Pengimbasan
Estetik Seni Visual
·
Pendekatan pengimbasan estetik adalah satu cara
memulakan kajian terhadap hasil seni – catan, arca, litograf, dan sebagainya
·
Tujuan
pengimbasan adalah untuk menyediakan satu pendekatan yang mudah dan manasabah
terhadap sesuatu hasil seni
·
Pendekatan
ini direka bagi melibatkan pelajar dalam melihat sebenar apa yang ada dalam
sesuatu karya seni dengan menganalisis dan membicarakan sifat-sifat deria,
formal, teknikal dan ekspresif
·
SIFAT DERIA
·
Sesuatu
yang dapat diperhatikan oleh satu atau lebih deria
·
Melihat
hasil seni dan mengenal pasti ciri- ciri khusus pada garisan, rupa, warna,
tekstur, kegelapan dan kecerahan (unsure-unsur seni)
·
Contoh.
·
“Bolehkah
anda tunjukkan dan ceritakan beberapa garisan dalam catan ini?”
·
“Di
manakah warna-warna sejuk, panas dan cerah?”
·
“Lihat
pada rupa yang paling besar dalam catan ini, adakah rupa tersebut bulat, sama
saiznya dengan rupa empat persegi bujur?”
SIFAT FORMAL
·
Menganalisis
hasil karya untuk menentukan bagaiman seniman/pelukis menyusun dan menyatukan karyanya
supaya bahagian-bahagian komposisi sama-sama menyatakan idea dan/atau perasaan.
·
Kesatuan organik – setiap bahagian karya adalah perlu. Tiada yang
boleh tertinggal tanpa mencacatkan karya tersebut
·
Tema
dan variasi – sesetengah ciri diulang untuk memberikan/melahirkan
karakter/sifatnya
·
Ulangan
– unsur seni seperti warna, garisan, rupa diulang dalam pelbagai cara
·
Kontra
– penggunaan unsur yang berlawanan pada benda yang bersisian, contoh, warna
cerah dan gelap, rupa lebar dan kecil
·
Imbangan
– keseimbangan berasaskan unsur-unsur yang sama (simetri) – atau
dicapai/diperoleh melalui penggunaan bahagian yang tidak sekata (bukan simetri)
·
Penguasaan
– satu ciri yang diberikan keutamaan lebih daripada aspek lain dalam sesebuah
karya
·
Irama
– ulangan biasa sesuatu bentuk atau gaya, saranan tentang pergerakan melalu
corak berulang
·
Contonya:
·
“Di
manakah pelukis meletakkan idea yang penting dalam catan ini?”
·
“Adakah terdapatnya warna atau rupa yang
berulang?”
·
“Di
manakah anda melihat ulangan berlaku dalam catan ini?
·
“Cari
bahagian dalam catan ini di mana pelukis menggunakan kontra untuk membantu kita
melihat rupa yang penting?”
·
“Lihat
pada keseimbangan catan ini”
·
“Apakah
jenis keseimbangan yang digunakan oleh pelukis, simetri atau bukan simetri?”
SIFAT
TEKNIKAL
·
Mengetahui
apakah media yang digunakan oleh pelukis (cat minyak, cat air, pastel warna,
arang, kertas), alat dan perkakas (berus, pensil, mesen cetak) dan cara
benda-banda tersebut digunakan untuk menghasilkan sebuah karya (lakaran, ukiran,
catan, cetakan)
·
Contoh:
·
“Bagaimanakah pengarca ini mengukirkan tekstur
yang kasar pada batu mamar untuk menghasilkan rupa rambut yang kembang di
kepala?”
·
Bagaimana
pengukir ini menggunakan tanda-tanda atau urat kayu bagi menimbulkan ciri karya
ini?”
SIFAT
EKSPRESIF
·
Bertindak
balas dengan sifat ekspresif karya,
iaitu; pembangkitan rasa dan perasaan pada karya
·
B
ahasa mood – bentuk yang menyatakan rasa dan perasaan seperti sedih, ceria,
garang atau lembut, ketenangan dan keresahan
·
Bahasa dinamik dan bertenaga – bentuk
mengekspresif rasa ketegangan, konflik, kesantaian
·
Bahasa
Idea dan Keunggulan – peristiwa social, perspektif psikologi atau politik
seperti kebangsawanan, keberanian, harapan, kasih sayang
·
Contoh:
·
“Bagaimanakah adunan warna dan rupa dan cara
unsur-unsur ini disusun menyumbang
kepada mood keseluruhan catan ini?
·
“Apakah
yang diceritakan oleh catan ini tentang idea utama seperti kebebasan,
peperangan?
____________________________________________
·
Bertindak
balas secara kritikal terhadap karya seni
memerlukan sedikit makluamt dan pengetahuan latar belakang
·
Tindak
balas berlaku terhadap karya seni dalam tiga segi:
1.
Sejarah
– menentukan sifat karya dan kandungan ekspresif karya seni dalam konteks
sejarah, aliran, jangkamasa, budaya
2.
Rekreatif
– memahami secara imaginative apa yang cuba dinyatakan oleh pelukis menerusi
sesuatu karya tertentu
3.
Penilaian/judicial
– menganggarkan nilai sesuatu karya menerusi tiga criteria – tahap kemerlangan
formal, kebenaran media/baha dan alat, dan keutamaannya
0 comments:
Post a Comment