- Istilah
pengalaman pembelajaran bermaksud segala gerak balas atau interaksi
pelajar dengan persekitarannya.
- Pembelajaran
berlaku melalui perubahan tingkah laku pelajar - memerlukan penglibatan
pelajar dengan aktif.
- Pelajar
belajar melalui perkara yang dilakukannya.
2. Dapatan kajian menunjukkan bahawa;
- Darjah
tumpuan pelajar terhadap pelajaran tidak sama.
- Persepsi
pelajar berbeza-beza - makna yang diperolehi oleh setiap pelajar terhadap
sesuatu pengalaman yang dilalui itu berbeza.
- Motivasi
pelajar untuk mendapatkan pengalaman tidak sama.
- Keadaan
fizikal pelajar tidak sama.
PENGALAMAN PEMBELAJARAN
- Dapat
meningkatkan pengetahuan sedia ada pelajar.
- Dapat
memberikan pengalaman belajar yang mencabar pemikiran.
- Dapat
mencerna maklumat.
- Dapat
mengembangkan sifat mandiri.
PRINSIP UMUM PENGALAMAN PEMBELAJARAN
1.Untuk mencapai objektif, pelajar perlu diberi peluang
mengamalkan tingkah laku yang dinyatakan di dalam objektif tersebut.
2.Pengalaman pembelajaran hendaklah sesuatu yang mempunyai daya penarik dan
memberi kepuasan kepada pelajar.
3. Objektif yang hendak dicapai tidak terlalu jauh daripada pengalaman sedia
ada pelajar.
4. Objektif hendaklah mempunyai kriteria yang membolehkan pengajaran berkesan
berlaku.
5. Objektif pembelajaran hendaklah menghasilkan pembelajaran sampingan yang
berfaedah.
Bab ini membincangkan bagaimana pengalaman pembelajaran
boleh digunakan sebagai pengajaran yang berkesan. Walaupun kesan perubahan
terhadap diri murid yang disebabkan oleh pengalaman pembelajaran berlaku dengan
perlahan dan hanya dapat dilihat dalam jangkamasa yang panjang namun lama
kelamaan pengalaman pembelajaran akan memperlihatkan kesan yang akan membawa
perubahan kepada murid. Organisasi dilihat sebagai satu masalah penting dalam
perkembangan kurikulum kerana ia amat mempengaruhi kecekapan pengajaran dan
darjah perubahan pendidikan yang besar ke atas murid.
Dalam mempertimbangkan organisasi pengalaman pembelajaran,
kita perlu melihat hubungan pengalaman pembelajaran sepanjang masa dan antara
bidang-bidang kedua-dua ini dinamakan hubungan menegak dan hubungan mendatar.
Oleh itu, pengalaman pembelajaran tidak seharusnya bertentangan antara satu
sama lain atau pelajaran yang berasingan dan terputus-putus agar murid tidak
keliru tatkala menghadapi kehidupan sehari-hari.
Kriteria Membina Kumpulan Pengalaman Pembelajaran Yang
Berkesan.
Terdapat 3 kriteria utama bagi membina kumpulan pengalaman
pembelajaran yang berkesan :
- Kesinambungan
- pengulangan menegak daripada segi unsur-unsur penting kurikulum.
- Urutan
- kaitan dengan kesinambungan, bahkan melampauinya. Ia menekankan betapa
pentingnya pembinaan pengalaman yang baru berasaskan pengalaman yang lalu
dan mendalami perkara-perkara yang dikaji serta mempengaruhi setiap tahap
pengalaman pembelajaran.
- Integrasi
- perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh menolong
murid supaya mendapat satu pandangan yang bersepadu cara beransur dan
menentukan bahawa tingkahlaku itu sejajar dengan perkara yang dikaji.
Ketiga-tiga kriteria di atas merupakan asas dalam pembinaan
secara berkesan satu skim organisasi pengalaman pembelajaran. Untuk mencapai
matlamat ini, beberapa masalah perlu dipertimbangkan seperti apakah unsur-unsur
yang boleh menjadi tali penghubung yang berkesan dalam satu-satu organisasi.
Terdapat 3 jenis unsur-unsur umum yang telah dikenalpasti iaitu konsep, nilai
dan kemahiran.
- Konsep
- satu konsep yang merentasi seluruh kurikulum kajian sosial yang mana
murid memahami yang manusia saling bergantung sesama sendiri.
- Nilai
- pertimbangan hormat kepada seseorang.
- Kemahiran
- kebolehan membuat tafsiran yang berpatutan daripada data sosial.
Cadangan Senarai Unsur Dalam Kurikulum Kajian Sosial
Konsep
- `Sifat
semula jadi manusia' individu
- Darihal
manusia dan alam sekeliling fizikalnya
- Manusia
dan alam sekeliling sosialnya
Nilai
- Sikap
terhadap diri sendiri
- Sikap
terhadap orang lain
- Sikap
terhadap kumpulan sosial yang dianggotainya
- Nilai-nilai
intelektual dan estatik
Kemahiran, kebolehan dan tabiat
- Dalam
menganalisis masalah
- Dalam
pengumpulan fakta dan data
- Dalam
menyusun dan mentafsir data
- Dalam
mengemukakan keputusan kajian
- Kebolehan
berfikir dengan bebas
- Kebolehan
menganalisa perbalahan dan propaganda
- Kebolehan
mengambil bahagian dalam kerja kumpulan dengan berkesan
- Mempunyai
tabiat membuat kerja yang baik seperti merancang masa dan menggunakan masa
dengan cekap
- Kebolehan
membuat interpretasi situasi sosial dan mengenal pasti kecenderungan dan
kehendak orang lain
- Kebolehan
meramalkan akibat tindakan yang dicadangkan
Keseluruhannya, pengajaran yang baik melibatkan sintesis
beberapa unsur. Ini bermakna unsur-unsur itu perlu dirancang supaya ia muncul
pada keseluruahan program pengajaran tersebut.
Prinsip-Prinsip Organisasi
Prinsip-prinsip organisasi diperlukan kerana ia akan menjadi
asas bagi merancang secara meluas dan mendalam aspek-aspek utama kurikulum yang
dinyatakan. Dalam mengenalpasti prinsip-prinsip penting organisasi, kriteria
seperti kesinambungan, urutan dan integrasi bersangkutan dengan pengalaman
murid. Prinsip organisasi perlu ditinjau daripada segi kepentingan psikologi
kepada murid.
Satu daripada prinsip organisasi yang biasa digunakan dalam
kurikulum sekolah ialah kronologi. Selain daripada itu, prinsip lain yang
digunakan ialah meluaskan bidang penggunaan, menambahkan aktiviti termasuk
menggunakan penerangan dan analisis perkembangan ilustrasi hingga menjadi satu
gambaran yang menyeluruh. Namun, prinsip-prinsip ini perlu diteliti melalui
perubahan untuk melihat kesesuaian dalam mengembangkan kesinambungan, urutan
dan integrasi.
Struktur Organisasi
Struktur organisasi diperlukan bagi menyusun pengalaman
pembelajaran secara lebih berkesan. Unsur-unsur struktur wujud dalam pelbagai
peringkat iaitu
- Peringkat
terbesar mengandungi unsur-unsur struktur seperti mata pelajaran
tertentu, bidang yang luas, satu kurikulum teras untuk pendidikan umum
yang disatukan dengan bidang-bidang yang luas atau bidang-bidang yang
spesefik dan satu struktur yang tidak mempunyai perbezaan yang mana pada
keseluruhannya merupakan satu unit yang terdapat dalam kurikulum
institusi yang tidak begitu formal.
- Peringkat
pertengahan meliputi kursus yang disusun mengikut urutan dan
kursus yang merupakan unit-unit untuk satu semester atau
penggal serta tidak dirancang atau dianggap sebagai sebahagian daripada jangka
masa yang panjang.
- Peringkat
paling rendah merangkumi struktur penting iaitu pengajaran pada
satu hari itu merupakan satu unit yang tersendiri dan
berlainan atau terpisah.Struktur seterusnya dikenali sebagai tajuk yang akan
berterusan selama beberapa hari atau minggu. Struktur ketiga ialah unit yang
biasanya termasuk pengalaman beberapa minggu yang disusun mengikut masalah atau
tujuan utama para pelajar.
Oleh kerana setiap struktur organisasi mempunyai nilai yang
berlainan, mengikut keadaan yang berbeza-beza menyebabkan organisasi secara
menegak tidak mungkin dicapai. Integrasi juga sukar dicapai kerana struktur
organisasi mempunyai beberapa bahagian dan melibatkan sempadan antara subjek.
Ia juga menghalang murid meningkatkan hubungan dalam kehidupan kerana mata
pelajaran ialah perkara-perkara yang lain. Penyusunan struktur yang melibatkan
blok waktu yang lebih besar atau seimbang adalah perlu bagi mendapatkan hasil
organisasi yang diharapkan.
Proses Merancang Satu Unit Organisasi
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membentuk
pengalaman pembelajaran yang berkesan. Antara langkah-langkah tersebut seperti
(a) bersetuju dengan satu skima organisasi yang umum (b) bersetuju dengan
prinsip-prinsip umum organisasi yang akan digunakan bagi setiap bidang. (c)
bersetuju dengan penggunaan unit-unit lebih rendah , sama ada ia merupakan
pelajaran ataupun topik-topik yang berturutan ataupun unit-unit pengajaran. (d)
mengadakan rancangan yang mudah diubah-ubah ataupun unit-unit sumber yang ada
pada setiap guru pada masa dia berhadapan dengan kumpulan tertentu. (e)
menggunakan rancangan bercorak murid guru untuk aktiviti-aktiviti tertentu yang
dijalankan oleh kelas tertentu.
Dalam merancang pengalaman pembelajaran perlulah dipertimbangkan
bukan sahaja pengalaman yang ada kaitannya dengan prinsip-prinsip organisasi
sesuatu unit tetapi rancangan tersebut perlulah bersifat mudah-ubah supaya
dapat dipinda mengikut kehendak, minat dan kebolehan mana-mana kumpulan dan
rancangan perlulah lengkap. Adalah mustahak menimbunkan pengalaman yang
membantu menyatakan berbagai-bagai pengalaman dalam semua unit yang akan
menyebabkan integrasi dan menolong pelajar menyusun pemahaman, sikap dan
tingkahlaku umum mereka. Oleh itu, unit sumber merupakan aktiviti
pra-perancangan yang perlu dirancang ketika unit-unit tersebut sedang
digunakan. Adalah penting murid-murid mengambil bahagian dalam membuat
perancangan bersama-sama agar dapat memberi makna dan pemahaman yang lebih
kepda pelajar. Rancangan yang dijalankan oleh setiap kumpulan akan mempunyai
kelainan daripada unit asal yang telah disediakan dan tidak meliputi semua
bahan yang dicadangkan di dalam unit sumber itu sendiri.
Kesimpulannya, merancang organisasi pengalaman kurikulum
memerlukan beberapa banyak pra-perancangan dan perancangan ketika kerja-kerja
itu sedang berjalan. Dengan cara itu sahaja kita dapat hasil yang berkesan
daripada berbagai-bagai pengalaman pembelajaran yang digunakan.
2 comments:
definisi yang sangat jelas. minta izin share untuk pembelajaran saya ya. moga mendapat ganjaran pahala dari Allah
Assalamualaikum Tuan, bolehkah saya cite maklumat yang tuan sampaikan ke dalam thesis sys? Jika boleh, bolehkah saya dapatkan nama dan tarikh tuan keluarkan artikel ini?
Post a Comment