“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

KAJIAN KES RUNDINGCARA DI SEKOLAH

Pendahuluan

Negotation atau rundingan berlaku apabila dua pihak sedang berusaha untuk mencari satu penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak. Sebagai seorang pengurus, perundingan merupakan situasi yang paling rumit yang perlu mereka hadapi sepanjang kerjaya mereka. Perundingan diadakan kerana adanya konflik atau ketidaksetujuan keinginan atau keperluan antara dua pihak yang berlainaan. Dalam sekolah, ia berlaku di antara Guru Besar dengan staf, guru, pelajar, pembekal, ibu bapa serta pihak-pihak jabatan atau kementerian. Ia juga perlu dilakukan jika terdapat situasi yang tidak terduga. Seperti   dalam  kes       orang   kurang siuman ini.

Seterusnya rundingan akan berlaku apabila sesorang merasa terdapat perbezaan yang tidak secocok dan keadaan ini akan menyebabkan pertentangan atau kekacauan. Sekiranya seseorang itu merasa wujud perbezaan tidak kira sama ada perbezaan itu benar-benar wujud atau tidak, konflik telah wujud. Apabila berlakunya dua atau lebih motif tidak dapat dipuaskan kerana yang satu lagi menganggu yang lain maka wujudlah konflik sekiranya dibiarkan secara berterusan. Maka konflik yang kecil akan menjadi besar dan boleh mengakibatkan kesan yang negatif terhadap organisasi malah ianya akan wujud     perkara-perkara yang   tidak    diingini dan     luar      jangkaan          organisasi.

Konsep Negotiation

Perundingan merupakan satu proses di mana pihak-pihak yang terlibat perlu mencari penyelesian terhadap perdebatan (dispute), persetujuan dengan tindakan-tindakan yang dipilih, berunding untuk kelebihan seseorang individu ataupun secara kolektif supaya dapat menghasilkan ‘outcomes’ yang positif kepada kedua-dua pihak. Ia juga dianggap sebagai satu bentuk alternatif dalam penyelesian perdebatan (alternative dispute resolution). Melalui definisi ini kita dapati bahawa perundingan berlaku dalam semua situasi dalam kehidupan seseorang dari pergaulan harian sehingga kes-kes guaman dimahkamah.

Perundingan bukan bertujuan mengalahkan, mengintimidasikan, mahupun mengarah pihak lawan, tetapi lebih berarah mencari penyelesaian masalah dengan mencari persetujuan dengan menitikberatkan semua keperluan serta kehendak pihak yang terlibat. Skil perundingan adalah skil yang amat diperlukan. Ia harus diperolehi melalui pengetahuan dalam teori dan amalan perundingan yang mantap. Demi menguruskan sesuatu ‘dispute’ dengan berkesan serta koperatif seseorang harus mempunyai ciri-ciri:

i.Empati
ii.Daya kesabaran
iii. Penilaian terhadap limitasi pihak lawan
iv. Kebolehan memberi konsesi tanpa menjejaskan kedudukan sendiri
v. Bersikap adil
vi. Kebolehan menjangka titik penyelesaian pihak lawan
vii. Pendekatan yang inovatif
Menurut Tim Hindle (1998), menyatakan bahawa:”Negotiation occurs when someone else has what you want and you are prepared to bargain for it, and vise versa. Negotiation takes place every day between family members, with shopkeepers, and almost continuously in the workplace”.
Kemahiran berunding ialah kebolehan seseorang individu mendapatkan persetujuan dari pihak lawan mengenai sesuatu perkara yang dirunding bagi tujuan tertentu sama ada untuk kepentingan dirinya atau untuk kepentingan bersama. Manakala Katz & Kahn (1978) melaporkan bahawa kebanyakan perunding berpendapat bahawa fokus yang penting adalah cara proses perundingan itu dilaksanakan. Perlaksanaan biasanya menggunakan teknologi yang spesifik bersamaan sistem komunikasi dan sumber maklumat            yang    baik.
Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987), pula menekankan ruang rujuk perundingan kepada khidmat kemanusiaan. Ianya sesuai dengan pendapat Lippitt (1978). Perundingan dikatakan merupakan khidmat kemanusiaan yang mementingkan proses penyelesaiaan masalah itu secara sukarela. Khidmat perundingan boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsultinya. Di samping itu, asas proses perundingan bertujuan untuk membantu konsulti memperkembangkan kemahiran dan sikapnya supaya boleh berfungsi dengan lebih berkesan terhadap pihak yang ia bertanggungjawab. Seseorang perunding yang berkesan perlu memahami bagaimana manusia akan menyesuaikan diri dan menyesuaikan semula apa yang mereka katakan semasa rundingan berasaskan kepada kelakuan pihak lawan dan apa jangkakan akan dilakukan oleh pihak lawan.
Ia umpama bermain catur. Kedua-dua pihak akan ada teknik dan taktik yang diperakui sebagai berkesan. Namun, pada ketika manakah teknik dan taktik itu boleh menikam pihak lawan, itulah jurus yang perlu dikuasai. Dua orang profesional yang berunding, pasti mempunyai buah pukul yang hebat.
Bagi seorang amatur, apabila dapat apa yang dihajati dalam sesuatu rundingan, tentu si amatur itu fikir dia sudah berjaya. Siapa tahu nasibnya malang, jika pihak kedua itu sebenarnya seorang profesional, barangkali dia telah dapat kelebihan tanpa disedari oleh si amatur yang mungkin sudah siap tersenyum puas.
Supaya kelihatan intelektual, buku Robert B. Maddux, Successful Negotiation: Effective Win-Win Strategies and Tactics. Mempunyai banyak perkara penting.Antaranya dalam berunding perlu gunakan jurus gema (echoing). Caranya, ulang balik apa yang ditawarkan oleh pihak lawan dalam bentuk soalan. Paling tidak, akan ada tiga kebaikan.
  1. Tawaran akan diperbaik oleh pihak lawan kalau dia rasakan nada anda berperisa negatif.
  2. Pihak lawan mungkin akan menjustifikasikan tawarannya itu – memperlihatkan kewajaran tawaran tersebut dari sudut lain. Dari situ, anda masih boleh mencari buah pukul daripada justifikasinya itu, sama ada wajar atau tidak.
  3. Gema memberikan anda kesempatan untuk fikirkan tawaran balas. Jika pula si pihak lawan gemakan tawaran anda, sila beringat awal-awal dan bertegas dengan
tawaran itu. Jangan tertipu dengan teknik sendiri yang dimanipulasikan kembali olehnya. Ketegasan anda akan berikan dia tiga pilihan; terima, tolak ataupun cadangkan alternatif.

Ciri-Ciri Rundingan

Terdapat dua atau lebih pihak, individu, kumpulan atau organisasi dimana wujudnya konflik keinginan dan keperluan antara dua atau lebih pihak dan pihak-pihak ini perlu mencari jalan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sekiranya konflik ini tidak diatasi maka daripada permasalahan yang kecil akan menjadi besar dan mengakibatkan berlakunya ketegangan antara kedua belah pihak. Oleh itu pihak-pihak berkenaan perlu berunding yang mana lebih suka kepada pendamaian dan satu keputusan yang diterima oleh kedua-dua belah pihak sama ada menang-menang atau menang- kalah.

Rundingan yang berjaya akan melibatkan persetujuan tentang apa yang boleh dilihat, penyelesaian apa yang tidak dapat dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung kedua-dua pihak semasa rundingan. Dalam perundingan yang dibuat, kedua-dua belah pihak mengharapkan “give and take” iaitu mengharapkan pihak lain akan mengubahsuaikan atau mengkompromi atau mengalah dalam permintaan mereka.

Dalam buku Teach Yourself Negotiating, karangan Phil Baguley, dijelaskan tentang definisi perundingan iaitu suatu cara untuk menetapkan keputusan yang dapat disepakati dan diterima oleh dua pihak dan menyetujui apa dan bagaimana tindakan yang akan dilakukan pada masa hadapan. Justeru itu dalam perundingan komunikasi merupakan perkara yang penting. Ia merupakan cara asas kerjasama dan kordinasi dari berbagai-bagai tenaga menusia diperolehi, kerjasama dan kordinasi memerlukan permindahan dan penerimaan mesej antara manusia supaya setiap orang mengetahui apa orang lain mahu mereka        lakukan.


Sinopsis Kes


Loceng sekolah 1.15 tengah hari berbunyi menandakan waktu persekolahan Sekolah Kebangsaan Buah Rambai telah tamat.  Cikgu Suhaizi yang mengajar mata pelajaran jadual terakhir telah keluar awal 10 minit dari bilik darjah Tahun Enam Cempaka menuju ke bilik gerakan untuk bermesyuarat.  Tiba-tiba seorang murid berlari ke arahnya sambil berteriak menyatakan sekumpulan murid dari Tahun Enam Cempaka seramai 9 orang sedang bergaduh dan mencederakan seorang murid di kawasan tempat letak basikal.  Apabila Cikgu Suhaizi bergegas ke tempat kejadian, beliau telah meleraikan pergaduhan tersebut.  Amir, murid yang dipukul telah pengsan dan kelihatan perutnya berdarah kerana ditikam dengan objek tajam.  Tanpa berlengah, Cikgu Suhaizi telah membawa murid tersebut ke bilik guru berhampiran tanpa memaklumkan kejadian tersebut kepada guru disiplin dan guru besar.  Keesokkannya, bapa murid yang cedera iaitu En. Saman datang ke sekolah menyatakan beliau telah membuat laporan polis dan ingin menuntut gantirugi atas peristiwa tersebut.

Perbincangan Kes


Plaintif mengemukakan  dakwaan TORT untuk meminta ganti rugi
Apakah Isu Perundangan yang timbul ?

Isu-Isu Perundangan

 

Isu 1

Adakah En Suhaizi mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap Amir?


Sokongan Kes

Zazlin Zahira Hj. Kamarulzaman (Budak) menuntut melalui bapa dan penjaganya Hj. Kamarulzaman Bin Mohd Ali lawan Louis Marie Neube  Rt. Ambrose a/l J. Ambrose & 2 lagi [1994] 4 CLJ 637.
Fakta Kes :
            Defendan pertama, seorang guru muzik Tahun 1 telah mengadakan gerakan ‘Gerabak Kereta api’ : di mana murid-murid membuat pergerakan mengikut rentak muzik.   Sebelum aktiviti dimulakan, Defendan pertama telah mengingatkan murid-murid supaya tidak tolak-menolak antara satu sama lain, berlari ataupun keluar dari barisan masing-masing. Semasa melakukan pergerakan mengelilingi bilik darjah, plaintif terjatuh dan tangan kanannya patah. Bapa plaintif selaku penjaganya telah menuntut ganti rugi atas kecederaan yang dialami oleh anaknya.

Keputusan Kehakiman :

            Hakim  Mahkamah  Tinggi,   Yang   Arif    Datuk Hj. Mokhtar Bin Hj. Sidin. memutuskan bahawa sebagai seorang guru, defendan pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif dan berkewajipan bertindak menjaga keselamatan murid-murid yang berada di bawah penyeliaannya.
Yang Arif berpendapat bahawa perhubungan khas antara guru dengan murid telah mewujudkan satu keadaan di mana seseorang guru mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap muridnya. Oleh itu, guru terpaksa mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menjaga keselamatan muridnya.

Aplikasi

            Sebagai seorang guru, En Suhaizi mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap semua pelajar di bawah jagaannya termasuk Amir. Sebelum meninggalkan kelas En Suhaizi berkewajipan memastikan semua murid telah mendapat perlindungan yang munasabah dari pelbagai bentuk ancaman. Tahap penyeliaan perlu mengambil kira faktor umur, keadaan dan jumlah murid dalam kelas.

            Namun di dalam kes ini, En Suhaizi selaku defenden telah gagal melaksanakan satu pendekatan yang sesuai dengan tindakan mengambil langkah berjaga-jaga. Ini dapat dilihat dalam kes Mohamed Raihan bin Ibrahim Lwn Government of Malaysia  & Anor.
Di dalam kes ini, guru berkenaan di dapati melakukan kesalahan kerana tidak berada hampir dengan tempat kejadian bagi menggelakkan sebarang komplikasi yang mungkin berlaku. Selaku guru, tindakan beliau mengambil risiko dengan membiarkan murid 6 Cempaka dengan tiada pengawasan sewajarnya.

Kewajipan berjaga-jaga wujud apabila faktor berikut wujud, iaitu
  1. Kerugian atau kecederaan dapat dijangka secara munasabah.
  2. Terdapat sesuatu hubungan rapat dan kaitan langsung antara plaintif dengan defendan.

Di dalam kes ini, berlaku kecederaan kepada Amir selaku plaintif yang mempunyai hubungan yang rapat iaitu di antara guru dan murid dan secara tidak langsung terdapat unsur ’In Loco Parentis’ terhadap Amir yang perlu dilaksanakan oleh Encik Suhaizi. Encik Suhaizi juga terbabit dengan kesalahan tidak mengambil kewajipan langkah berjaga-jaga kerana secara cuai telah mendedahkan pelajar 6 Cempaka terhadap situasi yang berbahaya tanpa pengawasan yang munasabah. Ini kerana terdapat pelajar yang membawa senjata tajam kesekolah tanpa disedari oleh beliau. Beliau juga tidak memberikan arahan yang mencukupi ketika meninggalkan kelas 6 Cempaka kepada pihak yang berautoriti seperti guru lain atau seorang dewasa yang boleh mengawal keselamatan pelajar Tahun Enam Cempaka.

            Kecederaan pada Amir mungkin tidak terjadi jika mereka diawasi dengan lebih teliti dan En Suhaizi perlu mengetahui tentang ancaman yang mungkin terjadi dengan ketiadaan beliau dan meninggalkan kelas di dalam risiko yang boleh dianggarkan. Dengan keadaan murid yang telah berusia 12 tahun seharusnya Encik Suhaizi sedia maklum akan risiko yang bakal dihadapi oleh pelajar Tahun Enam Cempaka. Di dalam kes Zazlin sebagai contohnya, pihak hakim telah membebaskan guru berkenaan kerana pihak hakim berpendapat terdapat hubungan berjaga-jaga terhadap muridnya kerana guru berkenaan ada bersama-sama plaintif, namun di dalam isu En Suhaizi beliau tiada untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi mengelakkan insiden ini dari berlaku atau meminimakan kemungkinan terjadinya kes seperti ini. 
Rumusan.

Encik Suhaizi secara cuai telah tidak mengambil langkah berjaga-jaga terhadap Amir.


Isu 2

Adakah En Suhaizi telah melaksanakan kewajipan berjaga-jaga terhadap Amir?


Sokongan Kes
         Government of Malaysia & Ors lwn Jumat Bin Mahmud &Anor(1977) 2 MLJ 103

Fakta Kes :
Seorang pelajar telah mencucuk peha kawannya dengan pin, yang tajam mangsa/ plaintif telah berpusing ke belakang lalu mata kanannya terkena pensil yang tajam.Akibatnya pembedahan mata telah dijalankan tetapi akhirnya ia  menjadi buta.  Plantif dan bapanya telah menuntut ganti rugi .

Keputusan Kehakiman :
Mereka telah berjaya di peringkat mahkamah tinggi, guru tingkatan didapati cuai kerana tidak menyediakan penyeliaan yang mencukupi atau munasabah, tetapi Yang Arif Suffian L.P. Raja Azlan Shah F.J, & Wan Suleiman F.J, berpendapat defenden tidak bersalah dan telah menerima rayuan tersebut.

Aplikasi :
                 Sebagai seorang guru yang bertugas semasa berlakunya kemalangan tersebut En Suhaizi mempunyai kewajipan untuk memberi arahan yang munasabah kepada murid 6 Cempaka sebelum beliau menghadiri mesyuarat sekolah. Arahan yang jelas, tepat, bahasa yang mudah dan menggunakan istilah yang tidak mengelirukan pelajar tidak dilaksanakan oleh En Suhaizi. Seharusnya penyeliaan yang minimum seperti memberitahu rakan sejawat di kelas sebelah supaya menolong mengawal kelasnya perlu dilakukan. Risiko meninggalkan kelas tanpa pengawasan dan kewajipan berjaga-jaga terhadap murid yang umurnya muda adalah tinggi, ini ditambah lagi terdapat sekumpulan pelajar yang pembuli yang boleh menyebabkan masalah disiplin. Meninggalkan kelas tersebut tanpa “constant supervision” dan arahan yang jelas serta munasabah , walaupun 10 minit yang terakhir adalah cuai . Sepatutnya En Suhaizi perlu lebih “in loco parentis” sebagai penganti ibubapa. Pihak sekolah juga turut sama mempunyai ‘liabiliti vikarius’ di atas kemalangan yang dialami oleh Amir.

Isu 3

Adakah En Suhaizi telah memberi arahan yang munasabah?


Sokongan Kes 1
 Kiern-Price vs Kent County Council[2002] EWCA 1539

Fakta Kes
Seorang murid berumur 14 tahun yang sedang berdiri di tepi tiang gol telah mendapat kecederaan serius akibat daripada bola kulit yang terkena mukanya. Ketika itu waktu persekolahan belum bermula dan plaintif juga tidak bermain bola tetapi duduk berhampiran dengan tiang gol.

Keputusan  Kehakiman

Hakim mendapati bagi kecuaian tindakan, pihak sekolah telah tidak mengambil langkah yang berpatutan bagi mengenepikan kewajiban mereka di dalam menguatkuasakan arahan mengharamkan bola kulit bagi menghindari risiko yang jelas dan kecederaan yang boleh diramal. Kehakiman juga mendapati tindakan pihak sekolah mengharamkan penggunaan bola kulit masih tidak memadai kerana penguatkuasaan tidak dilaksanakan.




Aplikasi

            En Suhaizi perlu, disamping memberi arahan kepada muridnya mengambil tindakan lain yang munasabah seperti menempatkan guru lain atau autoriti lain bagi mengawasi kelas berkenaan dan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan murid sehingga mereka berada di luar kawasan sekolah. Tahap pengawasan ketika ini adalah berkaitan dengan selain arahan yang dikeluarkan namun ianya mestilah diikuti dengan tindakan pengawasan yang munasabah sebagai seorang dewasa yang mengawal sekumpulan pelajar yang masih ditahap tidak mempunyai pemikiran yang cukup untuk mengetahui buruk atau baik tindakan mereka. 

Merujuk kepada Kes Kiern – Price vs Kent County (2002) EWCA Civ 1539;Edu LJ 4(37), seorang responden iaitu Darly Kent-Price yang berumur 14 tahun telah cedera teruk di mata terkena sebiji bola kulit di kawasan sekolah , kemalangan berlaku jam 8.40am 7 Julai 1978, 5 minit sebelum sekolah bermula, pada ketika itu guru tidak melakukan pengawasan. Namun pihak mahkamah memutuskan tanggungjawab penyeliaan pada murid yang berada di dalam kawasan sekolah sama ada di dalam atau di luar waktu adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah. Ini meliputi langkah-langkah menjaga kesihatan dan keselamatan dalam semua keadaan .

Penyeliaan yang constant diperlukan  antara dua waktu rehat tetapi tidak semestinya perlu ketika waktu awal persekolahan. Mengikut Dyson LJ, “…In my judgment, a school owes to all pupils who are lawfully on its premises, the general duty to take such measures to care for their health and safety as are reasonable in all the circumstances”  Di dalam kes ini walaupun pihak pembelaan telah mengemukakan beberapa tindakan memberi arahan secara lisan dan bertulis tentang pengharaman penggunaan bola kulit, namun pihak mahkamah mendapati tiada unsur pencegahan berkesan yang dilaksanakan melalui penguatkuasaan.



Rumusan 

En Suhaizi mempunyai kewajipan memberi arahan yang jelas  dan “constant” terhadap murid-murid 6 Cempaka serta penguatkuasaan yang berkesan.

Isu 4
Adakah kecederaan Amir di sebabkan kecuaian En Suhaizi?

Sokongan Kes

Government of Malaysia & Ors. V. Jumat Bin Mahmud & Anor. (1977). 2MLJ103).

Fakta Kes :

            Seorang pelajar berumur 11 tahun yang berada dalam  darjah lima tercedera kerana tercucuk pensel yang dipegang oleh rakan setelah beliau memusingkan kepadanya secara mengejut setelah dicucuk dengan pin oleh rakannya. Akibatnya berlaku kecederaan dibahagian matanya.

Keputusan Kehakiman :

Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Hakim Raja Azlan memutuskan bahawa andaian yang menyatakan kecuaian guru mengawasi kelas menyebabkan kecederaan pelajar tidak boleh diterima kerana pengawasan guru belum pasti dapat mengelakkan kecederaan.
Apabila murid nakal menyebabkan kecederaan, ini tidak bererti pengurusan guru tidak wujud sama sekali berlaku. Hubungan berkaitan dengan kurangnya pengawasan dan kecederaan ke atas murid adalah andaian semata-mata.
Mahkamah Rayuan menerima  rayuan dan menolak keputusan terdahulu yang diputuskan oleh  Mahkamah Tinggi.


Aplikasi

            Bagi menentu kecederaan Amir akibat kecuaian Encik Suhaizi di dalam  melaksanakan kewajipan,  pihak plaintif perlu ada bukti yang menunjukkan bahawa guru telah gagal mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi Amir dari kecederaan dan  di dalam kes ini En Suhaizi gagal untuk memenuhi aspek ini, iaitu tiada di kelas semasa kejadian berlaku. Dilihat di dalam kes Government of Malaysia & Ors. V. Jumat Bin Mahmud & Anor dapat dilihat bahawa pihak defenden iaitu guru kelas berada di dalam kelas dan tidak menjangka perlakuan yang akan berlaku. Hakim Raja Azlan Shah dengan jelas menyatakan bahawa pensil bukanlah merupakan peralatan yang membahayakan pelajar di dalam kelas. Liabiliti akan wujud jika kecederaan tersebut boleh diramalkan secara munasabah dan Encik Suhaizi secara cuai telah  gagal mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah.

Menurut Yang Arif Raja Azlan Shah ; walaupun guru berkewajipan berjaga-jaga namun begitu kewajipan itu tidak memberi jaminan perlindungan seratus peratus terhadap sebarang kecederaan dan bahaya.  Namun bagi kes Encik Suhaizi pernyataannya adalah sebaliknya.

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah Am Bab D, Perkara 4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh:
a.                   Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendirian.
e.                   Kurang cekap atau kurang usaha.
g.                  Tidak bertanggungjawab
j.                    Cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya

Surat Pekeliling Bil 1/1995
Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di dalam dan Luar Sekolah.      
Perkara 3.6
3.6.1 Sebarang kemalangan atau kederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada Pengetua/ Guru Besar dengan segera.

Di dalam isu ini, apa yang boleh dilihat adalah unsur kecuaian Encik Suhaizi dari aspek penyeliaan kelas dan kegagalan melaporkan kejadian dengan segera kepada pihak pengurusan sekolah adalah berkaitan dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah Am Bab D.

Menurut Kamus Random House, (1997), kecuaian adalah kegagalan mengambil tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Kecuaian berlaku sama ada ketika seseorang melakukan sesuatu perbuatan di mana ia tidak harus melakukan ataupun sengaja tidak melakukan perbuatan apabila ia patut melakukannya.

Konsep liability vikarius yang merujuk kepada keadaan di mana pihak majikan dianggap turut bertanggungjawab terhadap kesalahan pekerjanya dalam sesuatu kes kecuaian juga boleh diaplikasikan di sini. Ini bermakna apabila seorang pekerja sedang bertugas pada waktu kejadian kecuaian itu berlaku, pihak majikan kepada pekerja tersebut juga terpaksa membayar ganti rugi. Tambahan pula kejadian berlaku apabila Encik Suhaizi dikehendaki menghadirkan diri ke mesyuarat yang diadakan oleh pihak sekolah.

            Beberapa aspek kecuaian perkhidmatan telah dapat dilihat daripada pelbagai aspek terutama di dalam kewajipan berjaga-jaga.

1.  Di antara kecuaian yang telah dilakukan oleh En Suhaizi adalah tidak mematuhi prosedur tindakan yang perlu diambil oleh seorang penjawat awam di dalam kes kemalangan dan kecederaan seperti di dalam arahan perkhidmatan.
2.  Sekiranya kecederaan yang dialami oleh Amir adalah akibat daripada kecuaiannya sendiri. Pihak mahkamah berkemungkinan besar akan menolak tuntutan plaintif. Namun terdapat unsur kecuaian defenden di dalam perkara ini.
Rumusan
            Kecederaan Amir adalah kerana  kecuaian En Suhaizi dari segi penyeliaan dan pengendalian kelas beliau semasa P&P.

Isu 5
Adakah En Suhaizi telah mengambil langkah pengawasan yang munasabah terhadap sekumpulan muridnya ?

Sokongan Kes
Chittock v Woodbridge School [ 1957 ] 1 WLR 582

Fakta Kes
            Chittock, seorang pelajar Tingkatan Enam, 17 ½ tahun, mengalami kecederaan ketika menyertai aktiviti menggelongsor ais yang dianjurkan oleh Woodbridge School ke pergunungan Alps dengan pelajar yang berumur 14 tahun. Walaupun mereka sepatutnya tidak menyertai percutian ini, namun di atas persetujuan bersama dengan ibubapa tiga orang murid senior termasuk Chittock turut serta. Chittock telah menyaman pihak sekolah kerana kecuaian dalam pengawasan keselamatan pelajar  di mana beliau telah mengalami kecederaan semasa sedang menggelongsor ais.

Keputusan Kehakiman.

            Mahkamah rayuan menolak keputusan Mahkamah Rendah dengan menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh Chittock adalah akibat kecuaiannya sendiri kerana menggelungsur di tempat larangan serta terdapatnya unsur bahawa  Chittock  bersetuju untuk menyertai program ini dan tanpa pengawasan dari pihak sekolah semasa melakukan aktiviti.
           



Aplikasi Kes.

            Sekiranya Amir dan pihak terlibat mengingkari arahan dan peraturan keselamatan serta pengawasan yang munasabah yang telah diambil oleh En Suhaizi, kemungkinan kesalahan dari aspek kecuaian akan dapat diminimumkan namun di dalam isu ini terdapat kecuaian yang telah dilakukan oleh En Suhaizi. Di dalam kes Chittock, pihak kehakiman telah melepaskan pihak defenden dari dipertanggungjawabkan kerana terdapatnya unsur  ’Non Fit Injuria’ sebelum mereka dibenarkan menyertai program berkenaan. Namun di dalam kes Encik Suhaizi  plaintif merupakan seorang pelajar yang dari segi umurnya masih perlu pengawasan yang optimum sebagai langkah berjaga-jaga. Di dalam sokongan Perkhidmatan jelas dinyatakan tentang beberapa aspek kesalahan yang terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1986            
         Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.
         Masalah disiplin termasuk kejadian menyerang guru & rakan-rakan sebaya merupakan satu tindakan salahlaku yang berat.

Tindakan sembilan pelajar yang menyerang Amir merupakan  satu kesalahan yang berat
dan boleh di ambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan, Seksyen 336 yang 
menyatakan bahawa :-
                  barangsiapa melakukan apa-apa perbuatan dengan sebegitu gopoh
                  atau cuai hingga membahayakan nyawa manusia, atau keselamatan
                   diri orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempuh
                  yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai
                  lima ratus ringgit, atau kedua-duanya.

            Dalam kes ini, En Suhaizi mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap Amir dan murid-murid 6 Cempaka. Terdapat  bukti yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kecederaan Amir  dengan tindakan Encik Suhaizi adalah melepasi had kewajipan berjaga-jaga yang perlu dilakukan oleh En Suhaizi.


Rumusan
Encik Suhaizi telah gagal mengambil langkah pengawasan yang munasabah.

Refleksi Kes.

            Berdasarkan kes ini, pihak plaintif mempunyai peratusan  yang tinggi di dalam memenangi kes ini jika di bawa ke mahkamah. Justeru itu, berdasarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan di dalam pernyataan di atas adalah lebih baik jika pihak sekolah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan kes ini diluar mahkamah serta perbincangan yang akan memberi satu konsep ‘Win-Win Situation’  Ini kerana di dalam aspek tort keempat-empat unsur seperti  1.Wujud kewajipan berjaga-jaga antara guru/sek & pelajar; 2. Kewajipan berjaga-jaga dimungkiri akibat guru /sek gagal mematuhi tahap berjaga-jaga yang diperlukan; 3. Kemungkiran kewajipan menyebabkan pelajar mengalami kerugian, atau kecederaan; 4. Hubungan rapat (proximity) antara tingkah laku guru/sek dengan kecederaan pelajar adalah berkaitan dan  boleh berjaya dibuktikan di dalam mahkamah.  Menurut Tie, 2002
            Istilah tort boleh ditakrifkan sebagai satu kesalahan yang dilakukan
             oleh seseorang defenden di mana plaintif berjaya membuktikan
             kesalahan itu akan mendapat gantirugi di dalam mahkamah sivil.

Dalehan dalam  tindakan tort seperti Non Fit Injuria di mana seseorang yg telah memberikan kebenaran utk diperlakukan sesuatu ke atas dirinya tidak boleh kemudiannya mengadu mengenai hal itu adalah tidak berkaitan di dalam isu ini. Namun  elemen-elemen seperti kecuaian dan kegagalan mengambil kewajipan berjaga-jaga akan berjaya dibuktikan. Di sini plaintif mendapat musibah akibat kecuaian defenden melindunginya dari ancaman dari rakan sebaya.  Di samping itu unsur  Liabiliti Vikarius akan dapat diimplementasikan  ke atas seseorang untuk tort yg dilakukan oleh seseorang yang lain.  Hubungan istimewa di antara  majikan  dan  pekerja di dalam  membenarkan tindakan untuk  mengarah atau  tindakan dilakukan oleh pekerja dalam bidang pekerjaannya adalah berkaitan dan pihak sekolah kemungkinan akan dinamakan sebagai defenden kedua di dalam tuntutan Tort ini kelak.

Bibliografi.


Tie, F.H (2002) Undang-Undang Pendidikan di Malaysia
            Shah Alam:Fajar Bakti Sdn Bhd

Kamus Undang-Undang (1995) Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd

Lowe, G (1976) The Liability of Teachers and School Authorities for Injuries Suffered by    Students. The University of Queensland Law Journal 13(1),28

Education Law Journal (2000) Case Reports (Cabutan Nota Isu Perundangan Di Sekolah)
              United Kingdom ; Jordon Publishing 

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB