Setiap individu akan melihat dunia ini dengan cara yang berbeza dan memiliki kepentingan, kemampuan dan tujuan yang berbeza. Berunding adalah berdasarkan kesepakatan dapat membantu individu untuk memahami perbezaan-perbezaan serta menerima dan memanfaatkannya ke arah yang positif untuk kepentingan mereka dan masyarakat. Dalam hal ini, suatu hubungan dapat diperkuat dan kepercayaan dapat diwujudkan. Tuhan menciptakan manusia berbilang bangsa, berjenis-jenis, berbagai personaliti dengan kecerdasan dan ketajaman fikiran yang berbeza.
Sebahagian manusia sangat cerdas, berdisiplin, jujur, sabar, dan bertanggungjawab, namun sebahagian lagi ada yang kurang cerdas, emosional atau cepat marah, suka berbohong, tidak berdisiplin dan tidak bertanggungjawab. Maka segala penyelesaian atas permasalahan yang berlaku perlulah dilakukan secara berbincang atau berunding.
DEFINISI
Kemahiran Rundingcara didefinisikan sebagai suatu kemahiran yang diperlukan untuk mencapai satu persetujuan bersama yang akan memberi manfaat kepada kedua belah pihak yang berlainan pendapat. Kemahiran ini yang boleh dipelajari melalui pendidikan dan pengalaman. Selain itu, ianya merupakan kemahiran bersemuka yang memerlukan komunikasi yang berkesan.
Caplan (1970), memberikan satu definisi yang bersepadu. Perundingan melibatkan ciri kesukarelaan, dan perhubungan yang wujud antara dua professional itu tidak melibatkan perhubungan berhairaki. Biasanya professional yang terlibat adalah berasal dari bidang yang berbeza, seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis, pegawai kebajikan. Di samping itu,perundingan bermatlamat untuk memperbaiki tugas yang dijalankan oleh konsultan dan memperkembangkan kemahiran konsulti sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah yang serupa secara tersendiri pada masa hadapan. Sehubungan ini, bantuan yang dihulurkan dapat membantu orang-orang profesional itu dalam menanangi aspek kesihatan psikologikal dalam tugas mereka semasa, dan membolehkan mereka mengatasi masalah yang serupa pada masa depan dengan lebih berkesan.
Lippitt (1978), pula menyatakan proses perundingan itu melibatkan antara seorang perunding dengan berbagai corak individu dan sistem, termasuk keluarga, sistem masyarakat dan sebagainya. Kedua-dua definisi ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Definisi Caplan (1970) memberi peneguhan kejituan kepada perundingan apabila hanya dua pihak professional sahaja yang terlibat dalam proses perundingan. Kelemahan definisi Caplan amat ketara kerana proses seperti ini tidak dapat diperluaskan kepada khidmat dengan kelompok bukan profesional dalam masyarakat.
RUNDINGCARA BERKESAN
Rundingcara yang berkesan memerlukan kemahiran ‘lifeskills” seperti:
1. Kemahiran Komunikasi
2. Desakan dan Pengaruh
3. Strategi Terancang
4. Taktik Rundingcara
5. Proses dan Sistem Rundingcara
6. Kerjasama
7. Pengurusan Tekanan dan sebagainya.
TUJUAN RUNDINGCARA
Sebelum memulakan sesuatu rundingcara, setiap pihak yang terlibat dengan rundingcara tersebut mestilah terlebih dahulu menyatakan matlamat yang hendak dicapai. Dengan kata lain setiap pihak perlu tahu tentang:
1. Apa sebenarnya yang saya mahukan?
2. Apa sebenarnya yang sanggup saya berikan?
3. Bagaimanakah saya mahu memelihara hubungan ini?
PENDEKATAN RUNDINGCARA
Pelbagai pendekatan digunakan dalam melaksanakan rundingcara antara dua pihak. Antara pendekatan tersebut ialah melalui:
1. Kuasa
2. Pihak yang berlainan pendapat
3. Konflik diselesaikan oleh pihak yang berkuasa
4. Nilai adalah nilai yang hebat
5. Hak
6. Adil kepada semua pihak
7. Masalah timbul apabila satu pihak menyangka sebelah pihak lagi menggugat hak
mereka.
8. Konflik dapat diselesaikan apabila semua pihak menyedari pihak yang berhak.
9. Kepentingan
10. Konflik akan selesai apabila semua pihak menghormati kepentingan setiap pihak.
11. Transformasi
12. Konflik akan selesai apabila semua pihak sanggup untuk mengubah pendirian
masing-masing dalam satu perkara yang menjadi pertikaian.
CIRI-CIRI PERUNDINGAN
1. Matlamat perundingan ialah untuk membantu mempertingkatkan kedua-dua pihak iaitu perunding dan sistem klien. Perunding mungkin boleh membantu meningkatkan keyakinan, kemahiran dan pengetahuan perunding supaya dapat mengendalikan klien dengan lebih berkesan. Dalam situasi yang lain pula, program intervensi itu boleh dilaksanakan terus kepada sistem klien.
2. Pada suatu ketika dalam proses perundingan, perundi atau klien diberi keutamaan bergantung kepada situasi.
3. Perundingan boleh diberikan oleh perunding luaran yang berasingan daripada organisasi atau sebagai perunding dalaman iaitu sebahagian daripada ahli organisasi.
4. Penyertaan dalam perundingan adalah secara sukarela.
5. Perundi bebas untuk melaksanakan atau tidak syor atau cadangan perunding.
6. Perhubungan perundi-perundi adalah sama taraf dari segi kuasa tetapi berlainan dari segi keterlusan.
7. Perhubungan perundi-perundi adalah sementara untuk sesuatu sesi, program atau projek. Perunding bukan bertujuan untuk menggantikan perundi.
8. Di dalam kebanyakan situasi, perundingan dijalankan secara bekerjasama dan komplimentari kepada perundi.
PENYELESAIAN KONFLIK
Sebarang konflik atau masalah boleh diselesaikan sebaik mungkin sekiranya perkara-perkara
berikut diambil kira serta diberikan perhatian semasa rundingcara dijalankan. Antaranya ialah:
1. Kenalpasti punca konflik
2. Dengar dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
3. Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
4. Janganlah menyalahkan orang lain
5. Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
6. Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
7. Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
8. Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak
9. Remaja yang Positif
10 Bertimbang rasa
11 Yakin terhadap diri sendiri
12 Sedia menerima nasihat dan teguran
13 Sabar
14 Bertanggungjawab
15 Rajin dan suka menolong
16 Mahir berkomunikasi
KEPERLUAN PENTADBIR SEKOLAH MENGUASAI KEMAHIRAN RUNDINGCARA
1. Kepimpinan sekolah hari ini terdedah dengan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh guru. Maka pentadbir perlu cekap menyelesai masalah guru dan kakitangan. Pentadbir yang mempunyai kemahiran rundingcara yang baik biasanya dapat memuaskan hati pihak yang bertelagah mahupun berbincang. Contohnya dalam menangani disiplin guru-guru
2. Ibubapa juga hari ini lebih berpendidikan dan banyak perkara yang mereka tahu berkenaan sekolah. Maka pentadbir yang cekap dalam proses rundingcara biasanya dapat menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh ibubapa. Contohnya masalah disiplin murid
3. Selain itu kemahiran rundingcara ini juga diperlukan oleh pentadbir sekolah kerana sekolah mempunyai hubungan luar seperti dengan komuniti setempat, PIBG dan sebagainya. Untuk menyakinkan pihak-pihak yang berurusan dengan sekolah ini kemahiran rundingcara sangat-sangat diperlukan. Contohnya jarinag luar dengan NGO bagi menampung dana sekolah.
4. Dalam memastikan hubungan sekolah dengan agensi-agensi lain dapat dibina dalam satu jaringan luar maka kemahiran rundingcara amat dituntut. Apabila agensi-agensi ini yakin dengan sekolah maka bantuan yang dihulurkan juga dapat diperolehi dengan mudah
5. Selain itu rundingcara juga diperlukan ketika sekolah berurusan dengan agen pendidikan itu sendiri seperti rundingan bersama PPD, JPN dan KPM.
6. Antara contoh lain perkara yang biasa melibatkan rundingcara adalah seperti maslah perjawatan, perkhidmatan, pengajaran dan pembelajaran dan kewangan.
KOMUNIKASI BERKESAN
Sebagai seorang pentadbir dan pemimpin di sesebuah institusi pendidikan, guru besar seharusnya mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam memastikan pentadbirannya mampu membawa sekolahnya ke suatu tahap yang tertinggi. Dengan kata lain, pemimpin ini mampu melaksanakan tugas sebagai seorang perundingcara yang baik.
Komunikasi merupakan elemen penting dalam sesebuah hubungan antara pekerja dan pemimpin. Komunikasi ini mahupun secara verbal ataupun non-verbal adalah amat penting kerana ia dapat memperlihatkan kewibawaan seseorang pemimpin. Hal ini kerana komunikasi yang wujud perlulah berkesan dan memberikan impak yang besar kepada orang bawahan pemimpin tersebut.Maka dengan itu seseorang pemimpin itu haruslah memiliki kemahiran berkomunikasi dengan baik untuk mengawal semua orang bawahan untuk menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Menurut Kamus Dewan 1989, m.s 648, komunikasi merujuk kepada perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan. Dapat dijelaskan maksud komunikasi di sini ialah komunikasi merupakan satu kaedah yang dapat membolehkan seorang individu berhubung.
Melalui komunikasi yang baik seorang pemimpin, ia dapat memberikan motivasi kepada orang bawahan sekaligus dapat mempengaruhi orang bawahan untuk menjalankan tugas dengan baik dan secara suka rela. Dapat dikenal pasti disini bahawa aspek komunikasi sangat dititikberatkan dalam kepimpinan seorang pemimpin.Menurut (Zelco danDance, 1965) pengurus-pengurus dalam organisasi-organisasi besar di Amerika Syarikat menggunakan 85-90 peratus daripada masa kerja mereka untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan komunikasi. Kenyataan ini telah membuktikan bahawa komunikasi merupakan elemen yang penting yang dititikberatkan bagi seorang pemimpin.
Tambahan lagi, menurut Barnard (1938) juga menyatakan bahawa tugas pertamayang patut dilakukan oleh seorang eksekutif dalam organisasi ialah membentuk dan mengekalkan satu sistem komunikasi formal yang baik.Ia juga patut berusaha mewujudkan iklim komunikasi yang baik dalam organisasinya disamping menggalakkan pertumbuhan satu sistem komunikasi tidak formal yang baik.Merujuk kepada kenyataan ini, komuikasi amatlah penting dalam satu-satu organisasi.Malahan komunikasi tidak formal juga amatlah dititikberatkan dalam sesebuah organisasi kerana ikilim komunikasi yang baik dapat mewujudkan hubungan yang baik antara pemimpin dengan orang bawahan. Menurut Jennings (1960) mendapati bahawa orang-orang yang dilantik menjadi presiden dalam organisasi adalah orang-orang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi bersemuka yang baik.Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah amat penting kepada seorang pemimpin bagi berhadapan dengan ahli-ahli dalam organisasi dan juga masyarakat.Dalam pada itu, Jennings (1960) dalam kajiannya yang lain mendapati jika seorang presiden sebuah organisasi dipecat atas sebab utama tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi bersemuka yang baik. Kajian ini juga membuktikan kepentingan kemahiran berkomunikasi seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi. Komunikasi yang berkesan bukan sahaja menunjukkan kepentingannya yangtersendiri malahan juga menunjukkan impak yang positif dalam suasana ditempat kerja.
Seseorang pemimpin yang mempunyai kemahiran berkomunikasi adalah pemimpin yang mudah didampingi dan dapat menceriakan perhubungan antara staf dan juga pemimpin. Hal ini bukan sahaja memberikan kelebihan kepada pemimpin itu sendiri malahan seluruh organisasi juga dapat merasai kelebihan memiliki pemimpin yang dapat berkomunikasidengan baik. Perhubungan yang baik antara staf dan pemimpin dapat memastikan matlamat yang ingin dicapai akan dapat dicapai bersama-sama dan cepat. Hal ini kerana staf akan memandang tinggi dan hormat kepada pemimpin yang mesra kepada mereka.
KEMAHIRAN PERUNDINGAN
Dalam kajian Keberkesanan Amalan Pengurusan Perundingan dalam Organisasi Pendidikan yang dilaksanakan oleh Jamaliah Ngah Dimin (1999) mengambil definisi perundingan daripada Lewicki R. J (1992) bahawa ia dianggap sebagai suatu proses yang formal dan berlaku apabila pihak yang terlibat cuba untuk mencari jalan penyelesaian antara mereka.Penyelesaian yang perolehi perlu diterima kedua belah pihak dan mampu untuk mencari jalan kebaikan kepada masalah yang timbul sebagai contoh masalah konflik yang wujud antara pengurus dengan orang bawahannya. Individu-individu yang bekerja dalam bidang kewangan dan perakaunan adalah lebih cenderung untuk menggunakan taktik yang menekankan perundingan (Cable D.M, Judge T.A, 2003). Jamaliah Ngah Dimin (1999) menyatakan bahawa Schoonmaker (1989)mendefinisikan perundingan sebagai suatu kaedah yang digunakan untuk membolehkan persetujuan dapat dicapai dengan menggunakan elemen koperatif dan persaingan. Elemen koperatif menurut Schoonmaker membawa maksud bahawa kedua belah pihak berkehendak yang sama iaitu ingin mencapai persetujuan. Bagi elemen persaingan pula,kedua belah pihak bersaing antara mereka bagi mencapai keputusan atau hasil yang baik untuk diri mereka. Oleh itu, seharusnya dengan perundingan kedua-dua pihak yang terlibat perlu membuat keseimbangan bagi kedua-dua elemen supaya keputusan baik akan dapat diperolehi. Sesuatu perundingan tidak wujud begitu sahaja. Akan tetapi ada beberapa keadaan yang membolehkan proses perundingan itu berlaku. Jamaliah Ngah Dimin (1999)
Robin dan Brown (1975) dan Lewicki (1992) ada memberikan beberapa keadaan yang perlu wujud sebelum proses perundingan berlaku, iaitu:
1. Ia perlu melibatkan dua atau lebih pihak, sama ada individu, kumpulan atau organisasi yang wujudnya konflik kepentingan antara mereka sebagai contoh pemimpin dengan yang dipimpin.
2, Pihak terlibat berunding untuk mencari “deal” yang lebih baik.
3. Perundingan berlaku bila tiada peraturan atau prosedur yang tetap atau sistem sebagai contoh dalam mengatasi konflik yang berlaku antara dua pihak.
4. Apabila berunding mesti ada jangkaan satu pihak memberi dan pihak lain menerima.
Dalam proses memulakan perundingan, adalah lebih baik individu yang terlibat dalam proses tersebut memiliki aspek kemahiran yang amat penting bagi mencapai hasil yang baik.
Menurut Covey (1996) dalam kajian Jamaliah Ngah Dimin (1999), Kemahiran yang diambil kira ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini termasuklah kemahiran mendengar dan bertutur. Dalam perhubungan interpersonal, kegagalan muncul apabila tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi mendiagnosis terhadap masalah yang dihadapi untuk meningkatkan kefahaman kepada permasalahan tersebut. Prinsip ini adalah merujuk kepada komunikasi interpersonal yang berkesan.
Robinson (1995) menyatakan pula bahawa kemahiran berinteraksi di antara pihak yang terlibat adalah penting untuk perunding mencapai maksud kandungan yang akan dirundingkan (Jamaliah Ngah Dimin, 1999). Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Sheridan,S.M and Colton,D.L (1994)menunjukkan bahawa taktik perundingan digunakan dalam persekitaran sekolah. Taktik Perundingan yang dilakukan di sekolah lebih kepada bagaimana mewujudkan komunikasi antara ibu bapa, pelajar, dan pihak sekolah dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pendidikan. Sebagai contoh, sebuah model dilaksanakan yang mana ia mempunyai perkaitan dengan perundingan.
Model tersebut adalah Perundingan bergabung Tingkahlaku (Conjoint BehavioralConsultation (CBC)) yang ditakrifkan sebagai satu bentuk yang sistematik, penyampaian perkhidmatan secara tidak langsung, yang mana ibu bapa dan guru bersama-sama menjalinkan kerjasama dalam menangani keperluan akademik, sosial, atau tingkah laku seseorang individu yang mana kedua-dua pihak memikul beberapa tanggungjawab(Sheridan & Colton, 1994). Ia direka bentuk bagi membolehkan kerjasama antara ibu bapa dan pihak guru dalam menyelesaikan permasalahan serta kerjasama dalam memproses dengan bantuan seorang perunding. Melalui CBC, wujudnya pertalian/ perhubungan.
Model perundingan ini akan menyediakan perkhidmatan lebih awal dalam proses kerjasama dalam perundingan antara ibu bapa dan guru secara serentak. Di samping itu, terdapat elemen-elemen tertentu yang perlu ada dalam sesebuah perundingan. Elemen-elemen tersebut penting untuk diketahui supaya proses perundingan yang akan berlangsung akan dapat dikenal pasti dan mampu untuk mencapai persefahaman kedua belah pihak seterusnya mencapai matlamat yang diingini. Hal ini dinyatakanThompson Leigh (1998) dalam kajian Jamaliah Ngah Dimin (1999) bahawa elemen-elemen berikut perlu dikenal pasti sebelum proses perundingan diadakan.
Elemen tersebut ialah:
a) Pihak yang terlibat
b) Isu-isu yang akan dibincangkan
c) Alternatif atau pilihan bagi setiap isu yang bakal diselesaikan
d) Kepentingan iaitu keperluan asas yang dimiliki oleh perunding dan kedudukan iaitu
kehendak yang dinyatakan oleh perunding dalam sesuatu isu.
e) Proses perundingan
f) Hasil perundingan
PENUTUP
Hanya sebilangan kecil kajian penyelidikan telah dijalankan atau diterbitkan tentang kesan perundingan, terutamanya kerana ia telah diterapkan dalam sistem pendidikan . Memandangkan bahawa penilaian dijalankan dengan baik dalam proses perundingan , maka kekurangan kajian tentang kesan ini membuatkan sukar ditentukan betapa bergunanya kajian sebegini. Sepertimana yang sedia diketahui bagi kaunseling semasa perkembangannya yang awal , perubahan sebagai suatu fungsi perundingan nampaknya diterima berdasarkan harapan dan keyakinan.
Akhir sekali , secara umumnya perundingan merupakan satu proses interaksi antara dua orang professional . antara elemen cirri yang dapat dipersetujui dalam perundingan adalah seperti berikut :
i. perunding sebagai seorang spesialis
ii. konsulti yang memerlukan pertolongan
iii. konsulti bersetuju bahawa perunding adalah personal yang mempunyai ketrampilan bidang
berkaitan pertolongan yang diperlukan.
Ciri ini melibatkan seorang klien atau melebihi seorang klien. Interaksi perundingan juga melibatkan perancangan program atau pengurusan pentadbiran . Rajah 4 memaparkan interaksi perhubungan perundingan antara kaunselor sebagai perunding dengan ibubapa, guru, pengetua sebagai konsulti , dan pelajar sebagai klien. Manakala klien mendapat pertolongan daripada konsulti.
RUJUKAN
Muli Binti Mispar (2008). Cara Pengurusan Konflik Peserta Program Khas Pensiswazahan Guru
Besar Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Normala Binti Samsudin (2008). Gaya Kepimpinan Guru Besar Wanita Dan Hubungannya
Dengan Komitmen Guru di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Zon Kluang Barat, Kluang
Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda
Tinah Binti Naim @ Nain. (2007). Gaya Kepimpinan Pengetua Dan Hubungannya Dengan Stres
Guru di Sebuah Daerah di Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Yos Fatimah. (2008). Ciri-Ciri Pengurus Pertengahan Sekolah Rendah Yang Berkesan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Zaleha Mustapha. (2008). Berunding Dengan Jayanya. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Nota Kuliah Dr Wirdati Binti Mohd Radzi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment