Maksud
Kritikan itu adalah:
satu bentuk/cara.kaedah menilai atau menganalisis sesuatu karya/hasil seni (Hudson & Morrissey, 2002)
satu proses penilaian sesuatu bentuk (form) seni Fungsinya ialah untuk memerhati dan mengulas tentang kekuatan dan kelemahan bentuk seni yang sedang diperhatikan (Pumphrey, 1996)
satu pembicaraan – yang boleh ditutur atau ditulis – tentang seni. Ini tidak semestinya hanya percakapan yang negatif dan merosakkan sahaja. Malah termasuklah juga pujian, perbandingan, huraian atau keperihalan, penjelasan dan juga penolakan (Feldman, 1967)
Peranan Pengkritik
Seseorang pengkritik sering cuba:
menentukan maksud dan nilai karya/hasil seni,
memahami karya seni dan menaksir nilai atau merit.
dilakukan dengan:
mengenal pasti matlamat dan hasrat seniman
cuba meneliti karya seni sebagai lambang kepada idea budaya yang lebih luas atau manifestasi prinsip-prinsip yang tersembunyi (kefahaman estetik) (Geahigan, 1998)
Apa itu Apresiasi?
Apresiasi melibatkan usaha untuk menjelaskan bagi membolehkan seniman dan peminat mendapat kefahaman yang lebih nyata dan telus tentang hal yang berkaitan dengan isu atau hal kualiti estetik..
Apresiasi melibatkan kerja mengenal pasti kualiti sesuatu benda dan meletakkan keistimewaan serta nilai benda tersebut. Apabila sesuatu karya seni “dibaca”, ia dihayati dengan secara luas dan mendalam daripada segi maklumat, idea, dan konsep yang ingin disampaikan. Penghasilan dan penghayatan terhadap sesuatu objek ekspresif menyediakan kita peluang untuk menghalusi sesuatu naluri bagi memperoleh wawasan tentang keindahan objek alam atau yang direka, termasuklah peristiwa untuk menjadikan kesemuanya itu sebahagian daripada pengalaman hidup.
Halangan daripada Membuat Respons
1. Kemalaran persepsi (Perceptual constancies)
2. Stereotaip
3. Kekurangan maklumat latar belakang
Pentingnya Kritikan Seni
Kritikan seni merupakan satu aspek bercerita seni dan estetik, mentransformasikan pengalaman visual kepada ekpresi verbal yang mampu dikongsi bersama oleh orang lain. Ini menjadikan sekian banyak pemerosesan dan penggunaan imageri dalam aktiviti sosial yang patut disertai oleh setiap manusia.
Tujuan Kritikan
Terdapat pelbagai tujuan kritikan seni, antaranya ialah:
1. Memaklumkan kepada awam
2. Mengenal pasti nilai keilmuan
3. Komunikasi
Proses dan Langkah-Langkah dalam Kritikan
Antara langkah-langkah kritikan yang boleh diambil ialah:
1. Memperihalkan tentang karya/hasil seni.
2. Menganalisis komponen dalam karya
3. Menginterpretasi pengalaman visual
4. Membuat Pertimbangan (Judgement)
Falsafah Seni sebagai kriteria Penilaian
1. Kritikan imitationalis
2. Kritikan formalis
3. Kritikan ekspresivis
4. Kritikan instrumentalis
0 comments:
Post a Comment