“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

TOPIK 02 – PENGANTAR KRITIKAN SENI

Panduan “Membaca” Gambar -Hermine Feinstein

Dewey mentakrifkan tujuan kritikan seni sebagai “mendidik semula persepsi tentang karya seni (1958, p.32). Bagi mereka dalam alam akademik, kritikan seni difahami dalam maksud yang positif, memperkaya dan meluaskan persepsi. Bagi mereka yang di luar alam akademik, sebutan kritikan seni sering dianggap sebagai satu istilah dalam maksud yang mengejek: mengkritik bererti mencari kesilapan. Kata-kata kritikan seni sering juga difahami dengan maksud “persangkaan”, menyangka bahawa mereka yang dianggap “novice” , termasuklah guru dan murid mempunyai pengalaman untuk menilai sesuatu yang mereka tidak cukup pengetahuan. Jadi, kita sering mempunyai interpretais yang tidak tepat terhadap konsep kritikan seni, satu konsep yang menjadi komponen penting dalam DBAE

Dalam usaha untuk mengubah konotasi yang telah lama berakar dalam buday dan cuba untuk mengubah secara ilmiah “nomenclature” yang menjadi penghalang kepada pengajaran dan pembelajaran seni. Apa pun, jika kita masih ingin mengajar murid menjadi pemerhati yang bijak terhadap seni, maka ia menjadi perlu untuk kita mempunyai erti pedagogi yang baik bagi memulakan satu bahasa yang biasa, neutral, dan sesuai dengan tugas.

Mengapa kita perlu mendidik semula persepsi terhadap hasil seni? Sebabnya ialah mempunyai mata tidak bererti tahu melihat. Kita perlu mendidik semula untuk membolehkan murid membina erti dalam bentuk-bentuk visual. Untuk membina pengertian dalam bentuk visual, ia memerlukan pengajaran seperti juga yang diperlukan untuk mengiterpretasi bahasa tulisan.

Membaca adalah bertransaksi dengan perkataan daripada sesuatu teks. Perkataan teks datang daripada perkataan Latin, texere, menjalin atau menyirat sesuatu, sering dirujuk kepada komposisi sastera. Namun, banyak dalam persekitaran kita adalah dijalin, disusun mengikut cara tertentu. Seni visual adalah juga dijalin, dan boleh dibaca dengan satu kesungguhan yang sama diperlukan dalam teks literari. Namun demikian, disebalik membaca perkataan, perkataan digunakan untuk membaca imej. Membaca seni visual untuk mendapatkan makna memerlukan pengorbanan masa dengannya – mengkaji, membaca semula, dan mengunyahnya. Sedikit ilmu tentang perbendaharaan kata seni, konvensi, dan sejarah seni diperlukan. Satu kerangka untuk menterjemahkan barisan imej visual yang kompleks yang hadir dalam hasil seni adalah juga diperlukan.

Feinstein menyediakan satu kerangka yang digelarnya “Panduan Respon Seni, satu pengantar bagi membolehkan seseoarang terlibat dalam dalam kritikan seni. Ia dipersembahkan dalam format diaIog, diikuti dengan Glosari istilah seni yang sesuai untuk digunakan. Kemudian, letakkan panduan itu dalam konteks yang lebih luas, sedikit keselarian sejarah akan dikesan bagi membantu untuk memfokus pembinaan makna dalam kedua-dua bentuk literari dan visual.

Pengenalan kepada Panduan

Panduan respon seni adalah satu alat pengajaran untuk menaksir kerja seni, sokongan verbal bagi menyususn dan mengembangkan persepsi visual, dan akhirnya membina maksud metafor dalam bentuk-bentuk seni. Panduan ini adalah satu modifikasi terhadap pelaksanaan kritikan seni Feldman (1967). Ia mengandungi lima kategori aktiviti: Keperihalan, Analisis bentuk, Interpretasi metafor, Penilaian, dan Pilihan. Kategori yang bernama Keperihalan telah diperluas, Interpretasi telah bertukar kepada Intertpretasi metafor dan termasuklah gugusan, satu strategi untuk memudahkan interpretasi metafor. Penilaian kekal; dan Pilihan telah dimasukkan sekali. Urutan kategori yang digariskan boleh diubah untuk memenuhi konteks pendidikan di mana panduan ini digunakan. Konsep boleh diatur daripada yang mudah kepada yang kompleks; peringkat kesukaran bahasa boleh diubahsuai mengikut peringkat umur. Meski pun panduan ini sering merujuk kepada catan, ia juga boleh digunakan pada hasila seni visual yanng lain. Panduan ini boleh juga diubahsuai untuk kegunaan bentuk-bentuk representasi yang lain seperti sastera atau muzik.

Oleh kerana perkataan mewakili idea yang sebaliknya, menguasai reaksi, penekanan dalam Panduan adalah pada bahasa – literal dan figuratif. Dan, oleh kerana mencampurkan dua jenis bahasa secara tidak sesuai, jenis bahasa bahasa yang hendak digunakan mestlilah khusus. Bahasa literal dan figuratif melambangkan dua bentuk makna. Dengan menggunakan langkah-langkah dalam kategori deskripsi dan analisis bentuk, seni boleh dibaca untuk maksud literal sahaja – Contohnya: Grant Wood. American Gothic

Cari makna langsung & interpretasi metaforik

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB