“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Saturday, November 29, 2014

MEMAHAMI TUGAS GURU BESAR DI MALAYSIA: Siapa dia guru besar, Rol, Tanggungjawab dan tugas guru besar (Skop Kerja;tugas dan tanggungjawab)

Siapa dia guru besar?  Guru besar adalah seorang ketua yang berperanan sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin sesebuah sekolah. Sebagai seorang pengurus, pentadbir dan pemimpin, guru besar dalam bidang kuasanya (kuasa yang diberi) adalah bertanggungjawab secara langsung terhadap semua perkara di sekolah dari aspek pengurusan, kepimpinan, pemantauan, komunikasi dan pencerapan. Di dalam Buku Panduan Standard  Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malayisa,2006, terdapat sembilan bidang pengurusan dan  kepimpinan sekolah yang perlu dikuasai iaitu Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi, Pengurusan Kurikulum, Pengurusaan Ko-kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal murid, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusaan Hubungan Luar. Selain daripada itu guru besar diwajibkan untuk mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu.  
Sebagai pengurus sekolah, guru besar berperanan menyusun dan mengurus sumber-sumber yang ada di sekolah agar berjalan dengan betul dan teratur. Sebagai pentadbir, guru besar berperanan menyampaikan polisi dan dasar-dasar kerajaan dan memastikan ianya disampaikan dan dilaksanakan. Manakala sebagai pemimpin pula, guru besar mempunyai bidang kuasa dalam lingkungannya untuk mempengaruhi orang lain. Guru besar perlulah bijak dan mahir melaksanakan tugas-tugasnya berdasarkan POSCORB –iaitu Planning, Oaganizing, Staffing, Coordinating, Reporting dan Budgeting.


Tugas-Tugas Guru Besar

A. PENTADBIRAN
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah seperti berikut:
1. Melaksanakan segala prosedur pelantikan dan pengesahan dalam jawatan semua
    kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur pelantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua
    kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,
    penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus
    dalam perkhidmatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian
    kakitangan di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas
    kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan
    Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10.Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah
     mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan
      sempurna.
12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan
      ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna
      dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan
      dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang
      melibatkan guru dan kakitangan.
17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan
      Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

B. Pengurus Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan
    perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang
    dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan
    dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan
    oleh pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-
   lain bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa
   dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.
7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun
   sekolah secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah
   yang diberi oleh Kementerian Pelajaran dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender Kantin dan Sebut Harga  mengikut syarat yang telah
   ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan
      teratur dan kemas kini.
11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit
      dan sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna
      mengikut peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan
      bahawa semuanya  berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah:
1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan
    dengan cara yang baik dan teratur.
2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari
    semasa ke semasa.
3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang
   diadakan di sekolah.
4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan
    pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

D. Pembangunan Kakitangan:
1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru
    untuk pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam
    perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.
3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di
    peringkat yang lebih tinggi.

E. Pengurusan Kurikulum:
1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan
   dan mengikut perancangan.
2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh
    Kementerian Pelajaran berjalan mengikut peraturan.
3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah
    berjalan dengan sempurna.
4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan
    guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.
5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Jawatankuasa Kurikulum Sekolah untuk
    Memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai
    usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.
8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber Sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab
    terhadap perkembangan dan kemajuannya.
9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan
   pencapaian akademi sekolah.

F. Pengurusan Ko-Kurikulum:
1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan
    unit pakaian seragam.
2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan
    sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.
3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum
    seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.

G. Hal Ehwal Pelajar:
1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa
    pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.
2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal
    untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang
    cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.
4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan
    Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.
5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan
    yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan
   dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem
   mentor mentee).

H. Pengawasan Dan Penyeliaan:
1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap
   perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.
2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran,
   pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran
   pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.
3.Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran,
   Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum serta Penyelia Petang dalam
   pelaksanaan  tugas-tugas mereka.
4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam
    melaksanakan tugas-tugas mereka.
5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka
   agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.
6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat
   pada setiap hujung tahun.

1.0 PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS

Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dan diselaraskan kepada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeri dan Negara.

1.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
      pembelajaran sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, jadual waktu, penugasan guru dan
     sebagainya.

1.3 Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku pelajar.

1.4 Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data
     untuk perancangan dan tindakan susulan.

1.5 Menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod guru
      atau perbincangan dengan guru / JKS / PMP.

16. Memeriksa buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan
      kurikulum dari masa ke semasa.

1.7 Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum.

1.8 Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan
     bimbingan kepada guru dan pelajar.


2.0 PENGURUSAN PERSONEL
2.1  Menentukan pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke dalam jawatan
       berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah.

2.2 Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa
       mengenai sasaran dan mutu kerja.

2.3 Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan
       penyeliaan sepanjang tahun.

2.4 Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang kuasanya.

2.5 Menjaga kebajikan kakitangan.



3.0 KEWANGAN

3..1Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekod akaun, laporan
      kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan.

3..2Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat tindakan susulan
      ke atas laporan audit.

3.3Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah.

3.4Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat anggaran
    perbelanjaan tahunan yang kos efektif.

4.0 KEMUDAHAN FIZIKAL

.4.1Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik.

.4.2Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah.

.4.3Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah.

.4.4Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat pengagihan yang berkesan.

.4.5Menyelia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran.

.4.6Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.

5.0 PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI
5.1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman, perbincangan, berkongsi maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat dan pengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri.

5.2Mengawal `learning experiences’ dengan berdasarkan pemerhatian, data dan salinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan `learning experiences’ murid.

5.3Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru.

5.4Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti.

6.0 PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)

6.1Membaca makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus, seminar, bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekerja.

6.2Menjalankan kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yang lebih berkesan.

6.3Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas.

1 comments:

SK SELAYANG JAYA said...

Terima kasih...banyak membantu saya sebagai guru besar baharu

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB