“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

GURU BESAR

Pengenalan
Guru Besar merupakan pemimpin sekolah yang penting yang boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekiranya mereka berfungsi sebagai kepemimpinan pengajaran dan pengurus. Namun oleh sebab sifat organisasi sekolah hari ini yang semakin kompleks, guru besar biasanya terperangkap dengan kerja-kerja biasa dan rutin seperti melayan tetamu, membaca dan menjawab surat. Kerja-kerja ke arah mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran hampir tidak termasuk dalam jadual kerja mereka.
Para guru besar dan penggubal polisi perlu jelas dengan arah pengurusan sekolah supaya wujud keseimbangan antara tugas luaran dan dalaman. Tetapi, yang lebih penting ialah guru besar perlu memberi tumpuan masa, tenaga dan kuasa terhadap misi utama sekolah iaitu pedagogi. Ini bermaksud para guru besar berperanan sebagai kepemimpinan pengajaran.
Tidak semua sekolah mempunyai kepemimpinan pengajaran pada guru besar yang berkesan. Kebanyakan mereka berfungsi sebagai pentadbir. Kurangnya peranan serta fungsi kepemimpinan pengajaran daripada pengetua merupakan masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan sekolah dalam jangka masa yang panjang. Kepemimpinan pengajaran guru besar adalah sangat penting kerana kepemimpinan bercorak ini dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan di kalangan guru dan murid yang dapat menghasilkan prestasi akademik yang cemerlang. Ini bermaksud bahawa guru besar berperanan sebagai kepemimpinan pengajaran dapat mempengaruhi para guru mengamalkan pengajaran berkesan di bilik darjah. Hanya dengan pengajaran yang berkesan di bilik darjah, pembelajaran di kalangan para murid akan berlaku secara berkesan. Oleh itu, pertalian antara kepemimpinan pengajaran guru besar dan amalan pengajaran guru yang berkesan di bilik darjah adalah sangat kuat dan natijahnya akan mempengaruhi pencapaian akademik para murid.
Kecemerlangan dalam pencapaian akademik para murid dalam peperiksaan awam merupakan kriteria utama untuk menentukan keberkesanan sesebuah sekolah di negara ini. Sekolah berkesan ialah sekolah yang dapat memberi kesan dan pengaruh dalam mempertingkatkan pencapaian akademik para murid. Pencapaian ini merupakan hasil daripada amalan pengajaran guru yang berkesan di bilik darjah. Hasil kajian Hellinger dan Heck (1996) mendapati bahawa hubungan antara pencapaian akademik para murid dengan kepemimpinan guru besar adalah secara tidak langsung, iaitu melalui faktor pengantara atau pencelah di peringkat sekolah iaitu para guru.
Peranan Guru Besar
Dalam organisasi di sekolah rendah, guru besar ialah ketua eksekutif dan pada
masa yang sama beliau ialah pemimpin utama sekolah yang berkenaan. Seseorang
yang menjawat jawatan ini dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk mengetuai sesebuah sekolah rendah dan dipertanggungjawabkan
untuk mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah.
Tugas-tugas guru besar dalam pentadbiran mengikut Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (1982) yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan ialah:
                                i.            Menguruskan perkhidmatan dan perjawatan guru dan bukan guru.
                              ii.            Mengendalikan kewangan dan akaun sekolah.
                            iii.            Mengurus kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum.
                            iv.            Pengurusan jadual waktu sekolah.
                              v.            Mengurus kemasukan dan pertukaran murid.
                            vi.            Pengerusi lembaga tatatertib sekolah.
                          vii.            Mengurus perjalanan ujian.
                        viii.            Bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
                            ix.            Mengkoordinasi aktiviti-aktiviti sekolah dengan pihak luar.
                              x.            Bertanggungjawab tentang disiplin pelajar.
Mengenai kemimpinan  guru besar dalam pengajaran dan pembelajaran, didapati peranan utama guru besar ialah menyelia, membuat cerapan, memotivasikan guru dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, pembimbing iaitu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru-guru di dalam pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas, dan pencapaian matlamat dan misi sekolah. (Hussein, 1993)





Guru Besar Merangka Matlamat Sekolah
Dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang ada di sekolahnya. Sekolah-sekolah yang berkesan biasanya mempunyai matlamat dan misi yang jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik murid. Tenaga staf dan sumber-sumber lain di sekolah digembelingkan dan dijana bagi mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. Beberapa objektif diselaraskan dengan setiap daripada skopnya mudah dikelolakan dan ini merupakan cara yang terbaik bagi menuju arah hala matlamat.
Dalam merangka matlamat-matlamat sekolah, data pencapaian prestasi murid yang lepas dan tanggungjawab para guru perlu diambil kira serta digabungkan untuk menuju ke arah pencapaian matlamat. Pencapaian matlamat yang ditetapkan seharusnya boleh dijelaskan dengan ukuran tertentu, contohnya peningkatan peratusan kelulusan mata pelajaran dalam peperiksaan awam.

Guru Besar Memperjelaskan Matlamat Sekolah
Fungsi ini berkaitan dengan cara bagaimana guru besar memperjelaskan matlamat sekolah yang penting kepada para guru, ibu bapa dan para murid. Guru besar dapat menyakinkan pentingnya matlamat sekolah difahami oleh guru-guru melalui perbincangan dalam mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun, khususnya dalam konteks pengajaran dan kurikulum. Wahana komunikasi secara formal atau tidak formal boleh dieksploitasikan oleh guru besar bagi memperjelaskan kepentingan dan tujuan matlamat-matlamat sekolah.

Guru Besar Menguruskan Kewangan Sekolah
Guru besar bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Selain itu, guru besar berperanan mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. Guru besar juga menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna. Justeru itu, guru besar merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah.  Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan juga merupakah salah satu daripada tugas guru besar.
Guru besar juga mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit. Guru besar melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas. Guru besar menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa murid-murid sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. Dalam konteks kewangan, guru besar juga menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
 Guru besar seterusnya menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini. Guru besar juga memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya. Guru besar memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada. Akhir sekali, guru besar menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

 Kesimpulan
Sebagai seorang guru besar, sudah semestinya mahu menjadi seorang guru besar yang berkesan. Seorang guru besar yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang berkesan. Sifat guru besar yang menekankan kepada jenis kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang guru besar. Seorang guru besar yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Guru besar mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di bawah kawalannya, mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan rajin bekerja.
Sebagai seorang guru besar yang demokratik, guru besar juga hendaklah mampu mempertingkatkan daya kreatif dan inovatif  kakitangan di bawahnya. Guru besar adalah sumber kepada mereka untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya, seorang guru besar hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan minat guru-guru dan kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan tenaga dan idea dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, guru besar seharusnya mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai sama dalam satu kumpulan kerja.
Sebagai seoarang guru besar yang mempunyai ciri-ciri demokratik, selain dari di atas tadi, guru besar juga hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat berkomunikasi secara terbuka dan seorang yang peramah mesra. Guru besar perlu sentiasa menunjukkan wajah yang disenangi oleh pengikutnya dan mempunyai komunikasi dua hala, tidak ada perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat autokratik. Guru besar sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional, hendaklah menggunakan saluran demokratik itu secara terpimpin, kalau demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitu laissez-faire. Teori kepemimpinan Laissez-faire ini akan banyak memberi kuasa otonomi kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang yang amat bebas untuk membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang, urusan pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi.

Melalui bebarapa huraian ringkas di atas tadi menampakkan kepada kita bahawa guru besar adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Kalau guru besar sudah tidak ada kredibiliti dan karisme yang tinggi, sekolah sebagai tempat untuk menjana minda pelajar-pelajar akan berjalan dalam suasana yang pincang. Sekolah adalah 'duta wawasan' yang merupakan sebuah 'negara kecil' yang perlu segala-galanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat-mentaati dan harga-menghargai di antara mereka. Dengan wujudnya sifat kepemimpinan yang berkesan maka pengurusan dan pentadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB