“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Saturday, November 29, 2014

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN: GURU BESAR DAN KEBERKESANAN SERTA PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH


Kejayaan  sesebuah  sekolah  bergantung  kepada  corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu (Hussein Mahmood, 2005; Mortimore, 1997). Dalam menghadapi transformasi pendidikan, penambahbaikan perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah selaras dengan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia(2013-2025).  Perubahan dunia yang pesat di dalam bidang teknologi maklumat dan ekonomi menuntut perubahan di dalam bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berwawasan di masa hadapan.  Kemenjadian dan keberhasilan pencapaian pelajar dan sekolah pada masa yang akan datang dicorakkan dengan penambahbaikan yang dilakukan pada masa sekarang.
Sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah  Haji  Ahmad,  2005).  Sebagai seorang pemimpin sekolah, guru besar adalah berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan sekolahnya berada di landasan yang betul untuk mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dan menjadi sebuah sekolah berkesan. Kejayaan  sesebuah  sekolah  bergantung  kepada  corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu (Hussein Mahmood, 2005; Mortimore, 1997) .

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
Keberkesanan sekolah pula diukur jika sekolah itu mencapai suatu status yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu dan menghasilkan impak yang dihasratkan. Pencapaian dan kecemerlangan sesebuah sekolah  terletak  pada kepimpinan yang berkesan. Di sinilah letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengembeleng tenaga dan minda bersama-sama dengan warga sekolahnya untuk mencapai apa yang disasarkan selaras dengan visi sekolah iaitu “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”.
Peter Mortimore (1995) dari Universiti London dalam kertas kerjanya yang berjudul Key Characteristics of Effective Schools telah menyenaraikan 11 ciri-ciri sekolah berkesan iaitu:

1. Kepemimpinan profesional
Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada pemimpin sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.


2. Perkongsian wawasan dan tujuan
Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh. Ciri ini juga bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.




3. Persekitaran pembelajaran

Ciri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.

4. Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
Ciri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai kajian oleh Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.

5. Pengajaran yang bertujuan
Mortimore mendapati kualiti pengajaran merupakan intipati sekolah berkesan, di samping memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur dan amalan yang fleksibel.

6. Jangkaan kejayaan yang tinggi
Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan ada kaitan yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Guru didapati sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang merangsang mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata pujian yang tekal.

7. Pengukuhan yang positif
Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap tindakan yang dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran atau hukuman perlu disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.

8. Memantau kemajuan
Berdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan kepada pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan kaedah mengajar yang terkini.
Di samping itu, sekolah perlu menegaskan kepada pelajar dan guru supaya mengambil berat tentang kemajuan pelajaran.

9. Hak dan tanggungjawab pelajar
Rumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.

10. Hubungan rumah-sekolah
Mortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.

11. Organisasi Pembelajaran
Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.

Abdul Shukor (1995) pula menyenaraikan ciri-ciri sekolah yang berkesan adalah seperti berikut :
1.      Guru besar mempunyai kepimpinan  yang kuat dengan tumpuan pengurusan adalah terhadap
peningkatan kualiti pengajaran,
2.      Membina iklim persekolahan di mana tiap-tiap murid berada dalam satu tahap pencapaian yang
ditetapkan terlebih dahulu dan tidak lebih rendah daripada itu,
3.      Mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlunya membina peraturan ketat, tenang dan
tanpa penindasan, tetapi selesa untuk suasana proses pengajaran,
4.      Memberi keutamaan terhadap proses pengajaran di mana sekolah berusaha bersungguh-sungguh
bagi memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan secara teratur dan memberi faedah, serta
5.      Mengesan kemajuan murid secara sistematik, iaitu guru besar dan guru-guru mengawas kemajuan  murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran.

Dalam menentukan keberkesanan sekolah,  guru besar sebagai pemimpin di sekolah perlu mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang profesional dan bermatlamat serta bijak merangka dan melaksanakan strategi bagi memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan untuk mencapai status sekolah berkesan. Dalam satu hasil pemerhatian yang telah dijalankan oleh 31 pensyarah Institut Aminuddin Baki di dalam buku bertajuk Amalan-amalan Terbaik Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah-sekolah Cemerlang di Malaysia mendapati dan mengesahkan bahawa 11 ciri-ciri yang diutarakan oleh Peter Mortimore telah dapat dikesan diamalkan oleh pemimpin-pemimpin sekolah berkenaan. Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin sekolah berperanan sebagai ‘live wire’ dalam menentukan keberkesanan sekolah.
 Justeru itu, dalam usaha untuk memastikan keberkesanan sekolah pemimpin perlu melaksanakan usaha penambahbaikan melalui amalan pembangunan profesionalisma guru di sekolah dengan  memberi penekanan kepada polisi dan struktur pengurusan, analisis keperluan, perancangan,  aktiviti serta pelaksanaan dan tindakan susulan. Dalam usaha untuk menjadikan sekolah berkesan, guru besar selaku pemimpin juga perlulah bijak mengesan, mengenalpasti dan menilai segala kekurangan dan kelebihan dari segi pengurusan, sumber manusia dan fizikal yang ada di sekolah untuk tujuan perubahan dan penambahbaikan. Menurut Hopkins et al (1994), penambahbaikan merujuk kepada proses perubahan dalam pendidikan akibat daripada keupayaan sekolah mengubah pengurusannya. Miles et al. (1987) pula berpendapat proses penambahbaikan merupakan proses perubahan yang sistematik terhadap pembelajaran dan faktor-faktor dalaman sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang berkesan. Van Velzen et al. (1985) pula mendifinasikan penambahbaikan sebagai satu usaha yang berterusan secara sistematik yang bertujuan merubah keadaan pembelajaran di satu atau lebih sekolah dan tujuan akhir untuk mencapai pendidikan yang lebih berkesan.

Kepimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan (Rahimah Haji Ahmad,2004, 2005). Pendidikan adalah satu bidang yang dinamik, kesan daripada perkembangan ilmu pengetahuan yang berterusan. Oleh itu, sebagai pemimpin , guru besar harus terus belajar supaya memiliki pengetahuan, pemahaman dan kemahiran terbaru berkaitan dengan profesion  ini.  Penambahbaikan sekolah  adalah satu usaha dan satu perubahan untuk memajukan sekolah sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa khususnya dalam bidang pembangunan profesionalisma guru-guru di dalam bilik darjah dan sekolah. Faktor pembangunan profesionalisma guru ini penting kerana ia berkait rapat dengan pencapaian akademik dan kurikulum pelajar yang menjadi kayu pengukur sekolah berkesan.Ini selaras dengan dapatan Joyce dan Showers(1980) yang menunjukkan objektif kebanyakkan program pembangunan professional adalah ke arah menambahbaik dan menghalusi gaya pengajaran dan penguasaan kaedah pengajaran baru.
Program-program pembangunan guru dan penambahbaikan dalam aspek mentoring, pengurusan bilik darjah yang berkesan, peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan perkongsian pintar guru-guru adalah antara perkara pokok yang perlu ditekankan oleh pemimpin sekolah. Selain itu dasar-dasar sekolah juga perlu ditambahbaik bagi memberi ruang dan peluang untuk perubahan positif. Fokus penambahbaikan sekolah lebih ditumpukan kepada segala apa yang memberi faedah kepada murid-murid, khususnya peningkatan pembelajaran mereka dalam bilik darjah.. Tindakan penambahbaikan sekolah ini memerlukan satu perancangan yang sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus secara berterusan dan dalam penambahbaikan sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah seperti hubungan, disiplin, nilai dan budaya dan keadaan-keadaan yang membolehkan memberi kesan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah perlulah dijadikan sasaran perubahan. Aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan pengalaman-pengalaman murid dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah atau komuniti perlu sentiasa dipantau dan dinilai untuk penambahbaikan.
Aspek penambahbaikan program pembangunan guru-guru di sekolah perlu ditikberatkan oleh pemimpin sekolah. Sebagai pemimpin yang peka dengan kemajuan dan penambahbaikan sekolah, seharusnya pemimpin  dapat mengenalpasti kemampuan, kehendak dan keperluan guru-guru di sekolahnya dalam usaha untuk meningkatkan dan memantapkan keupayaan diri  mereka.Untuk itu pemimpin perlu membuat analisis bagi menentukan keperluan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru mereka. Kemahiran pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran terkini adalah sesuatu yang perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah itu sendiri dan dan juga guru-guru dalam memastikan kecemerlangan akademik dan kurikulum. Ini berkait rapat dengan pencapaian dan kemenjadian pelajar kelak. Program perkembangan staf atau latihan dalam perkhidmatan perlu dilaksanakan dari masa ke semasa dan secara berterusan dan berkesinambungan bagi memastikan guru-guru sentiasa memiliki keyakininan diri yang tinggi, ilmu pengetahuan terkini  dan berada dalam keadaan bersedia menghadapi arus perubahan pendidikan semasa.
 Kaedah CPD (Continuing Professional Development)  iaitu aktiviti berkonsepkan pembelajaran secara berterusan perlu dijalankan bagi tujuan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran individu untuk meningkatkan profesionalisme melalui penambahan ilmu, kemahiran dan pengalaman. Aktiviti-aktiviti ini berjalan disamping tugas harian yang ditetapkan.boleh dilaksanakan. Tahap penguasaan teknologi maklumat dikalangan guru juga harus ditingkatkan bagi menjamin kepelbagaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pemimpin juga perlu mempunyai sikap terbuka dalam melaksanakan pentadbiran dan pengurusannya. Guru-guru juga perlu diberi ruang untuk membuat keputusan bersama dalam perancangan dan program-program  tertentu yang melibatkan mereka. Idea dan kreativiti guru-guru juga mesti diberi ruang . Carless (2004) mencadangkan agar guru lebih memainkan peranan utama dalam apa-apa perubahan yang bersifat sistematik di peringkat sekolah kerana beliau mendapati bahawa melalui pendekatan perbincangan professional yang konstruktif, pembangunan professional keguruan dapat dimantapkan secara berkesan. Selain itu faktor luaran juga perlu diambil kira oleh pemimpin dalam usaha penambahbaikan sekolah secara holistik Hubungan antara sekolah dan komuniti juga memainkan peranan penting dalam menjadikan sekolah lebih berkesan. Maklum balas daripada ibubapa dan pihak luar sentiasa dialu-alukan dan dapat membantu pihak sekolah membuat perubahan. Semua penambahbaikan yang dibuat diharapkan memberikan kepuasan kepada pelanggan sekolah iaitu pelajar dan ibubapa.

Hussein (2008) telah menyatakan 10 prinsip untuk menambahbaik kecemerlangan sesebuah sekolah.
Prinsip 1 -  Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh
                   mencapai kemajuan.
Prinsip 2 -  Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan para
                   pelajarnya.
Prinsip 3 -  Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif dan dasar  
                   sekolah.
Prinsip 4 -  Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu budaya
                   sekolah yang lebih positif.
Prinsip 5 -  Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
                   meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah.
Prinsip 6 -  Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan bukanlah
                   semata-mata untuk pengetua sahaja.
Prinsip 7 -  Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang menyebabkan
                   timbulnya masalah itu bukannya gejala-gejalanya.
Prinsip 8 -  Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan  
                   pembangunan sekolah.
Prinsip 9 -  Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar mempunyai  
                   pelbagai kemahiran dan sumber tenaga untuk membantu sekolah.
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pemimpin yang mempunyai
                   kepemimpinan yang berkesan.
Berdasarkan pada 10 prinsip yang dinyatakan di atas usaha-usaha yang berterusan perlulah dilakukan oleh pemimpin sekolah bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Segala kepincangan, kekurangan atau kelemahan perlu dikaji dan ditangani secara berhemah dan rasional. Manakala segala kebaikan dan kelebihan dikekalkan serta ditambahbaik. Aspek pencapaian murid hendaklah dititikberatkan dengan memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan situasi-situasi yang menyumbang kepada keberkesanan proses tersebut. Wang et. al. (1990) menyatakan bahawa terdapat keadaan yang merangsangkan yang mempengaruhi keberkesanan sekolah dan harus dikekalkan seperti  pengajaran yang berkesan, pengurusan bilik darjah yang cekap, perhubungan guru dan murid yang baik dan iklim pembelajaran bilik darjah yang kondusif.

Kesimpulan
Guru besar sebagai pemimpin sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan keberkesanan sekolah. Namun demikian peranan guru-guru juga adalah penting kerana ia adalah sebahagian daripada proses perubahan dan penambaikan sekolah. Pemimpin sekolah juga perlu cekap mengesan dan mengenalpasti apa yang perlu dilakukan untuk membuat perubahan dan penambahbaikan segala kekurangan atau kelemahan yang ada di sekolah. “Saya tidak pernah terjumpa sebuah sekolah yang baik dipimpin oleh seorang yang tidak baik”. Itu adalah persepsi Fred Hechinger, Ketua Pengarang akhbar New York Times terhadap pentingnya sebuah sekolah dipimpin oleh seorang pemimpin yang baik.


RUJUKAN:
1.      Ahmad Zabidi Abdul Razak, (2006), Ciri iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, Jurnal Pendidikan 31, 3-19,UKM, Bangi.
2.      Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Aminudin Baki, Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Menengah Malaysia.
3.      Mortimore, P.(1985). Key Characteristics of effective schools. Effective School Seminar. Ministry of Education. 13-14 July.



0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB