan teori yang terbaru.
Menyelesaikan masalah berkaitan proses pemahaman pelajar dengan mudah dan tersusun.
Memudahkan pelajar dan guru melalui proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih sistematik dan mudah.
 Kelebihan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah:

Membantu pelajar mencapai tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan mereka berkebolehan dan berkemampuan
Meningkatkan pemikiran yang  rasional dan kritis.
Dapat membentuk pelajar yang mampu menyelesaikan masalah
Pelajar lebih berkeyakinan & berketrampilan
Memberi pembelajaran yang lebih bermakna
 Kelemahan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah:

Tidak boleh dilaksanakan dengan menyeluruh & berkesan
Pelajar yang lambat dalam pelajaran akan hadapi masalah & kerumitan
Memerlukan masa yang panjang.
Kaedah ini tidak akan berjaya sekiranya pelajar tersebut hanya menggunakan langkah-langkah penyelesaian masalah yang dihafal daripada nota-nota guru @ buku
 Contoh bahan:

E-solving

2) Pembelajaran berasaskan Projek

Merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menggunakan kaedah pemusatan murid di mana guru memberikan satu projek untuk dijalankan oleh pelajar. Kaedah ini juga telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah dan juga berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dalam lain perkataan, ia merupakan salah satu model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran.Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa tertentu.



Kelebihan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek:

Menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid.
Menambahkan minat & motivasi  pelajar.
Menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Dapat mengembangkan  sikap tanggungjawab & inisiatif kepada pelajar.
Membina pengetahuan & pengalaman
Lebih fleksibel dalam pembelajaran


Kelemahan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek:

Memerlukan lebih daripada satu jangka masa pengajaran.
Berisiko dalam  melakukan kesalahan
Bahan dan sumber adalah terhad
Pelajar berkemungkinan terpesong daripada objektif-objektif yang telah ditetapkan
Rangkaian jalur lebar yang terhad
 Contoh bahan:

E-project

No comments:

Post a Comment

Pendapat @ Cadangan