“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Monday, January 19, 2015

NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Model ASSURE
Semua guru yang melaksanakan tugas dengan penuh komited perlu mengetahui APA yang hendak dilakukan dan BAGAIMANA merancang sesuatu pengajaran dan melaksanakannya. Reka bentuk pengajaran (RP) adalah antara aspek yang penting dalam menghasilkan sebuah pengajaran yang berkesan.

Model ASSURE :  MODEL BERORIENTASIKAN BILIK DARJAH

Model RP berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi satu pengajaran.
AS S U R E
-       A Analyse Learner (Analisis Pelajar)
-       State Objective (Nyatakan Objektif)
-       Select Method, Media & Materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
-       Utilise Media and Materials (Gunakan media dan bahan)
-       quire Learner Perticipation (Dorong penglibatan pelajar)
-       Evaluate & Revise (Nilai dan Semak)
Ciri-ciri umum, dekskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan dan latar belakang sosio-ekonomi Kompentensi khusus peringkat masuk , berkaitan dengan penegtahuan dan kemahiran sedia ada pelajar dan kandungan pelajaran Stail pembelajaran,menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Analyse Learner (Analisis Pelajar)
Objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar, cuma ia merupakan tahap yang minium tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru dipelajari. State Objective (Nyatakan Objektif)
Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pemilihan kaedah, media dan bahan , ia melibatkan TIGA langkah utama, iaitu : Memilih kaedah Memilih media Mereka bentuk media Select Method, Media & Materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
Memilih Kaedah Kaedah yang digunakan dalam satu pengajaran terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza. Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.
Memilih media Pemilihan media berasaskan kriteria iaitu : Sepadan dengan kurikulum Maklumat tepat dan terkini Bahasa dengan jelas dan tepat Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar Menggalakkan penglibatan pelajar Mempunyai teknikal kualiti yang baik Terdapat bukti keberkesanannya. Bebas daripada biasa Mempunyai buku panduan yang lengkap
Mereka Bentuk Media Terdapat 7 perkara yang perlu diambil kira, iaitu : Objektif Pelajar Kos Kepakaran teknikal Peralatan Fasiliti masa
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal kerana walau secanggih atau secantik manapun media yang dihasilkan, jika ia gagal digunakan dengan baik, ia akan memberi kesan yang negatif kepada pembelajaran. Utilize Media and Materials (Gunakan media dan bahan)
Bagi mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan , perbincangan, latih tubi, kuiz dan projek. Penglibatan pelajar yang aktif membantu guru mencapai objektif yang dikehendaki. Require Learner Participation (Dorong penglibatan pelajar)
Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Sebelum pengajaran, analisis pelajar perlu di lakukan untuk disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Evaluate & Revise (Nilai dan Semak)
Rumusan
Walaupun terdapat banyak model RP, semuanya mempunyai kepentingan dan tunjang proses yang sama, yang mana : Menentukan keperluan pelajar. Menentukan matlamat dan objektif, Membina prosedur dan penilaian. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian. Mencuba sistem pengajaran. Menilai keseluruhan sistem.
Minggu 3: Kurikulum & Pengajaran

Definisi Kurikulum

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Ia juga ialah rancangan untuk pembelajaran.

Di Malaysia, setiap sekolah mengikut kurikulum adalah sama yang  dirancang oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

Melalui kurikulum ini, pihak sekolah membekalkan ilmu & pengalaman pembelajaran pada orang ramai.  kurikulum & sekolah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Guru mainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum.

KONSEP KURIKULUM

1.    Dokumentasi khas & panduan.
2.    Tumpuan kepada kaedah penyampaian.
3.    Program pengajian yang merujuk kepada mata pelajaran
4.    Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.
5.    Konsep yang tersirat.
 MATLAMAT/ OBJEKTIF KURIKULUM
1.    Garis panduan & penentu sempadan ilmu.
2.    Penyampaian maklumat ikut peringkat.
3.    Relevan & sesuai dengan kehendak semasa.
4.    Membina modal insan abad ke 21.
5.    Melahirkan insan seimbang.
6.    Kurikulum yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.
7.    Melahirkan insan yang sayang & cintakan tanah air.

FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM

Idealisme : Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir.
Realisme : Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat
Paramatisme : Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.
Perianelisme : Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.
Essentialisme : Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran
Progressivesme : Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan
Rekonstrutionalisme : Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu
Eksistentialisme :Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.

DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang terancang.
Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran & pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh & mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu:
A. Unit Badan Beruniform     
B. Persatuan/Kelab     
C. Sukan/Permainan

 OBJEKTIF GERAKERJA KOKURIKULUM

1. Membentuk pelajar berkualiti, berdaya maju & berani menghadapi cabaran.
2. Mempertingkatkan kecekapan kepimpinan & berkomunikasi dengan berkesan.
3. Mengembangkan & meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis & kreatif.
4. Memperolehi ilmu pengetahuan , menguasai kemahiran serta dapat mengamalkan dalam kehidupan seharian
5.Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri & sentiasa berusaha untuk memeliharanya.
RASIONAL GERAKERJA KOKURIKULUM
1. Mengamalkan & mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah.
2. Memupuk & mengeratkan hubungan di kalangan pelajar & antara sekolah dengan masyarakat.
3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, berfaedah serta memelihara kesihatan fizikal & mental.
4. Membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk kesedaran tentang pemilihan kerjaya.
5. Memberi peluang kepada pelajar melengkapi bidang akademik dengan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri & berdikari.

Definisi Kurikulum Tersembunyi

Kurikulum ini merupakan pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh pelajar dan kesannya adalah di luar kawalan guru.
Pembelajaran sampingan berlaku disebabkan cara kurikulum itu disusun & kaedah-kaedah pengajaran yang diterapkan oleh guru & persekitaran di sekolah.
Kurikulum tersembunyi juga adalah segala amalan-amalan di sekolah yang kadangkala dilakukan tanpa difikirkan tujuannya.
Kurikulum tersembunyi sangat penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang mengambil kira pelbagai aspek kepelbagaian sosio-budaya & ini secara tidak langsung memberikan implikasi kepada pelajar tanpa mengira kaum.

Ciri-ciri Kurikulum tersembunyi @ tersirat

1)      Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang didiperolehi pelajar yang mana mereka belajar.
Alam persekolahan ialah suatu pengalaman murid yang menyeronokan, menakutkan & tempat mereka berjumpa serta berinteraksi dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya.
Contoh: pengalaman pembelajaran pada peringkat awal sistem persekolahan formal & berterusan.
2)      Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasil pembelajarannya bersifat relatif & sukar diukur secara kuantitatif.
Relatif meliputi ideologi, keyakinan,nilai budaya masyarakat yang mempengaruhi sekolah.
Ini bermakna masyarakat yang menetapkan pengetahuan yang harus diwarisi & yang tidak perlu diwariskan pada generasi muda yang memimpin dan menerajui masyarakat yang membawa implikasi pengaruh pada pelajar sepanjang persekolahan. .
Contoh: sistem pengurusan kelas, ruang kelas,aturan yang diterapkan & sebagainya.
3)      Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum samada guru & murid.
Contoh: guru menerapkan sifat kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Secara tidak langsung dapat diterapkan ke dalam diri pelajar sepanjang proses P&P berlaku.
4) Berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran & latar belakang pelaksana kurikulum.
5) Boleh menyatukan pelajar pelbagai kaum.
Contoh: mengadakan pertandingan permainan tradisional boleh menyatukan murid pelbagai kaum. Dengan ini pelajar dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing & secara tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan.
6) Terdiri daripada jenis @ kategori yang berbeza-beza mengikut tahap pembelajaran & matlamat kurikulum itu sendiri.
7) Berperanan membentuk perubahan fungsi sosial pendidikan.
Contoh: apabila guru mengadakan aktiviti kelas secara berkumpulan, guru membahagikan kumpulan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar yang berlainan kaum.

DEFINISI PERANCANGAN

Perancangan bermaksud perbuatan, tindakan & usaha yang dijalankan dalam merancang sesuatu.

DEFINISI PERANCANGAN KURIKULUM

Suatu cara pemilihan kurikulum & pengatur rancangan sesudah mendapat segala fakta, data, unjuran & juga kesesuaian dalam semua nilai-nilai profesional.
Untuk merancang kurikulum, adalah penting untuk memberikan kenyataan @ huraian matlamat dibuat dengan tepat, jelas & logik.


Peringkat perancangan kurikulum:

a) Peringkat awal
 – untuk menonjolkan, membeza dan menyemarakkan rangsangan yang mana rangsangan boleh wujud dalam suasana sosial,  politik, pemikiran pihak pentadbir, pengajar mahupun pelajar.
b) Peringkat kedua
– untuk bertindak agar gerak balas akan berterusan & sesuai.

Fungsi Perancangan Kurikulum

1.    Mengesan & memilih kemudahan @ sumber-sumber dalam persekitaran institusi, universiti  yang bersesuaian.
2.    Merapatkan jurang perbezaan kurikulum yang mungkin mengakibatkan tindakan yang berat sebelah.
3.    Mengelak daripada pertindihan kurikulum.
4.    Mengelak daripada gerak balas kurikulum yang keterlaluan, tidak penting & tidak bersesuaian.
5.    Mengkaji & memilih kurikulum.
6.    Menentukan keutamaan & memilih kurikulum.
7.    Mengelak daripada mewujudkan kurikulum yang tidak mempunyai kekuatan @ tidak boleh dilentur.
8.    Memperbetulkan keutamaan setelah mendapat maklum balas dalam penilaian.
9.    Mentafsir kehendak, keupayaan serta kemampuan institusi berkenaan.
Minggu 4 Kaedah Pengajaran Abad ke-21
Kaedah Pengajaran Abad ke-21
- Pembentangan
- Demonstrasi
- Latihan dan Amalan

Kaedah Pengajaran Abad ke-21

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pendidikan abad Ke-21 merupakan anjakan paradigma dalam proses P&P oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk keberkesanan sesuatu proses P&P.
Dalam erti kata lain, proses P&P pada abad yang ke 21 memanfaatkan  penggunaan ICT.
1)Pembentangan
Pembentangan membenarkan pelajar untuk menyebarkan ilmu dari hasil penyelidikan atau dapatan sesuatu kajian dengan lebih berkesan.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Pembentangan:
1.    Membantu pelajar membina makna yang tidak terdapat dalam pembacaan mahupun dalam penulisan.
2.    Membentuk keyakinan diri, kecerdasa fikiran pelajar dan meningkatkan keberkesanan berkomunikasi.
3.    Boleh digunakan dalam semua bidang pembelajaran.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Pembentangan:
1.    Fakta atau perkara penting boleh jadi terkeliru atau hilang apabila tidak ada pengawasan oleh guru.
2.    Pembentangan yang dilakukan akan memakan masa yang lama.
 Contoh Bahan: e-Pembentangan
2) Demonstrasi
Demonstrasi atau dikenali sebagai kaedah tunjuk cara merupakan satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh atau membuat uji kaji, memerlukan penglibatan guru dan pelajar secara praktikal serta memerlukan lisan (penerangan) yang jelas, pemerhatian dan pendengaran yang baik.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Demonstrasi:
1.    Menarik perhatian pelajar supaya tidak bosan.
2.    Meningkatkan daya ingatan pelajar.
3.    Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
4.    Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
 Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Demonstrasi:
1.    Lebih tertumpu kepada peralatan yang digunakan semasa mengajar.
2.    Memerlukan fokus dan perhatian yang secukupnya daripada murid.
3.    Guru terlalu banyak bercakap sehingga tumpuan murid beralih dari memerhatikan apa yang didemonstrasikan kepada penerangan guru.
Contoh Bahan: e-Demonstrasi
3)Latihan dan Amalan
Merupakan suatu proses memperolehi dan memperbaiki kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk mempertingkatkan prestasi kerja. Untuk mengukur tahap kecerdasan pelajar terhadap sesuatu subjek latihan dan amalan perlu dilaksanakan dalam proses P&P.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Latihan & Amalan:
1.    Membina keyakinan diri pelajar.
2.    Kaedah bersesuaian untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
3.    Memerlukan penglibatan semua pelajar.
 Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Demonstrasi:
1.    Mengehadkan kebebasan pelajar untuk berfikir dan mereka perlu lebih memberi penumpuan dalam proses P&P.
2.    Mewujudkan perasaan bosan dalam kalangan pelajar.
Contoh Bahan: e-Latihan

MINGGU 5 Kaedah Pengajaran Abad ke-21
Kaedah Pengajaran Abad ke-21
-       Tutorial
-       Discussion
-       Pembelajaran kolaboratif
1)Tutorial
Menurut kaedah ini ICT digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbi ng,.memberi latihan dan menilai pencapaian. ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi
Pembelajaran ekspositori
-       Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
-       Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction (CAI). digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System digunakan seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan.Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia.
1.    Mempersembahkan maklumat
2.    Membimbing
3.    Menyediakan / memberi latihan
4.    Menilai pencapaian
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Tutorial:
1.    Penggunaan ICT dapat mengindividukan pembelajaran
2.    Penggunaan ICT membolehkan murid belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri.
3.    Penggunaan ICT meningkatkan motivasi pelajar.
4.    Pelajar boleh belajar tanpa pengawasan atau dengan pengawasan guru yang minimum.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Tutorial:
1.    mengakibat pembaziran masa dan tenaga
2.    menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
3.    menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
4.    mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu
Contoh Bahan: e-Tutorial
2) Perbincangan
Perbincangan formal pada abad ke-21 melibatkan laman-laman web yang direka khas untuk perbincangan di antara guru & pelajar seperti melalui media What'sApp, WeChat, Facebook, Wiggio dan sebagainya.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Perbincangan:
1.    Meningkatkan kemahiran pelajar untuk  mengeluarkan pendapat & berkomunikasi antara satu sama lain.
2.    Pelajar dapat menguasai kemahiran mendengar & memahami sesuatu perbincangan.
3.    Mengekal minat & penglibatan pelajar   
4.    Menggalakkan pelajar berkolaborasi&  bertukar pendapat.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Perbincangan:
1.    Perbincangan adalah terhad dan tidak menyeluruh apabila pelajar tidak melibatkan diri.
2.    Memerlukan rangkaian internet dan kelajuan akses yang maksimum untuk melakukan perbincangan secara live (serentak).
 Contoh Bahan: e-Perbincangan
 3) Pembelajaran kolaboratif
            Kaedah pembelajaran ini berasaskan kepada satu idea bahawa pembelajaran yang melibatkan tingkah laku sosial yang berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal. Kaedah ini bermaksud bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan secara bersama. Ia merujuk kepada penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil bagi  memaksimakan hasil pembelajaran. Ia memerlukan penglibatan pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti kolaborasi Semua individu terlibat dalam menyelesaikan masalah di samping dapat memupuk semangat kerjasama dalam  setiap kumpulan. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pembelajaran, pelajar perlu menyelesaikannya di dalam kumpulan. Pembelajaran lebih bermakna & bermanfaat kepada pelajar.
Kelebihan Pendekatan Pembelajaran Kolaboratif:
1.    Memupuk semangat kerjasama
2.    Mencetuskan kemahiran penyelesaian masalah.
3.    Kemudahan berkomunikasi.
4.    Kemudahan mendapatkan maklumat dan menyebarkan maklumat
5.    Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
6.    Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.

Kelemahan Pendekatan Pembelajaran Kolaboratif:
1.    Pelajar mudah leka dengan aplikasi lain
2.    Guru semakin malas kerana semuanya berada di hujung jari.
3.    Penggunaan kos yang terlalu tinggi
4.    Perlu pemantauan terhadap pembelakaran  pelajar
5.    Kurang penglibatan pelajar menyebabkan aktiviti kolaborasi tidak dijalankan dengan baik
 Contoh bahan: Facebook, Twiiter, Wiggio dan lain-lain

Minggu 6: Kaedah Pengajaran Abad ke-21
Kaedah Pengajaran Abad ke-21
-       Permainan
-       Simulasi
-       Discovery
1)Permainan
            Merupakan satu kaedah yang menarik & menyeronokkan  bagi pelajar. Digunakan oleh guru untuk memenuhi masa yang terluang. Unsur-unsur lain seperti hiburan dan keseronokan yang terdapat dalam permainan akan merangsang pelajar untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya terlebih dahulu. Seterusnya ia akan dapat membantu pelajar dalam melatih kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Permainan:
1.    Memperkembangkan kemahiran pendidikan imaginasi , pertimbangan , sintesis & perhubungan secara lisan.
2.    Memberi kesan yang kuat kepada daya ingatan pelajar.
3.    Menolong mengatasi masalah pelajar yang berbeza kebolehan .
4.    Boleh digunakan dalam semua bidang pembelajaran.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Permainan:
1.    Pelajar akan menjadi leka dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap objektif dalam permainan tersebut
2.    Memerlukan kos yang tinggi untuk menyediakan peralatan permainan berasaskan teknologi
 Contoh bahan: Video-game based learning
 2) Simulasi
Merupakan suatu kaedah dalam melakonkan sesuatu situasi berkaitan isu ataupun permasalahan. Penggunaan  kaedah simulasi dengan perkembangan teknologi berlaku apabila dapat mewujudkan situasi dengan menggunakan teknologi agar menyerupai keadaan sebenar dalam bentuk yang dipermudahkan dan diringkaskan agar permasalahan yang berkaitan lebih mudah di fahami dan diselesaikan. Simulasi memberikan gambaran kepada pelajar menerusi alam maya dan membawa pelajar kepada realiti dunia yang sebenar.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Simulasi:
1.    Pelajar dapat mempraktikan kemahiran  sedia ada dengan kemahiran baru.
2.    Memberi peluang kepada pelajar memikirkan cara penyelesaian masalah secara spontan.
3.    Proses pembelajaran adalah lebih berkesan kerana pelajar boleh bersedia dengan rapi dengan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
4.    Memberi peluang  kepada pelajar untuk mencuba sesuatu dalam keadaan yang selesa.
5.    Dapat meningkatkan kemahiran pertuturan mereka & interaksi di antara mereka.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Simulasi:
1.    Situasi yang diwujudkan mungkin di luar pengalaman pelajar.
2.    Hanya pelajar yang terlibat sahaja akan mendapat faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh bahan: E-simulasi
3) Penerokaan (Discovery)
Kaedah ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk ;Mengakses dtau mencari maklumat daripada CD atau internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknmya boleh dikawal. Dalam kaedah ini murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi berikut ;pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi.
Penggunaan ICT dikata untuk pembelajaran penerokaan apabila digunakan oleh murid sebagai medium untuk:
1.    membolehkan mereka mencari dan mencapai maklumat (daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dll.)
2.    mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
3.    melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid pada bila-bila masa murid memerlukannya.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid berkuasa mengawal dan menentukan maklumat yang diterimanya melalui alatan ICT.Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Penerokaan
Pendekatan ini amat serasi dan menyokong pendekatan constructivism .iaitu teori pembelajaran yang menekankan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang authentic, social negotiation of knowledge dan kolaborasi . Pelajar-pelajar di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book yang boleh dicapai di laman web Central Intelligence Agency (CIA), atau kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta melalui Internet, Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack.Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan.Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang terlalu panjang.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Penerokaan:
1.    Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
2.    Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
3.    Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
4.    Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Penerokaan:
1.    Proses pengajaran dan pembelajaran akan memakan masa yang agak lama
2.    Lazimnya pelajar akan mendapat rumusan yang berlainan daripada yang dirancang.
Contoh bahan: E-discovery

Minggu 7: Kaedah Pengajaran Abad ke-21
Kaedah Pengajaran Abad ke-21
- Pembelajaran Berasaskan Masalah
- Pembelajaran berasaskan Projek
1)Pembelajaran Berasaskan Masalah
Merupakan kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar agar menjadi lebih produktif, berusaha sendiri untuk mencari ilmu pengetahuan dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih berkesan tentang masalah yang berkaitan.
Objektif Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pelajar akan dapat:
1.    Belajar menyelesaikan masalah dalam realiti permasalahan yang sebenar.
2.    Menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills).
3.    Kemahiran menyelesaikan masalah.
4.    Kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.
5.    Kemahiran pembelajaran secara kendiri (Self-Directed Learning Skills).
6.    Kemahiran bekerja secara berkumpulan.
7.    Menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.
Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah ( Pbl )
            Pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan diberikan oleh pensuarah kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada.
            Pembelajaran berasaskan masalah adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan peggunaan akal dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran yang kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.
Dengan menggunakan modul ini, guru dan  pelajar akan dapat;
1.    Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara terarah dan memenuhi kehendak modul
2.    Mengenal dan mempraktikkan Kaedah Pembelajaran berasaskan masalah dengan menggunakan model dan teori yang terbaru.
3.    Menyelesaikan masalah berkaitan proses pemahaman pelajar dengan mudah dan tersusun.
4.    Memudahkan pelajar dan guru melalui proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih sistematik dan mudah.
Kelebihan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah:
1.    Membantu pelajar mencapai tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan mereka berkebolehan dan berkemampuan
2.    Meningkatkan pemikiran yang  rasional dan kritis.
3.    Dapat membentuk pelajar yang mampu menyelesaikan masalah
4.    Pelajar lebih berkeyakinan & berketrampilan
5.    Memberi pembelajaran yang lebih bermakna
Kelemahan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah:
1.    Tidak boleh dilaksanakan dengan menyeluruh & berkesan
2.    Pelajar yang lambat dalam pelajaran akan hadapi masalah & kerumitan
3.    Memerlukan masa yang panjang.
4.    Kaedah ini tidak akan berjaya sekiranya pelajar tersebut hanya menggunakan langkah-langkah penyelesaian masalah yang dihafal daripada nota-nota guru @ buku
 Contoh bahan: E-solving
2) Pembelajaran berasaskan Projek
Merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menggunakan kaedah pemusatan murid di mana guru memberikan satu projek untuk dijalankan oleh pelajar. Kaedah ini juga telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah dan juga berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dalam lain perkataan, ia merupakan salah satu model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran.Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa tertentu.
Kelebihan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek:
1.    Menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid.
2.    Menambahkan minat & motivasi  pelajar.
3.    Menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
4.    Dapat mengembangkan  sikap tanggungjawab & inisiatif kepada pelajar.
5.    Membina pengetahuan & pengalaman
6.    Lebih fleksibel dalam pembelajaran
Kelemahan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek:
1.    Memerlukan lebih daripada satu jangka masa pengajaran.
2.    Berisiko dalam  melakukan kesalahan
3.    Bahan dan sumber adalah terhad
4.    Pelajar berkemungkinan terpesong daripada objektif-objektif yang telah ditetapkan
5.    Rangkaian jalur lebar yang terhad
 Contoh bahan: E-project

Minggu 8: Pembelajaran Online
Kaedah Pengajaran Abad ke-21
-       Mengintegrasikan bahan-bahan percuma dan murah
-       Kelebihan dan batasan
-       Sumber
-       Bagaimana untuk mendapatkan sumber
-       Penilaian
Pembelajaran online atau e-pembelajaran menjadi satu istilah yang popular dan mempunyai pelbagai tafsiran dan persepsi. Secara umumnya, e-pembelajaran dapat didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. Secara dasarnya, e-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik termasuklah CD-ROM dan bahan pembelajaran melalui atas talian (online).
E-pembelajaran ini secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-pembelajaran, murid dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.
Selain itu, e-pembelajaran ini juga sangat membantu dalam proses pembentukan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan negara kita (dasar e-pembelajaran negara). Oleh itu cara melaksanakan e-pembelajaran yang baik dalam pembelajaran amat digalakkan. Secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya diperkenalkan secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar
Terdapat beberapa komponen penting yang terlibat dalam persekitaran e-pembelajaran ini seperti infrastruktur/perkakasan (ch. makmal komputer, komputer riba, talian rangkaian dan internet), bahan kandungan pengajaran secara elektronik (ch. e-modul / multimedia courseware, nota kuliah secara elektronik, video dan audio), sistem pengurusan e-pembelajaran (ch. Blackboard, WebCT, Moodle, Mambo, Learnmate, Lotus Learning Space, dan Kalaideskop), kaedah komunikasi (ch. email, forum, chat, sms, dan email-group), polisi dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap / amalan pengguna.
Kesimpulannya, e-pembelajaran merupakan satu alat bantu mengajar yang terbaru dan menggunakan kemudahan ICT bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran sama ada dalam kelas ataupun di luar kelas. E-pembelajaran mampu memberikan impak yang positif jika digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para guru dan pensyarah. E-pembelajaran juga dapat membantu penerapan kemahiran abad ke 21 dalam sistem pendidikan kita.

Minggu 9: Teknologi dan media dalam pengajaran
Teknologi dan media dalam pengajaran
-       Penglibatan Pelajar dengan komputer
-       Penglibatan Pelajar menggunakan web 2.0
-       P&P berasaskan komputer
            Suatu pendekatan menggunakan komputer .Ini tidak bermakna bkomputer yang mengajar pelajar tetapi guru menggunakan komputer dengan semaksimum mungkin sebagai alat penyampaian pengajarannya. Hanya sebagai satu teknik menggabungkan kelebihan guru dengan penggunaan komputer. Proses P&P berbantukan komputer menumpukan kepada cara & strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanafaat kepada pelajar.
Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan @ dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik & bersifat lebih dinamik.

Komputer
1.    CPU : Suis kuasa : set elektrikal yang menghubungkan komputer dengan litar kuasa
2.    Memori
3.    Bekalan kuasa : menukarkan AC jepada DC
4.    Cakera keras : dikenali sebgai mass storage  (alat storan massa)
5.    Pemacu Disket : fungsi untuk penempatan perisian, pemindahan fail-fail antara sisstem dan back-up
6.    Pemacu CD-ROM @ Compact Disk Read Only Memory: satu cara penyimpanan data
7.    Port siri dan selari : mouse, modem dan lain-lain menggunakan port siri untuk berhubung dengan komputer, port siri adalah dwihaluan & port selari untuk penyambungan komponen dengan komputer.
8.    Kad video (display card) : berfungsi mengawal monitor dan antaramuka.
9.    Kad bunyi : dilengkapi dengan DSP (Digital Signal Processor), 3D sound & surround sound adalah jenis terbaru
10. Modem : menyambungkan komputer dengan telefon, jenis internal dan ezternal
11. Monitor: komponen utama dan berfungsi sebagai paparan
12. Tetikus : fungsi menunjukkan arah den mengarahkan, jenis trackball, lighr pen, drawing tablet dan sebagainya
13. Papan kekunci : penghubung pengguna dengan komputer
14. Pembesar suara :membantu mengguatkan suara dan menghasilkan bunyi lebih menarik
15. Aksesori : CD- writer, scanner, printer, mic, joystick
- P&Pmenggunakan web 2.0
            Internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru & pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran, rujukan serta penyelidikan. Portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan @ luar dapat memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.
            Contoh: dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini & pelajar dapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali. Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room & sebagainya, guru & pelajar dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri @ dengan guru & pelajar dari sekolah yang lain.
1) E-book
Merupakan singkatan daripada perkataan electronic book. Ia adalah dalam bentuk elektronik  iaitu berbentuk digital dari sebuah buku yang biasanya diterbitkan dalam bentuk tercetak namun ianya adalah berbentuk digital. Penggunaan e-book adalah salah satu versi elektronik dari sebuah buku tercetak yang dapat dibaca pada sebuah personal computer atau peralatan lain yang direka khusus untuk membaca e-book.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT E-book:
1.    Memudahkan pencarian atribut teks melalui perisian buku teks digital yang terdapat di dalam e-book
2.    Menggalakkan perkongsian ilmu melalui pertukaran nota dalam perisian e-book oleh para pelajar
3.    Dapat dimanfaatkan oleh orang yang tidak boleh membaca dengan pengunaan sistem audio visual
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT E-Book:
1.    Peningkatan dalam penggunaan elektrik
2.    Mengurangi penghayatan dalam kaedah membaca
3.    E-book boleh diserang oleh virus

Minggu 10: Teknologi dan media dalam pengajaran
Teknologi dan media dalam pengajaran
- Penglibatan pelajar secara jarak jauh
- Penglibatan pelajar menggunakan multimedia
- P&P secara jarak jauh
            Sistem pendidikan jarak jauh (PJJ) menggunakan perantaraan media seperti bahan cetak, telefon, telesidang dan sebagainya untuk berinteraksi memandangkan pelajar dan pensyarah terpisah secara fisikal. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan kaedah, peralatan dan perisian yang terlibat dalam proses penjanaan maklumat, pengumpulan maklumat, pemprosesan maklumat, penyebaran maklumat dan penyimpanan maklumat.
            Program PJJ dalam memberikan satu sistem pembelajaran yang lebih fleksibel. PJJ adalah pendidikan yang disampaikan melalui penggunaan media cetak dan media elektronik serta proses P&P secara jarak jauh memisahkan jarak secara fizikal antara pensyarah dengan pelajar. Proses P&P dalam sistem PJJ boleh disampaikan secara “sinkronous” iaitu pada waktu yang sama atau pun “asinkronous” iaitu pada waktu yang berbeza. Bentuk “sinkronous” memerlukan interaksi serentak antara pelajar dan pensyarah dalam masa yang sama seperti penggunaan sidang audio, sidang video, sidang komputer dan TV interaktif. Manakala, bentuk “asinkronous” pula tidak memerlukan interaksi secara serentak antara pelajar dan pensyarah yang bermaksud pelajar tidak perlu berkumpul dalam satu lokasi dan masa yang sama serta bebas memilih lokasi dan masa mereka sendiri.
Contoh Bahan
1)Teknologi Sidang Video
Penggunaan teknologi sidang video memberikan satu alternatif kepada pensyarah untuk menyampaikan maklumat pelajaran walaupun terpisah daripada jarak. Dengan perkembangan teknologi maklumat, apa jua yang boleh dirakamkan melalui kamera seperti suara, gambar bergerak, grafik, rajah, gambar foto dan sebagainya akan dapat ditransmisi melalui kemudahan telesidang video.
Sidang video ini membenarkan transmisi berlaku ke beberapa bentuk maklumat seperti pita video, filem, grafik, slaids dan sebagainya untuk menyampaikan demonstrasi, simulasi dan sebagainya.
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Teknologi Sidang Video:
Interaktif
1.    Berupaya mewujudkan proses pembelajaran yang hampir sama dengan pembelajaran bersemuka
2.    Dapat merakam setiap sesi sidang video
3.    menjimatkan masa dan kos kepada pelajar
4.    meningkatkan komunikasi antara pelajar dan pensyarah
5.    memudahkan penjadualan daripada segi masa dan tempat bagi pensyarah dan pelajar
6.    Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Teknologi Sidang Video:
7.    Talian yang membawa maklumat dan isyarat tidak cukup keupayaan
8.    Gangguan teknikal
9.    penyampaian maklumat hanyalah berdasarkan kepada keperluan isi kandungan yang mana semua bahan pengajaran tidak perlu untuk disampaikan sepenuhnya.
 - P&Pmenggunakan multimedia
Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan di antara visual, audio, grafik & maklumat tekstual dengan menggunakan teknologi tunggal.  Konsep multimedia:
            a) teks
            b) grafik
             c) animasi
            d) audio
            e) video
             f) interaktiviti
Bahan-bahan multimedia: 
1.Hypermedia 
Laluan kepada maklumat yang bukan linear. Ia  membolehkan pengelolaan & persembahan yang anjal bagi pelbagai jenis alat seperti teks, grafik, bunyi, video dll
  2.Program pengarangan:
HyperCard untuk komputer Macintosh, HyperStudio untuk Apple, Amiga  Viksion untuk Amiga & LinkWay untuk IBM adalah  antara contoh bahan pengajaran yang boleh mendapat laluan oleh hypermedia. 
3.CD-ROM
4.Gabungan kamera video, perakam video & perakam pita. 
 5. Cakera video @ laser.
6. Alat pengimbas grafik.
Contoh Bahan
1) Mobile learning
Mobile learning atau dikenali sebagai (M-Learning) merupakan suatu konsep baru dalam proses pembelajaran yang menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku. Proses P&P boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bukannya di kelas semata-mata.
Antara jenis-jenis peralatan mobile learning adalah:
1.    PDA/Smart Phone
2.    Telefon bimbit/mudah alih
3.    PC/Tablet
4.    MP3 Player
5.    Laptop
Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Mobile Learning:
1.    Peralatan telefon bimbit yang mudah dibawa dan diakses.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Mobile Learning:
2.    Memerlukan rangkaian & akses internet.
3.    Kos alatan telefon bimbit yang agak mahal.
4.    Skrin alat telefon bimbit adalah kecil & terhad.

Minggu 11: Teknologi dan media dalam pengajaran
Teknologi dan media dalam pengajaran
- Meningkatkan pembelajaran dengan visual
- Meningkatkan pembelajaran dengan audio
- Meningkatkan pembelajaran dengan video

Minggu 12: Pengurusan Bilik Darjah (Disiplin)
Pengurusan Bilik Darjah
Prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah)
Cara-cara meningkatkan keberkesanan pengurusan bilik darjah)
Ciri-ciri fizikal bilik darjah dan kesan terhadap pembelajaran)
(Masalah disiplin pelajar dan cara-cara mengatasinya)
Minggu 12: Pengurusan Bilik Darjah
Definisi Bilik Darjah
1.    Bilik darjah adalah tempat berlakunya proses P&P.
2.    Bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah yang mana sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran @ belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru.
3.    Berdasarkan perspektif teori & empirikal, bilik darjah ialah tempat yang dominan di dalam sekolah yang mana proses P&P berlaku.
4.    Merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah.
5.    Bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses P&P, tetapi perlu melibatkan pelajar-pelajar serta guru agar dapat berinteraksi antara satu sama lain.
6.    Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
Definisi Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru untuk mengurus bilik darjah agar aktiviti P&P yang berkesan dapat dijalankan.
Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal, mewujudkan komunikasi @ interaksi dalam kalangan pelajar & guru.
Ia didefinisikan sebagai set tingkah laku kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan & memastikan agar keadaan-keadaan dalam bilik darjah dapat membawa ke arah pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.
Ia juga boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru dalam mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
Pengurusan bilik darjah merangkumi lebih banyak elemen selain  dari susun atur perabot & peralatan di dalam bilik darjah.
Guru perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar, peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas & mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya P&P dapat berjalan dengan lancar.
Ciri-ciri Bilik Darjah
1)      BILIK DARJAH TRADISI
2)      BILIK DARJAH KBSR & KBSM
3)      BILIK DARJAH MATA PELAJARAN KHAS
4)      BILIK DARJAH TERBUKA
5)      BILIK DARJAH PRASEKOLAH
6)       BILIK DARJAH PENDIDIKAN KHAS
1) Bilik Darjah Tradisi
Wujud sebelum KBSR & KBSM
Kerusi & meja disusun mengikut baris demi baris.
Setiap baris murid duduk bersebelahan.
Susunan fizikal agak rigid. (tegang,kaku)
Lebih kepada pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru, iaitu penglibatan murid dalam aktiviti P&P tidak digalakkan.
Dinding bilik darjah jarang dihiasi dengan hasil kerja murid @ bahan P&P yang lain.
Suasana persekitaran tidak mendorong dalam keberkesanan proses P&P.
 2) Bilik Darjah KBSR - 1982 (kurikulum baru sekolah rendah)
·         Menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar.
·         Penyertaan pelajar dalam proses P&P adalah amat digalakkan.
·         Program pendidikan pemulihan diperkenalkan bagi membantu pelajar lemah bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar.
·         Susunan kerusi & meja adalah mengikut kumpulan.
·         Saiz kerusi &  meja perlulah sesuai dengan ketinggian pelajar.
·         Ruang-ruang pembelajaran jenis ini amat digalakkkan.
·         Hasil kerja yang dipamerkan menggambarkan suasana pembelajaran yang kondusif
Bilik Darjah KBSM
·         Suasana bilik darjah KBSM menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif serta kerap berinteraksi.
·         Susunan meja & kerusi hendaklah berbentuk kumpulan.
·         Kumpulan-kumpulan seperti ini memudahkan guru membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran.
·         Kelas dilengkapi dengan peralatan asas Lazimnya, peralatan lebih canggih berbanding KBSR.
·         Saiz ukuran bilik darjah biasanya mampu menampung sehingga 40 orang pelajar & berukuran kira-kira 7X9meter.
·         Ruang pembelajaran yang selesa, luas & kondusif, dipenuhi ABM, hasil projek individu & berkumpulan.
 3) Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas
Dilengkapi dengan pelbagai jenis alatanyang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya dalam amali:
 a)almari untuk menyimpan bahan-bahan specimen.
b) alatan-alatan seperti sinki &paip air untuk makmal sains & bilik kemahiran hidup.
c) Bentuk meja & kerusi diubahsuai untuk memudahkan pelajar menjalankan kerja amali.
Contoh : Makmal sains, bilik ekonomi rumah tangga, bilik seni perusahaan,pusat sumber dan sebagainya.
 4) Bilik Darjah Terbuka
·         Pelajar diberi peluang merancang aktiviti pembelajaran sendiri & pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum.
·         Guru hanya berperanan sebagai penasihat @ pembimbing, pengurus pembelajaran,kaunselor,pemudah cara @ fasilitator.
·         Situasi pengajaran diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan.
·         Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil @ individu.
·         Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah. Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajaran diintegrasikan.
·         Perhubungan antara guru dengan pelajar & pelajar dengan pelajar secara terbuka & jujur.
5) Bilik Darjah Prasekolah
Reka bentuk bilik darjah prasekolah perlu selesa, menjamin keselamatan serta merangsangkan kanak-kanak.
Suasana persekitaran pembelajaran perlu memudahkan pembentukan hubungan mesra antara guru dengan kanak-kanak.
Mempunyai ruang ‘circle-time’iaitu aktiviti wajib setiap pagi yang mana murid-murid akan berkumpul bersama guru & menjalankan sesi perbualan.
Terdapat dua jenis bangunan prasekolah
a) Bilik-bilik serba lengkap atau self-contained yang mana melengkapi pelbagai jenis peralatan pembelajaran.
b) Corak terbuka yang mana kanak-kanak mengajar di ruang-ruang pembelajaran tertentu.
6) Bilik Darjah Pendidikan Khas
Bilik darjah pendidikan khas banyak persamaan dengan bilik darjah pra-sekolah.
Murid pendidikan khas bukan sahaja diajar pengurusan diri tetapi juga perlu mengikuti modul KBSR yang sama seperti murid-murid normal. Oleh itu, guru pendidikan khas perlu mempunyai komitmen yang tinggi & faham tanggungjawab mereka.
Perlu ada dua sudut :
     1)Persekitaran yang ceria & berwarna warni seperti di bilik darjah pra-sekolah.
    2) Sudut ‘time out’- berada sudut kiri belakang bilik darjah., sudut kosong yang tidak mempunyai apa-apa pernyataan. Ia adalah tempat murid berdiri jika membuat kesalahan yang berulang kali.
Aspek Fizikal Bilik Darjah
1) KEBERSIHAN
Persekitaran yang bersih, Contoh: lantai bersih, tiada habuk di tingkap dsb.
2) KESELAMATAN
Mempunyai pelan keselamatan kebakaran.
Semua alatan & bahan di dalam bilk darjah perlu selamat digunakan.
Persekitaran bilik darjah tidak membahayakan pelajar hingga boleh melibatkan kemalangan.
3) PENGGUNAAN KEMUDAHAN
Digunakan dengan baik.
Aspek Fizikal Bilik Darjah (sambungan)
4) KESELESAAN
Bilik yang sesuai.
Peredaran udara yang baik.
Ruang yang mencukupi.
Keadaan & kesesuaian kerusi meja dalam keadaan baik.
Persekitaran pembelajaran yang tenteram & tenang.
5) KEINDAHAN
-       Alas meja.
-       Pokok bunga.
-       Mural.
-       Langsir.
-       Warna dinding kelas.
Tugas Guru Dalam Pengajaran
1.    Guru merupakan tunjang utama dalam menjayakan proses P&P di sekolah.
2.    Memfokuskan & mendapatkan perhatian pelajar.
3.    Penyampaian isi pengajaran tersusun & lancar.
4.    Penggunaan alat bantu mengajar.
5.    Masa pengajaran secara berkesan.
6.    Dapat menjalankan pengajaran yang interaktif.
7.    Menyediakan maklum balas & pengukuhan.
Minggu 12: Pengurusan Bilik Darjah (Disiplin)
Definisi Disiplin
Disiplin :
     a) kepatuhan, kesetiaan & ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
     b) latihan terutamanya pemikiran & kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan & sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman @ denda akan dikenakan.
     c) latihan pemikiran &kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri & patuh pada tata tertib.
Disiplin merupakan peraturan @ undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat & undang-undang sesebuah negara.
Namun, banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan mental pelajar seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan guru,bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok & sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.
 Konsep Disiplin
Peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu.
Merujuk kepada cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang.
Berkaitan dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan & akhlak.
Disiplin membawa erti bukan sahaja mempunyai &  menghayati perlakuan yang diharapkan oleh masyarakat, tetapi juga sanggup taat & setia kepada sekolah, negeri & negara.
Di sekolah ada guru disiplin yang tugasnya mendisiplinkan pelajar.
 Kepentingan Disiplin Pelajar
a) Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur.
b) Pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang & teratur.
c) Keberkesanan pengajaran & pembelajaran akan dapat dipertingkatkan lagi.
d)Murid-murid menjadi lebih produktif.
e)Keselamatan pelajar terjamin.
f)Tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
g)Pelajar dapat dibesarkan menjadi warganegara yang berguna & berdisiplin.
h) Nilai-nilai moral seperti tanggungjawab, tolong-menolong, ketekunan, kerjasama, rendah hati, kebersihan dapat dipupuk.
Masalah Disiplin Pelajar
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang & perhatian ibubapa era globalisasi ini.
Masalah disiplin pelajar bukan sahaja menyusahkan diri pelajar tetapi juga ibu bapa dan pihak sekolah.
Masalah disiplin sering dikaitkan dengan remaja dan pelajar sekolah. Ini adalah kerana pada peringkat ini remaja @ pelajar sedang mengalami kekeliruan & tekanan luar dalam mencari identiti diri mereka sendiri.
Mereka secara keseluruhannya mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif akibat kurangnya @ keterlaluannya penjagaan & kawalan dari orang dewasa.
Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar
Ibubapa: Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka.
Media massa: Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini.
Rakan sebaya: Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Rakan sebaya yang negatif & bermasalah akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.
Pihak sekolah: Kegagalan pihak sekolah bertindak pantas & ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan pelajar yberanggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin.
Program: Ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah & terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Cara-cara Mengatasi Disiplin Pelajar
a)Peranan pihak sekolah
Pihak disiplin sekolah mesti berfungsi dengan baik & mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pelbagai program mesti diadakan untuk menangani masalah displin pelajar seperti mengadakan program membentuk pelajar cemerlang, pelajar bersahsiah & pelajar cemerlang dalam akademik.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh meminta bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PlBG) dalam menangani masalah disiplin pelajar.
b) Peranan Kementerian Pelajaran
Pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kuasa untuk menggubal peraturan baru bagi memperbaiki masalah disiplin pelajar. Kementerian Pelajaran juga mesti memantau keadaan disiplin pelajar di sekolah pada setiap masa.
Tindakan Kementerian Pelajaran meminta kerjasama pihak polis dalam menangani disiplin pelajar adalah tindakan yang baik. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengambil tindakan yang tegas kepada pihak pentadbiran sekolah yang cuba menyembunyikan masalah disiplin pelajar di sekolah mereka.
c) Peranan ibu bapa
Pihak ibu bapa perlu membantu pihak sekolah mengatasi masalah disiplin pelajar kerana banyak masa pelajar dihabiskan di rumah bersama ibu bapa.
Ibu bapa perlu memberikan nasihat yang sewajarnya kepada anak mereka untuk mengamalkan nilal-nilai murni di sekolah dan tidak melanggar peraturan sekolah. Di samping itu, ibu bapa juga mesti bertanyakan anak-anak tentang masalah yang dihadapi di sekolah & cuba membantu mereka untuk menyelesaikannya.
 d) Peranan pelajar sendiri
Pelajar itu sendiri mestilah mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada di sekolah. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah baik hati, bertolak ansur & mematuhi peraturan sekolah. Jika semua pelajar mengamalkan nilai murni, maka tiadalah masalah disiplin di sekolah.
Pelajar juga mesti sedar tanggungjawab mereka kepada sekolah & ibu bapa. Selain itu, didikan agama yang kukuh pasti dapat membantu pelajar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Kesimpulan
Memahami disiplin dengan tepat akan menjadikan individu, keluarga & masyarakat berdisiplin.
Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang berdisiplin.
Minggu 13: Penilaian Pendidikan
Pengurusan bilik darjah
• Persediaan menghadapi cabaran masa depan

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB