Pages - Menu

Pages - Menu

Monday, January 19, 2015

Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat

S1 : Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat

Konsep dan pelaksanaan sekolah selamat ialah mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, dan potensi terkini dan masa hadapan.

Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri.

Prinsip-Prinsip Sekolah Selamat:

a. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah
b. Sekolah selamat adalah sebuah keluarga
c. Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai dan menghormati semua pelajar
d. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi
e. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi
f. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik
g. Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahan


Objektif Sekolah Selamat

a)      Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
b)      Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
c)      Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
d)     Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
e)      Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
f)       Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.
g)      Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada  sekolah.
h)      Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
i)        Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.

Cara-Cara Mewujudkan Sekolah Yang Lebih Selamat:

a.  Kepemimpinan yang berkesan
b.Mewujudkan hubungan dengan  keluarga dan masyarakat
c. Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf
d. Membincangkan isu keselamatan secara terbuka
e. Kawalan keluar masuk sekolah
f. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat
g. Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah

Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh gb sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.

Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

No comments:

Post a Comment

Pendapat @ Cadangan