“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

KEPERLUAN KEMAHIRAN RUNDINGCARA KEPADA PENTADBIR SEKOLAH

1.0 PENGENALAN


Sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah Haji Ahmad, 2005). Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu (Hussein Mahmood, 2005; Mortimore, 1997).Kepimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan (Muijs & Harris, 2007; Simkins, Sisum & Muhammad Memon, 2003). Ramai mempercayai bahawa pengurusan sekolah hanya diwarnai oleh kepimpinan pengetua sahaja (Abdul Shukor Abdullah, 2004) tanpa menyedari bahawa kepimpinan semua warga sekolah juga turut menyumbang ke arah kejayaan sesebuah sekolah (Hussein Mahmood, 2005). 
Pada dasarnya kepimpinan sekolah diterajui oleh kumpulan pentadbir yang diterajui oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran. Dalam hal yang sedemikian,rundingcara di sekolah meliputi penyelesaian masalah warga sekolah, membimbing dan membantu klien membuat keputusan menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan interaksi dengan individu lain. Keperluan kemahiran rundingcara menjadi satu kaedah dalam kepimpinannya amat penting kepada pentadbir untuk mempertingkatkan kestabilan organisasi demi mencapai prestasi yang gemilang. 




2.0 DEFINISI 



(i) Rundingcara



Rundingcara ialah proses menolong dalam pertemuan yang melibatkan perhubungan dua

hala di antara pegawai rundingcara dengan individu yang memerlukan bimbingan dan jalan
penyelesaian.                                   
(ii) Kemahiran
Kemahiran adalah kebolehan membuat sesuatu dengan betul (berkesan) dan cepat.(cekap)


3.0 MASALAH –MASALAH UMUM YANG MEMERLUKAN KEMAHIRAN   RUNDINGCARA 



(I) Masalah Kepimpinan

Pentadbiran dan pengurusan di sekolah adalah berkait dengan bidang kepemimpinan. Guru besar adalah orang yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas dalam bidang pentadbiran di sekolah. Guru besar adalah pentadbir, pengurus dan yang lebih mustahak di situ adalah seorang pemimpin. Sebagai seorang pentadbir yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan, maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau lebih yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya. Pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal yang sebahagian besar berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi. Konsep sesebuah pentadbiran, tidak akan lari daripada aspek kesepakatan. Tanpa melibatkan proses kerjasama, maka pentadbiran dalam erti kata sebenar tidak akan berlaku di sekolah. 


(II) Masalah Guru 

Masalah yang melibatkan guru biasanya adalah masalah seperti guru yang datang lewat ke sekolah atau enggan dan lambat masuk ke kelas untuk memulakan pengajaran. Walaupun telah beberapa kali ditegur oleh guru besar dan pihak pentadbir, masalah tersebut tetap berulang. Ia menjadi cabaran kepada guru besar dan pihak pentadbir untuk melaksanakan pentadbiran dengan melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi.


(III) Masalah Disiplin Pelajar

Masalah salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam, seperti datang
lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana
sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan masalah disiplin yang kecil
dan masih boleh diperbaiki dan boleh dikatakan pelajar ini pelajar nakal. Tetapi lain
pula halnya dengan memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau
ganja, merompak dan banyak lagi yang belum didedahkan. Ini bukan lagi perbuatan
nakal, ini namanya samseng atau gangster. Bukan seorang dua yang membuat kerja ini
tetapi semestinya berkumpulan. Kumpulan inilah yang dikatakan kumpulan samseng.
Dari samseng kecil-kecilan akhirnya menjadi kongsi gelap. Masalah disiplin di sekolah kini 
adalah pada tahap yang sangat membimbangkan


(IV) Masalah Hubungan Luar

Masalah yang dihadapi oleh golongan pentadbiran sekolah kadang kala turut melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PIBG adalah organisasi penting kepada sesebuah sekolah yang berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan pelbagai isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum, dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembanguan murid dan sekolah. Ini turut melibatkan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah, akademik, disiplin, sistem pemantauan dan penilaian. Namun masalah akan timbul apabila berlaku perbezaan pendapat di antara PIBG dan pihak pentadbir sekolah. PIBG dan sekolah itu sendiri mempunyai perancangan yang berbeza dan inginkan yang terbaik untuk kemajuan sekolah. Menjadi masalah dan timbul kekangan kepada pihak pentadbir sekolah untuk memenuhi semua permintaan PIBG apabila PIBG itu sendiri kurang faham tentang keadaan sekolah yang dinaunginya. Ada sesetengah sekolah yang PIBG tidak memberi kerjasama yang baik kepada sekolah sebaliknya membantah keputusan guru besar dan kadangkala mendesak pihak sekolah untuk menjalankan sesuatu program atau apa yang telah dirancang PIBG.


4.0 KEPENTINGAN RUNDINGCARA



Kemahiran berunding atau juga berbincang adalah dirujuk kepada keupayaan yang 

membolehkan seseorang mencapai sesuatu persetujuan. Kemahiran ini diperlukan apabila dua 
 orang yang mengharapkan hanya satu perkara antara satu sama lain.
Kenapa Pentadbir sekolah kurang kemahiran berunding?
Kekurangan kemahiran berunding disebabkan oleh:
Kurangnya pengalaman 
Tidak matang 
Peluang untuk berbincang kurang 
Kurang yakin dengan diri 
Terlalu merendah diri 


Apa akan terjadi apabila seorang pentadbir sekolah kurang kemahiran berunding?

Beliau akan menghadapi masalah seperti  tidak:
Mencapai apa yang telah kita harapkan 
Berpuas hati dengan apa yang telah kita ada 
Berkeyakinan pada diri sendiri 
Mempunyai harga diri 


5.0 CIRI-CIRI RUNDINGCARA



1. Matlamat Rundingcara ialah untuk membantu mempertingkatkan kedua-dua pihak iaitu 

perunding dan sistem klien. Perunding mungkin boleh membantu meningatkan keyakinan, 
kemahiran dan pengetuahuan perunding supaya dapat mengendalikan klien dengan lebih 
berkesan. Dalam situasi yang lain pula, program intervensi itu boleh dilaksanakan terus 
kepada sistem klien.


2. Pada suatu ketika dalam proses perundingan, perundi atau klien diberi keutamaan 

bergantung kepada situasi.


3. Perundingan boleh diberikan oleh perunding luaran yang berasingan daripada organisasi 

atau sebagai perunding dalaman iaitu sebahagian daripada ahli organisasi.


4. Penyertaan dalam perundingan adalah secara sukarela.



5. Perundi bebas untuk melaksanakan atau tidak syor / cadangan perunding.



6. Perhubungan perundi-perundi adalah sama taraf dari segi kuasa tetapi berlainan dari segi keterlusan.

7. Perhubungan perundi-perundi adalah sementara untuk sesuatu sesi, program atau projek. 
Perunding bukan bertujuan untuk menggantikan perundi.


8. Di dalam kebanyakan situasi, perundingan dijalankan secara bekerjasama dan komplimetari kepada perundi.




6.0 LANGKAH-LANGKAH KEMAHIRAN RUNDINGCARA

Kenalpasti apa yang kita perlukan 
Luahkan pendapat kita 
Sediakan perancangan diri
Kenal pasti keperluan rakan kita 
Mendengar dengan sepenuh jiwa 
Ajukanlah masalah 
Berikan pengetahuan bukan menggertak atau mengugut 
Sentiasa bersabar 
Bertolak ansur dengan kreatif 
Fikirkan rakan kita adalah seperti kawan karib 
Ceburkan diri dalam pelbagai aktiviti 
Terima tanggung jawab jika terpilih 



7.0  INDIVIDU YANG MEMERLUKAN KHIDMAT RUNDINGCARA



Berikut adalah individu yang memerlukan khidmat rundingcara:-



• Mengalami tekanan (stress) / konflik

• Sukar berinteraksi
• Ingin berkongsi masalah
• Memerlukan pengukuhan emosi
   Memerlukan bimbingan /panduan
• Ingin memahami peraturan /prosedur
• Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
• Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
• Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga
• Mengenalpasti masalah



8.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP KLIEN

• Pegawai Rundingcara bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien,
sama ada klien individu atau klien kelompok.


• Pegawai Rundingcara hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala

maklumat yang diperolehi semasa rundingcara melainkan maklumat yang akan
membahayakan klien atau orang di persekitarannya. Pegawai Rundingcara hendaklah 
memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.


• Semasa menjalankan sesi kaunseling, Pegawai Rundingcara hendaklah memelihara

kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.


• Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan sesi rundingcara dengan hikmah dan

adil serta tidak dipengaruhi oleh keadaan atau klien.


• Pegawai Rundingcara hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap

bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Pegawai Rundingcara juga perlu
menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.


• Pegawai Rundingcara hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur

dan membuktikan kemahiran serta kecekapannya.


• Pegawai Rundingcara tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan

diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal,
mental atau diskriminasi dalam bentuk apa-apa pun.


• Pegawai Rundingcara hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan

proses dan implikasi perkhidmatan rundingcara secara jelas dan difahami oleh klien.
• Pegawai Rundingcara hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat
awal sesi rundingcara mengenai batasan umur kerahsiaan. Persetujuan antara Pegawai 
Rundingcara dengan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan 
persetujuan bersama.


• Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan

bahaya, Pegawai Rundingcara hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk
menjaga kepentingan klien dan orang yang terlibat.


• Pegawai Rundingcara tidak digalakkan memberikan perkhidmatan rundingcara

kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim
dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbirannya yang membuat
penilaian.


• Pegawai Rundingcara tidak dibenarkan meninggalkan sesi rundingcara seperti yang

dijadualkan tanpa alasan yang munasabah.


• Pegawai Rundingcara tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi

kaunseling atau ingin bertukar kepada Pegawai Rundingcara yang lain.


• Pegawai Rundingcara hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani

rundingcara dengan Pegawai Rundingcara yang lain pada masa yang sama. Sekiranya 
mengikut pertimbangan Pegawai Rundingcar klien memerlukan perkhidmatan luar daripada 
bidang kepakarannya Pegawai Rundingcara hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak 
yang berkenaan.


• Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan sesi rundingcara di tempat yang selesa dan 

‘private’. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya termasuk juga sesi rundingcara yang dirakam atau dipitavideokan.


9.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP RAKAN PEGAWAI RUNDINGCARA



• Pegawai Rundingcara hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan 

profesionalisme masing-masing.


• Pegawai Rundingcara hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka

terhadap rakan Pegawai Rundingcara.


• Pegawai Rundingcara bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta

memperbetulkan perlakuan rakan Pegawai Rundingcara yang tidak beretika.


• Pegawai Rundingcara hendaklah bersedia untuk mempertahan, membantu dan

membela rakan Pegawai Rundingcara yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan
perlakuan yang tidak beretika.


10. CONTOH KES RUNDINGCARA 

(I) Membuat rundingcara dengan ibu bapa / penjaga murid dalam usaha menjayakan peningkatan prestasi  akademik dan kemenjadian pelajar. Contoh:Pentadbir dengan ibu bapa murid Kelas Pemulihan Khas dalam urusan pembelajaran yang berkesan.Contoh:Masalah disiplin (ponteng,menghisap rokok,bergaduh ,mencuri dan sebagainya)
(II) Membuat rundingcara dengan guru-guru dan staf sokongan . 
Contoh: Perselisihan faham antara staf
(III) Membuat rundingcara dengan ahli-ahli NGO dalam usaha pembangunan sekolah.
Contoh: Karnival Tabung Kebajikan Amal untuk penyelenggaraan dewan, kantin dan sebagainya.
Contoh: Hari Kantin untuk mengutip tabung pelajar miskin 


11.0  KESIMPULAN

Kesimpulannya, penentu kepada kejayaan pentadbiran sekolah bukan hanya berlandaskan teori sahaja, tetapi kesemuanya berasaskan kepada kebijaksanaan guru besar itu sendiri dan peka dengan keadaan sekelilingnya. Mencari punca masalah dan menyelesaikan berasaskan kepada punca-punca yang dikenalpasti adalah penting. 
Sebagai seorang guru besar, sudah semestinya mahu menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Seorang guru besar yang berkesan akan melahirkan guru, murid, dan sekolah yang berkesan. Guru besar adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Jika guru besar sudah tidak mempunyai kreadibiliti dan karisma yang tinggi, maka suasana sekolah akan turut pincang. Sekolah adalah merupakan ‘duta wawasan’ yang merupakan sebuah negara kecil yang perlu segala-galanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat mentaati dan menghargai di antara satu sama lain. 


Dengan wujudnya sifat kepimpinan yang berkesan maka pengurusan dan pentadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.Barisan pentadbir harus menyedari bahawa kaunselor sekolah melibatkan diri dalam perkhidmatan bimbingan dan menyediakan perkhidmatan seumpama itu bagi guru dan ibu bapa. Tujuan utama perundingan adalah untuk membantu dua kumpulan ini menjadi lebih berkesan dalam urusan mereka dengan kanak – kanak dan remaja. Biasanya, pendekatan perundingan adalah dengan menumpukan perhatian terhadap tingkahlaku guru atau ibu bapa dalam interaksi mereka dengan pelajar. Kebanyakan kaunsleor melibatkan diri dalam urusan perundingan atas permintaan guru, ibu bapa atau pentadbir sekolah. Alasan yang biasanya diberikan ialah pelajar tidak membuat kerja sekolah, tidak mempunyai akhlak yang baik serta hubungan yang kurang baik dengan rakan sebaya.

Barisan pentadbir atau golongan professional menganggap perundingan sebagai perubahan sistem atau menganggap perunding sebagai agen perubahan di sekolah, mengambarkan perspektif mengenai perundingan yang sukar diterima dengan mudah atau dilaksanakan oleh kaunselor sekolah.      




RUJUKAN



Zulkifli Yusuf ( 1988), Panduan Khidmat Bimbingan ( untuk guru dan bakal guru ). Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://pengurusankonflikperundingan.blogspot.com/
http://eprints.utm.my/6175/1/NorhayatiAhmad2008_PerananProsesKerjaTanggungjawabKaunselor.pdf
http://eprints.utm.my/6175/1/NorhayatiAhmad2008_PerananProsesKerjaTanggungjawabKaunselor.pdf
http://pengajian-ipg.blogspot.com/2013/02/masalah-semasa-mejalankan-kerja-kerja.html
http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Ganesan_Anandan.pdf

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB