“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Monday, January 12, 2015

KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER

PENGENALAN KURIKULUM

Terdapat banyak definisi kurikulum. Kurikulum boleh didefinisikan sebagai cara membantu pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak berdasarkan program. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua Pengalaman yang berlaku di sekolah.

Kurikulum merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran. Selain itu kurikulum juga membawa pengertian senarai topik pembelajaran yang akan dilaksanakan Mengikut pandangan Dr Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan.

Menurut Feldman (1991) pula, kurikulum merupakan asas untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan. Manakala Catron dan Allen (1999) menjelaskan bahawa kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani,intelek, merancang aktiviti dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.

Zais (1979) menyatakan bahawa kurikulum sebagai satu set generalisasi yang saling berkait secara logik, konsep, cadangan dan lain-lain yang mewakili satu pandangan sistematik sesuatu fenomena kurikulum. Fungsi teori kurikulum ialah untuk memperkata, menjangka dan menerangkan fenomena kurikulum dan sebagai polisi untuk panduan aktiviti kurikulum.

Mengikut Kerr J.K. (2002) konsep kurikulum merupakan semua jenis pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah sama ada dalam kumpulan atau secara individu di dalam atau di luar sekolah.

Pakar-pakar pendidikan mentakrifkan kurikulum berasaskan rancangan bidang pendidikan.Misalnya J.G.Saylor dan W.M Alexander (1974) mentakrifkan kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di sekolah. Tyler (1950) mentafsirkan kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh sekolah berdasarkan objektif yang ditentukan.

REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA
            MAKSUD REKABENTUK KURIKULUM

Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.

Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994)

           MAKSUD KURIKULUM

                        Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.

                        Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui Kementerian Pendidikan.  (Wikipedia, ensiklopedia bebas).

                        Kurikulum berasal daripada perkataan Latin “currere” maksud “race course” atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud jelmaan.
            Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.

                        Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan.

           MATLAMAT/ OBJEKTIF KURIKULUM
·         Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.
·         Penyampaian maklumat ikut peringkat.
·         Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.
·         Membina modal insan abad ke 21.
·         Melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
(J.E.R.I.S.)
·         Kurikulum yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.
·         Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

MODEL NATURALISTIK WALKER

            Selain model  objektif, model naturalistik juga merupakan model pilihan yang digunakan oleh pakar-pakar kurikulum sebagai asas untuk membentuk sesebuah kurikulum. Model Naturalistik telah dibina untuk menjelaskan fenomena dan hubungan yang diperhatikan dalam projek kurikulum sebenar secara jujur dengan beberapa istilah dan prinsip. Bidang kurikulum telah berjaya mengemukakan model pembangunan kurikulum yang bermula dari Bobbit hinggalah kepada Tyler, yang mengetengahkan elemen-elemen model klasik, iaitu objektif dan pengalaman pembelajaran. Operasinya adalah untuk menentukan dan menjelaskannya dalam bentuk khusus, merangka pengalaman pembelajaran, memilih dan mengorganisasi pengalaman pembelajaran supaya dapat mencapai matlamat, dan membuat penilaian hasil daripada pengalaman tersebut.
            Model Naturalistik mengandungi tiga elemen, iaitu dasar kurikulum (the curriculum’s platform), pertimbangan yang berkaitan dengannya (deliberation) dan reka bentuk kurikulum (curriculum design). Ketiga-tiga elemen ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain sebagai asas untuk memilih dan membentuk kurikulum yang sesuai bagi sesebuah sistem pendidikan.


DASAR KURIKULUM (PLATFORM)

Dasar kurikulum merujuk kepada sistem kepercayaan dan nilai yang diambil kira oleh pembina-pembina kurikulum sebagai panduan untuk membina kurikulum. Dasar kurikulum meliputi idea tentang sesuatu dan visi tentang apa yang seharusnya dan sepatutnya ada dalam kurikulum. hal inilah yang memandu pembina kurikulum dalam menentukan apa yang perlu dilakukannya untuk merealisasikan visinya. dalam sisitem pendidikan di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan merupakan unsur utama untuk menentukan bentuk pendidikan yang digunakan. Walau bagaimanapun, penetapan yang ada dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah mengambil kira dasar kerajaan terhadap pembangunan masyarakat iaitu masyarakat jenis apakah yang dikehendaki untuk negara Malaysia. Teras untuk menentukannya adalah dengan melihat prinsip-prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan keadaan rakyat itu sendiri.

PERTIMBANGAN

Setiap keputusan untuk membentuk kurikulum dan bagaimana kurikulum akan disebarkan perlu mengambilkira pertimbangan-pertimbangan tertentu. Walker (1978), mengatakan bahawa pertimbangan mengambil kira kedua-dua aspek iaitu matlamat dan cara ( means dan ends), dan kedua-duanya akan saling menetukan peranan antara satu sama lain. Matlamat dan cara mestilah dapat mengenal pasti fakta yang berkaitan atau adalah releven dan sesuai untuk dijadikan pertimbangan dalam pemilihan kurikulum. Pembentuk kurikulum mestilah cuba mengenalpasti keperluan pengguna kurikulum yang terdiri daripada pendidik dan pelajar yang merupakan anggota masyarakat dalam sesuatu sistem sosial.
Matlamat dan cara mestilah menghasilkan penyelesaian alternatif terhadap pemilihan yang tidak sesuai. Matlamat da cara membolehkan usaha untuk mengesan langkah-langkah setiap alternatif yang dipilih mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah hasil daripada kurikulum yang dibentuk. pertimbangan yang berkesan perlu dibuat bagi setiap alternatif yang dipilih, kesan dan akibat yang bakal dihadapi, seterusnya memilih alternatif yang terbaik sebagai ganti jika berlaku ketidaksesuaian kurikulum yang dipilih.

REKA BENTUK KURIKULUM

Reka bentuk kurikulum merupakan satu set perhubungan yang abstrak dalam penghasilan pembangunan kurikulum. Apabila kurikulum terbentuk dalam bentuk bahan, maka reka bentuk kurikulum menunjukkan satu kesatuan yang utuh. oleh itu, reka bentuk kurikulum memerlukan satu kaedah untuk menunjukkan kesan penting yang berpotensi terhadap set bahan sumber terancang.
Apabila kita membicarakan tentang kurikulum, kita melihat kepada hasil melalui projek-projek kurikulum. Masalhnya ialah kesan kurikulum mesti dihuraikan dalam bentuk perbuatan, bukannya bahan. Bahan-bahan adalah penting kerana bahan menggambarkan keadaan perlakuan yang memberikan kesan kepada pengguna bahan. Oleh itu, reka bentuk kurikulum adalah merupakan hubungan yang terkandung di dalam bahan-bahan yang digunakan oleh pendidik dan pelajar. Bahan-bahan yang digunakan dalam reka bentuk kurikulum memberi kesan kepada para pelajar.
Masalah tentang reka bentuk ialah reka bentuk kurikulum sukar untuk menghuraikan dengan jelas dan tepat mengenai bahan kurikulum yang disediakan. Satu kaedah diperlukan untuk menunjukkan kesan yang jelas dalam penggunaan bahan kurikulum. Salah satu cara untuk menghuraikan reka bentuk adalah dengan beberapa siri keputusan yang dihasilkannya. Oleh itu, reka bentuk kurikulum ditunjukkan oleh pilihan-pilihan yang menyebabkan penghasilannya.
Dalam membentuk apa jua kurikulum, terdapat keputusan-keputusan reka bentuk yang dibentuk melalui pelbagai pandangan atau pendapat dan mengambil kira pelbagai alternatif. Keputusan-keputusan itu membentuk reka bentuk eksplisit kurikulum. Tetapi terdapat pembina-pembina kurikulum mengambil kira beberapa tindakan tertentu tanpa menghiraukan adanya alternatif lain yang boleh digunakan. Dalam hal ini, adalah janggal untuk menolak keputusan-keputusan yang dibuat walaupun keputusannya adalah sama dengan keputusan awal. Pilihan-pilihan yang tidak diambil kira atau diterima membentuk kurikulum reka bentuk implisit kurikulum. Reka bentuk kurikulum menjadikan jelas sekiranya pemilihan dibuat dengan betul setelah melalui pertimbangan dalam beberapa bentuk pilihan, tetapi sekiranya pemilihan tidak dibuat dengan teliti, reka bentuk akan menjadi kurang jelas. Keadaan ini memberi kesan terhadap pelaksanaannya. Pendidik menyebarkan kurikulum tanpa kejelasan dan pelajar menerimanya tanpa pilihan.
Dalam model naturalistik, bukan penghasilan dalam proses kurikulum yang menjadi objek utama atau senarai objektif dan set pengalaman pembelajaran diutamakan, akan tetapi model ini merupakan satu set keputusan-keputusan reka bentuk. Proses di mana kepercayaan dam matlamat digunakan untuk membuat keputusan ialah pertimbangan. Operasi utama dalam membuat pertimbangan ialah pemilihan titik rumusan, membuat pilihan alternatif, mengambil kira perbalahan sama ada terdapat sokongan atau bantahan dan akhir sekali memilih alternatif yang boleh menghadapi pelbagai halangan atau kekangan untuk menggunakan kurikulum yang dbentuk.

MODEL NATURALISTIK YANG DINAMIK

Pereka bentuk kurikulum menghadapi pelbagai halangan dan keadaan dalam mereka bentuk sebuah kurikulum. Dengan mengambil kira halangan-halangan yang disatukan dengan prinsip-prinsip pembentukan kurikulum, pembina kurikulum merasakan telah mengambil segala pertimbangan dalam usahanya membentuk kurikulum. Oleh itu, segala pemilihan yang dibuat dan diterima oleh pereka bentuk menjadi dasar kepada kurikulum. Pengguna kurikulum memahami dan besar kemungkinan melakukan apa yang telah dilakukan pereka bentuk kurikulum. Terdapat tiga komponen dasar dalam kurikulum yang dibentuk, iaitu konsep, teori dan tujuan atau matlamat.

KONSEP

Konsep yang melibatkan kepercayan, andaian dan pertimbangan yang diterima oleh pereka bentuk kurikulum dan menjadi asas untuk membuat pemilihan dikira sebagai dasar kurikulum. Setiap benda atau perkara yang baik, benar atau sempurna boleh menjadi sebahagian daripada dasar itu. Contohnya, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan unsur-undur jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sempurna merupakan kebenaran yang ingin dicapai untuk masyarakat negara Malaysia melalui sistem pendidikan.


TEORI

Teori merupakan sesuatu kepercayaan tentang hubungan antara hakikat kewujudan entiti dengan kepercayaan kepada kebenaran iaitu mempercayaisesuatu itu benar. Oleh itu, unsur-unsur ketuhanan telah diselitkan dalam kurikulum untuk membawa manusia ke jalan yang benar. Dalam kontoks ini, kita lihat kurikulum pendidikan di Malaysia adalah berpaksikan kepada ketuhanan.

TUJUAN / MATLAMAT

Tujuan atau matlamat adalah kepercayaan tentang apa yang dikehendaki oleh pendidikan iaitu kebaikan dan keindahan yang terkandung dalam pendidikan seperti objektif pendidikan. Tujuan atau matlamat mencerminkan sesuatu yang perlu diberi dan diperolehi oleh seseorang melalui sistem pendidikan.

IMEJ

Imej ialah kehendak yang mahu dicapai dalam sesuatu kurikulum.

PROSEDUR

Prosedur ialah siri tindakan atau keputusan yang dikehendaki tanpa menjelaskan mengapa dan dalam cara mana kurikulum dikehendaki. Pereka bentuk kurikulum akan mengubah dasarnya jika berlaku konflik dari segi prinsip dan data. Perubahan-perubahan kecil yang berlaku dikawal dengan konsisten melalui contoh kes terdahulu. Penggunaan kes terdahulu dalam merancang komponen kurikulum amat sesuai untuk menjadi dasar dalam sistem pendidikan.

PERANAN PENTADBIR DAN GURU

Sebagai pemimpin kurikulum sekolah, Guru Besar memainkan peranan yang penting untuk memenuhi keperluan yang efektif iaitu:
a.    Mempunyai kefahaman terhadap keseluruhan kurikulum;
b.    Memastikan wujudnya akauntabiliti terhadap standard yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran;
c.    Membangunkan budaya dan persekitaran yang sesuai;
d.    Menjadi ‘model peranan’ kepada guru-guru dan para pelajar.

Sebagaimana yang telah dibincangkan bahawa model yang baik adalah model yang dapat membantu pelaksananya untuk mengerti dan memahami suatu proses secara asas dan menyuluruh. Ini menunjukkan bahawa model pengembangan kurikulum yang baik adalah model yang dapat membantu para pengembang kurikulum dalam mengembangkan kurikulum organisasinya. Guru turut terlibat dalam pengembangan kurikulum dengan tujuan antara lain;

a.         Sebagai panduan kepada guru untuk memilih model pengembangan yang sesuai dengan pelaksanaan pengembangan kurikulum di sekolahnya.
b.         Sebagai ilmu bagaimana kurikulum itu dibina dan selanjutnya dilaksanakan di        sekolah-sekolah. Satu-satu kurikulum itu memerlukan masa yang panjang serta    perbelanjaan yang tinggi sebelum ianya benar-benar dilaksanakan. Pada hal           mungkin selama ini guru-guru hanya tahu bahawa kurikulum itu sudah sedia ada dan             hanya perlu dituruti sahaja.
c.         Ia juga sebagai bahan untuk menyusun kurikulum yang sesuai dengan visi, misi,   serta KPI sesebuah organisasi itu.
d.         Sebagai bahan penelitian tugas profesional guru dan bertanggungjawab terhadap segala kesempurnaan kurikulum di sekolah.
e.         Sebagai bahan untuk melihat perbandingan dan keberhasilan tentang model          pengembangaan kurikulum yang digunakan oleh sesebuah sekolah, yang akhirnya   diharapkan dapat memperbaiki kurikulum tersebut.

            Oleh itu, dalam konteks Model Naturalistik Walker, Guru Besar berperanan dalam semua elemen yang telah dikemukakan. Dari elemen Dasar Kurikulum atau yang dikenali dengan Platform, elemen Pertimbangan dan seterusnya kepada Reka Bentuk Kurikulum. Ini menjelaskan bahawa tugas dan tanggung jawab Guru Besar adalah amat penting dan relevan dalam mempastikan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran benar-benar berjalan mengikut apa yang telah dirancangkan.
            Pentadbir lain pula akan bekerjasama bersama Guru Besar bagi mempastikan perjalanan kurikulum lancar. Pentadbir amat penting dalam elemen yang kedua iaitu Pertimbangan. Di peringkat inilah segala persoalan serta isu timbul dan dibahaskan bagi mendapat satu keputusan jitu untuk perlaksanaan kurikulum yang ampuh. Ketua Panitia Mata Pelajaran turut terlibat sama dalam peringkat ini.
            Selanjutnya adalah elemen Reka Bentuk Kurikulum.  Pada peringkat ini semua peringkat organisasi akan terlibat termasuklah guru-guru. Jika semuanya berlaku seperti yang telah dirancang, maka kurikulum yang telah dibentuk itu pasti akan mencapai matlamatnya.

1 . PELAKSANAAN DASAR KURIKULUM
1.1       Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum             yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan   dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan       sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan             mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan .
1.2       Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana    sistem dan dasar pendidikan kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan    Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 .
1.3       Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan      Malaysia.
1.4       Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan          kurikulum semasa.
1.5       Pada setiap masa, program akademik mestilah diutamakan. Hal ini bermakna      sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah           diberikan kepada program akademik .

2 .  JAWATANKUASA  KURIKULUM  SEKOLAH
2.1       Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah    dan isu  kurikulum di sekolah .
2.2       Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur  dan pekeliling yang ditetapkan.
2.3       Setiausaha Jawatankuasa dilantik daripada kalangan Guru Kanan Mata pelajaran .
2.4       Agenda yang dibincangkan dalam  mesyuarat wajib dilaksanakan.
2.5       Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat        Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya   di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah   disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa .
2.6      Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak          terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan             Mata pelajaran beserta Ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
3.1       Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling         Ikhtisas Bil 4 / 1986.
3.2       Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) .
3.3       Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi        dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam         kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan   dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran,             pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan          pengajaran.
3.4       Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV            dan GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia
3.5       Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi          mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan           para pelajar terhadap pembelajaran.
3.6       Pengurusan panitia secara on line atau web based/1Bestari net VLEFrog mestilah             menjadi keutamaan dan oleh itu laman web panitia mestilah sentiasa dikemas kini supaya guru dan murid boleh  sentiasa merujuk .
3.7       Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas       mesyuarat kurikulum dan mesyuarat penitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir . Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui SU             Kurikulum
3.8       Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau           laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia       oleh ketua-ketua panitia.


4          SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
4.1       SP , HSP dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk          apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran
4.2       Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan       objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan           juga proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang          konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.
4.3      Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah           dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail   khas supaya senang dirujuk .
4.4       Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar     hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan .
4.5       Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH  di            dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk kelas . Oleh itu Buku Rekod Mengajar    mestilah lengkap dan dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas .
4.6       Penggabungan isi kandungan sebilangan mata pelajaran digalakkan bagi   membolehkan sukatan dilengkapkan segera dan isi kandungan boleh disusun        semula oleh guru  berkaitan.
4.7       Melengkapkan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan.

5 . PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5.1       Pengajaran dan Pembelajaran berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk             mengoptimumkan kecemerlangan murid.
5.2       Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti          selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau             (ICT)
5.3       Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang           berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di   dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah .
5.4       Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia             interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti VLEFrog digalakkan dan       akan diperluaskan.
5.5       Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa   Inggeris.
5.6       Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh       pelajar dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak   membebankan dan membosankan pelajar untuk belajar sebelum beredar ke topik       selanjutnya .
5.7       Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran           berfikir kritis dan kreatif agar murid menguasai kemahiran Berfikir Tinggi ( KBAT )    semasa proses pengajaran dan pembelajaran
5.8       Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya            ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian      peperiksaan awam . Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan    menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .
5.9       Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’ dan        ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu   kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab         untuk belajar dapat dipindahkan kepada pelajar.
5.10    ’Selected Study Skills’ perlu dikenal pasti dan pelajar digalakkan untuk        menggunakannya bagi memudahkan proses pembelajaran.
5.11     Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata          pelajaran , pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas.
5.12     Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah        menggabungkan ’content skill , language skill, ICT skill & pedagogi skill’ . Oleh itu         setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan            meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan.

5.13     Guru mata pelajaran , Ketua Panitia Mata pelajaran mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar seperti yang telah       ditetapkan  oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai         sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’  dan kaedah             GROW mestilah menjadi amalan dan kelaziman  bagi setiap orang guru .
5.14     Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pengajaran dan          pembelajaran di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara   berterusan terutama Tahun 1, 2, 3 dan 4  menggunakan PBS agar PdP lebih            menarik dan berkesan.
5.15     Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan      budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan         dan penerapan budaya cintakan ilmu .
5.16     Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan  mencapah          ataupun  HOTS – Higher Order Thinking Skills Questions  atau KBAT.
5.17     Ketua-Ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas       supaya selaras dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk proses pengajaran dan     pembelajaran dioptimumkan .

PENUTUP


            Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial. Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia. Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum dapat dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform. Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak-hak individu dan kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangn dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB