“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA

Apakah Teori?

Teori merupakan satu kumpulan idea, menggambarkan dan menjelaskan satu fenomena atau kejadian tertentu.
Teori boleh menunjukkan sesuatu hal menjadi nampak jelas mengenai:
  - apa yang penting untuk dipelajari / dikaji
  - hipotesis apa yang boleh dibuat, dijangka atau diambil kira
  - bagaimanakah hal tersebut boleh dipelajari / dikaji
Teori perkembangan merupakan pengetahuan berkenaan dengan fenomena-fenomena  atau kejadian yang berkaitan dengan perkembangan manusia


Teori-teori perkembangan manusia

Teori Perkembangan Personaliti oleh Freud

Struktur Personaliti
Terdapat 3 struktur personaliti pada seseorang iaitu Id, ego dan Superego

Id
Sistem asal yang terdapat dalam personaliti
gerak hati yang sentiasa mahu dipenuhkan
Wujud sejak individu dilahirkan
Bersifat mendesak dan memaksa
hanya mahukan keseronokan dan kepuasan


Ego
Eksekutif kepada personaliti
Penengah antara desakan id dan penentuan-penentuan superego
sentiasa membantu manusia tersebut memenuhi keperluannya dengan cara yang selamat, logik dan sesuai dengan persekitarannya
Memelihara proses interaksi individu dengan persekitarannya

Superego
Komponen moral atau sosial
bersifat idealistik dan perfectionist
menjadi penentu kepada perbuatan moral dan sosial
superego terbahagi kepada 2
- ego unggul
- ego suara hati

Peringkat-peringkat perkembangan psikoseksual Frued

Oral (0-1 Tahun)
Libido terfokus pada mulut
Berkembang melalui aktiviti penyusuan
kanak-kanak mendapat stimulasi melalui mulut dan bibir secara semulajadi

Anal (1-3 Tahun)
Libido terfokus pada dubur
kanak-kanak mendapat lebih kepuasan  apabila bahagian dubur diberi stimulasi melalui aktiviti menahan dan membuang air besar
ciri-ciri personaliti dewasa-ciri-ciri suka mengamuk

Phallic (3-6 Tahun)
Mendapat kepuasan apabila alat jantinanya dimanipulasikan
Kanak-kanak mula meneroka tubuh badannya, persamaan dan perbezaan yang ada pada diri mereka dengan kanak-kanak lain.
Oedipus Complex berkembang pada tahap ini, iaitu perasaan seksual yang dialami oleh kanak-kanak  terhadap ibubapa yang berlainan jantina

Latency (6-11 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat yang agak tenang, tanpa sebarang kerisauan atau kegelisahan
Keinginan kanak-kanak terhadap kepuasan seksual mula berkurangan
kanak-kanak mula sibuk dengan kegiatan di sekolah, bermain dan berkawan dengan rakan sejenis
ini akan membentuk ciri personaliti

Genital (12 tahun ke atas)
keinginan remaja menarik perhatian individu yang berlainan jantina
keinginan untuk menjalankan aktiviti sosial, berkahwin dan berkerjaya
Untuk perkembangan yang sihat, perlu disalurkan ke jalan yang sesuai iaitu dengan cara berkahwin


Teori Perkembangan Psiko-sosial oleh Erik – Erickson

Tahap pertama: percaya lawan dgn tidak percaya

Lahir – 1 setengah tahun
Bayi merasai satu perasaan baru bila berinteraksi dgn orang paling rapat dgnnya
kanak-kanak bergantung kepada ibubapa, dan membentuk rasa percaya jika keperluan-keperluan bayi dipenuhi    
Timbul rasa percaya, sebaliknya `mistrust’ akan wujud hasil interaksi dgn  persekitaran baru
Darjah kepercayaan pd diri byk bergantung kpd sejauhmana nilai jagaan dan layanan mesra yg diperolehi
Perhatian yang tidak konsisten akan melahirkan rasa tidak percaya
`trust’ dan `mistrust’ akan timbul pada setiap peringkat perkembangan psikososial.
Bayi yg mempunyai `mistrust’, bila seseorg di alam persekolahannya akan bertukar kpd `trust’ apabila mula menaruh kepercayaan pada guru yg menolongnya
Rasa ketidakpercayaan akan timbul semula bila mengalami persekitaran sebaliknya, chnya perceraian ibubapa. Ini akan menimbulkan rasa tidak percaya pd individu lain dan persekitarannya

Tahap kedua : autonomi lawan rasa ragu-ragu (autonomy versus doubt)

Bermula kanak-kanak berumur  1 setengah tahun – 3 tahun
Melalui Toilet Training
Kanak-kanak mula berminat menerokai alam persekitaran dan wujud perasaan autonomi (ingin bebas)
Rasa bangga bila dpt gunakan kepandaiaannya dgn usaha sendiri
Terbentuk kemahiran motor yg baru & perkem mental yg pesat
Kanak-kanak yang dibiarkan ibubapa melakukan apa shj ikut kemampuannya akan mengembangkan perasaannya
Ibubapa/pembantu yg sentiasa membantu & tidak beri peluang berdikari – perolehan sifat otonomi
Akan melahirkan sifat frustasi, perasaan malu yg melampau dan akan curiga ttg kebolehan diri
Keadaan ini akan bertukar bergantung pd persekitarannya +ve @ -ve

Tahap ketiga : inisiatif berlawanan dgn rasa bersalah (initiative versus guilt)

3 – 6 tahun
Mempunyai kemahiran motor yg baik – berlari
Kebebasan membuat sesuatu
ingin cuba melakukan sendiri
Senang meniru kanak-kanak yg lain
Menguasai bahasa dgn baik dan memperlihatkan permainan fantasi & khayalan
Didikan positif atau negatif mempengaruhi utk berinisiatif atau mempunyai perasaan bersalah
Prgkt ini – sudah tahu peranan lelaki atau perempuan bila mrk bermain

Tahap ke 4: daya usaha berlawanan dgn perasaan rendah diri (industry versus inferiority)

kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun
Mampu mengambil kira persoalan perkara yg berkaitan sbb musabab berlaku sst fenomena
mempunyai kemahiran dalam hubungan sosial dan akademik
Bermain & belajar mengikut peraturan yg ditentukan & dipersetujui serta berusaha menguasai masalah yg dihadapi
Pada peringkat ini kanak-kanak mula membandingkan dirinya dengan rakan-rakan
Jika diberi dorongan dan ganjaran selepas memperolehi keputusannya, maka daya kreatif serta kerajinan meningkat
Ibubapa yg menganggap daya kreatif & daya usaha sbg sia-sia  akan tertanam rasa rendah diri kpd kanak-kanak
Perasaan rendah diri akan mempengaruhi keseluruhan perkembangan personaliti kanak-kanak


Tahap ke 5: identiti berlawanan dgn kekaburan peranan (identity versus role confusion)

Bermula ketika kanak-kanak memasuki umur remaja (12 – 20 thn)
mencari identiti Siapa Saya
Memilih kawan yg sebaya – sbg dorongan pencapaian
Perkembangan fizikal, psikologikal dan mental – dpt memikirkan mengenai masalah dunia
Mampu membina teori dan membtk hipotesis terhadap persoalan dan konflik masyarakat
Wujud identiti ego yg bersifat positif berlawanan dgn keraguan peranan yg bersifat negatif
Remaja yg mendpt nilai-nilai baru hasil interaksi dgn masyarakat akan berperanan mengendalikannya sejajar dgn fungsinya samada sbg pelajar, anak, ahli sukan, kawan dll
Remaja yg tidak  mencapai identiti kendiri hasil persekitaran negatif (ch. Sosial pincang) akan menyebabkan ketidaktentuan peranan



Tahap ke 6: perasaan kasih sayang atau kemesraan berlawanan dgn pengasingan (intimacy versus isolation)

Peringkat dewasa awal (20-40 tahun)
Kebolehan individu utk hidup bersama dgn orang lain
Mula menumpukan perhatian kpd soal perkahwinan & kekeluargaan
Individu sepatutnya berperanan dan berfungsi dlm masyarakat
Pencapaian psikososial – melanjutkan pelajaran atau berkerjaya yg spesifik
Kegembiraan sosial – bergaul dgn berlainan jantina utk pasangan hidup
Apabila perasaan kemesraan tidak wujud, akan lahir sikap memencilkan diri (isolation) & gemar bersendirian


Tahap ke 7: pembelaan nasib generasi berlawanan dgn kekakuan (generativity versus stagnation)

Peringkat dewasa pertengahan (40-65 tahun)
Bilamana seseorg itu mengambil perhatian ttg org lain selain keluarganya, merasa tjwb pd generasi baru dan ahli masyarakat
Membtk identiti & menyalurkan nilai kemasyarakatan kpd generasi baru
Merasa kehidupan lbh bermakna bila bekerjasama dgn kelompok keluarga besar
Seseorg yang gagal membtk `sense of generativity’ maka akan terbtk `sense of stagnation’
Merasa kecewa krn gagal berperanan sbg org yg bertjwb pada generasi muda


Tahap ke 8: integriti ego berlawanan dgn sesalan (ego integrity versus despair)

Peringkat Dewasa akhir
Individu akan gembira dgn perasaan integriti ego sekiranya ia berjaya melalui tahap-tahap sebelumnya
Rasa kepuasan dan bangga dlm diri akan wujud hasil pencapaian yg dilalui pada tahap sebelumnya
Refleksi kehidupan
Terima hakikat


Teori Pembelajaran

1) Teori pembelajaran Behavioris @ tingkah laku
Pelaziman Klasik
Pelaziman Operan

2) Teori Pembelajaran Sosial

Pelaziman Klasik (Classical conditioning)
Oleh John B. Watson
prinsip-prinsip yang timbul adalah seperti:
Generalisasi: memberi respon yang sama kepada rangsangan yang serupa
Diskriminasi: memberi respon yang berbeza kepada rangsangan yang serupa tetapi tidak sama
Penghapusan: kehilangan secara perlahan-lahan sesuatu respon terlazim yang dipelajari

Rangsangan merupakan apa juga yang boleh menggerakkan , menerbitkan tingkahlaku atau respon.
Rangsangan terdapat 2 jenis
Rangsangan tidak terlazim: rangsangan semulajadi
rangsangan terlazim: rangsangan buatan

Contoh Pelaziman Klasik adalah melalui demontrasi yang dilakukan oleh Pavlov:

Makanan                dibawa kepada anjing                Pengeluaran air liur
(RTT)    (gerak balas TT)

Loceng                  makanan                 Pengeluaran air liur
(RT) (RTT) (GTT)

Loceng                                 Pengeluaran air liur
(RT) (GT)


Pelaziman Operan (Operant conditioning)

Oleh B. F. Skinner
Istilah-istilah utama:

Hukum kesan: pertalian antara rangsangan dengan gerakbalas, tingkahlaku akan kukuh jika ada kesan yang memuaskan  selepas gerakbalas dihasilkan
Peneguhan: penggunaan akibat untuk menguatkan tingkahlaku, Contoh: oleh kerana dia merupakan seorang guru, maka guru tersebut datang awal ke sekolah
Peneguhan positif: menguatkan tingkah laku dengan memberikan satu rangsangan yang disukai selepas tingkahlaku, contoh: beri hadiah jika berjaya
peneguhan negatif: menguatkan tingkahlaku dengan mengeluarkan rangsangan yang tidak disukai selepas tingkahlaku
Denda: proses melemahkan atau mengurangkan kekerapan tingkahlaku yang tidak diingini
Denda (presentational): mengemukakan rangsangan yang tidak disukai
Denda (removal): mengeluarkan rangsangan yang disukai

Murid tidak membuat kerja rumah ------  guru mendenda ----- murid buat kerja rumah
Antecedents(punca) -------- tingkahlaku  --------- consequence (akibat)


Teori Pembelajaran Sosial

Oleh Albert Bandura
Proses pembelajaran berlaku dengan memerhatikan tingkah laku tetapi ini bergantung kepada individu dan tahap motivasi
Pembelajaran adalah dari segi pemikiran, tingkahlaku dan emosi

Elemen-elemen pembelajaran melalui pemerhatian

beri perhatian
yang diberi perhatian menarik, yang memberi perhatian tumpuan seratus peratus
Pengekalan
mengekalkan imej visual model: mengingati demo
penghasilan semula melalui latihan sendiri
mengulangi tingkah laku


Teori Kognitif Jean Piaget

Faktor yang mempengaruhi perkembangan Kognitif
Kematangan
Aktiviti
Pengalaman sosial

Skema
   -  potensi am dlm diri manusia utk lakukan sst atau bertindak
      dgn cara tertentu

Kecenderungan manusia
2 kecenderungan asas:
Organisasi: proses menyusun maklumat dan pengalaman untuk membentuk sistem dalam minda
Adaptasi:proses penyesuaian kepada persekitaran

i) Asimilasi: guna pengetahuan yang sedia ada
ii) Akomodasi: Ubah skema
iii) Biarkan

Tahap-tahap perkembangan Kognitif P I A G E T

TAHAP DERIA MOTOR (lahir – 2 tahun)

- Belajar melalui 5 deria
        - Tlaku berbtk motor & bergantung pd manipulasi fizikal
              utk memperolehi pengetahuan
        - Tidak berlaku kebolehan imej mental utk kejadian yg sukar
              didengar, lihat dan rasa hingga berumur 2 tahun
        - Belajar membezakan diri dpd objek dan mengklasifikasikan
            berpandu ciri tertentu shj
              (cth semua wanita dewasa sbg ibu)
- Aktiviti bermotifkan matlamat (goal directed activity)
             
TAHAP PRAOPERASIONAL (2 – 7 TAHUN)

Tahap kognitif menjadi lebih sempurna
Logik satu hala
3 kebolehan asas :
    a.  Kebolehan mental melakukan t/laku ketara, cth. mengira
  b.  Melalui latihan berulang-ulang rangkaian t/laku
                   dikukuhkan hingga menjadi t/laku skema stabil
  c.  Hal-hal umum telah difahami utk kukuhkan t/laku
-  Perkembangan bahasa berlaku dgn pesat
-  2 – 4 tahun adalah `egosentrik’ iaitu mereka sukar memahami
  pendapat orang lain / pentingkan diri sendiri
Monolog Kolektif- bercakap dalam kumpulan sama ada orang lain
 mendengar atau tidak
menghadapi kesukaran dalam desentrasi (fokus mata) dan keabadian

TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 – 11 tahun)

Pemikiran Hands on (benda-benda di depan mata dapat difikir dengan baik)
Peringkat pemikiran logik
Logik 2 hala
Faham konsep keabadian, persirian dan boleh mengklasifikasi benda


TAHAP OPERASI FORMAL (Umur remaja & seterusnya)

Kecerdasan kognitif sampai ke tahap maksima
penakulan saintifik
Dpt membuat keputusan & dpt membuat hipotesis melalui pemerhatian
Penonton Bayangan (imaginary)-merasa diri diperhatikan oleh orang lain
Adolescent egocentrism-peringkat ideal
Mula memikir tentang diri (cita-cita / impian) & peranan kpd masyarakat
Membuat perancangan  berdasarkan pegangan
Tidak semua individu mencapai peringkat ini pada masa yang sama


Teori Perkembangan menurut Sistem Ekologi Bronfenbrenner

Tahap perkembangan manusia menurut Bronfenbrenner meliputi 4 aspek:

1) Microsystem
2) Mesosystem
3) Exsosystem
4) Macrosystem

1) Microsystem
Merupakan persekitaran terkecil dalam perkembangan manusia yang terdiri daripada anak, ibu dan bapa yang saling berinteraksi satu sama lain dalam keluarga

2) Mesosystem
Merupakan hubungan timbal balik atau pertalian  antara dua atau lebih microsystem seperti persekitaran tempat bermain anak dan sekolah

3) Exsosystem
Merujuk kepada pengaturan sosial yang berpengaruh besar terhadap anak, seperti lingkungan tempat kerja ibu bapa atau lingkungan sosial dalam masyarakat

4) Macrosystem
merupakan persekitaran yang lebih luas yang boleh mempengaruhi perkembangan seseorang anak. Contohnya budaya luar yang datang dan diterima oleh budaya setempat sehingga memberikan pengaruh kepada kebudayaan setempat





0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB