“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

RUNDING CARA

Ø  PENGENALAN
Negotation atau rundingan berlaku apabila dua pihak sedang berusaha untuk mencari satu penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak. Sebagai seorang pengurus, perundingan merupakan situasi yang paling rumit yang perlu mereka hadapi sepanjang kerjaya mereka. Perundingan diadakan kerana adanya konflik atau ketidaksetujuan keinginan atau keperluan antara dua pihak yang berlainaan. Dalam sekolah, ia berlaku di antara Guru Besar dengan staf, guru, pelajar, pembekal, ibu bapa serta pihak-pihak jabatan atau kementerian. Ia juga perlu dilakukan jika terdapat situasi yang tidak terduga. Seperti   dalam  kes orang kurang siuman ini. 

Seterusnya rundingan akan berlaku apabila sesorang merasa terdapat perbezaan yang tidak secocok dan keadaan ini akan menyebabkan pertentangan atau kekacauan. Sekiranya seseorang itu merasa wujud perbezaan tidak kira sama ada perbezaan itu benar-benar wujud atau tidak, konflik telah wujud. Apabila berlakunya dua atau lebih motif tidak dapat dipuaskan kerana yang satu lagi menganggu yang lain maka wujudlah konflik sekiranya dibiarkan secara berterusan. Maka konflik yang kecil akan menjadi besar dan boleh mengakibatkan kesan yang negatif terhadap organisasi malah ianya akan wujud     perkara-perkara yang   tidak    diingini dan     luar      jangkaan          organisasi.

Ø  KONSEP NEGOTIATION
Perundingan merupakan satu proses di mana pihak-pihak yang terlibat perlu mencari penyelesian terhadap perdebatan (dispute), persetujuan dengan tindakan-tindakan yang dipilih, berunding untuk kelebihan seseorang individu ataupun secara kolektif supaya dapat menghasilkan ‘outcomes’ yang positif kepada kedua-dua pihak. Ia juga dianggap sebagai satu bentuk alternatif dalam penyelesian perdebatan (alternative dispute resolution). Melalui definisi ini kita dapati bahawa perundingan berlaku dalam semua situasi dalam kehidupan seseorang dari pergaulan harian sehingga kes-kes guaman dimahkamah.

Perundingan bukan bertujuan mengalahkan, mengintimidasikan, mahupun mengarah pihak lawan, tetapi lebih berarah mencari penyelesaian masalah dengan mencari persetujuan dengan menitikberatkan semua keperluan serta kehendak pihak yang terlibat. Skil perundingan adalah skil yang amat diperlukan. Ia harus diperolehi melalui pengetahuan dalam teori dan amalan perundingan yang mantap. Demi menguruskan sesuatu ‘dispute’ dengan berkesan serta koperatif seseorang harus mempunyai ciri-ciri:
ü  Empati
ü  Daya kesabaran
ü  Penilaian terhadap limitasi pihak lawan
ü  Kebolehan memberi konsesi tanpa menjejaskan kedudukan sendiri
ü  Bersikap adil
ü  Kebolehan menjangka titik penyelesaian pihak lawan
ü  Pendekatan yang inovatif
Menurut Tim Hindle (1998), menyatakan bahawa,”Negotiation occurs when someone else has what you want and you are prepared to bargain for it, and vise versa. Negotiation takes place every day between family members, with shopkeepers, and almost continuously in the workplace”.
Kemahiran berunding ialah kebolehan seseorang individu mendapatkan persetujuan dari pihak lawan mengenai sesuatu perkara yang dirunding bagi tujuan tertentu sama ada untuk kepentingan dirinya atau untuk kepentingan bersama. Manakala Katz & Kahn (1978) melaporkan bahawa kebanyakan perunding berpendapat bahawa fokus yang penting adalah cara proses perundingan itu dilaksanakan. Perlaksanaan biasanya menggunakan teknologi yang spesifik bersamaan sistem komunikasi dan sumber maklumat            yang    baik.
Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987), pula menekankan ruang rujuk perundingan kepada khidmat kemanusiaan. Ianya sesuai dengan pendapat Lippitt (1978). Perundingan dikatakan merupakan khidmat kemanusiaan yang mementingkan proses penyelesaiaan masalah itu secara sukarela. Khidmat perundingan boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsultinya. Di samping itu, asas proses perundingan bertujuan untuk membantu konsulti memperkembangkan kemahiran dan sikapnya supaya boleh berfungsi dengan lebih berkesan terhadap pihak yang ia bertanggungjawab. Seseorang perunding yang berkesan perlu memahami bagaimana manusia akan menyesuaikan diri dan menyesuaikan semula apa yang mereka katakan semasa rundingan berasaskan kepada kelakuan pihak lawan dan apa jangkakan akan dilakukan oleh pihak lawan.Ia umpama bermain catur. Kedua-dua pihak akan ada teknik dan taktik yang diperakui sebagai berkesan. Namun, pada ketika manakah teknik dan taktik itu boleh menikam pihak lawan, itulah jurus yang perlu dikuasai. Dua orang profesional yang berunding, pasti mempunyai buah pukul yang hebat.
Bagi seorang amatur, apabila dapat apa yang dihajati dalam sesuatu rundingan, tentu si amatur itu fikir dia sudah berjaya. Siapa tahu nasibnya malang, jika pihak kedua itu sebenarnya seorang profesional, barangkali dia telah dapat kelebihan tanpa disedari oleh si amatur yang mungkin sudah siap tersenyum puas.
Supaya kelihatan intelektual, buku Robert B. Maddux, Successful Negotiation: Effective Win-Win Strategies and Tactics. Mempunyai banyak perkara penting. Antaranya dalam berunding perlu gunakan jurus gema (echoing). Caranya, ulang balik apa yang ditawarkan oleh pihak lawan dalam bentuk soalan. Paling tidak, akan ada tiga kebaikan.
  1. Tawaran akan diperbaik oleh pihak lawan kalau dia rasakan nada anda berperisa negatif.
  2. Pihak lawan mungkin akan menjustifikasikan tawarannya itu – memperlihatkan kewajaran tawaran tersebut dari sudut lain. Dari situ, anda masih boleh mencari buah pukul daripada justifikasinya itu, sama ada wajar atau tidak.
  3. Gema memberikan anda kesempatan untuk fikirkan tawaran balas. Jika pula si pihak lawan gemakan tawaran anda, sila beringat awal-awal dan bertegas dengan tawaran itu. Jangan tertipu dengan teknik sendiri yang dimanipulasikan kembali olehnya. Ketegasan anda akan berikan dia tiga pilihan; terima, tolak ataupun cadangkan alternatif.
Ø  CIRI-CIRI RUNDINGAN
Terdapat dua atau lebih pihak, individu, kumpulan atau organisasi di mana wujudnya konflik keinginan dan keperluan antara dua atau lebih pihak dan pihak-pihak ini perlu mencari jalan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sekiranya konflik ini tidak diatasi maka daripada permasalahan yang kecil akan menjadi besar dan mengakibatkan berlakunya ketegangan antara kedua belah pihak. Oleh itu pihak-pihak berkenaan perlu berunding yang mana lebih suka kepada pendamaian dan satu keputusan yang diterima oleh kedua-dua belah pihak sama ada menang-menang atau menang- kalah.

Rundingan yang berjaya akan melibatkan persetujuan tentang apa yang boleh dilihat, penyelesaian apa yang tidak dapat dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung kedua-dua pihak semasa rundingan. Dalam perundingan yang dibuat, kedua-dua belah pihak mengharapkan “give and take” iaitu mengharapkan pihak lain akan mengubahsuaikan atau mengkompromi atau mengalah dalam permintaan mereka.

Dalam buku Teach Yourself Negotiating, karangan Phil Baguley, dijelaskan tentang definisi perundingan iaitu suatu cara untuk menetapkan keputusan yang dapat disepakati dan diterima oleh dua pihak dan menyetujui apa dan bagaimana tindakan yang akan dilakukan pada masa hadapan. Justeru itu dalam perundingan komunikasi merupakan perkara yang penting. Ia merupakan cara asas kerjasama dan kordinasi dari berbagai-bagai tenaga menusia diperolehi, kerjasama dan kordinasi memerlukan permindahan dan penerimaan mesej antara manusia supaya setiap orang mengetahui apa orang lain mahu mereka        lakukan.

Ø  LATARBELAKANG SEKOLAH
SK Kubang Lintah merupakan sebuah sekolah gred A di daerah M. Sekolah ini diuruskan oleh seorang guru besar wanita yang sebelumnya pernah bertugas di sekolah ini sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Beliau dibantu oleh 5 orang guru lelaki, 21 orang guru wanita dan 5 orang staf sokongan. Terdapat seramai 480 orang murid yang belajar di sekolah ini. Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) mempunyai iltizam yang tinggi ke arah kecemerlangan sekolah ini. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan perkampungan yang padat dengan masyarakat Melayu. Masyarakatnya yang prihatin, sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di sekolah dan     memberikan     kerjasama        yang    amat    membanggakan.

Ø  PERNYATAAN MASALAH

Seperti biasa rutin harian, anda sebagai pengurus sekolah membuat rondaan biasa mengelilingi kawasan sekolah setelah tulis nama kehadiran di pejabat. Tiba-tiba anda terdengar bunyi bising dari tingkat bawah. Anda diberitahu oleh seorang guru bahawa seorang kurang siuman telah masuk ke kawasan sekolah dan sedang menahan seorang pelajar sebagai tebusannya. Orang tidak siuman itu memeluk pelajar tersebut dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang sebilah pisau. Dia mengugut akan mencederakan atau membunuh mangsanya sekiranya permintaannya tidak dipenuhi

Ø  TANGGAPAN AWAL

Persepsi yang positif terhadap lawan adalah penting di dalam perundingan integratif tetapi perundingan distributif sentiasa dipenuhi oleh persepsi-persepsi negatif atau bias (biased) pada diri semua perundingnya. Kadangkala persepsi yang negatif pada perunding boleh mengakibatkan perundingan integratif bertukar menjadi distibutif. Perunding yang sangat bias dalam perundingan sentiasa mempunyai kecenderungan
berikut: :

1.      Mempunyai persepsi bahawa perundingan yang akan berlangsung adalah bersifat “Fixed-pie” atau menang-kalah disebabkan oleh isu atau bahan yang menjadi rebutan itu terhad.
2.      Semasa berunding semua pihak sering mempunyai persepsi bahawa mereka akan menang dalam perundingan. Ini akan menyebabkan mereka berusaha mendapatkan kuasa bagi memastikan kemenangan walaupun perundingan boleh diselesaikan secara integratif.
3.      Perunding yang bias lazimnya tidak boleh menerima kekalahan dan terlalu menekankan kos yang relatif dengan keuntungan. Ini mengakibatkan mereka berusaha untuk mendapatkan keuntungan yang sangat besar daripada perundingan.
4.      Perunding yang melihat perundingan sebagai bersifat kompetitif mempunyai persepsi dia akan mendapat keuntungan yang sedikit berbanding dengan perundingan yang melihat       perundingan   sebagai            bersifat                        integratif.

Perundingan  yang    kurang biasa mempunyai kecenderungan berikut :

1.      Mempunyai persepsi bahawa semua pihak mempunyai keutamaan yang berbeza. Ini menjadikan mereka peka dan berempati terhadap keperluan lawan serta berusaha untuk menyumbang kepada penyelesaian yang lebih adil.
2.      Mempunyai persepsi yang positif terhadap pihak lawan dan berasa senang dalam interaksi dengan mereka.
3.      Sangat mengutamakan keadilan dan tidak berat sebelah dalam perundingan.
4.      Sedia menghadapi kekalahan dalam perundingan dan tidak mempunyai dendam atau mempamerkan perlakuan buruk setelah tewas dalam perundingan.
5.      Sanggup menyelesaikan masalah dengan cara yang menguntungkan kedua-dua pihak (log-rolling)

Perundingan yang berkesan ialah perundingan yang mencapai penyelesaian yang dapat memuaskan semua pihak yang berunding. Persepsi negatif hanya akan menyusahkan penyelesaian dan harus dihindarkan. Namun begitu persepsi negatif terhadap lawan adalah suatu tabiat semulajadi yang sukar diketepikan.Oleh sebab itu adalah bijak jika semua pihak yang berunding itu terlebih dahulu berbincang mengenai persepsi masing-masing supaya sikap faham memahami di kalangan perunding akan dapat diwujudkan dan         penyelesaian    akan     dapat   dicapai            secara  integratif.

Dalam hal ini beberapa tanggapan awal perlu dibuat supaya tanggapan awal ini dapat membantu dalam melakukan perundingan. Ianya juga memainkan peranan yang besar di dalam sebarang perundingan kerana ia akan mencorakkan jenis atau gaya komunikasi yang akan digunakan oleh perunding-perunding dalam perundingan. Adakah orang kurang siuman itu benar-benar untuk mencederakan murid berkenaan.
1.      Adakah dia itu betul-betul tidak siuman?
2.       “Kenapa dengan orang ini”
3.       “Dia ni ada masalah dengan keluarganya”
4.       “Saja-saja aje dia ni”
5.      Dia ni nak perhatian”

Ø  TUJUAN ATAU KEUTAMAAN
Memastikan keselamatan semua pelajar terutamanya murid yang menjadi sasaran suspek itu serta warga sekolah tidak terjejas.
Ø  CARA MENGATASI
Bagi mengatasi permasalah ini satu kajian menyeluruh terhadap aspek perlakuan orang ‘kurang siuman’ tersebut perlulah dikaji dan mengikut definisi aras permasaalah ini merupakan satu permasalahan intrapersonal. Keperluan pengurus perlulah memahami situasi dan keadaan orang tersebut dan mendapatkan maklumat berkenaan diri beliau tentang latarbelakang dan tahap kewarasannya supaya satu pendekatan yang sesuai dapat dilaksanakan. Perkara penting seperti nama, asal-usul dan keluarga terdekat lelaki tersebut perlulah diperolehi bagi memahami situasi perlaku. Mengetahui atas sebab punca berlakunya tindakan yang dilakukan oleh orang kurang siuman itu, supaya pendekatan penyelesaian        dapat   diatasi  dengan            segera.




Ø  PEMIKIRAN SECARA RAWAK

1.         Memagar kawasan kejadian dengan tidak membenarkan pelajar-pelajar
            menghampiri dan melihat.
2.         Mengarahkan guru-guru yang berada di dalam kelas mententeramkan pelajar
dengan memberi “Pep Talk”.
3.         Jangan menimbulkan kemarahan orang kurang siuman tersebut.
4.         Menghubungi ahli keluarga orang kurang siuman tersebut.
5.         Menyediakan makanan, minuman dan rokok.
6,         Dalam situasi tenang dan jangan panik.
7.         Memanggil pihak berkaitan seperti Polis, Hospital dan Bomba.
8.         Cuba mengadakan situasi yang melekakan orang kurang siuman itu.


Ø  RANCANGAN PERUNDINGAN

ü  Langkah 1 –
Kenal pasti dan takrifkan masalah. (Identify and define the problem)
Pada peringkat yang pertama pengurus perlulah mendapatkan maklumat asas tentang pelaku tersebut dengan meminta orang tempatan atau yang mengenali pelaku tersebut. Segala aspek seperti kehendak, keperluan dan status kewarasan pelaku hendaklah diambil kira. Di samping itu perunding haruslah cuba mendekati suspek dan melayan keperluan beliau dan mengapa tindakan dilakukan. Keselamatan pelajar adalah satun priority di dalam kes ini kerana pelaku memiliki senjata merbahaya.

ü  Langkah 2 –
Mengumpulkan semua isu-isu yang berkaitan. (Assembling and priorising the issues )
Isu-isu lain yang berkait dengan masalah utama dalam kes ini ialah:
1.         Seorang kurang siuman telah menceroboh kawasan sekolah.
2.         Berjaya menahan seorang murid sekolah dan dijadikan tebusan.
3.         Membawa senjata merbahaya ke kawasan sekolah.

ü  Langkah 3 –
Kenalpasti apa kehendak kita. (Defining your interest : why you want?, what you want? )
1.      Ancaman dapat dihindari.
2.      Murid yang ditahan dapat dilepaskan tanpa sebarang kecederaan.
3.      Pelaku dapat dikawal dari terus melakukan sebarang gangguan.
4.      Senjata dapat diambil semula.
5.      Sebagai perunding apa yang kita mahukan adalah pelaku tersebut melepaskan pelajar tersebut dan tidak bertindak secara agresif.

ü  Langkah 4 –
Mengetahui had keupayaan dan alternatif. ( Know your limit and alternatives )
Dalam menjalankan perundingan ini, sebagai seorang pengurus perlulah mengetahui had keupayaan yang boleh dimiliki:
1.         Berada di kawasan sekolah dan di kelilingi
2.         Sokongan dan bantuan boleh diperolehi dengan segera.

ü  Langkah 5 –
ü  Menentukan sasaran dan pembukaan tawaran. (Set Target and Openings)
Untuk menentukan apakah keupayaan dan kebolehan menghadapi perundingan yang akan dijalankan boleh dipastikan melalui rajah di bawah:
The Headmistress’s view of the Computer Negotiation

ü  Langkah 6 –
Menilai keupayaan kita. (Assess Own Constituents)
Dalam kes pencerobohan, pihak Guru Besar perlu menilai keupayaan sejauh mana pihak sekolah dapat menangani situasi ini dengan cara kolaboratif tanpa menjejaskan nyawa atau keselamatan mana-mana pihak. Oleh itu, pihak sekolah harus menilai:

1.      Keupayaan guru-guru dan stafnya memberi bantuan dalam situasi genting.
2.      Jarak sekolah dari balai polis berdekatan.
3.      Kepantasan mangsa ibu bapa berada di sekolah.
4.      Kepantasan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) berada di sekolah
5.      .Jika perundingan pihak sekolah gagal, kepantasan perunding profesional berada di sekolah.
ü  Langkah 7 –
Membuat analisis mengenai orang kurang siuman. (Analyze the other party)
Mengapa beliau melakukan demikian dan apa yang beliau inginkan.? Perkara-perkara yang perlu diambil kira:
1.      Sumber, minat dan kehendak yang dimiliki.
- Keadilan dan penghargaan
2.      Pilihan lain yang boleh dimiliki oleh orang kurang siuman tersebut
- Membuat penafian, mencari helah, berdalih
- Menjadi lebih agresif
- Berubah menjadi lebih positif
3.      Kuasa yang dimiliki oleh orang kurang siuman tersebut untuk membuat perundingan
4.      Strategi dan taktik yang mungkin boleh digunakan:
- Mempertahankan diri
- Meraih simpati seperti merayu, menangis
- Bersetuju untuk berubah

ü  Langkah 8 –
Apakah strategi yang hendak digunakan. (What strategy do I want to pursue?)
Untuk mendapatkan hasil perundingan yang baik perundingan dijalankan dengan pendekatan       penyelesaian            masalah           bersifat                        distributive.

Perundingan ini juga dikenali dengan nama win-lose atau zero-sum disebabkan oleh taktik hard-ball yang digunakan oleh pihak perunding. Tujuan utama dalam stail perundingan ini adalah untuk mencapai kemenangan untuk pihak sendiri tanpa memikirkan pihak berlawan. Matlamat utama perunding adalah menewaskan pihak lawan. Situasi perundingan ini adalah bersifat distributive. Kaedah ini banyak menggunakan kuasa untuk mempengaruhi dan menundukkan pihak lawan seperti menggunakan ugutan, tindakan undang-undang, kekerasan serta hukuman. Strategi bersaing atau berlawan ini adalah strategi yang selalu digunakan apabila kita berkonflik dan cuba menyelesaikan konflik itu. Masing-masing pihak akan cuba memaksa pihak yang satu lagi supaya setuju dengan kemahuannya.

Apabila kita melawan kehendak orang itu, punca konflik pada pandangan kita adalah sangat mustahak dan kita cuma mahu menang sahaja. Apabila kita gunakan strategi melawan, kita mahu perkara itu diselesaikan semaksimanya mengikut diri kita. Dalam strategi ini kita tidak menjaga perhubungan kerana menganggapkan bahawa perhubungannya bukanlah perkara yang paling penting. Strategi ini juga dikenali dengan nama ‘menang sekarang, kalah kemudian’. Strategi ini ialah contoh cara berfikir yang singkat. Ia cuba mendapatkan sebanyak-banyaknya apa yang boleh didapati sekarang dan tidak pedulikan pada kesan jangka masa panjang perbuatan itu terhadap perhubungan yang ada. Strategi bersaing/berlawan/contending hanya sesuai digunakan dalam situasi-situasi            berikut:

1.      Konflik itu tidak melibatkan sebarang perhubungan baik pada masa sekarang mahupun pada masa akan datang.
2.      Perhubungan itu tidak penting pada masa akan datang.
3.      Pihak yang satu lagi bukan orang baik-baik dan tak boleh dipercayai.
4.      Kita tidak perlukan orang itu pada masa depan.
5.      Menyelesaikan punca konflik itu lebih penting daripada menjaga perhubungan yang ada.

ü  Langkah 9 –
ü  Bagaimana hendak membentangkan isu pada orang tidak siuman tersebut?
(How will I present issues to other party?)
Dalam situasi ini, kaedah yang dipergunakan adalah dengan menggunakan kuasa untuk mempengaruhi dan menundukkan pihak lawan seperti tindakan undang-undang serta hukuman. Pujukan juga digunakan untuk mententeramkan perasaan orang tidak siuman tersebut. Menegaskan kepadaorang tidak siuman bahawa memegang pelajar sebagai tebusan tidak akan menguntungkan tetapi sebaliknya akan merumitkan dan menyusahkan kedudukannya dalam aspek undang-undang.

ü  Langkah 10 –
Peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjalankan perundingan.
(What protocol need to be followed in this negotiation?)
1.         Masa Dalam setengah jam pertama memastikan orang kurang siuman diberikan ketenangan dengan perundingan yang telah dirancangkan. Satu jam berikutnya, masalah orang kurang siuman ini perlu diselesaikan. Jika tidak dapat diselesaikan, barulah dilaporkan kepada pihak yang berkaitan seperti Polis, Hospital dan pihak Bomba.

2.         TempatKeadaan begini tidak membenarkan sekolah memilih tempat kejadian, oleh itu pihak sekolah hanya boleh memastikan tempat kejadian dikuarantinkan, dan bebas daripada objek-objek yang boleh dijadikan senjata dalam situasi genting ini.

3.         Agenda Secara impromptu. Bergantung kepada situasi.

4.         Wakil Perunding BerpengalamanMemberikan tugas kepada warga sekolah yang berpengalaman seperti Guru Kaunseling atau guru lelaki yang berani menghadapi situasi sebegini rupa.

5.         Senarai Semak Pelaksanaan Perundingan Guru Besar/Guru Kaunseling/Guru Berani (Berpengalaman)
Membina kepercayaan dan keyakinan
Ø  Mencungkil untuk memperolehi lebih maklumat / perincian mengenai pihak lawan.(Probe for more details / information gathering)
Ø  Menetapkan masalah dari perincian / data yang diperolehi kemudian mendapatkan bantuan professional. (Problem established from information then seek professional assistance)
Ø  Sentiasa menenangkan emosi serta kekalkan kawalan terhadap situasi. (Stay cool and in control)
Ø  Perhatikan “body language” pihak lawan samada “open posture” atau “closed posture”.
Ø  Open Postures – Tanda kerelaan oleh pihak lawan untuk mendengar dan berbincang.
Ø  Closed Postures – Tanda sikap negatif serta ketidak relaan untuk berunding atau berubah pandangan atau pendapat.
Ø  Berpura-pura mengikut pendapat dan situasi pihak lawan supaya tidak menimbulkan kemarahan pihak lawan.
Ø  Jangan membangkitkan penipuan pihak lawan kerana ia akan mengakibatkan perkara yang serius terhadap perhubungan serta kepercayaan yang telah dibena setakat perundingan.
Ø  Sentiasa bersedia dan berawas supaya tidak terperangkap kepada pihak lawan. (Don’t be caught off guard).
Ø  Perihatin terhadap ”outburst” (peletusan pihak lawan.)
Ø  Bertanyakan persoalan-persoalan yang sesuai.
Ø  Sentiasa memberi perhatian terhadap apa yang telah disebut atau jawapan-jawapan pihak lawan.
Ø  Kenal pasti apa yang memotivasikan pihak lawan dan beri tumpuan kepada keperluannya dan bukan apa kehendaknya/keinginannya.
Ø  Memek muka dalam keadaan tenang dan mesra.
Ø  Berkomunikasi pada tahap mental yang sebaya dengan pihak lawan.
Ø  Sentiasa ingat tentang prioriti utama iaitu keselamatan pelajar.
Ø  Perhatikan kasut yang dipakai sama ada bersesuaian dengan situasi kecemasan.
6    Sebelah Pihak (Orang kurang siuman)
Ø  Adakah memegang senjata?
Ø  Adakah dia berada dalam situasi “agitated” (agitasi).
Ø  Adakah dia menjerit-jerit.
Ø  Adakah dia kelihatan penat.
Ø  Mengidentifikasikan satu bahasa/dialek yang mudah difahami olehnya.
Ø  Memastikan dia tidak berdiri/berada di tempat yang tidak merbahaya seperti kaki lima dan sebagainya.
Ø  Kenal pasti status sosialnya
Ø  Kenal pasti justifikasi tindakannya.
Ø  Dapatkan data dan maklumat lampaunya (past history).
7    Keadaan
Ø  Adakah ia dalam keadaan “volatile”?
Ø  Adakah tempat kejadian membahayakan pelajar dan orang kurang siuman itu?

Ø  KESIMPULAN
Leigh Thompson dan Reid Hastie mencadangkan bahawa persepsi perunding dan pertimbangan mereka mempunyai pengaruh penting ke atas pertimbangan keputusan yang diambil oleh mereka tentang diri sendiri, pihak yang lain, kemudahan kedua-dua pihak, tawaran diri dan tawaran pihak lawan, outcome perundingan dan proses rundingan secara keseluruhan. Dengan adanya strategi yang telah diaplikasikan di atas, ianya membolehkan proses perundingan dengan orang kurang siuman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan. Namun sekiranya rundingan yang dilakukan tidak memberikan kesan yang positif, maka alternatif yang digunapakai ialah melaporkan kepada pihak yang berpatutan untuk menyelesaikannya. Perundingan berlaku apabila dua pihak sedang berusaha untuk mencari satu penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua          pihak.  Itulah   yang    dinamakan            perundingan.

Sewaktu perundingan, perunding perlu menyakinkan pihak lain dengan menawarkan sesuatu yang bernilai dan berpatutan mengikut kemampuan perunding. Perunding juga perlu memberi kepercayaan pihak lain bahawa konsesi mereka tidaklah begitu tinggi nilainya seperti yang mereka fikirkan. Jesteru itu kandung mesej yang hendak disampaikan menyakinkan dan berjaya mempengaruhi dan memujuk seseorang itu menerima sebarang tawaran, lebih-lebih lagi dalam kecemasan seperti mana yang berlaku kes di atas. Perunding perlu bijak bitara serta kreatif di dalam berunding demi keselamatan  kedua-dua       pihak. 



BIBLIOGRAFI 

Ainon Mohd (2003). Psikologi Kejayaan. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Baden Eunsen (1994). Negotiation Skills. Victoria Australia: Australian Print Group.

Tan Joo Sing & Lim Ngah (2002). Strategi Negotiation Across Cultures. Singapore: An Asian Publiction.
http://en.wikipedia.org

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB