“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

PENGURUSAN KOPERASI SEKOLAH


PDEP 3104 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

ISI KANDUNGAN


TOPIK TAJUK         HALAMAN

1 Pengenalan                                                                             ……….      2
2 Matlamat Penubuhan Koperasi Sekolah                                      ……….      2
3 Latar Belakang Penubuhan Koperasi Sekolah                              ……….      3
4 Kepentingan Penubuhan Koperasi Sekolah ……….      3
5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemajuan 
Koperasi Sekolah                                                                      ……….   4 - 6
6 Contoh Senarai Tugas Ahli Lembaga Koperasi                             ……….   6 - 11
7 Faedah-Faedah Penubuhan Koperasi Sekolah                              ……….  11 -13
8 Analisis SWOT                                                                        ……….  13 -14
9 Langkah-Langkah Penambahbaikan                                             ………. 14 -15
10 Penubuhan Koperasi Sekolah Serta Kaitannya 
dengan Aspirasi Murid Melalui PPPM 2013-2025                          ……….  15- 17
11 Penutup                     ……….     17
RUJUKAN            ……….      18


PDEP 3104 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
PENGURUSAN KOPERASI SEKOLAH

1. PENGENALAN
Koperasi adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh sekumpulan manusia yang mempunyai kepentingan atau masalah ekonomi yang sama di mana mereka berpakat untuk menyatukan tenaga serta mengumpul modal bagi menjalankan aktiviti untuk menyediakan kemudahan atau perkhidmatan kepada ahli. Ia ditadbir sebagai badan perniagaan tetapi tidak bermotifkan keuntungan semata-mata dan lebih mengutamakan kebajikan ahli. 

Koperasi sekolah pula ialah sebuah koperasi yang didaftarkan di bawah Ordinan Syarikat Koperatif Bil. 33/48 dengan mempunyai undang-undang kecilnya sendiri. Dari segi keahlian, koperasi sekolah mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur kurang dari 18 tahun.

Oleh kerana koperasi sekolah didaftarkan di bawah ordinan dengan mendapat pengecualian daripada Y.B Menteri Pertanian di bawah seksyen 53 Ordinan mengenai pendaftaran, maka tarafnya adalah sama dengan koperasi-koperasi lain 

2. MATLAMAT PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH
Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia  (1994) menjelaskan bahawa asas penubuhan koperasi sekolah bermatlamat untuk melatih murid-murid mengamalkan sikap jimat cermat dan prinsip-prinsip hidup bermasyarakat secara demokrasi dan berusaha sendiri. 

Lima matlamat utama penubuhan sesebuah koperasi sekolah iaitu:
2.1 Membentuk amalan jimat cermat dan berdikari. 
2.2 Membantu mewujudkan suasana latihan amali bagi mempraktikkan teknik-teknik pengurusan dan perdagangan yang dipelajari di dalam kelas. 
2.3 Menyemai sifat-sifat demokrasi di kalangan pelajar. 
2.4 Menggalakkan sikap bekerjasana dan saling mambantu di kalangan ahli. 
2.5 Mengasuh bakat kepimpinan di kalangan generasi muda.

3. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH
Adalah menjadi hasrat dan impian Kementerian Pendidikan supaya semua sekolah menengah menubuhkan koperasi sekolah menjelang 2010. Koperasi sekolah merupakan platform yang paling berkesan untuk pelajar-pelajar mengasah bakat dan minat mereka di dalam bidang perniagaan terutamanya untuk mengaplikasikan subjek ekonomi, prinsip akaun, perdagangan dan matematik dalam kehidupan seharian. 

Idea penubuhan awal koperasi sekolah adalah dari cetusan minda Profesor Diraja Ungku A. Aziz, semasa beliau bertugas sebagai Naib Chanselor Universiti Malaya. Hasrat beliau tercatat di dalam Buku Biografinya yang telah menggalakkan penubuhan sebuah badan koperatif pelajar pada 20 Oktober 1966 di Kampus Universiti Malaya dan seterusnya badan-badan koperasi pelajar yang lain ( ANGKASA, 1994 ). 

4. KEPENTINGAN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH
4.1 Dengan adanya koperasi, pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan situasi sebenarnya. Pengalaman mengurus koperasi dapat membantu pelajar dan guru-guru menjadi usahawan suatu hari nanti dan yang paling penting dapat menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dan secara tidak langsung pelajaran yang diajar menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. 

4.2 Pelajar juga akan mempelajari cara untuk menjadi pengurus yang baik. Sifat kebijaksanaan perlu ada pada seorang pengurus di mana ia bolah mengetahui apa yang sedang berlaku dalam koperasi tetapi juga dapat meramalkan situasi semasa dan akan datang yang memberi implikasi terhadap starategi-strateginya. Pengurus juga perlu setia dan mempunyai sifat kemanusiaan iaitu mengambil berat tentang kebajikan ahli. 

4.3 Dengan menyertai koperasi, pelajar dapat mendisiplinkan diri dan menanam sifat jati diri dan modal insan yang tinggi kerana mereka perlu jujur, sadik dan amanah. Mahmud Yusof (1993) berpendapat bahawa jika koperasi dianggap sebagai satu alat yang boleh membantu pelajar menambahkan pengetahuan tentang perniagaan dan juga pada masa yang sama menambah pendapatan mereka.. 
5. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAJUAN KOPERASI SEKOLAH
Pengkaji telah mengenalpasti dan menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan koperasi sekolah dan mengetahui peranan guru penasihat, anggota koperasi dan pihak pentadbir dalam usaha mempelbagaikan aktiviti koperasi supaya koperasi sekolah dapat bertahan dan kekal sampai bila-bila. 

5.1 Kriteria pemilihan guru penasihat koperasi
Kriteria pemilihan guru penasihat koperasi perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak pentadbir supaya guru-guru yang dilantik mempunyai kelayakan, minat dan sikap yang positif terhadap penubuhan koperasi sekolah. Pengkaji mendapati bahawa guru penasihat koperasi mempunyai sikap yang positif dalam tugas merekadi mana mereka mampu mengurus koperasi walaupun sibuk dengan tugas-tugas wajib iaitu P&P.

Guru penasihat yang terlibat juga mempunyai ilmu dan asas yang kukuh dalam bidang perniagaan kerana majoriti guru yang dilantik mempunyai kelayakan dalam bidang teknik dan vokasional. Guru yang dilantik sebagai bendahari juga faham dan jelas dengan Penyata Kewangan. Mereka yang terlibat juga bersedia untuk menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak koperasi sendiri ataupun pihak luar demi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pengurusan koperasi sekolah. 

5.2 Pengawasan daripada pihak pentadbir
Pihak pentadbir perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memastikan guru penasihat koperasi menjalankan tugas mereka berlandaskan kepada Akta dan UUK supaya tujuan penubuhan koperasi sekolah tidak lari dari matlamat asalnya iaitu menjaga kebajikan ahli dan bukannya bermotifkan kepada keuntungan semata-mata.

Matlamat koperasi sekolah adalah untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang keusahawanan. Guru penasihat koperasi juga terikat dengan tugas-tugas yang lain dan mereka berharap semoga beban tugas mereka dapat dikurangkan supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengurusan koperasi sekolah dan juga tidak mengabaikan tugas utama mereka di dalam kelas. 
5.3 Sumbangan koperasi sekolah kepada sekolah
Sumbangan koperasi sekolah kepada sekolah perlu diberi perhatian kerana impaknya kepada pelajar adalah besar, kerana dengan adanya koperasi sekolah pelajar-pelajar boleh membeli barang-barang dengan harga yang murah dan ada sesetengah koperasi sekolah mampu meletakkan harga yang lebih rendah dari kedai di luar. 

Pertambahan anggota juga bertambah setiap tahun dan ini memberi kesan yang baik kepada koperasi sekolah kerana modal syer akan bertambah dan aktiviti koperasi juga boleh dipelbagaikan dan secara tidak langsung ia boleh memberi kesan kepada keuntungan koperasi. Jika koperasi mendapat untung yang banyak, maka anggotanya juga akan merasa nikmatnya kerana mendapat dividen yang tinggi. Ada koperasi sekolah yang mampu mengagihkan dividen 100% dan 30% kepada ahlinya. 

5.4 Mewujudkan kerjasama antara sekolah
Guru-guru penasihat koperasi perlu diberi ruang dan peluang untuk menghadiri kursus atau seminar tentang pendidikan dan pengurusan koperasi sekolah, peranan anggota dan lembaga koperasi, penyelenggaraan akaun dan pelancongan. Guru-guru penasihat juga perlu dibawa melawat ke koperasi sekolah yang berjaya supaya mereka mendapat pendedahan dan pengetahuan dalam pengurusan. 

Melalui lawatan ini juga guru penasihat koperasi dapat melihat aktiviti yang dijalankan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada koperasi sekolah. Kursus dalaman perlu dijalankan secara berkala supayaguru-guru yang pernah menghadiri kursus dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan ahli yang lain. 

5.5 Melatih pelajar yang boleh dipercayai untuk menguruskan koperasi
Penglibatan pelajar dalam pengurusan koperasi sekolah juga perlu diperluaskan supaya pelajarpelajar mendapat pengalaman menguruskan perniagaan. Dengan penglibatan pelajar, maka ciriciri keusahawanan dapat diterapkan kepada pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru penasihat koperasi agak keberatan untuk melantik pelajar memegang jawatan yang penting dalam koperasi terutamanya yang melibatkan kewangan. Dalam konteks ini, pengkaji mendapati bahawa sukar untuk mencari pelajar yang betul-betul amanah dan bertanggungjawab. 

Oleh itu, kebanyakan pelajar hanya diberi tugas yang mudah seperti membantu guru mencatat jualan harian, menyusun barang, sebagai pembantu kedai, dan mengira stok. Penyediaan akaun dilakukan oleh guru kerana koperasi sekolah yang dikaji menggunakan program SEKKOP. 


6. CONTOH SENARAI TUGAS AHLI LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH.
6.1 Pengerusi:
Pengerusi hendaklah menjalankan tugas-tugas seperti berikut:
6.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.
6.1.2 Menandatangan minit mesyuarat yang disahkan.
6.1.3 Memperakui cabutan dan salinan dari rekod Koperasi menurut Peraturan,
bersama setiausaha melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani.
6.1.4 Memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat Lembaga bila perlu.
6.1.5 Mengarahkan Jawatankuasa Audit Dalaman supaya memeriksa buku, rekod dan dokumen Koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada Lembaga
6.1.6 Menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang Kecil dan dokumen lain yang berkaitan bersama dua anggota Lembaga.
6.1.7 Menyelia secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja koperasi.

6.2 Setiausaha:
Setiausaha hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
            6.2.1 Memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat Lembaga dan
mesyuarat jawatankuasa dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu.
            6.2.2 Merekodkan perjalanan dan keputusan sesuatu mesyuarat.
6.2.3 Menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota, daftar penama, buku dan laporan yang dikehendaki oleh Lembaga.
6.2.4 Menguruskan surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.
6.2.5 Mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku Koperasi.
            6.2.6 Menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi.
            6.2.7 Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke
semasa.


6.3 Bendahari
Bendahari hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
                  6.3.1 Mengendalikan segala urusan perdagangan dan perindustrian Koperasi
                        mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga.
                  6.3.2 Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan
                        membuat pembayaran mengikut arahan Lembaga.
6.3.3 Menyimpan ke dalam bank atas nama Koperasi semua wang yang diterima dalam tempoh dua puluh empat jam hari bekerja daripada penerimaannya.
                  6.3.4 Mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan surat lain mengikut arahan
                        Lembaga.
                  6.3.5 Menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan
                        oleh Lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan
                        yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.
                       6.3.6 Menyenggara dan menyimpan akaun Koperasi dengan sempurna dan  kemaskini supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
                  6.3.7 Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk
                          dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga.
6.3.8 Menyediakan belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan jelas segala butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan.
6.3.9 Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar dengan secara dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung.


6.4 Pengurus Belian
Tugas-tugas Pengurus Belian ialah:
6.4.1 Membuat tinjauan keperluan warga sekolah
6.4.2 Mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi
6.4.3 Mencadang kepada lembaga koperasi barangan/perkhidmatan yang hendak dibeli.
6.4.4 Menguruskan pembelian barang/perkhidmatan atas permintaan pengurus stok atau lembaga.
6.4.5 Menyerahkan barang belian kepada pengurus stok
6.4.6 Menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri.
6.4.7 Menyimpan buku log belian
6.4.8 Mengemaskini buku log belian
6.4.9 Membuat laporan bulanan untuk belian
6.4.10 Menyediakan dan membuat laporan belian setiap mesyuarat ALK
6.4.11 Memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan  


6.5 Pengurus Jualan
Tugas-tugas Pengurus Jualan ialah:
6.5.1 Menerima stok untuk jualan mingguan/bulanan dari pengurus stok
6.5.2 Memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok
6.5.3 Menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK
6.5.4 Menguruskan jualan harian di kedai koperasi
6.5.5 Melantik pembantu jualan di kedai koperasi
6.5.6 Menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual
6.5.7 Mengira dan merekodkan hasil jualan harian/bulanan
6.5.8 Menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari
6.5.9 Memastikan hanya guru atau pelajar yang bertugas sahaja berada di koperasi semasa jualan berlangsung
6.5.10 Menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK
6.5.11 Memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan

6.6 Pengurus Stok
  Antara tugas-tugas Pengurus Stok ialah:
6.6.1 Menyediakan buku log senarai item dalam stok koperasi
6.6.2 Menerima stok bekalan daripada pengurus belian
6.6.3 Merekod stok baru
6.6.4 Mengemaskini keluar/masuk stok secara mingguan/bulanan
6.6.5 Melapor kepada pengurus belian tambahan stok sebelum habis
6.6.6 Memastikan tempat menyimpan stok selamat daripada ancaman binatang atau bencana alam/sentiasa bersih dan kemas
6.6.7 Mengeluarkan stok atas permintaan pengurus jualan
6.6.8 Membuat semakan stok usang/rosak dan mencadang pelupusan atau hapuskira kepada lembaga
6.6.9 Memastikan borang-borang berkaitan stok digunakan
  6.6.10 Menyediakan dan membuatkan laporan stok pada setiap mesyuarat ALK
  
6.7 Pengurus kebajikan
Tugas-tugas Pengurus Kebajikan ialah:
6.7.1 Menyimpan senarai jenis kebajikan yang telah diputuskan oleh lembaga
6.7.2 Memaklumkan anggota untuk berkursus atas cadangan pengerusi
6.7.3 Menyediakan rekod anggota yang berkursus
6.7.4 Menguruskan khairat kematian ahli
6.7.5 Menguruskan makan-minum semasa mesyuarat ALK/mesyuarat agung
6.7.6 Menguruskan kebersihan/keselamatan/keceriaan di koperasi
6.7.7 Melantik dalam kalangan pelajar untuk perkara 6
6.7.8 Menyimpan buku log untuk semua aktiviti kebajikan
6.7.9 Menyediakan dan membuat laporan kebajikan setiap mesyuarat ALK

6.8 Pengurus Projek
Tugas-tugas Pengurus Projek ialah:
6.8.1 Mencadangkan jenis projek kepada lembaga
6.8.2 Mempromosikan projek yang telah diputus oleh lembaga
6.8.3 Merancang,melaksana,memantau dan mendokumentasi projek
6.8.4 Menyediakan bajet untuk projek
6.8.5 Memohon peruntukan projek dari lembaga
6.8.6 Mencari penaja/rakan kongsi untuk projek koperasi

6.9 Audit Dalaman
Tugas-tugas Audit Dalaman adalah:
6.9.1 Memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod releven koperasi secara bulanan dan memaklumkan lembaga sebarang perkara yang luar biasa yang diperolehi semasa pemeriksaan dan pengauditan.
6.9.2 Mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh lembaga selepas tamatnya tahun kewangan.
6.9.3 Memberi laporan :
6.9.3.1 Sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan saksama tentang transaksi-transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi
           
6.9.3.2 Perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana yang difikirkan patut dilaporkan.
6.9.4 Membuat pernyataan dalam laporannya sama ada  rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sepatutnya telah disimpan penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi dalam tahun itu adalah mengikut akta ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi
6.9.5 Melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada kerja pengauditan
6.9.6 Memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian mengenai hutang belum jelas ( jika ada ),nilaian aset ( jika ada ) dan liabiliti koperasi.

7. FAEDAH-FAEDAH PENUBUHAN KOPERASI DI SEKOLAH 
Koperasi merupakan pertubuhan ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk kemudahan warga sekolah, khususnya pelajar dan guru. Dengan adanya koperasi di sekolah, kita dapat memperoleh banyak kebaikan yang tidak dapat dikira dengan hujung jari kita. 
Antara faedah-faedah yang dikenalpasti ialah:
7.1 Bagi warga sekolah, memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar atau guru dapat membeli barangan dengan harga yang lebih murah. Mereka dapat menikmati barangan yang harganya berpatutan dan barangan yang berkualiti. Sebagai analogi, pelajar dapat membeli sebatang pen di koperasi dengan harga yang rendah berbanding membeli sebatang pen di pasar raya. Tambahan pula, barangan di pasar raya mahal-mahal belaka. Hal ini secara tidak langsung, pelajar dapat menjimatkan wang untuk membeli alat-alat tulis dan buku-buku rujukan bagi meningkatkan prestasi pembelajaran. Tegasnya, koperasi menawarkan barangan yang harganya berpatutan dan berkualiti kepada warga sekolah.

7.2 Umum mengetahui bahawa koperasi menjual pelbagai barangan dan makanan seperti alat tulis, minuman, kertas kajang, buku latihan dan sebagainya. Kesemua ini telah memenuhi kehendak dan keperluan guru dan pelajar. 
7.3 Selain itu, warga sekolah yang menjadi ahli koperasi berhak mendapat keuntungan dalam bentuk dividen dan bonus melalui pembelian barangan oleh warga sekolah. Keuntungan tersebut datangnya daripada jual beli yang dijalankan. 

7.4     Begitu juga, sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh oleh koperasi juga dapat dikeluarkan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani masalah prasarana sekolah. Wang tersebut boleh digunakan untuk menyediakan dan menaik taraf prasarana di sesebuah sekolah. Contohnya dengan membahagikan sebahagian keuntungan koperasi untuk membeli buku rujukan dan buku cerita koleksi terbaru untuk perpustakaan sekolah demi kemudahan murid yang dahaga akan ilmu pengetahuan. 

7.5 Kewujudan koperasi sekolah juga membolehkan anak-anak muridnya mengetahui asas perniagaan. Apabila pelajar mengendalikan urus niaga di koperasi, mereka dapat memahami dan menguasai asas perniagaan. Pengalaman baru ini tidak dapat dipelajari dalam silibus sekolah dan merupakan satu pendekatan yang baik untuk mempraktikkan apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Pelajar yang belajar subjek-subjek seperti Prinsip Perakaunan, subjek Perniagaan dan Perdagangan dapat memahami apa-apa yang dipelajari dengan lebih lebih lanjut dan efektif dalam kehidupan seharian mereka. 

7.6 Selain itu, kita dapat menyaksikan betapa banyak kebaikan dapat diperoleh melalui penubuhan koperasi seperti pengalaman baru untuk murid dalam perniagaan. Secara tidak langsung, penglibatan murid dalam koperasi adalah merupakan proses pembelajaran di luar bilik darjah. Perkara yang dipelajari di dalam kelas seperti subjek prinsip akaun dan matematik dapat dipraktikkan ketika murid-murid mencari pengalaman berniaga daripada penglibatan mereka dalam koperasi. Pengalaman tersebut juga membantu memudahkan murid-murid yang ingin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan dan menjadikan bidang tersebut  sebagai kerjaya pada masa hadapan. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

7.7 Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan koperasi membawa  semangat muhibah dalam kalangan guru dan murid. Buktinya, penglibatan murid-murid memudahkan guru-guru dalam menguruskan koperasi kerana jika tiada kesepakatan, pengurusan koperasi tidak akan akan berjalan dengan lancar. Di samping itu, murid-murid juga dapat menimba ilmu daripada guru. Sebagai contoh, ilmu mengenai selok-belok perniagaan berkoperasi. Hubungan silaturrahim antara guru dan murid juga terjalin dengan baiknya. Kerjasama mereka dalam pengurusan koperasi diibaratkan seperti aur dengan tebing.


8. ANALISIS SWOT
Pengembangan koperasi dalam analisis SWOT menurut Freddy Rangkuti (1997) sub-sub bahagian dari analisis SWOT meliputi kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman dengan berbagai indikator.

 8.1 Kekuatan :
8.1.1 Terdapat undang-undang kecilnya sendiri yang telah ditetapkan berdasarkan akta koperasi.
8.1.2 Struktur organisasi yang sesuai dengan kewujudan koperasi.
8.1.3 Keanggotaan yang terbuka dan secara sukarela.
8.1.4 Risiko kekurangan pelanggan cukup kecil.
8.1.5 Bayaran keahlian yang rendah.
8.1.6 Pengurusan yang demokratik.

8.2 Kelemahan :
8.2.1 Kelemahan dalam pengelolaan dan pengurusan serta kurangnya
pengalaman.
8.2.2 Tahap kemampuan dan profesionalisme SDM koperasi belum memadai.
8.2.3 Kurangnya pengetahuan perniagaan di peringkat pengurusan.
8.2.4 Pengurusan yang kurang inovatif.
8.2.5 Kurangnya pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang 
yang diusahakan.
8.2.6 Kurangnya kesedaran anggota akan hak dan kewajibannya sebagai ahli.

8.3 Peluang :
8.3.1 Adanya aspek kesamarataan yang diberi keutamaan oleh kerajaan.
8.3.2 Keadaan ekonomi yang baik menyokong kewujudan koperasi.
8.3.3 Adanya peluang pasaran bagi barangan yang dijual oleh koperasi.
8.3.4 Potensi pentadbiran sekolah yang menyokong  pelaksanaan aktiviti koperasi.
8.3.5 Sokongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta Kementerian Pendidikan Malaysia.
8.3.6 Daya beli pelajar/masyarakat adalah tinggi.

8.4 Ancaman :
8.4.1 Kurang sokongan daripada pihak pengurusan sekolah.
8.4.2 Masih terdapat kekurangan kefahaman tentang konsep koperasi itu
di kalangan pelajar itu sendiri.
8.4.3 Masa yang terhad serta tidak mencukupi dalam menguruskan koperasi.
8.4.4 Kurangnya kesedaran, pemahaman serta kepercayaan masyarakat
 terhadap perlunya koperasi 
8.4.5 Jumlah modal yang kecil dan tidak mencukupi untuk menggerakkannya.
8.4.6 Ketiadaan ruang untuk menjalankan perniagaan koperasi sekolah.


9. LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN.
Berdasarkan Analisis Swot, beberapa langkah yang proaktif perlu diambil untuk memantapkan lagi pengurusan koperasi sekolah di masa depan.

9.1 Pihak pengurusan perlu memberi perhatian kepada jati diri koperasi. Jati diri yang kental dapat mempengaruhi kejayaan sesebuah koperasi kerana jati diri dapat mendidik manusia bersikap amanah, jujur, sadik dan bertanggungjawab. Jika mereka berkesempatan memimpin koperasi apabila tamat persekolahan nanti, maka sudah tentu mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. 

9.2 Pengurusan yang cekap dan efisyen merupakan kejayaan dan keutuhan sesebuah organisasi koperasi. Kemajuan dan kejayaan koperasi sekolah banyak bergantung kepada pengurusan yang cekap dan berkesan, kepelbagaian aktiviti dan sokongan ahli serta pihak pentadbir. Semua pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan kemajuan dan keuntungan koperasi sekolah.

9.3 Keprihatinan pihak pentadbir juga merupakan faktor penting dalam memotivasikan guru penasihat dan ahli supaya sentiasa menyokong penubuhan koperasi sekolah. Pihak pentadbir juga perlu peka dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh guru penasihat koperasi dan sentiasa memantau masalah yang dihadapi dalam pengurusan koperasi sekolah. Guru-guru penasihat perlu diberi kelonggaran dalam menjalankan tugas di mana waktu mengajar perlu dikurangkan supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengurusan koperasi sekolah. 

10. PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH SERTA KAITANNYA DENGAN ASPIRASI MURID MELALUI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025)
Dengan penubuhan koperasi sekolah, adalah diharapkan agar para pendidik, ibu bapa, murid dan semua ahli masyarakat akan bersatu dalam merealisasikan visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi yang dicapai oleh negara lain bagi mengenal pasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi global.





Terdapat 6 Aspirasi Murid yang terkandung di dalam PPPM, dan 4 daripada aspirasi tersebut mempunyai hubungkait dengan penubuhan koperasi sekolah yakni  melalui aspirasi
10.1 Pengetahuan:
Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran mata pelajaran teras terutamanya Matematik. Dengan kata lain penubuhan koperasi sekolah ini dapat membantu pelajar dalam penguasaan subjek ini melalui proses jual beli, pengiraan stok, penyediaan bil dan sebagainya  yang dijalankan di koperasi sekolah ini.

10.2 Kemahiran Berfikir:
Penubuhan koperasi sekolah ini diharap membantu pelajar belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka. Lebih penting lagi, dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, mereka mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif.

10.3 Kemahiran Memimpin: 
Kebolehan pelajar untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

10.4 Kemahiran Dwibahasa:
Setiap pelajar perlu menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Penubuhan koperasi ini dapat meningkatkan  tahap penguasaan bahasa ini disamping berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk mempelajarai bahasa lain sebagai bahasa tambahan. 

11. PENUTUP
Koperasi sekolah merupakan salah satu daripada kegiatan ko-kurikulum yang terdapat di sekolah menengah. Penubuhannya perlu dilihat dari pelbagai sudut dan bukan sebagai pusat pembelian peralatan sekolah sahaja. Skop dan ruang sumbangan koperasi sekolah amat luas dan kejayaannya memenuhi kehendak dan keperluan anggotanya adalah kejayaan bersama.

Adalah sesuatu yang merugikan jika pihak pengurusan sekolah masa kini tidak mengambil berat atau mengambil tahu tentang sumbangan dan faedah gerakan koperasi sekolah untuk para pelajar yang terdiri daripada pelbagai gender dan sosiobudaya.
Pengamalan tadbir urus koperasi yang baik di dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi sekolah adalah tunjang kepada pembangunan kecemerlangan aktiviti dan perkhidmatan koperasi sekolah

Kesimpulannya, penubuhan koperasi oleh pihak sekolah memberi banyak faedah kepada warga sekolah termasuk guru dan murid. Adalah diharapkan agar semua warga sekolah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kebaikan yang diperoleh akan berterusan serta menambah baik tahap koperasi kepada yang lebih tinggi. Sekiranya semua pihak bekerjasama, nescaya impak positif penubuhan koperasi akan berkekalan dalam jangka masa yang lama. Jelaslah, peranan warga sekolah menaik taraf koperasi adalah sama penting dengan peranan koperasi terhadap warga sekolah.







                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      



Rujukan

Armi Zainudin. (1997). Prestasi Koperasi sekolah dalam gerakan koperasi.Seminar 
Koperasi Sekolah. Maktab Kerjasama Malaysia. Petaling Jaya. 

Farid Wajidi. (1982). Koperasi sekolah dalam sistem pendididkan.Bengkel koperasi 
sekolah 1982. Angkasa. 

Hayati Md Salleh. Kaedah dan latihan pendidikan melalui gerakan koperasi.Seminar 
Koperasi Sekolah. Maktab Kerjasama Malaysia. Petaling Jaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Saranan KPM terhadap pembangunan 
koperasi sekolah.Seminar Hari Koperasi Skeolah. Maktab Kerjasama Malaysia. 
Petaling Jaya.

Mukhtar, Peranan Kementerian Pendidikan dan Guru Dalam memajukan 
Koperasi Sekolah, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993. 

Muhammad Ali Hassan. (1997). Peranan ALK dan tanggungjawab anggota dalam 
seminar hari koperasi sekolah. Wisma Angkasa. 



5 comments:

redzuan said...

Salam Tuan,
Mohon buat rujukan dari topik tuan. terima kasih.

Unknown said...

Syabas..info baik utk masyrkt brkoperasi

Unknown said...

mohon pendekatan bagi cara sesuatu keputusan ahli dibuat..terima kasih

tokaykantin@gmail.com said...

bagaimana dengan undang2 penjualan makanan di sekolah?
bagaimana dengan hak eksklusif operator kantin sepertimana yang termaktub dalam perjanjian penyewaan kantin?
bagaimana dengan pekeliling KPM https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/surat-siaran/1100-surat-siaran-kpm-tahun-2013-bil-14/file
adakah pihak sekolah mengajar pelajar melanggar peraturan dan berniaga secara tidak sah?

Su said...

Mohon keizinan pihak tuan untuk menggunakan maklumat yang diberi oleh pihak tuan.terima kasih semoga dipermudahkan urusan tuan.

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB