S1
: Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat
Konsep
dan pelaksanaan sekolah selamat ialah mewujudkan persekitaran sekolah yang
aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, dan potensi terkini dan
masa hadapan.
Ini adalah kerana sekolah merupakan
tempat di mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan
dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada masyarakat dan
keluarga mereka sendiri.
Prinsip-Prinsip
Sekolah Selamat:
a. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah
b. Sekolah selamat adalah sebuah keluarga
c. Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai dan
menghormati semua pelajar
d. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi
e. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi
f. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik
g. Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahan
Objektif
Sekolah Selamat
a) Mewujudkan
persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
b) Memastikan
hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
c) Meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran.
d) Menyediakan
panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
e) Mewujudkan
persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
f) Meningkatkan
tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.
g) Menimbulkan
rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.
h) Meningkatkan
kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan
aktiviti-aktiviti sekolah.
i)
Meningkatkan kefahaman
mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan,
kemalangan dan malapetaka.
Cara-Cara Mewujudkan
Sekolah Yang Lebih Selamat:
a. Kepemimpinan yang berkesan
b.Mewujudkan hubungan dengan keluarga
dan masyarakat
c. Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf
d. Membincangkan isu keselamatan secara terbuka
e. Kawalan keluar masuk sekolah
f. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat
g. Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah
Untuk memastikan sekolah berada dalam
keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan
sahaja oleh gb sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk
guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan
ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.
Strategi perancangan dan pelaksanaannya
juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang
menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.
0 comments:
Post a Comment