Assalamualaikum dan
salam 1 Malaysia.
1.
Yang saya hormati, Tn. Haji Anuar b.
Manap, NYDP PIBG SK. Kg Kuala pajam.
2.
Yang Berusaha En. Mohd Baba B. samah ,
GPK Kokurikulum Sk. Kg. Kuala Pajam merangkap Pengurus Temasya Sukan Sekolah.
3.
Guru- guru, Para Ajk PIBG sekolah, para ibu bapa dan murid-murid
sekalian.
Telebih
dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnianya , dapat kita bersama-sama meraikan
Temasya sukan sekolah kali -26.
Tahniah
diucapkan kepada barisan guru-guru dan juga barisan PIBG SK. Kg. Kuala pajam
kerana bertungkus lumus merealisasikan
Temasya Sukan Sekolah pada hari ini.
Hadirin
Sekalian,
Terima
kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini. Sokongan yang
sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapa Sk. Kg. Kuala
Pajam.Ini membuktikan bahawa para ibu bapa sekolah ini amat prihatin dengan
aktiviti-aktiviti yang sekolah adakan untuk anak-anak kita. Tahniah daripada
saya.
Tuan-Tuan
dan puan,
Temasya
Sukan Sekolah diadakan pada setiap tahun adalah untuk membina semangat kesukanan anak-anak kita.
Ianya bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak kita
bertanding dalam acara-acara sukan
tetapi temasya ini juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti
dan inovasi dalam kalangan murid-murid. Elemen ini sangat penting bagi
mengiktiraf keboleh mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang
cemerlang dan bersahsiah mulia.
Hadirin
sekalian,
Temasya
sukan sekolah ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam memastikan
akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya memberi kesan
berganda dalam bidang pembelajaran. Ini secara tidak langsung dapat melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran
khasnya.
Badan
sihat otak cerdas boleh dikaitkan
dengan aktiviti-aktiviti jasmani yang
diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat
holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang.
Insya
Allah. Saya mengharapkan tuan-tuan
dan puan-puan dapat memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat
cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam
bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.
Momentum seperti inilah yang kita perlukan agar anak-anak kita sentiasa cerdas
dan cergas sama ada di sekolah mahupun di rumah. Maka akan lahirlah pelajar
minda kelas pertama yang senantiasa kita harapkan.
Dengan
adanya kerjasama dua hala ini, saya berharap agar sekolah SK. Kg. Kuala pajam
akan terus cemerlang dalam bidang Kokurikulum khasnya. Saya juga berharap agar
warga pendidik dan murid –murid dapat bersama-sama menguatkan tekad dan usaha
bagi memastikan bidang kokurikulum akan terus cemerlang pada masa akan datang.
Sebelum
saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding kepada murid-murid saya.
Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang kental itu yang
perlu ada dalam setiap jiwa anak-anak.
Dengan
lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’
saya merasmikan Temasya Sukan Sekolah Sk. Kampung kuala pajam kali ke -26.
Sekian
terima kasih.
1 comments:
Assalam
Saya mohon keizinan untuk mengambil contoh ucapan tuan untuk program sukan di sekolah saya.Terima kasih banyak.
Post a Comment