“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

SIAPA GURU BESAR ? MEMAHAMI GURU BESAR DI MALAYSIA

HURAIAN
TAJUK 4           :           SIAPA GURU BESAR?
                                    MEMAHAMI GURU BESAR DI MALAYSIA
PENGENALAN
            Siapakah Pengetua? Siapakah Guru Besar? Guru Besar adalah seorang pemimpin di peringkat sekolah. Ini adalah tanggapan umum tentang seseorang yang menyandang jawatan yang dipanggil Guru Besar. Mengapakah beliau dianggap sebagai peneraju kecemerlangan sekolah? Secara analoginya, Guru Besar diibaratkan sebagai nakhoda yang mengepalai sebuah bahtera atau kapal. Sebagai nakhoda , beliau perlu menentukan arah pelayaran untuk sampai ke sesuatu destinasi seta misinya ke destinasi itu.
            Bagi memastikan beliau sampai ke matlamat yang dituju, beliau perlu bijak mengatur dan mengerahkan anak guahnya melakukan kerja yang terbaik. Dalam pelayaran, nakhoda perlu bijak menyesuaikan layarnay dengan arah tiupan angin dan yang penting beliau wajib melindungi bahtera termasuk anak-anak kapal daripada apa jua ancaman semassa dalam pelayaran berkenaan.
            Guru Besar adalah seorang pemimpin tetapi bukannya pemimpin dalam pengertian biasa. Ia bukanlah pemimpin yang dipilih secara sukarela oleh kumpulan di mana Guru Besar itu beroperasi. Dalam lain perkataan orang yang dipanggil guru besar ini bukanlah seorang yang berada di akar umbi yang muncul daripada konstituensi yang tertentu. Guru besar adalah seorang yang datang “dari atas”. Ia tidak mempunyai konstituensi yang tertentu. Ia boleh datang dari mana-mana “penjuru” dan menjelma di mana-mana tempat.”konstituensi Sekolah” tempat ia dihadirkan terpaksa menerimanya. Ahli-ahli konstituensi itu, pada lazimnya tidak boleh menolak kerana kuasa atau opsyen itu bukannya ada pada mereka. Mereka menerima sahaja kehadirannya. Dengan itu, fenomena kepemimpinan guru besar boleh  disebut sebagai fenomena “imposed leader’. Di sinilah terletak masalah kepemimpinannya kerana guru besar bukan merupakan tetamu yang diundang di sekolah tempat dia beroperasi. Justeru masalah penerimaan, pengiktirafan dan seumpamanya adalah antara masalah kepemimpinan yang menyambut tetamu yang tidak diundang ini. Bagaimana guru besaar menangani cabaran pertama antara cabaran-cabaran yang akan menjelma kemudiannya akan menentukan kejayaan atau kegagalan guru besar itu.
            Secara profesional,  guru besar bukanlah hanya sekadar pentadbir, pengurus, dan pemimpin, tetapi meliputi ketiga-tiganya sekali. Guru besar adalah ketua dalam organisasi sekolah yang menjadi pentadbir sistem persekolahan. Pada masa yang sama, guru besar adalah pemimpin pendidikan atau instruktional leader. Beliau menggalas tugas dan tanggungjawab membentuk manusia melalui manusia.
            Tugas itu adalah seni membentuk sinergi ataupun menyatu dan menyepadu elemen-elemen penting yang saling berkaitan dalam institusi persekolahan. Melalui gaya pengurusan dan kepimpinannya yang tersendiri serta berbekalkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, beliau memimpin dan mengajak serta bekerjasama dengan warga sekolah mengendalikan pelbagai kemudahan dan bantuan sokongan secara teratur.
            Ia dilakukan derngan mengguna pakai sistem  yang sesuai serta merangka dan menyusun strategi yang berkesan bagi mencapai matalamat bersama. Ini membawa keuntungan kepada semua orang yang terlibat dan berkepentingan (lihat rajah 1) kesannya, lebih bijak guru besar mengadun elemen-elemen berkenaan, lebih lancar dan berkesan.

                        Rajah 1 : Sinergi dalam pengurusan sekolah
 



Sinergi
 

Pengetahuan dan kemahiran
 

Manusia
 

sistem
 

Kemudahan dan bantuan



 

MATLAMAT BERSAMA
 
                                                                                                                                                                            







              Secara umumnya kepimpinan dilihat sebagai proses dua hala iaitu tingkah laku pemimpin yang dipengaruhi oleh interaksi dengan kakitangan dan jangkaan kakitangannya (Mohd. Salleh, 2000). 

GURU BESAR DI MALAYSIA
            Sistem pendidikan di Malaysia telah dan sedang menghadapi pelbagai perubahan besar yang melibatkan perubahan struktur organisasi pengurusan pendidikan di semua peringkat. Perubahan yang berlaku merupakan keperluan bagi memenuihi tuntutan ke arah menyediakan negara bagi menghadapi dan mengharungi alaf baru yang mempunyai cabaran yang rencam dan kompleks.
            Kemudahan dalam dunia komunikasi, teknoligi maklumat dan nilai telah mengubah pelbagai dimensi kehidupan manusia dan harapan terhadap dunia pendidikan. Perubahan baru dan inovasi berteknologi tinggi memerlukan sekolah menyediakan tenaga mahir, seusai dengan kehendak masa depan dan membolehkan negara bersaing di peringkat global. Dalam erti kata lain,  negara memerlukan sekumpulan sumber manusia yang lengkap dan mampu berubah dengan melakukan penyesuaian kepada keadaan pasaran yang lengkap dan mampu berubah dengan melakukan penyesuaian kepada keadaan pasaran yang sentiasa berubah dan dinamis. Kunci kepada produktiviti dan daya saing terletak kepada  kemampuan tenaga kerja dalam menggerakkan pengetahuann sains dan teknologi serta kemampuan pengurusan untuk mengggerakkan tenaga kerja yang berpengetahuann dan terlatih ke tahap optimum.
            Semua cabaran ini memerlukan kesungguhan dan darjah keprofesionalisme yang tinggi daripada pengurus dan pemimpin sistem pendidikan bagi menentukan keperluan sebagi manusia terlatih dan berketrampilan dan dissediakan secukupnya. Justeru , usaha- usaha yang tersusun dan terancang mestilah dijalankan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurus pendidikan di semua peringkat terutama sekolah. Pengurus dan pemimpin sekolah perlu dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai.

PERANAN GURU BESAR
Wright dan Ramihan (1997) menggariskan bidang tugas utama guru besar atau pengurus sekolah yang mampu membawa kejayaan sepatutnya berperanan sebagai :
1.      Guru  Besar sebagai Pemimpin Instruktional

Tema utama yang sering timbul dalam kajian yang dilakukan mengenai tugas dan peranan guru besar ialah kepemimpinan intstruktional. Guru besar berupaya memperbaiki program pengajaran dan pembelajaran melalui kepemimpinan yang ditunjukkan. Cotton dan Savard dakan Wright & Renihan (1977) menjelaskan ciri-ciri guru besar yang mempamerkan kepemimpinan instruksional termassulah penyeliaan dan keterlibatan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, melibaatkan diri dalam pembuatan keputusan, terlibat merancang dan menilai program pengajarann dan serta menunjukkan jangkaan dan harapan yang tinggi.
Dalam aspek ini guru besar boleh bertindak sebagai pemberi idea bagi melaksanakan kurikulum, menyokong inovasi dan perubahan yang dilakukan oleh guru serta menyediakan sumber yang diperlukan oleh guru. Di samping itu, guru besar juga bertanggungjawab melaksanakan program penambahbaikan di sekolah.

2.      Pengetua sebagai Fasilitator Perubahan
Tidak dinafikan bahawa tanggungjawab meningkatkan kualiti persekolahan adalah merupakan tanggungjawab kritikal seseorang guru besar dan tiada orang lain yang boleh melaksanakan tugas. Rosenblum ( Dalam Hussein Mahmood, 1993) menyatakan  bahawa:
“dalam banyak hal, guru besar sekolah ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Dialah yang bertanggungjawab terhahdap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepemimpinannya yang menentukan rentak dan irama sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme dan moral guru sserta sejauh  mana keprihatinannya terhadap masa depan dengan masyarakat dan cara beliau menjalankana tugas dalam konteks ini menentukan sikap para ibu bapa dan pelaljar terhadap sekolah. Seseorang akan mengatakan kepimimpinan guru besarlah yang menyebabkan sekolah itu berjaya, inovatif, menjadi tempat tumpuan para pelajar, terkenal kerana kecemerlangan dalam pembelajaran dan terdapat pelaljar yang gigih mengikut kebolehan masing-masing. (ms 4-6)

3.      Guru Besar sebagai Penyelia
Penyeliaan merupakan satu aspek yang diliihat sebagi satu dimensi dlaam profesion pendidikan yang bertujuan untuk penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utamanya sebagaimana yang digariskan oleh Goldhammer, Anderson dan Krajewski dalam Renihan & Whiteside (1997) adalah untuk merangsang perkembangan dan pembangunan guru, mempengaruhi tingkah laku di bilik darjah atau mengguna dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru.
Penyeliaan merupakan mekanisme terbaik bagi guru besar memastikan guru membuat perubahan daripada metodologi dan penggunaan bahanpengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh kerana itu, maka menjadi tugas utama guru besar untuk melaksanakannya di sekolah secara serius dan berkesan.
Masalah utama yang dihadapi oleh guru besar dalam penyeliaan ialah rasa segan untuk diselia, perasaan seorang profesional tidak perlu diselia dan kurang kemahiran di pihak guru besar. Walau bagaimana pun perkara ini dapat diatasi melalui hubungan baik guru besar guru, saling percaya mempercayai dan juga sikap profesionalisme setiap pihak yang telibat.

4.      Guru Besar sebagai Pengurus
Pengurusan dilihat sebagai satu usaha mengembleng tenaga dan usaha manusia atausekumpulan manusia bagi mencapai matlamat organisasi. Sehubungan itu, kemahiran pengurusan adalah berkait dengan kemahiran teknikal, kemahiran perhubungan manusia dan kemamhiran konsep.

TUGAS GURU BESAR
Guru Besar:
A.    Pentadbiran:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut:
1.. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan     semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagisemua kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dankursus dalam jawatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutiankakitangan di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dantugas kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitanganbukan guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, danLaporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada  disekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang             teratur dan sempurna.
            12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan             ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
            13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan                   dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
            14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
            15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa                              segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
            16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah                   yang melibatkan guru dan kakitangan.
            17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah,                                   JabatanPendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-                            jabatan kerajaanyang lain.

B. Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan    perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geranyang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumberpendapatan dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yangdilakukan oleh pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaundan lain-lain bagi guru dan kakitangan. 
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, WangSuwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit
.7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk auditakaun sekolah secara teratur dan kemas
.8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajarsekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syaratyang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakandengan teratur dan kemas kini.
1. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wangruncit dan sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengansempurna mengikut peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah danmenentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah:
1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannyadilakukan dengan cara yang baik dan teratur.
2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasansekolah dari semasa ke semasa.
3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yangdiadakan di sekolah.
4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaandan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

D. Pembangunan Kakitangan:
1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukanguru untuk pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalamperkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.
3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajiandi peringkat yang lebih tinggi.

E. Mengajar:
1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturanyang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

F. Kurikulum:
1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,berkesan dan mengikut perancangan.
. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan olehKementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.
3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum disekolah berjalan dengan sempurna.
4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya denganmenetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.
5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untukmemastikan keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu
7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlusebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah
.8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung- jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.
9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang kademik.

G. Ko-Kurikulum:
1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam.
2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik,teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.
3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unitberunifom.

H. Hal Ehwal Pelajar:
1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawapelaksanaannya berjalan dengan berkesan.
2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yangpraktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajaryang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademikdan sukan
.4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undangdan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil
5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar,perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik,iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa,keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).

I. Pengawasan Dan Penyeliaan:
1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikanterhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.
2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugaspentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitanganpengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.
3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong KananPentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petangdalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.
4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan gurudalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaranmereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.
6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akandibuat pada setiap hujung tahun.

1.0 PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS
1.1Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dandiselaraskan kepada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeridan negara.
1.2Menentukan sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajarandan pembelajaran sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, jadual waktu,penugasan guru dan sebagainya.
1.3Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-bukupelajar.
1.4Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan susulan.
1.5Menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekodguru atau perbincangan dengan guru / JKS / PMP.
1.6Memeriksa buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatankurikulum dari masa ke semasa.
1.7Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum.
1.8Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan bimbingan kepada guru dan pelajar.1.9Mengajar sebilangan waktu.
2.0 PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID
2.1Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh.Mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin, berjumpadengan ibubapa dan penjaga, PRS. K & K, guru ko-kurikulum dan sebagainya.
2.2Melaksanakan projek-projek khas seperti PMP, menyelia dan menilaikeberkesanannya.

3.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)
3.1 MURID-MURID
3.1.1Menyelia pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid.
3.1.2Menyelia buku jadual kedatangan murid.
3.1.3Menyelia pemberian bantuan kepada murid-murid.
3.1.4Menyelia Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senaraipelajar yang layak dan tidak layak.
3.1.5Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan awam sepertimenentukan mata pelajaran yang akan diambil oleh murid.
3.1.6Menyemak dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
3.1.7Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurnasupaya wujud tahap kesihatan yang tinggi di kalangan murid.
3.1.8Bertanggungjawab ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid.
3.1.9Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid di sekolah.

3.2 PENGURUSAN PERSONEL
3.2.1Menentukan pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan kedalam jawatan berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah.
3.2.3Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masake semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
3.2.3Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) danmenjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
3.2.4Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidangkuasanya.
3.2.5Menjaga kebajikan kakitangan.

3.3 KEWANGAN
3.3.1Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekodakaun, laporan kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan.
3.3.2Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuattindakan susulan ke atas laporan audit
.3.3.3Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah.
3.3.4Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuatanggaran perbelanjaan tahunan yang kos efektif.

3.4 KEMUDAHAN FIZIKAL
3.4.1Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekola
berada dalam keadaan baik
.3.4.2Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah.
3.4.3Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah.
3.4.4Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuatpengagihan yang berkesan.
3.4.5Menyelia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran.
3.4.6Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.




4.0 PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY)
4.1Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman,perbincangan, berkongsi maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat danpengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri.
4.2Mengawal `learning experiences’ dengan berdasarkan pemerhatian, data dansalinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan`learning experiences’ murid.
4.3Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru.
4.4Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti.

5.0 PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)
5.1Membaca makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus,seminar, bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekerja.
5.2Menjalankan kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yanglebih berkesan
5.3Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas


0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB