“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Saturday, December 31, 2016

TEKS UCAPAN GURU BESAR HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016


TEKS UCAPAN GURU BESAR
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016

Bismillahirrahmanirrahim….
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Terima kasih Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Tuan Haji Anuar bin Manap, Yang Dipertua PIBG SKKKP,
Barisan Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru SKKKP, pelajar-pelajar yang diraikan dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada pagi yang penuh bermakna ini kita dapat berkumpul bersama-sama bagi memberikan pengiktirafan kepada para pelajar  yang telah memperoleh tahap pencapaian yang cemerlang khusus dalam bidang kurikulum sepanjang tahun 2016.  Di samping itu juga, majlis pada pagi ini turut meraikan majlis Graduasi Tahun 6 dan Pra sekolah. Sesungguhnya majlis indah yang telah disusun atur oleh pihak pengurusan sekolah ini merupakan satu agenda pendidikan yang bertujuan untuk menghargai kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh para pelajar kita. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini akan berjalan dengan lancar dan teratur seterusnya mencapai matlamatnya.  Kita sedar bahawa majlis seumpama ini amat perlu dilaksanakan untuk memberi makna dan penghargaan kepada kehidupan anak-anak generasi  pewaris  masa depan negara.  Saya juga mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran tuan puan.  Saya percaya kerjasama yang padu serta sokongan yang berterusan daripada ibu bapa akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Sepertimana yang kita sedia maklum, keputusan UPSR 2016 telah pun diumumkan pada 17 November yang lalu.  Alhamdulillah  SKKKP telah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan.  UPSR 2016 ini merupakan kohort pertama bagi KSSR dan pelajar-pelajar ini merupakan kumpulan  pertama yang menjawab setiap mata pelajaran dengan menggunakan format baharu.  Untuk perkongsiaan bersama Gred Purata Sekolah (GPS)  untuk UPSR pada tahun ini ialah 2.57 manakala peratus lulus adalah sebanyak 81.48 %.  Kelulusan 100% telah berjaya diperoleh bagi tiga mata pelajaran iaitu BM Pemahaman, BM Penulisan dan Sains. Namun demikian, bagi mata pelajaran B.Inggeris serta Matematik ianya juga telah berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.  SKKKP juga telah berjaya meletakkan namanya pada rangking ke-15 dalam Daerah Hulu Langat.  Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan UPSR yang baik.

 Sekalung tahniah juga untuk semua guru yang telah bekerja keras demi menyediakan dan menyampaikan pembelajaran yang berkualiti supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pembelajaran di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara seterusnya mampu menjadi insan yang cemerlang dan dapat membangunkan negara sejajar dengan kehendak semasa pada masa akan datang. Syabas diucapkan kepada semua guru yang sememangnya tidak pernah jemu dan sentiasa bekerja keras untuk melaksanakan perubahan dan pendekatan baharu dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng bakat dan potensi pelajar secara optimum.  Syabas juga kepada ibu bapa kerana turut memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka.  Namun demikian , pada hemat saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri pelajar itu sendiri agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan.

Para hadirin sekalian,

Sebagaimana yang telah saya nyatakan di awal tadi bahawa majlis ini merupakan satu pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya .  Oleh itu, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini.  Saya berharap agar kejayaan para pelajar ini akan berterusan dan akan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar yang lain untuk sentiasa mempunyai sikap daya saing untuk mempertingkatkan mutu pemcapaian mereka dalam bidang akademik bahkan dalam bidang kokurikulum juga.  Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar pelajar-pelajar akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga , sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih daun keladi kepada jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2016 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Pajam.  Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila.

            Ikan sembilang sepat dan kelah,
            Guna bubu biasa di hujung,
            Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
            Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabaratuh.

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB