“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Monday, March 9, 2015

TOKOH - TOKOH TQM DUNIA

TOKOH-TOKOH FALSAFAH KUALITI


3.1 W Edwards Deming
-W. Edward Deming ialah seorang tokoh kualiti yang banyak berjasa kepada pertumbuhan ekonomi Jepun. Deming telah menyediakan falsafah dan sistem untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam pengurusan di Jepun.
-Terdapat 3 asas dalam falsafah kualiti Deming:
o 1. Ketekunan mencapai matlamat
o 2. Pembaikan berterusan
o 3. Pengetahuan yang mendalam (Profound Knowledge)
-W.Edwards Deming berpendapat bahawa kualiti adalah ditentukan oleh pelanggan.
-Pada tahun 1992 Deming telah meluaskan definisi kualitinya sebagai berikut:
-"Kualiti bererti membuatkan setiap orang melaksanakan apa yang mereka telah persetujui dan mereka melaksanakannya dengan tepat pada kali pertama”
("Quality means getting everyone to do what they have agreed to do and to do it right the first time")

Pengetahuan yang mendalam
Pengetahuan, menurut Deming, boleh dibahagikan kepada 4 komponen iaitu:
• 1. Penghargaan kepada sesuatu sistem
• 2. Teori variasi (theory of variation)
• 3. Teori ilmu
• 4. Psikologi

1. Penghargaan kepada sesuatu sistem
• Keyakinan kepada sistem

2. Teori variasi (theory of variation)
• 1. kesilapan, kerosakan dan variasi akan sentiasa berlaku Falsafah Kualiti Deming
• 2. Bila sesuatu kesilapan berlaku, ia berlaku disebabkan oleh random variation (variasi yang berlaku secara rawak). Variasi ini biasanya diperbetulkan dengan menggunakan kaedah pembaikan yang tidak tepat.

4. Psikologi
• Manusia lahir dengan kecenderungan untuk bekerja dan menjadi inovatif.
• Pengurusan kerapkali menghalang keupayaan pekerja.
• Pekerja yang terlatih akan berusaha memenuhi standard yang mereka tetapkan.
• Perlu akui hakikat bahawa setiap pekerja mempelajari sesuatu mengikut kadar dan keupayaan masing-masing.

Demings 14 Points:
1. Wujudkan ketekunan dalam mencapai matlamat untuk pembaikan produk dan perkhidmatan.
2. Menghayati falsafah baru.
3. Hentikan pergantungan kepada pemeriksaan secara besar-besaran.
4. Hentikan amalan memberikan kontrak perniagaan berdasarkan tanda harga semata-mata.
5. Memperbaiki sistem pengeluaran dan perkhidmatan secara berterusan dan sepanjang masa.
6. Menginstitusikan latihan
7. Menginstitusikan kepimpinan.
8. Menghilangkan budaya takut.
9. Buang halangan yang wujud di antara anggota kerja
10. Hapuskan slogan-slogan yang indah kabar dari rupa.
11. Hapuskan quota-quota berbentuk numerikal.
12. Hapuskan penghalang ke arah kecemerlangan kerja.
13. Menginstitusikan program latihan dan latihan semula.
14. Bertindak untuk menyempurnakan transformasi

Deming's Seven Deadly Diseases
1. Tidak tekun dalam mencapai matlamat.Tiada ketekunan akan menyebabkan anggota-anggota organisasi kehilangan arah.
2. Mengutamakan keuntungan jangkamasa pendek.
3. Penilaian berasaskan performance, merit rating atau annual review performance menyebabkan wujud ketakutan, persaingan dalaman, kemarahan dan menurunnya semangat untuk bekerja.
4. Mobiliti Pengurusan. Selalu berpindah kerja kerana tidak berpuas hati dengan tempat kerja.
5. Menguruskan syarikat berdasarkan angka-angka sahaja.
6. Kos untuk kemudahan perubatan pekerja yang tinggi yang meningkatkan kos akhir barangan dan perkhidmatan. Sepatutnya program berbentuk pencegahan diutamakan dan ini akan menjimatkan wang syarikat.
7. Kos warranty yang terlalu tinggi. Kos dapat dijimatkan melalui pembaikan secara berterusan sebelum sesuatu barangan dihasilkan.



Kaoru Ishikawa
• Dilahirkan pada 1915, graduan universiti Tokyo dalam bidang kimia dan memperolehi Phd pada 1960 dalam kejuruteraan dan tokoh kualiti yang utama di Jepun
• Bapanya Ichiro Ishikawa ialah Presiden JUSE dan Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan Ekonomi Jepun (FEO) adalah orang yang bertanggungjawab menggalakkan orang-orang Jepun untuk menerima idea-idea dari Deming dan Juran.
• Ishikawa telah diberi penghargaan terhadap sumbangannya dalam kualiti dengan "Deming Prize" pada tahun 1952.
• Mendefinisikan kualiti sebagai “memenuhi keperluan pelanggan”.
• Ishikawa ialah orang pertama yang memulakan kumpulan kualiti (QC) di Jepun pada tahun 1962. Dia ialah orang yang bertanggungjawab memujuk pihak pengurusan atasan di Jepun untuk memberikan autonomi kepada kumpulan kualiti untuk menyelesaikan masalah.
• Dalam bukunya, "What is Total Quality Control?" menghargai idea pengawalan kualiti menyeluruh (TQC) yang dibawa oleh Feigenbaum.
• Bagaimana pun dia tidak bersetuju dengan idea Feigenbaum yang meletakkan TQC di jabatan pengawalan kualiti dan di bawah tanggungjawab pakar-pakar kualiti.
• Sebaliknya dia berpendapat bahawa semua jabatan dan anggota kerja hendaklah terlibat dalam mempelajari dan mempromosi kumpulan kualiti (QC).
• Kualiti tidak hanya bermaksud kualiti produk tetapi selepas jualan, pengurusan kualiti, kualiti organisasi dan pembentukan manusia.
• Ishikawa adalah pakar pertama yang memberikan tumpuan kepada pelanggan dalaman dan pelanggan luaran.
• Dia adalah pakar yang terkedepan dalam mengutarakan idea bahawa pentingnya mempunyai wawasan yang dapat dikongsi bersama yang dapat menyatukan seluruh anggota kerja terhadap matlamat yang diingini.
• Beliau juga memperkenalkan gambarajah Sebab-Akibat (Rajah Tulang-Ikan) bagi membolehkan penggunanya melihat semua sebab yang mungkin bagi sesuatu kejadian (akibat) dan seterusnya membolehkan penyelesaian dibuat.
Memperkembangkan 4 langkah PDCA Deming kepada 6 langkah iaitu:
a. tentukan matlamat
b. tentukan kaedah untuk capai matlamat tersebut
c. jalankan pendidikan dan latihan
d. melaksanakan kerja
e. memantau kesan daripada pelaksanaan
f. ambil tindakan sewajarnya.



Joseph Juran
Falsafah Juran terkandung di dalam Trilogi Juran yang mengenalpasti 3 aspek yang perlu diarahkan kepada pencapaian kualiti dalam sesebuah organisasi:
• Perancangan kewangan menjadi perancangan kualiti;
• Pengawalan kewangan menjadi kawalan kualiti;
• Pembaikan kewangan menjadi pembaikan kualiti.

Juran ialah orang pertama yang cuba untuk mengira kos kualiti. Dia berjaya menunjukkan bahawa peningkatan keuntungan akan berlaku sekiranya kos kepada kualiti rendah (cost of poor quality) diturunkan.
Juran tidak terlalu menekankan penggunaan statistik seperti yang dibuat oleh Deming. Beliau hanya memandang statistical methods sebagai alat untuk memahami kelebihan dan kekurangan methods tersebut.
Beliau percaya kualiti bemula dengan mengetahui siapa pelanggan dan apa yang mereka perlukan. Komitmen pengurusan kepada pelanggan, pembekal, dan anggota pekerja adalah merupakan teras kepada kualiti.
Dia mendefinisikan kualiti sebagai "sesuai untuk kegunaan" iaitu termasuk dari segi ciri-ciri produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan dan juga jaminan terhadap "freedom from failure".

Juran menekankan kepada 3 perkara penting untuk menjayakan kualiti di dalam organisasi:
1. komitmen dan tindakan dari pengurusan atasan;
2. latihan dalam pengurusan kualiti menyeluruh;
3. pembaikan kualiti pada kadar yang berterusan.

Pada tahun 1981, Juran telah dianugerahkan oleh Jepun dengan pingat "The Second Order Medal" seperti yang diberikan kepada Deming pada 1960. Hasil dari sumbangan Juran itu, Jepun telah memiliki lebih banyak maklumat berkenaan pengawalan kualiti berbanding dengan negara-negara lain

Sepuluh Langkah
Sepuluh Langkah perlu untuk mencapai tahap kualiti yang dikehendaki, ditujukan kepada pihak pengurusan.
1. Mewujudkan kesedaran tentang keperluan dan peluang untuk pembaikan kualiti.
2. Menetapkan matlamat untuk pembaikan.
3. Menyusun organisasi untuk mencapai matlamat. Contohnya, membentuk majlis kualiti, mengenalpasti masalah, memilih proses yang memerlukan pembaikan, melantik pasukan, pemudahcara dan ahli-ahli pasukan.
4. Menyediakan latihan pada seluruh organisasi.
5. Menjalankan projek untuk menyelesaikan masalah.
6. Melaporkan kemajuan.
7. Memberi penghargaan.
8. Menghebahkan hasil.
9. Merekodkan markah.
10. Meneruskan momentum dengan membuat pembaikan tahunan pada proses dan sistem yang ada dalam sesebuah organisasi.



Armand Feigenbaum
• Armand Feigenbaum (1920- ) telah mengasaskan Syarikat General Systems di Pittsfield, Massachusset pada tahun 1968.
• Sumbangan beliau terhadap gerakan kualiti ialah beliau dapat mengalihkan perhatian para pemimpin korporat kepada keperluan menggunakan pendekatan "cost of conformance" dalam melaksanakan program kualiti.
• Berpendapat mana-mana syarikat yang mengamalkan kualiti menyeluruh sebenarnya akan menetapkan kualiti standard antarabangsa dalam industri masing-masing.
• Pada tahun 1961, bukunya "Total Quality Control" telah diterbitkan. Dia mempersoalkan penggunaan teknik persampelan (sampling) dan pemeriksaan (inspection) untuk menjamin kualiti.
• Feigenbaum juga sedar bila dia berjaya membaiki satu proses dalam syarikat GE, aspek-aspek lain dalam syarikat tersebut turut sama berubah menjadi semakin baik.
• Manusia biasanya digerakkan oleh pembaikan sistem yang ada. Dalam hal ini kejayaan dalam membaiki sesuatu aspek sengaja dihebahkan kerana Feigenbaum cuba membina persekitaran di mana anggota kerja dapat belajar dari pengalaman mereka sendiri.
• Ideanya membawa kepada pembentukan cross-functional teamwork dan persekitaran kerja yang terbuka.
• Feigenbaum percaya bahawa pelangganlah sebenar nya yang mendefinisikan kualiti. Kualiti ialah “produk yang paling berfaedah yang dibuat mengikut spesifikasi pelanggan”. Pendapat tidak dipersetujui oleh Deming

40 Langkah Ke Arah Kualiti (diringkaskan kepada 6 langkah utama

1. Pengawalan Kualiti Keseluruhan (TQC) dapat didefinisikan sebagai satu sistem efektif untuk mengintegrasikan pembangunan kualiti, penyelenggaraan kualiti dan usaha-usaha pembaikan kualiti oleh berbagai kumpulan di dalam sesuatu organisasi untuk membolehkan pemasaran, pembuatan, pengeluaran dan perkhidmatan mencapai tahap yang paling ekonomikal yang seterusnya dapat memenuhi kepuasan pelanggan.
2. Di dalam frasa "pengawalan kualiti", perkataan "pengawalan" bermaksud alat atau mekanisma pengurusan yang mempunyai empat langkah:
• Langkah 1: menetapkan standard kualiti;
• Langkah 2: menilai performance berdasarkan standard ini;
• Langkah 3: bertindak bila performance melebihi standard;
• Langkah 4: merancang untuk membaiki standard.
Faktor-faktor yang memberi kesan kepada kualiti dapat dibahagikan kepada dua iaitu teknologi dan manusia. Di antara kedua-dua, faktor manusia dianggap lebih penting.
3. Faktor-faktor yang memberi kesan kepada kualiti dapat dibahagikan kepada dua iaitu teknologi dan manusia. Di antara kedua-dua, faktor manusia dianggap lebih penting.
4. Pengawalan kualiti memasuki semua peringkat proses pengeluaran dalam industri, bermula dengan spesifikasi dan jualan kepada pelanggan, melalui rekabentuk, pembuatan, sehinggalah kepada penghantaran, installation dan khidmat selepas jualan.
5. Kos kualiti pengoperasian (operating quality costs) dapat dibahagikan kepada empat klasifikasi:
1. kos pencegahan (prevention costs), termasuk perancangan kualiti dan kos-kos lain berkaitan dengan pencegahan nonconformance dan kerosakan.

• ii. kos penilaian (appraisal costs), atau kos yang dikenakan dalam menilaikan kualiti produk.
• iv. kos kerosakan luaran (external failure costs) yang disebabkan oleh produk yang rosak dan nonconformance ketika sampai kepada pelanggan. Ini termasuklah kos aduan dan khidmat warranty produk, kos pengembalian produk (product call), kos mahkamah, kos kehilangan pasaran dan sebagainya.

6. Satu ciri penting bagi program kualiti menyeluruh ialah kualiti dikawal melalui sumbernya.



Philip Crosby
• Philip Crosby (1926- ) dihargai sebagai tokoh yang mempopularkan konsep kualiti menyeluruh ke peringkat yang lebih difahami.
• Dalam bukunya, "Quality is Free" yang diterbitkan pada tahun 1979 dan dijual lebih dari dua juta buah, beliau telah menulis, "Quality is not only right, but also free. And it is not only free, it is the most profitable product line we have."
(Kualiti bukan saja betul, ianya juga percuma. Dan ianya bukan saja percuma, malahan juga merupakan produk yang paling menguntungkan yang kita ada).
• Crosby membentuk gerakan "kesilapan-sifar" atau zero-defects movement di Martin Marietta pada tahun 1960an.
• Dia telah mempopularkan slogan "do it right first time" atau "lakukan dengan betul pada kali pertama" yang pertama digunakan di Syarikat Western Electric pada pertengahan tahun 1930an.
• Selepas terlibat dalam bidang pengawalan dan kualiti selama beberapa tahun dan mengkaji falsafah kualiti yang dibawa oleh Deming dan Juran, Crosby merasa kecewa dengan wujudnya kesilapan dalam sesutu proses penghasilan produk secara berterusan.
• Dia menyanggah pendapat Deming dan sebaliknya berpendapat bahawa "kesilapan-sifar" boleh dicapai.
• Crosby kemudiannya mula menumpukan perhatiannya kepada usaha-usaha pencegahan.
• Dia menolak teori-teori statistik yang mengatakan bahawa kesilapan sentiasa berlaku. Dia berpendapat bahawa sebenarnya adalah lebih murah jika kita dapat mencegah kesilapan dari berlaku dengan cara melakukan sesuatu dengan betul pada kali pertama.
• Pendapat beliau ini sebenarnya dipengaruhi oleh jenis kerja yang dilakukan di Martin Marietta yang memerlukan ketepatan dalam menghasilkan teknologi ketenteraan yang canggih dan kompleks
Four Absolutes of Quality Management

1. Definisi kualiti ialah "keakuran kepada requirements".
2. Sistem yang membolehkan pencapaian kualiti ialah pencegahan.
3. Standard prestasi untuk kualiti ialah kesilapan-sifar.
4. Sukatan kualiti ditentukan oleh tahap keakuran

Crosby's Fourteen Points
1. Komitmen pengurusan.
2. Pasukan Pembaikan Kualiti.
3. Sukatan (measurement).
4. Kos kualiti.
5. Kesedaran kualiti.
6. Tindakan pemulihan.
7. Perancangan ke arah kesilapan-sifar
8. Bimbingan untuk anggota kerja.
9. Hari kesilapan-sifar.
10. Penetapan sasaran.
11. Membuang punca kepada kesilapan (error cause removal).
12. Penghargaan.
13. Majlis-majlis kualiti (quality councils).
14. Laksanakan secara berterusan.
Perbezaan Antara Crosby, Deming & Juran (rujuk Modul halaman 12 & 13)
• Definisi Kualiti
• Tanggungjawab pengurusan
• Prestasi
• Pendekatan
• Struktur

Friday, March 6, 2015

Kunci seribu makna..

Nostalgia....

Tuesday, March 3, 2015

What is Lesson Study


What is Lesson Study

Sunday, March 1, 2015

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan.

Memberi peluang yang sama kepada semua lapisan masyarakat. Ini bermakna tiada perbezaan peluang antara kaum untuk mendapatkan sumber ilmu sebagai perantaraan untuk memajukan kehidupan mereka








Konsep Prajudis Dan Diskriminasi

Prajudis bermaksud: prasangka, syak dan was-was terhadap kesetiaan seseorang kepada bangsa, agama dan negara.
Diskriminasi bermaksud: membezakan mengikut kaum, ras, etnik, warna kulit, bangsa dan agama




FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.












Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB