Kejayaan sesebuah sekolah bergantung
kepada
corak
kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu (Hussein Mahmood, 2005; Mortimore, 1997). Dalam menghadapi transformasi
pendidikan, penambahbaikan perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah selaras
dengan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia(2013-2025). Perubahan dunia yang pesat di dalam bidang
teknologi maklumat dan ekonomi menuntut perubahan di dalam bidang pendidikan
bagi melahirkan modal insan yang berwawasan di masa hadapan. Kemenjadian dan
keberhasilan pencapaian pelajar dan sekolah pada masa yang akan datang
dicorakkan dengan penambahbaikan yang dilakukan pada masa sekarang.
Sekolah merupakan
agen yang penting
dalam pembinaan
generasi masa depan
(Rahimah Haji Ahmad,
2005).
Sebagai
seorang pemimpin sekolah, guru besar adalah berperanan dan bertanggungjawab
untuk memastikan sekolahnya berada di landasan yang betul untuk mencapai tahap
kecemerlangan yang tinggi dan menjadi sebuah sekolah berkesan. Kejayaan sesebuah
sekolah
bergantung
kepada
corak
kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu (Hussein Mahmood, 2005; Mortimore, 1997)
.
Keberkesanan sekolah pula diukur jika
sekolah itu mencapai suatu status yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu dan
menghasilkan impak yang dihasratkan. Pencapaian
dan kecemerlangan
sesebuah sekolah terletak pada kepimpinan yang berkesan. Di
sinilah letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengembeleng tenaga dan
minda bersama-sama dengan warga sekolahnya untuk mencapai apa yang disasarkan
selaras dengan visi sekolah iaitu “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”.
Peter
Mortimore (1995) dari Universiti London dalam kertas kerjanya yang berjudul Key
Characteristics of Effective Schools telah menyenaraikan 11 ciri-ciri
sekolah berkesan iaitu:
1. Kepemimpinan profesional
Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada pemimpin sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada pemimpin sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
2. Perkongsian wawasan dan
tujuan
Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh. Ciri ini juga bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.
Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh. Ciri ini juga bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.
3. Persekitaran pembelajaran
Ciri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.
4. Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
Ciri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai kajian oleh Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
5. Pengajaran yang bertujuan
Mortimore mendapati kualiti pengajaran merupakan intipati sekolah berkesan, di samping memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur dan amalan yang fleksibel.
6. Jangkaan kejayaan yang tinggi
Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan ada kaitan yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Guru didapati sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang merangsang mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata pujian yang tekal.
7. Pengukuhan yang positif
Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap tindakan yang dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran atau hukuman perlu disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.
8. Memantau kemajuan
Berdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan kepada pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan kaedah mengajar yang terkini.
Di samping itu, sekolah perlu
menegaskan kepada pelajar dan guru supaya mengambil berat tentang kemajuan
pelajaran.
9. Hak dan tanggungjawab pelajar
Rumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.
10. Hubungan rumah-sekolah
Mortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.
11. Organisasi Pembelajaran
Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.
9. Hak dan tanggungjawab pelajar
Rumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.
10. Hubungan rumah-sekolah
Mortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.
11. Organisasi Pembelajaran
Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.
Abdul Shukor (1995) pula menyenaraikan ciri-ciri sekolah yang
berkesan adalah seperti berikut
:
1.
Guru besar mempunyai kepimpinan yang
kuat dengan tumpuan pengurusan
adalah terhadap
peningkatan
kualiti pengajaran,
2.
Membina iklim persekolahan di mana tiap-tiap
murid berada dalam satu tahap pencapaian yang
ditetapkan
terlebih dahulu dan tidak lebih rendah daripada itu,
3.
Mempunyai
suasana disiplin yang teratur tanpa
perlunya membina peraturan ketat, tenang
dan
tanpa penindasan,
tetapi selesa untuk suasana proses pengajaran,
4.
Memberi keutamaan terhadap
proses pengajaran di mana
sekolah berusaha bersungguh-sungguh
bagi
memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan
secara teratur dan memberi faedah,
serta
5.
Mengesan kemajuan
murid secara sistematik, iaitu guru besar dan guru-guru mengawas kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif
pengajaran.
Dalam menentukan keberkesanan
sekolah, guru besar sebagai pemimpin di
sekolah perlu mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang profesional
dan bermatlamat serta bijak merangka dan melaksanakan strategi bagi memenuhi ciri-ciri
yang dinyatakan untuk mencapai status sekolah berkesan. Dalam satu hasil
pemerhatian yang telah dijalankan oleh 31 pensyarah Institut Aminuddin Baki di
dalam buku bertajuk Amalan-amalan Terbaik Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah-sekolah
Cemerlang di Malaysia mendapati dan mengesahkan bahawa 11 ciri-ciri yang
diutarakan oleh Peter Mortimore telah dapat dikesan diamalkan oleh
pemimpin-pemimpin sekolah berkenaan. Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin sekolah
berperanan sebagai ‘live wire’ dalam menentukan keberkesanan sekolah.
Justeru itu, dalam usaha untuk
memastikan keberkesanan sekolah pemimpin perlu melaksanakan usaha
penambahbaikan melalui amalan pembangunan profesionalisma guru di sekolah
dengan memberi penekanan kepada polisi
dan struktur pengurusan, analisis keperluan, perancangan, aktiviti serta pelaksanaan dan tindakan
susulan. Dalam
usaha untuk menjadikan sekolah berkesan, guru besar selaku pemimpin juga
perlulah bijak mengesan, mengenalpasti dan menilai segala kekurangan dan
kelebihan dari segi pengurusan, sumber manusia dan fizikal yang ada di sekolah
untuk tujuan perubahan dan penambahbaikan. Menurut Hopkins et al (1994),
penambahbaikan merujuk kepada proses perubahan dalam pendidikan akibat daripada
keupayaan sekolah mengubah pengurusannya. Miles et al. (1987) pula berpendapat
proses penambahbaikan merupakan proses perubahan yang sistematik terhadap
pembelajaran dan faktor-faktor dalaman sekolah untuk mencapai matlamat
pendidikan yang berkesan. Van Velzen et al. (1985) pula mendifinasikan
penambahbaikan sebagai satu usaha yang berterusan secara sistematik yang
bertujuan merubah keadaan pembelajaran di satu atau lebih sekolah dan tujuan
akhir untuk mencapai pendidikan yang lebih berkesan.
Kepimpinan sekolah
masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami
perubahan yang berterusan (Rahimah Haji Ahmad,2004, 2005). Pendidikan adalah
satu bidang yang dinamik, kesan daripada perkembangan ilmu pengetahuan yang
berterusan. Oleh itu, sebagai pemimpin , guru besar harus terus belajar supaya
memiliki pengetahuan, pemahaman dan kemahiran terbaru berkaitan dengan
profesion ini. Penambahbaikan sekolah adalah satu usaha dan satu perubahan untuk
memajukan sekolah sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa khususnya dalam
bidang pembangunan profesionalisma guru-guru di dalam bilik darjah dan sekolah.
Faktor pembangunan profesionalisma guru ini penting kerana ia berkait rapat
dengan pencapaian akademik dan kurikulum pelajar yang menjadi kayu pengukur sekolah
berkesan.Ini selaras dengan dapatan Joyce dan Showers(1980) yang menunjukkan
objektif kebanyakkan program pembangunan professional adalah ke arah
menambahbaik dan menghalusi gaya pengajaran dan penguasaan kaedah pengajaran
baru.
Program-program
pembangunan guru dan penambahbaikan dalam aspek mentoring, pengurusan bilik
darjah yang berkesan, peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan
perkongsian pintar guru-guru adalah antara perkara pokok yang perlu ditekankan oleh
pemimpin sekolah. Selain itu dasar-dasar sekolah juga perlu ditambahbaik bagi
memberi ruang dan peluang untuk perubahan positif. Fokus penambahbaikan sekolah
lebih ditumpukan kepada segala apa yang memberi faedah kepada murid-murid,
khususnya peningkatan pembelajaran mereka dalam bilik darjah.. Tindakan
penambahbaikan sekolah ini memerlukan satu perancangan yang sistematik dan
perancangan ini dilaksanakan dan diurus secara berterusan dan dalam penambahbaikan
sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah seperti hubungan, disiplin, nilai dan budaya
dan keadaan-keadaan yang membolehkan memberi kesan kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah perlulah dijadikan sasaran perubahan. Aktiviti
yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan
pengalaman-pengalaman murid dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah atau
komuniti perlu sentiasa dipantau dan dinilai untuk penambahbaikan.
Aspek penambahbaikan program pembangunan guru-guru di sekolah perlu
ditikberatkan oleh pemimpin sekolah. Sebagai pemimpin yang peka dengan kemajuan
dan penambahbaikan sekolah, seharusnya pemimpin dapat mengenalpasti kemampuan, kehendak dan keperluan
guru-guru di sekolahnya dalam usaha untuk meningkatkan dan memantapkan
keupayaan diri mereka.Untuk itu pemimpin
perlu membuat analisis bagi menentukan keperluan dan kemahiran yang diperlukan
oleh guru mereka. Kemahiran pengurusan dan proses pengajaran dan
pembelajaran terkini adalah sesuatu yang perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah
itu sendiri dan dan juga guru-guru dalam memastikan kecemerlangan akademik dan kurikulum. Ini berkait rapat dengan pencapaian dan kemenjadian pelajar kelak. Program
perkembangan staf atau latihan dalam perkhidmatan perlu dilaksanakan dari masa
ke semasa dan secara berterusan dan berkesinambungan bagi memastikan guru-guru
sentiasa memiliki keyakininan diri yang tinggi, ilmu pengetahuan terkini dan berada dalam keadaan bersedia menghadapi
arus perubahan pendidikan semasa.
Kaedah CPD (Continuing
Professional Development) iaitu aktiviti
berkonsepkan pembelajaran secara berterusan perlu dijalankan bagi
tujuan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran individu untuk meningkatkan
profesionalisme melalui penambahan ilmu, kemahiran dan pengalaman. Aktiviti-aktiviti ini berjalan disamping
tugas harian yang ditetapkan.boleh dilaksanakan. Tahap penguasaan
teknologi maklumat dikalangan guru juga harus ditingkatkan bagi menjamin kepelbagaian
dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pemimpin juga perlu mempunyai sikap terbuka dalam melaksanakan pentadbiran dan
pengurusannya. Guru-guru juga perlu diberi ruang untuk membuat keputusan
bersama dalam perancangan dan program-program
tertentu yang melibatkan mereka. Idea dan kreativiti guru-guru juga
mesti diberi ruang . Carless (2004) mencadangkan agar guru lebih memainkan
peranan utama dalam apa-apa perubahan yang bersifat sistematik di peringkat
sekolah kerana beliau mendapati bahawa melalui pendekatan perbincangan professional
yang konstruktif, pembangunan professional keguruan dapat dimantapkan secara
berkesan. Selain itu faktor luaran juga perlu diambil kira oleh pemimpin dalam
usaha penambahbaikan sekolah secara holistik Hubungan antara sekolah dan
komuniti juga memainkan peranan penting dalam menjadikan sekolah lebih
berkesan. Maklum balas daripada ibubapa dan pihak luar sentiasa dialu-alukan
dan dapat membantu pihak sekolah membuat perubahan. Semua penambahbaikan yang
dibuat diharapkan memberikan kepuasan kepada pelanggan sekolah iaitu pelajar
dan ibubapa.
Hussein
(2008) telah menyatakan 10 prinsip untuk menambahbaik kecemerlangan sesebuah
sekolah.
Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh
Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh
mencapai kemajuan.
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan para
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan para
pelajarnya.
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif dan dasar
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif dan dasar
sekolah.
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu budaya
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu budaya
sekolah yang lebih positif.
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
meningkatkan lagi pencapaian
akademik sekolah.
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan bukanlah
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan bukanlah
semata-mata untuk pengetua
sahaja.
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang menyebabkan
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang menyebabkan
timbulnya masalah itu
bukannya gejala-gejalanya.
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan
pembangunan sekolah.
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar mempunyai
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar mempunyai
pelbagai kemahiran dan
sumber tenaga untuk membantu sekolah.
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pemimpin yang mempunyai
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pemimpin yang mempunyai
kepemimpinan yang berkesan.
Berdasarkan pada 10 prinsip yang
dinyatakan di atas usaha-usaha yang berterusan perlulah dilakukan oleh pemimpin
sekolah bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Segala
kepincangan, kekurangan atau kelemahan perlu dikaji dan ditangani secara
berhemah dan rasional. Manakala segala kebaikan dan kelebihan dikekalkan serta
ditambahbaik. Aspek pencapaian murid hendaklah dititikberatkan dengan
memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan situasi-situasi yang
menyumbang kepada keberkesanan proses tersebut. Wang et. al. (1990) menyatakan
bahawa terdapat keadaan yang merangsangkan yang mempengaruhi keberkesanan
sekolah dan harus dikekalkan seperti pengajaran yang berkesan,
pengurusan bilik darjah yang cekap, perhubungan guru dan murid yang baik dan
iklim pembelajaran bilik darjah yang kondusif.
Kesimpulan
Guru besar sebagai pemimpin
sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan keberkesanan
sekolah. Namun demikian peranan guru-guru juga adalah penting kerana ia adalah sebahagian
daripada proses perubahan dan penambaikan sekolah. Pemimpin sekolah juga perlu
cekap mengesan dan mengenalpasti apa yang perlu dilakukan untuk membuat
perubahan dan penambahbaikan segala kekurangan atau kelemahan yang ada di
sekolah. “Saya tidak pernah terjumpa sebuah sekolah yang baik dipimpin oleh seorang
yang tidak baik”. Itu adalah persepsi Fred Hechinger, Ketua Pengarang akhbar
New York Times terhadap pentingnya sebuah sekolah dipimpin oleh seorang
pemimpin yang baik.
RUJUKAN:
1.
Ahmad Zabidi Abdul Razak, (2006), Ciri iklim
Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, Jurnal
Pendidikan 31, 3-19,UKM, Bangi.
2.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut
Aminudin Baki, Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Menengah
Malaysia.
3.
Mortimore, P.(1985). Key Characteristics of
effective schools. Effective School Seminar. Ministry of Education. 13-14 July.
0 comments:
Post a Comment