“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

KEMAHIRAN RUNDINGCARA KEPADA PENTADBIR

PENGENALAN

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Tetapi kita perlu ingat bahawa, kepimpinan dalam pendidikan adalah unik dan memerlukan pengetahuan yang luas kerana melibatkan menguruskan insan dari pelbagai umur yang berlainan pada sesuatu masa. David M. Traversi (2007) menyebut bahawa faktor kepimpinanlah yang membezakan antara sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Ini adalah kerana segala keputusan yang dibuat akan bergantung kepada visi dan misi
yang ingin dicapai oleh pemimpin dalam sesuatu organisasi.
Setiap kejayaan biasanya perlu melalui pelbagai cabaran dan kepimpinan dalam pendidikan tidak lari daripada kenyataan ini kerana disebabkan kemajmukan masyarakat Malaysia, pelbagai isu-isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan dalam menangani isu-isu yang timbul. Sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah Haji  Ahmad, 2005). Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu (Hussein Mahmood, 2005; Mortimore, 1997). Kepimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan (Muijs & Harris, 2007; Simkins, Sisum & Muhammad Memon, 2003).
Pada dasarnya kepimpinan sekolah diterajui oleh kumpulan pentadbir yang diterajui oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran. Dalam hal yang sedemikian, rundingcara di sekolah meliputi penyelesaian masalah warga sekolah, membimbing dan membantu klien membuat keputusan menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa
menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan interaksi dengan individu lain. Keperluan kemahiran rundingcara menjadi satu kaedah dalam kepimpinannya amat penting kepada pentadbir untuk mempertingkatkan kestabilan organisasi demi merncapai prestasi yang gemilang.
DEFINISI

(i)            Rundingcara

Merujuk dalam Kamus Dewan bagi mencari makna berkataan runding, ia menampil dua maksud. Pertama ia merujuk kepada perhitungan, perkiraan, pertimbangan. Keduanya ialah pembicaraan (perkiraan) yang sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal. Ada juga yang mentakrifkan sebagai cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan).
                                        
(ii)          Kemahiran
Kemahiran adalah kebolehan/kemampuan melaksanakan sesuatu dengan cekap.


MASALAH-MASALAH UMUM YANG MEMERLUKAN KEMAHIRAN RUNDINGCARA

(i)           Masalah Kepimpinan
          Pentadbiran dan pengurusan di sekolah adalah berkait dengan bidang kepemimpinan. Guru besar adalah orang yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas dalam bidang pentadbiran di sekolah. Sebagai seorang pentadbir yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan, maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau lebih yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya. Pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal yang sebahagian besar berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi. Konsep sesebuah pentadbiran, tidak akan lari daripada aspek kesepakatan. Tanpa melibatkan proses kerjasama, maka pentadbiran dalam erti kata sebenar tidak akan berlaku di sekolah.



          (ii) Masalah Guru

          Masalah yang melibatkan guru biasanya adalah masalah seperti guru yang  lambat masuk ke kelas untuk memulakan pengajaran, tidak menulis buku rekod mengajar, tidak menanda buku latihan murid dan sebagainya. Walaupun telah beberapa kali ditegur oleh guru besar dan pihak pentadbir, masalah tersebut tetap berulang. Masalah-masalah begini menjadi cabaran kepada guru besar dan pihak pentadbir untuk melaksanakan pentadbiran dengan melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi.
          (iii) Masalah Disiplin Pelajar
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan isu yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing. Masyarakat kita mempunyai pandangan yang berbeza di dalam memberi pengertian mengenai disiplin. Ada yang memberi pandangan yang positif dan tidak kurang juga yang memberi pandangan yang negatif mengenai disiplin. Bagi yang berfikiran positif, itu adalah yang sebaiknya tetapi bagaimana pula yang berpandangan negatif terhadap disiplin. Pandangan yang negatif terhadap disiplin menjadi tumpuan dan isu yang popular pada masa ini. Ia melibatkan individu dan juga masyarakat. Apa yang diperkatakan sekarang ialah masalah disiplin di sekolah semakin menjadi-jadi dan semakin menular bukan saja di dalam sekolah malah di luar kawasan sekolah yang khususnya melibatkan pelajar sekolah menengah.
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah masih lagi tidak terkawal dan sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai pihak. Contohnya, Memorandum Kabinet Menangani Gejala Disiplin Di Sekolah yang dibentangkan oleh kabinet kepada Jemaah Menteri pada 26 April 2006. Menurut memorandum itu, kerjasama antara polis dan kementerian juga di perhebatkan melalui mekanisme Pegawai Perhubungan Sekolah, Kadet Polis dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJS). Untuk memerangi gejala ponteng sekolah, kementerian dan polis bersetuju supaya masalah ponteng sekolah diangkat kepada jemaah menteri kerana aspek undang-undang juga perlu dilihat, dan ada kaitan dengan Akta Kanak-Kanak 2001. Pihak media masa, sama ada media cetak atau elektronik sentiasa memberi liputan yang meluas terhadap isu ini. Saban hari kita disajikan dengan berita-berita kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah. (Sumber Maklumat , Portal Pendidikan Utusan 2001-2007).  Masalah disiplin di sekolah kini adalah pada tahap yang sangat membimbangkan maka kemahiran rundingcara perlu ada pada setiap pentadbir bagi menangani masalah-masalah ini di samping mendapatkan bantuan pihak lain.
          (iv) Masalah Hubungan Luar
          Masalah yang dihadapi oleh golongan pentadbiran sekolah kadangkala turut melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau Lembaga Pengurus Sekolah (LPS). PIBG/LPS adalah organisasi penting kepada sesebuah sekolah yang berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan pelbagai isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum, dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembanguan murid dan sekolah. Ini turut melibatkan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah, akademik, disiplin, sistem pemantauan dan penilaian. Namun masalah akan timbul apabila berlaku perbezaan pendapat di antara PIBG/LPS dan pihak pentadbir sekolah. PIBG/LPS dan sekolah itu sendiri mempunyai perancangan yang berbeza dan inginkan yang terbaik untuk kemajuan sekolah. Menjadi masalah dan timbul kekangan kepada pihak pentadbir sekolah untuk memenuhi semua permintaan PIBG/LPS apabila mereka sendiri kurang faham tentang keadaan sekolah yang dinaunginya. Ada sesetengah sekolah yang PIBG/LPS tidak memberi kerjasama yang baik kepada sekolah sebaliknya membantah keputusan guru besar dan kadangkala mendesak pihak sekolah untuk menjalankan sesuatu program atau apa yang telah dirancang PIBG/LPS.



KEPENTINGAN RUNDINGCARA

Kemahiran berunding atau juga berbincang adalah dirujuk kepada keupayaan yang membolehkan seseorang mencapai sesuatu persetujuan. Kemahiran ini diperlukan apabila 2 orang yang mengharapkan hanya satu perkara antara satu sama lain.

Kenapa Pentadbir sekolah kurang kemahiran berunding?
Kekurangan kemahiran berunding disebabkan oleh:
§  Kurangnya pengalaman
§  Tidak matang
§  Peluang untuk berbincang kurang
§  Kurang yakin dengan diri
§  Terlalu merendah diri

Apa akan terjadi apabila seorang pentadbir sekolah kurang kemahiran berunding?
Beliau akan menghadapi masalah seperti  tidak:
§  Mencapai apa yang telah kita harapkan
§  Berpuas hati dengan apa yang telah kita ada
§  Berkeyakinan pada diri sendiri
§  Mempunyai harga diri

CIRI-CIRI RUNDINGCARA

1.         Matlamat Rundingcara ialah untuk membantu mempertingkatkan kedua-dua

 pihak iaitu perundi dan sistem klien. Perunding mungkin boleh membantu
 meningatkan keyakinan,kemahiran dan pengetuahuan perundi supaya dapat   mengandalikan klien dengan lebih berkesan. Dalam situasi yang lain pula,
 program intervensi itu boleh dilaksanakan terus kepada sistem klien.       

2.         Pada suatu ketika dalam proses perundingan, perundi atau klien diberi
 keutamaan bergantung kepada situasi.


3.         Perundingan boleh diberikan oleh perunding luaran yang berasingan daripada

 organisasi atau sebagai perunding dalaman iaitu sebahagian daripada ahli
 organisasi.


4.         Penyertaan dalam perundingan adalah secara sukarela.


5.         Perunding bebas untuk melaksanakan atau tidak syor / cadangan perunding.


6.         Perhubungan perundi-perundi adalah sama taraf dari segi kuasa tetapi berlainan dari segi ketelusan.

7.         Perhubungan perundi-perundi adalah sementara untuk sesuatu sesi, program atau projek. Perunding bukan bertujuan untuk menggantikan perundi.


8.         Di dalam kebanyaan situasi, perundingan dijalankan secara bekerjasama dan komplimetari kepada perundi.



LANGKAH-LANGKAH KEMAHIRAN RUNDINGCARA
§  Kenal pasti apa yang kita perlukan
§  Luahkan pendapat kita
§  Sediakan perancangan diri
§  Kenal pasti keperluan rakan kita
§  Mendengar dengan sepenuh jiwa
§  Ajukanlah masalah
§  Berikan pengetahuan bukan menggertak atau mengugut
§  Sentiasa bersabar
§  Bertolak ansur dengan kreatif
§  Fikirkan rakan kita adalah seperti kawan karib
§  Ceburkan diri dalam pelbagai aktiviti
§  Terima tanggung jawab jika terpilih


INDIVIDU YANG MEMERLUKAN KHIDMAT RUNDINGCARA

Berikut adalah individu yang memerlukan khidmat rundingcara:-

•  Mengalami tekanan (stress) / Konflik
•  Sukar berinteraksi
•  Ingin berkongsi masalah
•  Memerlukan pengukuhan emosi
•  Memerlukan bimbingan/panduan
•  Ingin memahami peraturan /prosedur
•  Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
•  Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
•  Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga
•  Mengenalpasti masalah


TANGGUNGJAWAB PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP KLIEN

i.      Pegawai Rundingcara bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.
ii.    Pegawai Rundingcara hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa rundingcara melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di persekitarannya. Pegawai Rundingcara hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.
iii.   Semasa menjalankan sesi kaunseling, Pegawai Rundingcara hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.
iv.   Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan sesi rundingcara dengan hikmah dan adil serta tidak dipengaruhi oleh keadaan atau klien.
v.    Pegawai Rundingcara hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Pegawai Rundingcara juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
vi.   Pegawai Rundingcara hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapannya.
vii.  Pegawai Rundingcara tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa-apa pun.
viii.Pegawai Rundingcara hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan proses dan implikasi perkhidmatan rundingcara secara jelas dan difahami oleh klien.
ix.   Pegawai Rundingcara hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi rundingcara mengenai batasan umur kerahsiaan. Persetujuan antara Pegawai Rundingcara dengan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.
x.    Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, Pegawai Rundingcara hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang yang terlibat.
xi.   Pegawai Rundingcara tidak digalakkan memberikan perkhidmatan runding cara kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbirannya yang membuat penilaian.
xii.  Pegawai Rundingcara tidak dibenarkan meninggalkan sesi runding cara seperti yang dijadualkan tanpa alasan yang munasabah.
xiii.Pegawai Rundingcara tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Pegawai Rundingcara yang lain.
xiv.Pegawai Rundingcara hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani rundingcara dengan Pegawai Rundingcara yang lain pada masa yang sama. Sekiranya mengikut pertimbangan Pegawai Rundingcar klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya Pegawai Rundingcara hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.
xv.  Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan sesi rundingcara di tempat yang selesa dan private. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi rundingcara yang dirakam atau dipita videokan.



TANGGUNGJAWAB PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP RAKAN
 PEGAWAI RUNDINGCARA

i.      Pegawai Rundingcara hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme masing-masing.
ii.    Pegawai Rundingcara hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan Pegawai Rundingcara.
iii.   Pegawai Rundingcara bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Pegawai Rundingcara yang tidak beretika.
iv.   Pegawai Rundingcara hendaklah bersedia untuk mempertahan, membantu dan membela rakan Pegawai Rundingcara yang teraniaya akibat tuduhan dan tomahan perlakuan yang tidak beretika.

CONTOH-CONTOH KES RUNDINGCARA

1.    Membuat runding cara dengan ibu bapa/penjaga murid dalam usaha menjayakan peningkatan prestasi  akademik dan kemenjadian pelajar semasa Hari Bersama Pelanggan
Contoh : Pentadbir dengan ibu bapa murid Kelas Pemulihan Khas dalam urusan pembelajaran yang berkesan.
Contoh : Masalah disiplin (ponteng, menghisap rokok, bergaduh, mencuri dsb)

2.    Membuat rundingcara dengan guru-guru dan staf sokongan .
Contoh : Perselisihan faham antara guru/staf

3.    Membuat rundingcara dengan ahli-ahli NGO dalam usaha pembangunan sekolah.
Contoh: Jamuan Makan Malam  untuk penyelenggaraan perpustakaan, 
              surau, kantin dsb.
Contoh : Hari Kantin untuk mengutip tabung koperasi sekolah



KESIMPULAN

Kesimpulanya, penentu kepada kejayaan pentadbiran sekolah bukan hanya
berlandaskan teori sahaja, tetapi kesemuanya berasaskan kepada kebijaksanaan guru Besar itu sendiri dan peka dengan keadaan sekelilingnya. Mencari punca masalah dan  menyelesaikan berasaskan kepada punca-punca yang dikenalpasti adalah penting. Sebagai sorang guru besar, sudah semestinya mahu menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Seorang guru besar yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah, dan murid yang berkesan. Guru besar adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Jika guru besar suudah tidak mempunyai kreadibiliti dan karisma yang tinggi,maka suasana sekolah akan turut pincang. Sekolah adalah merupakan ‘duta wawasan’ yang merupakan sebuah negara kecil yang perlu segala-galanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat mentaati dan menghargai di antara satu sama lain.
Dengan wujudnya sifat kepimpinan yang berkesan maka pengurusan dan petadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan. Barisan pentadbir harus menyedari bahawa kaunselor sekolah melibatkan diri dalam perkhidmatan bimbingan dan menyediakan perkhidmatan seumpama itu bagi guru dan ibu bapa. Tujuan utama perundingan adalah untuk membantu dua kumpulan ini menjadi lebih berkesan dalam urusan mereka dengan kanak-kanak dan remaja. Biasanya, pendekatan perundingan adalah dengan menumpukan perhatian terhadap tingkahlaku guru atau ibu bapa dalam interaksi mereka dengan pelajar. Kebanyakkan kaunsleor melibatkan diri dalam urusan perundingan atas permintaan guru, ibu bapa atau pentadbir sekolah. Alasan yang biasanya diberikan ialah pelajar tidak membuat kerja sekolah, tidak mempunyai akhlak yang baik serta hubungan yang kurang baik dengan rakan sebaya.
Barisan pentadbir atau golongan professional mengangap perundingan sebagai perubahan sistem atau mengangap perunding sebagai agen perubahan di sekolah, mengambarkan perspektif mengenai perundingan yang sukar diterima dengan mudah atau dilaksanakan oleh kaunselor sekolah.






12. RUJUKAN

Zulkifli Yusuf ( 1988), Panduan Khidmat Bimbingan ( untuk guru dan bakal guru ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://eprints.utm.my/6175/1/NorhayatiAhmad2008_ Peranan_Proses Kerja Tanggungjawab Kaunselor.pdf
http://eprints.utm.my/6175/1/NorhayatiAhmad2008_Peranan Proses Kerja Tanggungjawab Kaunselor.pdf
http://pengajian-ipg.blogspot.com/2013/02/masalah-semasa-mejalankan-kerja-kerja.html

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB