“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

Menguruskan Sekolah Menggunakan Runding Cara Yang Berkesan

1.0 Pengenalan.
Pendidikan era ke 21 memerlukan pengetua atau pentadbir sekolah berperanan sebagai pengurus dan pemimpin profesional yang berkesan. Bolam (1999) dalam Bush (2008) mendefinisikan pengurusan pendidikan sebagai fungsi eksekutif dalam melaksanakan dasar yang diberi mandat. Sapre (2002) dalam Bush juga menyatakan pengurusan ialah satu set aktiviti yang mengarahkan kepada kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber organisasi dalam usaha mencapai matlamat organisasi. Oleh yang demikian, pengurusan yang berkesan memerlukan hubungan yang jelas di antara matamat, strategi dan operasi pengurusan (Bush, 2008)


Dalam konteks pengurusan sekolah, amat sukar dan abstrak untuk menentukan sesebuah sekolah itu berkesan atau tidak. Walaubagaimanapun terdapat teori yang memberikan panduan kepada pengetua untuk menyediakan pengurusan sekolah berkesan, iaitu Model Matlamat (Goal Model) dan Model Sistem Sumber (System-Resource Model) (Hoy dan Miskel, 2001).



2.0 Definisi Dan Konsep Runding Cara 
Menurut Myrick (Zuraidah 2001) perundingan atau runding cara adalah sesuatu yang berlakua apabila orang dewasa  yang  signifikan dalam kehidupan pelajar berkumpul dan berbincang berkenaan cara bagi membantu pelajar 
Caplan I Brown,et al,1987 dan Zuraidah,2001) mendefinisikan perundingan sebagaoi proses interaksi antara professional : perunding seorang yang pakar dan pelanggan,yang meminta bantuan perunding berkenaan masalah kerjanya Waktu ini di mana pelanggan menghadapi kesulitan  yang dirasanya memerlukan kepakaran orang lain ( perunding). Masalah kerja yang dimaksudkan adalah panduan atau isu  yang berkaitan aspek pengurusan ataupun menyediakan rawatan kepada seorang ataaupun beberapa orang klien,membuat perancangan ataupun mengimplementasikan program bagi klien mereka.
Menurut Kamus Dewan  makna berkataan runding, ia menampil dua maksud. Pertama ia merujuk kepada  perhitungan, perkiraan, pertimbangan. Keduanya ialah pembicaraan (perkiraan) yang sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal. Ada juga yang mentakrifkan sebagai cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan). Merujuk kepada perkataan negotiator, penulis dapat memahami bahawa perkataan negotiator ini membawa maksud  iaitu pelaku, watak, atau orang melakukan perundingan bagi menyelasaikan sesuatu perkara.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan rundingcara ialah proses menolong dalam pertemuan yang melibatkan perhubungan dua hala di antara pegawai rundingcara dengan individu yang memerlukan bimbingan dan jalan penyelesaian.
.



3.0 Definisi Kemahiran Rundingcara.
Kemahiran rundingcara yang diperlukan untuk mencapai satu persetujuan bersama yang akan memberi manfaat kepada kedua belah pihak yang berlainan pendapat
Kemahiran ini juga  boleh dipelajari melalui pendidikan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu ataupun pentadbir dalm sesebuah organisasi.
Kemahiran rundingcara ialah kemahiran boleh bersemuka yang memerlukan komunikasi dua hala ataupun lebih yang berkesan.

3.1 Kemahiran Rundingcara
Rundingcara yang berkesan memerlukan kemahiran Lifeskills  seperti berikut;
    Kemahiran komunikasi
    Desakan dan pengaruh
    Strategi Terancang
    Taktik rundingcara
    Proses dan sistem rundingcara
    Kerjasama
    Pengurusan tekanan .....etc


3.2 Tujuan Rundingcara
Sebelum memulakan sesuatu rundingcara setiap pihak yang terlibat mesti menyatakan matlamat yang hendak dicapai.
What exactly do I want?
What exactly am I willing to give up?
How much do I want to preserve thisrelationship?

3.3 Pendekatan Rundingcara
Kuasa
Pihak yang berlainan pendapat
Konflik diselesaikan oleh pihak yang berkuasa
Menang adalah nilai yang hebat
Hak
 Adil kepada semua pihak
Masalah timbul apabila satu pihak menyangka sebelah pihak lagi menggugat hak mereka
Konflik dapat diselesaikan apabila semua pihak menyedari pihak yang berhak
Kepentingan
Konfik akan selesai apabila semua pihak menghormati kepentingan setiap pihak
Transformasi
Konflik akan selesai apabila semua pihak sanggup untuk mengubah pendirian masing-masing dalam satu perkara yang menjadi pertikaian

3.4 Apakah yang dikatakan sebagai kemahiran berunding?

Kemahiran berunding atau juga berbincang adalah dirujuk kepada keupayaan yang membolehkan seseorang mencapai sesuatu persetujuan. Kemahiran ini diperlukan apabila 2 orang yang mengharapkan hanya satu perkara antara satu sama lain.

3.5 Kenapa kurang kemahiran berunding?
Kekurangan kemahiran berunding disebabkan oleh:
Kurangnya pengalaman
Tidak matang
Peluang untuk berbincang kurang
Kurang yakin dengan diri
Terlalu merendah diri
3.6 Apa akan terjadi apabila kita kurang kemahiran berunding?
Kita tidak:
Mencapai apa yang telah kita harapkan
Berpuas hati dengan apa yang telah kita ada
Berkeyakinan pada diri sendiri
Mempunyai harga diri

3.7 Bagaimana kita boleh mendapatkan kemahiran berunding?
Langkah2 berikut dapat membantu dalam kemahiran berunding:
Kenal pasti apa yang kita perlukan
Luahkan pendapat kita
Sediakan perancangan diri
Kenal pasti keperluan rakan kita
Mendengar dengan sepenuh jiwa
Ajukanlah masalah
Berikan pengetahuan bukan menggertak atau mengugut
Sentiasa bersabar
Bertolak ansur dengan kreatif
Fikirkan rakan kita adalah seperti kawan karib
Ceburkan diri dalam pelbagai aktiviti
Terima tanggung jawab jika terpilih

3.8 Latihan Untuk Menghasilkan Kemahiran Berunding
Kepada siapakah kita boleh meminta bantuan?
Kita boleh memohon bantuan daripada:
Keluarga sendiri
Ahli keluarga yang kita percayai
Kaunselor sekolah
Guru2 Agama
atau                                                                              
Dapatkan bantuan pakar profesional:                                          
Pakar Psikologi
Pakar Psikiatri                                      

                                                                    Berbincang dan berunding.
                                                           
                            

Kesimpulannya penggunaan rundingcara adalah penting dalam kehidupan harian setiap individu kerana melalui kemahiran ini konflik yang berpanjangan dapat dielak daripada berlaku keatas pihak yang terlibat dalam sesuatu perkara yangtelah berlaku ke atas seseorang individu atau golongan tertentu.
Pentadbir perlu mempunyai dan memiliki sikap serta sifat seperti menguasai  kemahiran runding cara (negotiation skills) dan kemahiran perkongsian maklumat  yang sangat tinggi untuk menguruskan pentadbiran sesebuah sekolah.


4.0 Rundingcara Dengan Kakitangan Sekolah.
 Kaedah runding cara ini biasanya dilakukan oleh pentadbir kepada guru-guru,dan kakitangan sekolah amnya.Ini terjadi bila sesuatu masalah atau perkara yang tidak diingini berlaku.Runding cara juga berlaku bila mana pentadbir mahu membuat sesuatu perubahan atau pembaharuan di sekolah,maka satu majlis perundingan atau perbincangan akan dilakukan dengan para guru dan kakitangan sekolah tersebut.
          Dalam pengurusan kewangan yang melibatkan perbelanjaan di sesebuah sekolah,pihak pentadbiran perlu menggunakan budi bicara serta rundingcara dengan kakitangan lain. Dalam membuat sebarang keputusan untuk membelanjakan wang sekolah terhadap apa-apa perkara.pentadbir perlu berbincang dan membuat rundingcara dengan rakan sejawat serta guru juga kakitangan lain.Perundingan dan perbincangan yang dilakukan akan bisa menghasilkan sesuatu pendapat dan pandangan yang bai dan jitu.Ini perlu sekali,agar sebarang keputusan yang bakal diketengahkan mendapat pulangan hasil yang lumayan!
          Tugas sebagai seorang negotiator  ini mempunyai persamaan dari sudut konsepnya dengan kerjaya sebagai seorang guru. Hal ini adalah kerana, tugas untuk berunding, membuat perhitungan, perkiraan dan pertimbangan tidak lari dalam kamus hidup sebagai seorang guru. Seorang negotiator yang baik perlu melakukan kerja-kerja rundingan bagi membuat perkiraan, bacaan, dan pertimbangan yang baik bagi membuat keputusan yang tepat. Ini merupakan elemen yang sangat penting dalam mana-mana struktur organisasi bagi mencapai target yang ditetapkan dengan tujuan untuk mendapatkan impak serta produktiviti yang kompetatif.
Proses bagi menseimbangkan serta memantapkan kompetensi yang ada dalam sesuatu struktur yang ada menuntut adanya individu yang mampu memiliki kemahiran untuk menjadi negotiator  yang baik. Sama ada tugas sebagai perunding insurans mahupun sebagai seorang guru, kemahiran serta skill dalam dilihat sebagai suatu keperluan bagi melahirkan lapisan masyarakat yang harmonis. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa,
          “ Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata, badan binasa.”
         Memang mudah untuk mengatakan sesuatu tetapi ia tidaklah semudah yang disangka bagi mencapai matlamat yang dikehendaki. Sebagai contoh, seorang guru berbincang dengan pentadbir sekolah untuk melaksanakan  program bagi meningkat prestasi pelajar. Namun, cadangan serta draf yang dibawa tidak diterima oleh pihak pentadbir sekolah kerana hasrat yang dirancangkan itu tidak begitu concrete dan tidak dapat meyakinkan pihak pentadbir sekolah untuk melaksanakannya. Rundingan yang dibuat gagal mencapai persetujuan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam membuat perkiraan, perhitungan dan pertimbangan bagi mencapai keputusan. Selain daripada itu, komunikasi yang kurang baik antara dua pihak, perbezaan serta pertikaian pendapat yang tidak harmonis menyebabkan kegagalan dalam mencapai sesuatu rundingan yang diadakan.

.          Sehubungan dengan itu, pentadbir sekolah hari ini harus menjalankan peranan sebagai pengurus yang berkesan apabila merancang, mengelola,mengarah, melaksana dan membuat penilaian untuk penambahbaikan. Walaubagaimana pun, peranan pentadbir sebagai pengurus tidak mencukupi untuk memajukan sekolah dan mencapai prestasi sekolah yang tinggi. Pengetua di samping sebagai pengurus yang cekap dan berkesan untuk mencapai misi dan visi sekolah harus juga berperanan sebagai pemimpin untuk membawa perubahan ke dalam sekolah. 
          Perubahan yang di bawa seharusnya adalah untuk menambahbaik dan melonjakkan kecemerlangan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembinan sahsiah pelajar. Kecmerlangan murid dalam ketiga-tiga bidang akan membawa kepada kecemerlangan sekolah. Dalam hal yang demikian, untuk bertindak sebagai pemimpin pentadbir harus mempunyai pengaruh yang dapat membawa bersama semua warga sekolah untuk bergerak meningkatkan keberkesanan dan penambahbaikan sekolah bagi melahirkan sekolah yang berprestasi tinggi.
           Bagi guru-guru pula pihak pentadbir  melalui rundingcara ,biasanya mencalonkan guru-guru yang berprestasi tinggi untuk mendapat anugerah cemerlang yang diwujudkan oleh kerajaan walaupun perlaksanannya menimbulkan pelbagai kontrovosi. Ini secara tidak langsung dapat memotivasikan guru-guru untuk  berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan peperiksaan awam mahupun keputusan pertandingan kokurikulum yang cemerlang kepada pelajar-pelajar. Terdapat juga pentadbir di sekolah-sekolah yang mewujudkan anugerah khas kepada guru-guru yang cemerlang yang disampaikan pada hari-hari tertentu seperti pada Hari Guru atau pada waktu perhimpunan rasmi. 
           Wujud juga pentadbir-pentadbir yang tidak lokek memberikan pujian kepada guru-guru yang mencapai sesuatu kejayaan dalam sebarang aktiviti yang mereka ceburi. Namun begitu jika dilihat dari sudut kawalan pengurusan (management control) yang melibatkan arahan dan penyeliaan kerja seperti yang disebutkan oleh John Child dalam bukunya Organization- A Guide To Problems And Practice, pihak pentadbir perlu memberikan penerangan yang jelas kepada guru-guru tentang halatuju dan matlamat yang ingin dicapai pada sesuatu masa agar dapat mereka bekerja seiring dengan kehendak pihak pentadbir. Selain itu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif merupakan suatu bentuk motivasi yang amat diperlukan oleh guru-guru kerana ini akan dapat menimbulkan perasaan ‘sense of belonging’ yang dapat menggerakkan mereka untuk bekerja lebih gigih lagi. 

         Satu lagi bentuk motivasi yang dilakukan oleh pentadbir ialah mewujudkan hubungan interpersonal yang mesra serta bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu masalah mahupun konflik yang timbul.Walaupun kesan motivasi yang diterapkan oleh pentadbir amat sukar untuk diukur dari segi ‘performance’ guru-guru kerana ia bersifat subjektif namun ia dapat diterjemahkan dalam bentuk pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan umum dan juga pencapaian mereka dalam pertandingan kokurikulum.
        Sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang bermotivasi tinggi akan mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik daripada sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang kurang bermotivasi kerana kumpulan guru-guru yang bermotivasi tinggi sanggup berusaha ke tahap yang maksimum seperti mengadakan kelas-kelas tambahan secara sukarela, menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti kepada pelajar-pelajar, memantau keputusan pelajar-pelajar, mengadakan kelas-kelas pemulihan dan pengayaan serta mempunyai sifat empati terhadap pelajar-pelajar. Begitu juga dalam bidang kokurikulum, guru-guru yang bermotivasi tinggi sanggup mengadakan latihan kokurikulum di luar waktu persekolah secara konsisten dan begitu mengambil berat tentang pelajar-pelajar yang mereka bimbing. 
          Kesemua ini akan menghasilkan keputusan yang baik khususnya dalam peperiksaan umum yang menjadi agenda utama persekolahan masa kini.
Jika dilihat keperluan motivasi dalam organisasi sekolah pada masakini amat jelas kepada kita bahawa pentadbir sekolah perlu memahami keperluan motivasi di kalangan pelajar dan guru ke arah mencapai matlamat sekolah yang telah ditetapkan. Pengetahuan tentang tingkahlaku manusia berdasarkan keperluan manusia yang bertingkat-tingkat seperti Model Maslow akan memudahkan pentadbir untuk memotivasikan guru dan pelajar. Penyediaan tempat belajar/bekerja yang kondusif seperti penyediaan ruang, cahaya hawa dingin dan lain lagi akan memenuhi keperluan fisiologi individu.
        Persekitaran kerja/belajar yang selamat akan memberikan kepuasan kepada pelajar/guru untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana keperluan keselamatan yang terjamin. Galakan penyertaan guru-guru dalam merancang matlamat sekolah akan memberikan kepuasan sosial kepada guru-guru untuk memberikan sumbangan yang berkesan kepada sekolah. Pujian, pemberian tugas/tanggungjawab yang besar dan mencabar serta sokongan untuk kenaikan pangkat oleh pentadbir akan memotivasikan guru-guru dalam mencapai keperluan harga diri di sekolah.
         Penyediaan peluang melalui program latihan dan pembangunan kerjaya oleh pentadbir kepada guru-guru pula akan menggalakkan mereka berusaha untuk mencapai kesempurnaan diri yang akhirnya boleh disumbangkan kepada usaha untuk mencapai matlamat sekolah.
 Kejayaan untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan dalam organisasi sekolah akan mencerminkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pentadbir di sekolah dalam mengurus sumber manusia yang ada.urusan dan kepimpinan pendidikan,


5.0 Rundingcara Dengan Pelajar Dan Ibubapa.
Sebagai seorang pentadbir,beliau juga perlu mengadakan dan memantau keberkesan unit kerjaya yang ditubuhkan di sesebuah sekolah.Justeru itu kelab dan panduan kerjaya perlu diwujudkan,demi perkembangan minda serta hala tuju pelajar di sekolah tersebut.Di sini akan terbit kaedah rundingcara yang sesuai terhadap minat dan kesesuaian pilihan kerjaya pelajar itu.
Tujuan rundingcara kerjaya adalah untuk memberi maklumat dan mengurus pertemuan antara kaunselor kerjaya dengan para pelajar. Kaunselor kerjaya akan mengunakan pelbagai teknik untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kerjaya yang diminati. Rundingcara kerjaya melibatkan pelbagai latar belakang klien dengan matlamat yang berbeza tentang kerjaya yang diminati oleh mereka.Secara tidak langsung pelajar akan difokuskan ke arah bidang kerjaya yang mereka minati.Pelajar akan lebih berusaha serta belajar dengan lebih tekun demi mencapai cita-cita mereka.
Pihak pentadbiran sesebuah sekolah boleh mengadakan sesuatu program atau bengkel serta seminar dan sebagainya bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pelajar juga ibubapa.Antara program yang boleh dilakukan adalah “hari rundingcara” atau “hari temu murni”.di dalam majlis ini para ibubapa,penjaga dan pelajar serta pihak sekolah akan bertemu,berbincang dan duduk semeja bersama.Sebarang masalah berkenaan pelajaran,disiplin dan sebagainya yang berkaitan dengan pelajar akan dapat diselesaikan dengan baik dan telus.Jika wujud sebarang masalah yang berat,pentadbir akan membuat rundingcara dengan mereka yang terlibat.
 Pelajar yang sering melakukan kesalahan serta masalah disiplin di sekolah akan diberikan khidmat motivasi juga bimbingan oleh pentadbir sekolah.Jika masih ada kedapatan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut,maka pihak pentadbir akan mengadakan rundingcara secara diplomasi dengan pelajar serta ibubapa atau penjaga,berkenaan hukuman atau denda yang patut dilakukan.Pihak pelajar juga ibubapa sepatutnya dapat menerima sebarang keputasan yang telah dirundingkan itu dengan senang hati dan akur.Dengan rundingan ini dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul di kalangan pelajar sekolah tersebut.
Kaunseling adalah perkhidmatan rundingcara  antara pihak-pihak yang berpengalaman dengan pihak yang masih muda dan mentah;  antara pihak-pihak yang berilmu tinggi dengan pihak yang kurang ilmu nya; di antara pihak yang stabil emosi dan fikirannya dengan pihak yang bermasalah atau murung dilanda keadaan sempit dan sengit.

Selagi kita bernama manusia, di mana-mana pun termasuk di dalam Perkhidmatan Awam, kita akan berhadapan dengan ahli-ahli yang setahun jagung dari segi pengalaman kerja,sungguhpun berpendidikan tinggi tetapi masih terpinggir jauh dari kenyataan, asam garam kehidupan dan acap kali ahli-ahli kita daripada golongan muda lebih dipandu oleh emosi dan perasaan melulu sehingga mengetepikan akal dan fikiran rasional.

Inilah kenyataan hidup yang perlu kita hadapi dan perbaiki. Perkhidmatan Kaunseling sebenarnya tidak terhad kepada rundingancara untuk membetulkan pihak-pihak yang menghadapi masalah disiplin.

Runding-cara ini atau kaunseling adalah mekanisma penting di dalam menangani isu-isu berkaitan dengan produktiviti pekerja. Di antara aspek-aspek strategik produktiviti ialah komunikasi, hubungan di antara pekerja, persekitaran tempat bekerja, petugasan, peraturan, proses pembentukan atau mentoring. Kesemua ini boleh mendapat manfaat dari perkhidmatan kaunseling yang berwibawa dan terarah.

Kaunseling membantu merealisasikan potensi dan meningkatkan prestasi diri individu untuk, antara lain, menghadapi permasalahan dalam pekerjaan dan kehidupan seharian

.Pentadbir yang bagus juga haruslah menggunakan budi bicara serta rundingcara,untuk memotivasikan pelajar kea rah kejayaan. Pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang biasanya diberikan ganjaran seperti hadiah-hadiah buku dan juga wang tunai. Ganjaran ini biasanya diberikan pada waktu perhimpunan rasmi atau pada Hari Anugerah Cemerlang untuk meningkatkan self-esteem pelajar-pelajar yang cemerlang agar ia menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha bagi mencapai keputusan yang cemerlang. 
Terdapat juga pentadbir di sekolah-sekolah yang menyediakan pakej pelancongan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang untuk mengikuti rombongan sambil belajar atau pakej perkhemahan secara percuma. Pelajar-pelajar yang cemerlang juga sering diberikan pujian di khalayak ramai untuk menggalakkan mereka berusaha dengan lebih gigih lagi di samping menggalakkan pelajar-pelajar lain mengikuti contoh baik yang ditunjukkan mereka.


Lampiran Aktiviti Rundingcara Bersama Pelajar Dan Ibubapa

HARI RUNDINGCARA 2014
Rabu, 09 Julai 2014 08:30 ija abdul
   

HARI RUNDING CARA DAN AKU JANJI KECEMERLANGAN MURID 2014

PERHATIAN KEPADA IBU BAPA SK.FIKRI,SETIU.
Untuk makluman bahawa pihak sekolah akan mengadakan

HARI RUNDING CARA DAN AKU JANJI KECEMERLANGAN MURID PADA KETETAPAN BERIKUT:
                         TARIKH :   11 JULAI 2014
                         HARI      :   JUMAAT
MASA           KUMPULAN SASARAN
8.00.9.45 Semua murid Tahun 4 dan 5
bersama ibubapa masing di Dewan
10.00-12.30 Semua murid Tahun 4 dan 5  bersama ibubapa
 di kelas masing-masing



Untuk perhatian,

Murid dibenarkan pulang bersama ibubapa setelah selesai
berurusan dengan guru kelas masing-masing






.



6.0 Rundingcara Persekitaran Dan Kewangan Sekolah.
Keceriaan persekitaran sekolah juga membantu murid memanfaatkan alam semula jadi sebagai sesuatu yang perlu dipelihara. Hal ini sering diabaikan oleh banyak pihak suatu masa dahulu walaupun kini pihak berkuasa pendidikan telah mula memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber semula jadi ini. Pentadbir juga tidak kurangnya melakukan pembaziran sumber. Ini berlaku kerana pengetahuan yang cetek dalam sesuatu hal menjadikan beliau sentiasa bimbang dan tidak berani membuat keputusan yang segera. Nyatalah ilmu yang luas dan pertimbangan yang rasional akan membantu Pentadbir melakukan tugas dengan sempurna dan juga dapat menguruskan semua sumber yang tersedia dengan berkesan serta penggunaan yang optimum dari sumber tersebut.Rundingan dengan pekerja,guru-guru dan murid perlu dan patut diadakan dalam mewujudkan keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah.Ini kerana sesuatu perkara yang ingin dilakukan mesti menghadapi belanjawan samada kecil atau besar.
Sekarang ini penggunaan komputer di sekolah berleluasa dengan meluas sekali.Penggunaan teknologi maklumat ini memerlukan penjagaan serta penyelenggaran yang memerlukan perbelanjaan yang agak banyak.Dalam hal ini,pihak pentadbiran haruslah bijak dan cekap menguruskan sumber kewangan yang terhad menangani sebarang masalah yang akan timbul.Penggunaan komputer serta alatan elektrik lain di sekolah telah dan boleh menimbulkan masalah kewangan yang agak kritik.Bil elektrik dan telekom sering meningkat,kadang melebihi aras yang telah dibenarkan oleh pihak jabatan pendidikan negeri.Maka di sinilah letaknya kemampuan dan kebolehan seorang pentadbir dalam menguruskan sumber kewangan bersama pembantu tadbir.Kaedah rundingcara sepatutnya telah digunapakai dalam menangani masalah kewangan.
         Dalam perancangan sesuatu kejayaan dan kecemerlangan, penentuan bagi kedua-duanya didokong oleh beberapa faktor. Apabila semua sumber dapat diurus dengan baik dan menghasilkan kecemerlangan dari semua segi, dapatlah diandaikan bahawa tiada pembaziran.Terdapat di kalangan guru sudah berpuas hati apabila telah berjaya menghasilkan peratus keputusan yang tinggi sedangkan beliau tidak menggunakan seluruhnya sumber yang diperuntukan. Ini belum dapat memberi jaminan kepada guru tersebut bahawa setiap tahun beliau akan memperolehi kejayaan yang sama. Begitu juga Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah ghalibnya jarang menerima kunjungan dari semua pihak di dalam masyarakat sekolah itu. Jika dibuat bancian sudah tentu terdapat individu-individu, sama ada dari kalangan guru atau murid tidak pernah menghampiri Pusat Sumber Sekolah. Hal ini bukanlah aneh kerana sememangnya pendekatan dan tarikan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah itu sendiri tidak memberansangkan

          Sebagai pemimpin atau pengurus sekolah, Guru Besar diharapkan memainkan peranan termasuk memberi galakan (kewangan dan fizikal) menyebarkan maklumat, mengadakan aktiviti pembangunan staf dan membina perhubungan baik antara sekolah dengan masyarakat serta membina suasana sekolah yang ceria yang dapat menerima, memupuk dan menyokong perubahan dari luar (Ibrahim, 1988). Peranan Guru Besar sebagai pentadbir dilihat sebagai penentu kejayaan dan kegagalan dalam pelaksanaan program pendidikan di sekolah khususnya dan segi kepemimpinan pengajaran (Berman & Mc Laughlin, 1976; Fullan &Pomfret, 1982).

        . Kejayaan untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan dalam organisasi sekolah akan mencerminkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pentadbir di sekolah dalam mengurus sumber manusia yang ada.urusan dan kepimpinan pendidikan,


7.0 Kesimpulan.
Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.
        Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan
aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja
dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara
langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran
pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama. 
      Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti  generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibatn dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang.

          Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan.
         Perbincangan secara rasional dan rundingcara boleh melahirkan keputusan yang baik kerana semua pihak yang berkepentingan mengemukakan pandangan masing-masing,mengambil maklum akan pandangan orang lain,membahaskan pandangan yang dibentangkan dengan baik dan keputusan yang akan dibuat berdasarkan kata sepakat atau persetujuan bersama.Perbincangan rasional merupakan suatu aktiviti yang membolehkan keperluan dan moral bagi suatu pilihan dibincangkan dengan teliti dan pendekatan lama digantikan dengan yang baharu apabila perlu.

          Pilihan yang ideal perlu dilakukan melalui persetujuan bersama yang dicapai melalui perbincangan dan perdebatan secara rasional iaitu berdasarkan syarat-syarat yang disenaraikan.Tujuan syarat-syarat tersebut bagi memastikan supaya semua pendapat dan hujah yang menyokong atau membantah suatu cadangan mempunyai peluang yang sama untuk didengari.Syarat-syarat ini perlu menjadi asas bagi mengadakan suatu perdebatan umu  yang bermaklumat dan berdemokrasi.
         Dalam perdebatan umum, tidak ada kuasa yang boleh mempengaruhi sebarang keputusan kecuali kritikan yang dibuat secara membina.konsep berbincang secara rasional boleh diaplikasikan ke atas pemilihan suatu perkara yang ideal untuk sebuah organisasi.Pemilihan suatu nilai tertentu bukan merupakan suatu yang bersifat”axiomatic” atau suatu fakta yang tidak memerlukan apa-apa bukti.Penaakulan atau membuat kesimpulan secara logik, suatu alternative atau opsyen dalam suatu isu boleh dinilai secara membina dan berdasarkan hujah-hujah yang releven
 Pemilihan suatu alternatif yang ideal secara rasional akan berakhir dengan suatu kata sepakat atau persetujuan bersama dalam kalangan semua ahli.Keadaan ini dicapai tanpa ada kerisauan tentang tekanan yang bakal dihadapi.Faktor ini merupakan prasyarat kepada perbincangan rasional kerana perbahasan yang baik akan menghasilkan pemilihan ideal dalam suatu isu atau perkara.jika suatu pilihan yang ideal tidak dapat dicapai disebabkan oleh kritikan dan perselisihan yang kuat,maka masalah ini akan diselesaikan melalui proses undian dan rundingcara oleh pihak pentadbiran.
          Di sini dapatlah disimpulkan bahawa menguruskan sekolah oleh pihak pentadbiran menggunakan rundingcara yang berkesan adalah amat perlu sekali ke atas sesebuah sekolah,agar matlamat,visi,misi serta falsafah pendidikan akan tercapai.

8.0 Rujukan.
Buku dan Kamus.
Abdul Shukor Abdullah 1998. Fokus Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur Kementerian 
         Pendidikan Malaysia
Mohamad Hisyam Selamat,Muhammad Syahir Abd Wahab,Mohd Amir Mat Samsudin      
       Membangunkan Individu Bagi Membangunkan Orgaanisasi.Penerbit UUM 2010.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 
         KPM: Putrajaya
Tie Fatt Hee, 2002. Undang-Undang Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar 
         Bakti Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Baru.
Internet.
http://kakibesi.wordpress.com/2010/09/14/guru-sebagai-seorang-negotiater/
http://hairilhazlan.com/2011/09/15/kemahiran-untuk-berunding/
Jurnal
Jurnal pengurusan dan kepimpinan pendidikan,IAB,KPM,jilid 12,bil.02,Dec 2002
Pelitabrunei.gov.bn/haluan/item/10049-modal-insan-bermutu-tinggi-satu-keperluan-bukan-satu-kemewahan

1 comments:

mizan ibrahim said...

good job cikgu. terdapat banyak info yang berguna

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB