Pernahkah anda terlibat dalam menonton filem yang anda rasakan seolah-olah anda merasakan ia sebahagian daripada aksi? Pernahkah anda menonton wayang kesukaan beberapa kali sehingga ingat dialognya? Jika demikian, anda telah terlibat dalam kerja-kerja seni
Selepas anda menyaksi satu program TV yang baru, barangkali anda berbincang dengan rakan-rakan. Anda mungkin mengesyorkan mereka menonton episode berikutnya – atau menasihati mereka supaya tidak merugikan masa. Apa pun anda telah membuat satu pertimbangan tentang cerita tersebut dan membuta keputusan tentang mengapa cerita itu gagal atau berjaya. Anda telah bertindak sebagai seorang pengkritik
Terdapat pengkritik professional yang muncul di TV dan menulis ulasan di akhbar atau majallah. Mereka menceritakan kepada anda tentang filem baru, pertunjukan TV baru, video, dan buku. Mereka membicarakan sesuatu tentang plot, kualiti lakonan dan pemgarahan, dan pendapat mereka tentang karya pada keseluruhannya. Anda tidak selalunya bersetuju dengan pendapat mereka kerana kriteria anda, atau standard penilaian anda mungkin sangat berbeza daripada standard pengkritik professional.
Dalam sesi ini anda mempelajari tentang kritikan seni, satu sistem yang tersusun dalam pengkajian hasil seni. Anda akan belajar tentang estetik, falsafah atau kajian tentang sifat keindahan dan seni. Selepas anda belajar langkah-langkah pengkritikan, anda sendiri akan mampu mengkritik karya seni. Apabila anda belajar pelbagai teori estetik untuk menilai merit sesuatu karya, anda akan mampu membentuk pendapat anda sendiri tentang sesuatu karya dengan lebih yakin.
Objektif
Selepas menamatkan sesi ini, anda akan dapat :
Menjelaskan tujuan kritikan seni
Menggunakan langkah-langkah pengkritikan
Memulakan sendiri mengkritik karya seni
Menerangkan teori estetik seni: Imitasionalisme, Formalisme, dan Emosionalisme
Mengetahui apa yang perlu diperhati semasa membuat pertimbangan objek berfungsi
ISTILAH YANG DAPAT DIPELAJARI
Pengalaman estetik
Estetik
Analisis
Kritikan Seni
Kriteria
Deskripsi
Kualiti Reka Bentuk
Emosionalisme
Kualiti Ekspresif
Formalisme
Imitationalisme
Interpretasi
Impresi Pertama
Mary Cassatt tergolong dalam kumpulan pelukis dipanggil impressionis. Pelukis dalam kumpulan ini melukis di luar studio untuk menggambarkan kesan cahaya matahari dalam subjek mereka. Apakah yang anda Nampak dalam lukisan Cassatt yang menandakan bahawa ia telah dilukis di luar rumah? Cari bahagian-bahagian lukisan yang menunjukkan pelukis ini cuba merakamkan kesan cahaya matahari. Bagaimanakah sapuan berus digunakan bagi mendapatkan impresi cahaya yang ditapis? Perhatikan cara wanita memegang kanak-kanak digambarkan. Apakah yang cuba disampaikan tentang hubungan wanita dengan kanak-kanak itu?
TOPIK 04 – PERTIMBANGAN ESTETIK Kualiti literal
Mengapa Pelajari Kritikan Seni?
Apakah yang anda fikir apabila mendengan perkataan kritikan? Adakah fikir bahawa ia bermaksud sesuatu yang negatif? Ini adalah tidak benar. Satu kritikan boleh menjadi satu penyataan yang positif. Apabila anda membeli pakaian, anda cuba pelbagai jenis. Anda bertindak menggunakan criteria tersendiri bagi menentukan pakaian mana yang dilihat cantik dipakai dan sesuai dengan anda. Anda sebenarnya telah membentuk criteria anda sendiri dalam memilih baju melalui pengalaman peribadi anda.
Apabila andan melihat Nancy Grave’s Rheo , anda mungkin terkeliru. Anda mungkin tidak punya cukup pengalaman untuk membentuk satu set criteria bagi menilai karya ini. Jika anda seperti kebanyakan manusia lain, anda tidak tahu apa yang hendak perkatakan. Anda mungkin takut menyebut benda yang salah.
Kritikan seni bukanlah sukar. Sebenarnya, ia boleh menyeronokkan. Paling tidak, ia dapat menjadikan pengajian seni itu kurang bermistri dan lebih logikal
Kritikan seni adalah satu sistem tersusun dalam melihat dan bercakap tentang seni. Siapa saja boleh melakukannya. Anda tidak perlu menjadi pakar. Sebaliknya anda cuma perlukan mata untuk melihat dan otak untuk berfikir tentang apa yang anda lihat.
Jika anda melihat sesuatu karya tanpa berfikir, maka tidak ada apa yang anda perhatikan. Sebaliknya jika anda berfikir tentang apa yang anda lihat, anda mula membina satu kemahiran percepsi dan dapat mempelajari sesuatu dengan lebih banyak.
Pengalaman hidup anda sendiri akan membantu anda memahami setiap karya seni. Jelasnya, kandang-kandang tidak sesiapa yang dapat melihat seperti apa yang anda lihat pada sesuatu karya seni. Anda mungkin menanggapi idea dalam karya seni yang tidak pernah terfikir malah oleh pelukis sendiri. Ini bukan bererti a anda salah, sebaliknya, ia adalah kesan kekuatan sebuah karya yang mampu menampakkan makna tertentu kepada setiap orang.
Melihat dengan Teliti
Pada imbasan awal, ia merupakan satu lukisan tentang rupa, garisan dan warna yang mudah atau bersahaja. Perhatikan semula, apakah jenis rupa yang anda nampak, Apakah saiznya? Apakah warna yang anda lihat? Di manakah ia? Apakah jenis tekstur yang dilukis di atas rupa-rupa yang kecil? Adakah ini mengingatkan anda tentang sesuatu? Perhatikan bagaimana rupa-rupa itu disusun. Rupa-rupa itu seolah-olah terapung di atas yang lain, namun tidak terdapat bayang-bayang. Bagaimanakah anda mendapati cara Graves mengujudkan ilusi ini?
Mempelajari kritikan seni akan membantu anda menginterpretasi karya seni. Ini akan memberikan anda keyakinan untuk berbincang tentang sesuatu karya tanpa merasa risau tentang apa orang lain fikirikan. Ia akan membantu anda menyusun pemikiran anda. Anda akan membina satu kefahaman dan daya apresiasi yang lebih kukuh terhadap semua jenis dan stail seni.
Bila anda pelajari bahasa seni, anda mampu “menyelam” ke dalam setiap objek seni. Semakin dalam anda selam, semakin meningkat rasa ketinggian anda terhadap karya. Ini akan menjadikan pengalaman estetik anda, atau interaksi pribadi anda dengan dengan karya seni lebih bererti dan mengesankan. Karya tersebut menjadi sebagai daripada ingatan anda. Daripada situ anda cara anda berintaksi dengan imej-imej visual yang lain leibh berkesan
AKTIVITI
Menguji respon pribadi
1. Mengaplikasi kemahiran. Tunjukkan satu lukisan e.g. kucing kepada sekurang-kurangnya tiga rakan. Suruh setiap mereka fikir dan buatkan interpretasi tentang lukisan tersebut. Kemudian, tanyakan apakah yang mereka rasa tentang kucing
2. Cabaran selanjutnya. Rakamkan respon yang anda terima. Tanyakan mereka yang tidak merasakan bahawa ini bukanlah satu karya yang menarik secara estetik dan berikan alas an anda. Laporkan dapatan anda dalam perbincangan kelas.
0 comments:
Post a Comment