Sekadar perkongsian untuk perhatian guru - guru ketika menjalankan tanggungjawab masing - masing. Malang tidak berbau. Sesama kita saling mengingati.
Showing posts with label GURU BESAR. Show all posts
Showing posts with label GURU BESAR. Show all posts
Friday, February 6, 2015
Sunday, November 30, 2014
GURU BESAR
Pengenalan
Guru Besar merupakan pemimpin sekolah yang penting yang boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekiranya mereka berfungsi sebagai kepemimpinan pengajaran dan pengurus. Namun oleh sebab sifat organisasi sekolah hari ini yang semakin kompleks, guru besar biasanya terperangkap dengan kerja-kerja biasa dan rutin seperti melayan tetamu, membaca dan menjawab surat. Kerja-kerja ke arah mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran hampir tidak termasuk dalam jadual kerja mereka.
Para guru besar dan penggubal polisi perlu jelas dengan arah pengurusan sekolah supaya wujud keseimbangan antara tugas luaran dan dalaman. Tetapi, yang lebih penting ialah guru besar perlu memberi tumpuan masa, tenaga dan kuasa terhadap misi utama sekolah iaitu pedagogi. Ini bermaksud para guru besar berperanan sebagai kepemimpinan pengajaran.
Tidak semua sekolah mempunyai kepemimpinan pengajaran pada guru besar yang berkesan. Kebanyakan mereka berfungsi sebagai pentadbir. Kurangnya peranan serta fungsi kepemimpinan pengajaran daripada pengetua merupakan masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan sekolah dalam jangka masa yang panjang. Kepemimpinan pengajaran guru besar adalah sangat penting kerana kepemimpinan bercorak ini dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan di kalangan guru dan murid yang dapat menghasilkan prestasi akademik yang cemerlang. Ini bermaksud bahawa guru besar berperanan sebagai kepemimpinan pengajaran dapat mempengaruhi para guru mengamalkan pengajaran berkesan di bilik darjah. Hanya dengan pengajaran yang berkesan di bilik darjah, pembelajaran di kalangan para murid akan berlaku secara berkesan. Oleh itu, pertalian antara kepemimpinan pengajaran guru besar dan amalan pengajaran guru yang berkesan di bilik darjah adalah sangat kuat dan natijahnya akan mempengaruhi pencapaian akademik para murid.
Kecemerlangan dalam pencapaian akademik para murid dalam peperiksaan awam merupakan kriteria utama untuk menentukan keberkesanan sesebuah sekolah di negara ini. Sekolah berkesan ialah sekolah yang dapat memberi kesan dan pengaruh dalam mempertingkatkan pencapaian akademik para murid. Pencapaian ini merupakan hasil daripada amalan pengajaran guru yang berkesan di bilik darjah. Hasil kajian Hellinger dan Heck (1996) mendapati bahawa hubungan antara pencapaian akademik para murid dengan kepemimpinan guru besar adalah secara tidak langsung, iaitu melalui faktor pengantara atau pencelah di peringkat sekolah iaitu para guru.
Peranan Guru Besar
Dalam organisasi di sekolah rendah, guru besar ialah ketua eksekutif dan pada
masa yang sama beliau ialah pemimpin utama sekolah yang berkenaan. Seseorang
yang menjawat jawatan ini dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk mengetuai sesebuah sekolah rendah dan dipertanggungjawabkan
untuk mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah.
Tugas-tugas guru besar dalam pentadbiran mengikut Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (1982) yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan ialah:
i. Menguruskan perkhidmatan dan perjawatan guru dan bukan guru.
ii. Mengendalikan kewangan dan akaun sekolah.
iii. Mengurus kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum.
iv. Pengurusan jadual waktu sekolah.
v. Mengurus kemasukan dan pertukaran murid.
vi. Pengerusi lembaga tatatertib sekolah.
vii. Mengurus perjalanan ujian.
viii. Bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
ix. Mengkoordinasi aktiviti-aktiviti sekolah dengan pihak luar.
x. Bertanggungjawab tentang disiplin pelajar.
Mengenai kemimpinan guru besar dalam pengajaran dan pembelajaran, didapati peranan utama guru besar ialah menyelia, membuat cerapan, memotivasikan guru dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, pembimbing iaitu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru-guru di dalam pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas, dan pencapaian matlamat dan misi sekolah. (Hussein, 1993)
Guru Besar Merangka Matlamat Sekolah
Dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang ada di sekolahnya. Sekolah-sekolah yang berkesan biasanya mempunyai matlamat dan misi yang jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik murid. Tenaga staf dan sumber-sumber lain di sekolah digembelingkan dan dijana bagi mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. Beberapa objektif diselaraskan dengan setiap daripada skopnya mudah dikelolakan dan ini merupakan cara yang terbaik bagi menuju arah hala matlamat.
Dalam merangka matlamat-matlamat sekolah, data pencapaian prestasi murid yang lepas dan tanggungjawab para guru perlu diambil kira serta digabungkan untuk menuju ke arah pencapaian matlamat. Pencapaian matlamat yang ditetapkan seharusnya boleh dijelaskan dengan ukuran tertentu, contohnya peningkatan peratusan kelulusan mata pelajaran dalam peperiksaan awam.
Guru Besar Memperjelaskan Matlamat Sekolah
Fungsi ini berkaitan dengan cara bagaimana guru besar memperjelaskan matlamat sekolah yang penting kepada para guru, ibu bapa dan para murid. Guru besar dapat menyakinkan pentingnya matlamat sekolah difahami oleh guru-guru melalui perbincangan dalam mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun, khususnya dalam konteks pengajaran dan kurikulum. Wahana komunikasi secara formal atau tidak formal boleh dieksploitasikan oleh guru besar bagi memperjelaskan kepentingan dan tujuan matlamat-matlamat sekolah.
Guru Besar Menguruskan Kewangan Sekolah
Guru besar bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Selain itu, guru besar berperanan mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. Guru besar juga menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna. Justeru itu, guru besar merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan juga merupakah salah satu daripada tugas guru besar.
Guru besar juga mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit. Guru besar melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas. Guru besar menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa murid-murid sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. Dalam konteks kewangan, guru besar juga menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Guru besar seterusnya menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini. Guru besar juga memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya. Guru besar memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada. Akhir sekali, guru besar menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.
Kesimpulan
Sebagai seorang guru besar, sudah semestinya mahu menjadi seorang guru besar yang berkesan. Seorang guru besar yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang berkesan. Sifat guru besar yang menekankan kepada jenis kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang guru besar. Seorang guru besar yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Guru besar mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di bawah kawalannya, mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan rajin bekerja.
Sebagai seorang guru besar yang demokratik, guru besar juga hendaklah mampu mempertingkatkan daya kreatif dan inovatif kakitangan di bawahnya. Guru besar adalah sumber kepada mereka untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya, seorang guru besar hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan minat guru-guru dan kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan tenaga dan idea dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, guru besar seharusnya mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai sama dalam satu kumpulan kerja.
Sebagai seoarang guru besar yang mempunyai ciri-ciri demokratik, selain dari di atas tadi, guru besar juga hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat berkomunikasi secara terbuka dan seorang yang peramah mesra. Guru besar perlu sentiasa menunjukkan wajah yang disenangi oleh pengikutnya dan mempunyai komunikasi dua hala, tidak ada perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat autokratik. Guru besar sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional, hendaklah menggunakan saluran demokratik itu secara terpimpin, kalau demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitu laissez-faire. Teori kepemimpinan Laissez-faire ini akan banyak memberi kuasa otonomi kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang yang amat bebas untuk membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang, urusan pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi.
Melalui bebarapa huraian ringkas di atas tadi menampakkan kepada kita bahawa guru besar adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Kalau guru besar sudah tidak ada kredibiliti dan karisme yang tinggi, sekolah sebagai tempat untuk menjana minda pelajar-pelajar akan berjalan dalam suasana yang pincang. Sekolah adalah 'duta wawasan' yang merupakan sebuah 'negara kecil' yang perlu segala-galanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat-mentaati dan harga-menghargai di antara mereka. Dengan wujudnya sifat kepemimpinan yang berkesan maka pengurusan dan pentadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.
SIAPA GURU BESAR ? MEMAHAMI GURU BESAR DI MALAYSIA
HURAIAN
TAJUK
4 : SIAPA GURU BESAR?
MEMAHAMI
GURU BESAR DI MALAYSIA
PENGENALAN
Siapakah
Pengetua? Siapakah Guru Besar? Guru Besar adalah seorang pemimpin di peringkat
sekolah. Ini adalah tanggapan umum tentang seseorang yang menyandang jawatan
yang dipanggil Guru Besar. Mengapakah beliau dianggap sebagai peneraju
kecemerlangan sekolah? Secara analoginya, Guru Besar diibaratkan sebagai
nakhoda yang mengepalai sebuah bahtera atau kapal. Sebagai nakhoda , beliau
perlu menentukan arah pelayaran untuk sampai ke sesuatu destinasi seta misinya
ke destinasi itu.
Bagi
memastikan beliau sampai ke matlamat yang dituju, beliau perlu bijak mengatur
dan mengerahkan anak guahnya melakukan kerja yang terbaik. Dalam pelayaran,
nakhoda perlu bijak menyesuaikan layarnay dengan arah tiupan angin dan yang
penting beliau wajib melindungi bahtera termasuk anak-anak kapal daripada apa
jua ancaman semassa dalam pelayaran berkenaan.
Guru
Besar adalah seorang pemimpin tetapi bukannya pemimpin dalam pengertian biasa.
Ia bukanlah pemimpin yang dipilih secara sukarela oleh kumpulan di mana Guru
Besar itu beroperasi. Dalam lain perkataan orang yang dipanggil guru besar ini
bukanlah seorang yang berada di akar umbi yang muncul daripada konstituensi
yang tertentu. Guru besar adalah seorang yang datang “dari atas”. Ia tidak
mempunyai konstituensi yang tertentu. Ia boleh datang dari mana-mana “penjuru”
dan menjelma di mana-mana tempat.”konstituensi Sekolah” tempat ia dihadirkan
terpaksa menerimanya. Ahli-ahli konstituensi itu, pada lazimnya tidak boleh
menolak kerana kuasa atau opsyen itu bukannya ada pada mereka. Mereka menerima
sahaja kehadirannya. Dengan itu, fenomena kepemimpinan guru besar boleh disebut sebagai fenomena “imposed leader’. Di
sinilah terletak masalah kepemimpinannya kerana guru besar bukan merupakan
tetamu yang diundang di sekolah tempat dia beroperasi. Justeru masalah
penerimaan, pengiktirafan dan seumpamanya adalah antara masalah kepemimpinan
yang menyambut tetamu yang tidak diundang ini. Bagaimana guru besaar menangani
cabaran pertama antara cabaran-cabaran yang akan menjelma kemudiannya akan
menentukan kejayaan atau kegagalan guru besar itu.
Secara
profesional, guru besar bukanlah hanya
sekadar pentadbir, pengurus, dan pemimpin, tetapi meliputi ketiga-tiganya sekali.
Guru besar adalah ketua dalam organisasi sekolah yang menjadi pentadbir sistem
persekolahan. Pada masa yang sama, guru besar adalah pemimpin pendidikan atau
instruktional leader. Beliau menggalas tugas dan tanggungjawab membentuk
manusia melalui manusia.
Tugas
itu adalah seni membentuk sinergi ataupun menyatu dan menyepadu elemen-elemen
penting yang saling berkaitan dalam institusi persekolahan. Melalui gaya
pengurusan dan kepimpinannya yang tersendiri serta berbekalkan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran, beliau memimpin dan mengajak serta bekerjasama
dengan warga sekolah mengendalikan pelbagai kemudahan dan bantuan sokongan
secara teratur.
Ia
dilakukan derngan mengguna pakai sistem
yang sesuai serta merangka dan menyusun strategi yang berkesan bagi mencapai
matalamat bersama. Ini membawa keuntungan kepada semua orang yang terlibat dan
berkepentingan (lihat rajah 1) kesannya, lebih bijak guru besar mengadun
elemen-elemen berkenaan, lebih lancar dan berkesan.
Rajah
1 : Sinergi dalam pengurusan sekolah
![]() |
|||||
![]() |
|||||

|
|
|
|
|
|
Secara umumnya
kepimpinan dilihat sebagai proses dua hala iaitu tingkah laku pemimpin yang
dipengaruhi oleh interaksi dengan kakitangan dan jangkaan kakitangannya (Mohd.
Salleh, 2000).
GURU BESAR DI MALAYSIA
Sistem
pendidikan di Malaysia telah dan sedang menghadapi pelbagai perubahan besar
yang melibatkan perubahan struktur organisasi pengurusan pendidikan di semua
peringkat. Perubahan yang berlaku merupakan keperluan bagi memenuihi tuntutan
ke arah menyediakan negara bagi menghadapi dan mengharungi alaf baru yang
mempunyai cabaran yang rencam dan kompleks.
Kemudahan
dalam dunia komunikasi, teknoligi maklumat dan nilai telah mengubah pelbagai
dimensi kehidupan manusia dan harapan terhadap dunia pendidikan. Perubahan baru
dan inovasi berteknologi tinggi memerlukan sekolah menyediakan tenaga mahir,
seusai dengan kehendak masa depan dan membolehkan negara bersaing di peringkat
global. Dalam erti kata lain, negara
memerlukan sekumpulan sumber manusia yang lengkap dan mampu berubah dengan
melakukan penyesuaian kepada keadaan pasaran yang lengkap dan mampu berubah
dengan melakukan penyesuaian kepada keadaan pasaran yang sentiasa berubah dan
dinamis. Kunci kepada produktiviti dan daya saing terletak kepada kemampuan tenaga kerja dalam menggerakkan
pengetahuann sains dan teknologi serta kemampuan pengurusan untuk mengggerakkan
tenaga kerja yang berpengetahuann dan terlatih ke tahap optimum.
Semua
cabaran ini memerlukan kesungguhan dan darjah keprofesionalisme yang tinggi
daripada pengurus dan pemimpin sistem pendidikan bagi menentukan keperluan
sebagi manusia terlatih dan berketrampilan dan dissediakan secukupnya. Justeru
, usaha- usaha yang tersusun dan terancang mestilah dijalankan bagi
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurus pendidikan di semua peringkat
terutama sekolah. Pengurus dan pemimpin sekolah perlu dibekalkan dengan
pengetahuan dan kemahiran yang sesuai.
PERANAN GURU BESAR
Wright dan Ramihan (1997) menggariskan bidang tugas
utama guru besar atau pengurus sekolah yang mampu membawa kejayaan sepatutnya
berperanan sebagai :
1.
Guru
Besar sebagai Pemimpin Instruktional
Tema utama yang sering timbul dalam
kajian yang dilakukan mengenai tugas dan peranan guru besar ialah kepemimpinan
intstruktional. Guru besar berupaya memperbaiki program pengajaran dan
pembelajaran melalui kepemimpinan yang ditunjukkan. Cotton dan Savard dakan
Wright & Renihan (1977) menjelaskan ciri-ciri guru besar yang mempamerkan
kepemimpinan instruksional termassulah penyeliaan dan keterlibatan secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, melibaatkan diri dalam pembuatan keputusan,
terlibat merancang dan menilai program pengajarann dan serta menunjukkan
jangkaan dan harapan yang tinggi.
Dalam aspek ini guru besar boleh
bertindak sebagai pemberi idea bagi melaksanakan kurikulum, menyokong inovasi
dan perubahan yang dilakukan oleh guru serta menyediakan sumber yang diperlukan
oleh guru. Di samping itu, guru besar juga bertanggungjawab melaksanakan
program penambahbaikan di sekolah.
2. Pengetua sebagai Fasilitator
Perubahan
Tidak dinafikan bahawa tanggungjawab
meningkatkan kualiti persekolahan adalah merupakan tanggungjawab kritikal
seseorang guru besar dan tiada orang lain yang boleh melaksanakan tugas.
Rosenblum ( Dalam Hussein Mahmood, 1993) menyatakan bahawa:
“dalam banyak hal, guru besar
sekolah ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah.
Dialah yang bertanggungjawab terhahdap semua aktiviti yang berlaku di sekolah.
Kepemimpinannya yang menentukan rentak dan irama sekolah, iklim pembelajaran,
tahap profesionalisme dan moral guru sserta sejauh mana keprihatinannya terhadap masa depan
dengan masyarakat dan cara beliau menjalankana tugas dalam konteks ini
menentukan sikap para ibu bapa dan pelaljar terhadap sekolah. Seseorang akan
mengatakan kepimimpinan guru besarlah yang menyebabkan sekolah itu berjaya,
inovatif, menjadi tempat tumpuan para pelajar, terkenal kerana kecemerlangan
dalam pembelajaran dan terdapat pelaljar yang gigih mengikut kebolehan
masing-masing. (ms 4-6)
3.
Guru Besar sebagai Penyelia
Penyeliaan merupakan satu aspek yang
diliihat sebagi satu dimensi dlaam profesion pendidikan yang bertujuan untuk
penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utamanya
sebagaimana yang digariskan oleh Goldhammer, Anderson dan Krajewski dalam
Renihan & Whiteside (1997) adalah untuk merangsang perkembangan dan
pembangunan guru, mempengaruhi tingkah laku di bilik darjah atau mengguna dan
menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru.
Penyeliaan merupakan mekanisme
terbaik bagi guru besar memastikan guru membuat perubahan daripada metodologi
dan penggunaan bahanpengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh kerana
itu, maka menjadi tugas utama guru besar untuk melaksanakannya di sekolah
secara serius dan berkesan.
Masalah utama yang dihadapi oleh
guru besar dalam penyeliaan ialah rasa segan untuk diselia, perasaan seorang
profesional tidak perlu diselia dan kurang kemahiran di pihak guru besar. Walau
bagaimana pun perkara ini dapat diatasi melalui hubungan baik guru besar guru,
saling percaya mempercayai dan juga sikap profesionalisme setiap pihak yang
telibat.
4.
Guru Besar sebagai Pengurus
Pengurusan dilihat sebagai satu
usaha mengembleng tenaga dan usaha manusia atausekumpulan manusia bagi mencapai
matlamat organisasi. Sehubungan itu, kemahiran pengurusan adalah berkait dengan
kemahiran teknikal, kemahiran perhubungan manusia dan kemamhiran konsep.
TUGAS GURU BESAR
Guru Besar:
A. Pentadbiran:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung
dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru
di sekolah sebagaimana berikut:
1.. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan
bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi
bagisemua kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan,
persaraan,penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan
dankursus dalam jawatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal
percutiankakitangan di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja
dantugas kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan
sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan
kakitanganbukan guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit
Khas, danLaporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada disekolah mengikut syarat-syarat yang
dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
11.
Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna.
12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah
yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
13.
Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut
jadual yang telah ditetapkan.
14.
Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15.
Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan
teratur dan berkesan.
16. Mempengerusikan
mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang
melibatkan guru dan kakitangan.
17.
Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, JabatanPendidikan Negeri, Kementerian
Pendidikan Malaysia atau jabatan- jabatan kerajaanyang lain.
B. Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan
sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan
segala tuntutan perkapita dan lain-lain geranyang dikemukakan oleh pihak yang
berkaitan dari semasa ke semasa
3. Menentukan segala kutipan atau
yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumberpendapatan dilaksanakan dengan
sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala
bentuk pembelian dan pembayaran yangdilakukan oleh pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan
segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaundan lain-lain bagi guru dan
kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan
buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, WangSuwa dan Asrama serta Panjar Wang
Runcit
.7. Melakukan dan menyempurnakan
segala persediaan yang diperlukan untuk auditakaun sekolah secara teratur dan
kemas
.8. Menyempurnakan segala urusan
yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajarsekolah yang diberi oleh
Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender
dan Sebut Harga Sekolah mengikut syaratyang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang
disimpan dan disediakan di sekolah disediakandengan teratur dan kemas kini.
1. Memperakukan segala tuntutan
perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wangruncit dan sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus
kira dan hapus stok dilakukan dengansempurna mengikut peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga
Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah danmenentukan
bahwa semuanya itu berjalan lancar.
C. Pembangunan Fizikal Sekolah:
1. Melaksanakan pengawasan fizikal
sekolah dan menentukan perjalanannyadilakukan dengan cara yang baik dan
teratur.
2. Mengambil langkah-langkah
penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasansekolah dari semasa ke semasa.
3. Merancang dan menguruskan
pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yangdiadakan di sekolah.
4. Merancang pertambahan fizikal
sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaandan pembaikian, memerlukan
bangunan tambahan dan sebagainya.
D. Pembangunan
Kakitangan:
1. Merancang dan melaksanakan
program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukanguru untuk pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in house training',
kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalamperkhidmatan ataupun mengadakan
kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.
3. Memberi segala galakan kepada
guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajiandi peringkat yang lebih tinggi.
E. Mengajar:
1. Mengajar sekurang-kurangnya
sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturanyang
telah ditetapkan bagi Guru Besar.
F. Kurikulum:
1. Menentukan pelaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,berkesan dan mengikut perancangan.
. Memastikan pelaksanaan sukatan
pelajaran atau kurikulum yang ditentukan olehKementerian Pendidikan berjalan
mengikut peraturan.
3. Merancang dan memastikan
pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum disekolah berjalan dengan
sempurna.
4. Menentukan mata pelajaran pilihan
untuk pengajaran di sekolahnya denganmenetapkan guru-guru yang mengajar mata
pelajaran yang berkenaan.
5. Menubuhkan panitia mata pelajaran
atau Lembaga Kurikulum Sekolah untukmemastikan keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan mesyuarat panitia
mata pelajaran jika difikirkan perlu
7. Menubuhkan beberapa buah
jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlusebagai usaha untuk
memastikan keberkesanan pengurusan sekolah
.8. Menentukan kewujudan Pusat
Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung- jawab terhadap perkembangan dan
kemajuannya.
9. Membina 'Blue Print' sekolah
untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang kademik.
G. Ko-Kurikulum:
1. Memastikan penubuhan persatuan,
dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam.
2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum
itu berjalan dengan cergas, baik,teratur dan sempurna dengan susunan program
yang lengkap, sesuai & praktikal.
3. Menentukan perkembangan bakat dan
potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab,
sukan dan permainan dan juga pasukan unitberunifom.
H. Hal Ehwal Pelajar:
1. Menubuhkan Lembaga Disiplin
Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawapelaksanaannya berjalan dengan
berkesan.
2. Menetap dan menggariskan satu
peraturan dan undang-undang sekolah yangpraktikal untuk dipatuhi sepenuhnya
oleh semua pelajar.
3. Menubuhkan sebuah Lembaga
Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajaryang cergas, baik dari segi
tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademikdan sukan
.4. Menentukan perjalanan Lembaga
Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undangdan Lembaga Pengawas dilaksanakan
dengan baik, sempurna dan adil
5. Untuk menjamin keselamatan,
kesejahteraan dan kebajikan para pelajar,perkhidmatan yang berikut perlu
diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik,iaitu:- (Bimbingan dan
kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa,keselamatan, riadah dan sistem
mentor menti).
I. Pengawasan
Dan Penyeliaan:
1. Menjadi tugas dan tanggungjawab
Guru Besar untuk membuat penyelidikanterhadap perjalanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolahnya.
2. Menjadi tugas Guru Besar untuk
mengawasi dan melaksanakan tugas-tugaspentadbiran, pengurusan, kewangan,
pembangunan fizikal, kemajuan kakitanganpengajaran pembelajaran, kurikulum,
ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.
3. Bertanggungjawab dalam memberi
bimbingan kepada Penolong KananPentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong
Kanan KO serta Penyelia Petangdalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.
4. Guru Besar memberi bimbingan yang
diperlukan kepada kakitangan bukan gurudalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
5. Memberi bimbingan kepada
guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaranmereka agar ianya menjadi
lebih berkesan dan menyeronokkan.
6. Pengawasan dan penyeliaan ini
adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akandibuat pada setiap hujung
tahun.
1.0 PENGURUS "LEARNING
EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS
1.1Penyelia dan
pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dandiselaraskan kepada polisi
Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeridan negara.
1.2Menentukan
sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajarandan pembelajaran sukatan
pelajaran, rancangan pelajaran, jadual waktu,penugasan guru dan sebagainya.
1.3Menentukan
kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-bukupelajar.
1.4Menentukan
polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan susulan.
1.5Menyelia
proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekodguru atau perbincangan dengan
guru / JKS / PMP.
1.6Memeriksa
buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatankurikulum dari masa ke semasa.
1.7Menentukan
polisi untuk aktiviti ko-kurikulum.
1.8Membaca dan
meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan bimbingan kepada
guru dan pelajar.1.9Mengajar
sebilangan waktu.
2.0 PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID
2.1Menentukan
polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh.Mengendalikan kes-kes disiplin
yang dirujukkan oleh Badan Disiplin, berjumpadengan ibubapa dan penjaga, PRS. K
& K, guru ko-kurikulum dan sebagainya.
2.2Melaksanakan
projek-projek khas seperti PMP, menyelia dan menilaikeberkesanannya.
3.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
(MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)
3.1
MURID-MURID
3.1.1Menyelia
pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid.
3.1.2Menyelia
buku jadual kedatangan murid.
3.1.3Menyelia
pemberian bantuan kepada murid-murid.
3.1.4Menyelia
Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senaraipelajar yang layak dan tidak layak.
3.1.5Menentukan
polisi berkaitan dengan peperiksaan awam sepertimenentukan mata pelajaran yang
akan diambil oleh murid.
3.1.6Menyemak
dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
3.1.7Memastikan
program-program kesihatan dijalankan dengan sempurnasupaya wujud tahap kesihatan
yang tinggi di kalangan murid.
3.1.8Bertanggungjawab
ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid.
3.1.9Bertanggungjawab
ke atas keselamatan murid di sekolah.
3.2 PENGURUSAN PERSONEL
3.2.1Menentukan
pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan kedalam jawatan berpencen dan
jenis cuti kakitangan sekolah.
3.2.3Menolong
kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masake semasa mengenai sasaran dan
mutu kerja.
3.2.3Menentukan
tugasan dan bidang kerja (development of staff) danmenjalankan penyeliaan sepanjang
tahun.
3.2.4Mengambil
tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidangkuasanya.
3.2.5Menjaga
kebajikan kakitangan.
3.3 KEWANGAN
3.3.1Mengawal
dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekodakaun, laporan kewangan dan
punca-punca kewangan suwa dan kerajaan.
3.3.2Mengemas
kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuattindakan susulan ke atas laporan
audit
.3.3.3Mengawal stok-stok dan harta
benda sekolah.
3.3.4Mengawal
perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuatanggaran perbelanjaan tahunan
yang kos efektif.
3.4 KEMUDAHAN
FIZIKAL
3.4.1Memastikan
keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekola
berada dalam
keadaan baik
.3.4.2Mempertingkatkan keceriaan
dan kecantikan sekolah.
3.4.3Menyelia
dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah.
3.4.4Memastikan
perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuatpengagihan yang berkesan.
3.4.5Menyelia
dan mengawal sistem pencegahan kebakaran.
3.4.6Bertanggungjawab
ke atas harta benda sekolah.
4.0
PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY)
4.1Merancang
dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman,perbincangan, berkongsi
maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat danpengetahuan serta memberi
peluang kepada guru memperkembangkan diri.
4.2Mengawal
`learning experiences’ dengan berdasarkan pemerhatian, data dansalinan serta menggunakan
maklumat yang diperolehi untuk pembangunan`learning experiences’ murid.
4.3Melaksanakan
kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru.
4.4Penglibatan
dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti.
5.0
PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)
5.1Membaca
makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus,seminar, bengkel bertukar-tukar
fikiran dengan rakan-rakan sekerja.
5.2Menjalankan
kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yanglebih berkesan
5.3Menerbit artikel-artikel yang berkaitan
dengan bidang ikhtisas
Label
2023 - BPSM
5S
6 ASPIRASI MURID PPPM
Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM
BAHAN JPN SELANGOR
BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016
BINA WEB
BUDAYA SEKOLAH
Buku Program
CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024
Catatan Peribadi Admin
CIRI-CIRI P&P BERKESAN
CONTOH EVIDENS SKPMg2
Creativity & Innovation in Education
FIZIKAL SEKOLAH
GAMBAR PKPGB
GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM
Garis Panduan
Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023
GMGBM 2018
GURU BESAR
I-THINK
ICT
INOVASI DAN KREATIVITI
JADUAL WAKTU PKPGB
KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA
KALENDAR 2016
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017
KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA
Kinicki Krietner
KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR
KOMUNIKASI
Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat
KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015
KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER
KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK)
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN
Myportfolio Guru Besar 2018
Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019
NILAI - NILAI MURNI
Nostalgia Hidupku
NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN
ORGANISASI SEKOLAH
PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI
PAET3101 : ETIKA PERGURUAN
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018
PBPPP
PBS
PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum
PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation)
PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM
PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN
PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PEKELILING
PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
PEMIMPIN TMK 2018
PENGALAMAN PEMBELAJARAN
PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH
PENGURUSAN DI SWASTA
PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH
PENGURUSAN KOKURIKULUM
PENGURUSAN PEJABAT
PENGURUSAN RISIKO
PENGURUSAN SEKOLAH
PENGURUSAN STRATEGIK
PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN
PERANCANGAN STRATEGIK
PERLEMBAGAAN PIBG
PIPPK
PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
PPPM
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN
PST6
RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017)
RPT / RPH 2017
RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017)
RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017)
SEKOLAH BERKESAN
SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI
SKPMg2
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
SWOT
SWOT HAL EHWAL MURID
TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
TAKSONOMI BLOOM
TANGGUNGJAWAB GURU BESAR
TATATERTIB
TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017
TQM
TUGAS GURU BESAR
UPSR 2016
VIDEO
VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU
VIDEO PKPGB













