“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

DEFINISI PENGALAMAN PEMBELAJARAN

  1. Istilah pengalaman pembelajaran bermaksud segala gerak balas atau interaksi pelajar dengan persekitarannya.
  • Pembelajaran berlaku melalui perubahan tingkah laku pelajar - memerlukan penglibatan pelajar dengan aktif.
  • Pelajar belajar melalui perkara yang dilakukannya.
2.   Dapatan kajian menunjukkan bahawa;


  • Darjah tumpuan pelajar terhadap pelajaran tidak sama.
  • Persepsi pelajar berbeza-beza - makna yang diperolehi oleh setiap pelajar terhadap sesuatu pengalaman yang dilalui itu berbeza.
  • Motivasi pelajar untuk mendapatkan pengalaman tidak sama.
  • Keadaan fizikal pelajar tidak sama.

PENGALAMAN PEMBELAJARAN
  • Dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada pelajar.
  • Dapat memberikan pengalaman belajar yang mencabar pemikiran.
  • Dapat mencerna maklumat.
  • Dapat mengembangkan sifat mandiri.

PRINSIP UMUM PENGALAMAN PEMBELAJARAN

1.Untuk mencapai objektif, pelajar perlu diberi peluang mengamalkan tingkah laku yang dinyatakan di dalam objektif tersebut.
2.Pengalaman pembelajaran hendaklah sesuatu yang mempunyai daya penarik dan memberi kepuasan kepada pelajar. 
3. Objektif yang hendak dicapai tidak terlalu jauh daripada pengalaman sedia ada pelajar.
4. Objektif hendaklah mempunyai kriteria yang membolehkan pengajaran berkesan berlaku.
5. Objektif pembelajaran hendaklah menghasilkan pembelajaran sampingan yang berfaedah.



Bab ini membincangkan bagaimana pengalaman pembelajaran boleh digunakan sebagai pengajaran yang berkesan. Walaupun kesan perubahan terhadap diri murid yang disebabkan oleh pengalaman pembelajaran berlaku dengan perlahan dan hanya dapat dilihat dalam jangkamasa yang panjang namun lama kelamaan pengalaman pembelajaran akan memperlihatkan kesan yang akan membawa perubahan kepada murid. Organisasi dilihat sebagai satu masalah penting dalam perkembangan kurikulum kerana ia amat mempengaruhi kecekapan pengajaran dan darjah perubahan pendidikan yang besar ke atas murid.
Dalam mempertimbangkan organisasi pengalaman pembelajaran, kita perlu melihat hubungan pengalaman pembelajaran sepanjang masa dan antara bidang-bidang kedua-dua ini dinamakan hubungan menegak dan hubungan mendatar. Oleh itu, pengalaman pembelajaran tidak seharusnya bertentangan antara satu sama lain atau pelajaran yang berasingan dan terputus-putus agar murid tidak keliru tatkala menghadapi kehidupan sehari-hari.

Kriteria Membina Kumpulan Pengalaman Pembelajaran Yang Berkesan.
Terdapat 3 kriteria utama bagi membina kumpulan pengalaman pembelajaran yang berkesan :
  1. Kesinambungan - pengulangan menegak daripada segi unsur-unsur penting kurikulum.
  2. Urutan - kaitan dengan kesinambungan, bahkan melampauinya. Ia menekankan betapa pentingnya pembinaan pengalaman yang baru berasaskan pengalaman yang lalu dan mendalami perkara-perkara yang dikaji serta mempengaruhi setiap tahap pengalaman pembelajaran.
  3. Integrasi - perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh menolong murid supaya mendapat satu pandangan yang bersepadu cara beransur dan menentukan bahawa tingkahlaku itu sejajar dengan perkara yang dikaji.
Ketiga-tiga kriteria di atas merupakan asas dalam pembinaan secara berkesan satu skim organisasi pengalaman pembelajaran. Untuk mencapai matlamat ini, beberapa masalah perlu dipertimbangkan seperti apakah unsur-unsur yang boleh menjadi tali penghubung yang berkesan dalam satu-satu organisasi. Terdapat 3 jenis unsur-unsur umum yang telah dikenalpasti iaitu konsep, nilai dan kemahiran.
  1. Konsep - satu konsep yang merentasi seluruh kurikulum kajian sosial yang mana murid memahami yang manusia saling bergantung sesama sendiri.
  2. Nilai - pertimbangan hormat kepada seseorang.
  3. Kemahiran - kebolehan membuat tafsiran yang berpatutan daripada data sosial.

Cadangan Senarai Unsur Dalam Kurikulum Kajian Sosial
Konsep
  1. `Sifat semula jadi manusia' individu
  2. Darihal manusia dan alam sekeliling fizikalnya
  3. Manusia dan alam sekeliling sosialnya
Nilai
  1. Sikap terhadap diri sendiri
  2. Sikap terhadap orang lain
  3. Sikap terhadap kumpulan sosial yang dianggotainya
  4. Nilai-nilai intelektual dan estatik
Kemahiran, kebolehan dan tabiat
  1. Dalam menganalisis masalah
  2. Dalam pengumpulan fakta dan data
  3. Dalam menyusun dan mentafsir data
  4. Dalam mengemukakan keputusan kajian
  5. Kebolehan berfikir dengan bebas
  6. Kebolehan menganalisa perbalahan dan propaganda
  7. Kebolehan mengambil bahagian dalam kerja kumpulan dengan berkesan
  8. Mempunyai tabiat membuat kerja yang baik seperti merancang masa dan menggunakan masa dengan cekap
  9. Kebolehan membuat interpretasi situasi sosial dan mengenal pasti kecenderungan dan kehendak orang lain
  10. Kebolehan meramalkan akibat tindakan yang dicadangkan
Keseluruhannya, pengajaran yang baik melibatkan sintesis beberapa unsur. Ini bermakna unsur-unsur itu perlu dirancang supaya ia muncul pada keseluruahan program pengajaran tersebut.


Prinsip-Prinsip Organisasi
Prinsip-prinsip organisasi diperlukan kerana ia akan menjadi asas bagi merancang secara meluas dan mendalam aspek-aspek utama kurikulum yang dinyatakan. Dalam mengenalpasti prinsip-prinsip penting organisasi, kriteria seperti kesinambungan, urutan dan integrasi bersangkutan dengan pengalaman murid. Prinsip organisasi perlu ditinjau daripada segi kepentingan psikologi kepada murid.
Satu daripada prinsip organisasi yang biasa digunakan dalam kurikulum sekolah ialah kronologi. Selain daripada itu, prinsip lain yang digunakan ialah meluaskan bidang penggunaan, menambahkan aktiviti termasuk menggunakan penerangan dan analisis perkembangan ilustrasi hingga menjadi satu gambaran yang menyeluruh. Namun, prinsip-prinsip ini perlu diteliti melalui perubahan untuk melihat kesesuaian dalam mengembangkan kesinambungan, urutan dan integrasi.

Struktur Organisasi
Struktur organisasi diperlukan bagi menyusun pengalaman pembelajaran secara lebih berkesan. Unsur-unsur struktur wujud dalam pelbagai peringkat iaitu
  1. Peringkat terbesar mengandungi unsur-unsur struktur seperti mata pelajaran tertentu, bidang yang luas, satu kurikulum teras untuk pendidikan umum yang disatukan dengan bidang-bidang yang luas atau bidang-bidang yang spesefik dan satu struktur yang tidak mempunyai perbezaan yang mana pada keseluruhannya merupakan satu unit yang terdapat dalam kurikulum institusi yang tidak begitu formal.
  2. Peringkat pertengahan meliputi kursus yang disusun mengikut urutan dan
kursus yang merupakan unit-unit untuk satu semester atau penggal serta tidak dirancang atau dianggap sebagai sebahagian daripada jangka masa yang panjang.
    1. Peringkat paling rendah merangkumi struktur penting iaitu pengajaran pada
satu hari itu merupakan satu unit yang tersendiri dan berlainan atau terpisah.Struktur seterusnya dikenali sebagai tajuk yang akan berterusan selama beberapa hari atau minggu. Struktur ketiga ialah unit yang biasanya termasuk pengalaman beberapa minggu yang disusun mengikut masalah atau tujuan utama para pelajar.
Oleh kerana setiap struktur organisasi mempunyai nilai yang berlainan, mengikut keadaan yang berbeza-beza menyebabkan organisasi secara menegak tidak mungkin dicapai. Integrasi juga sukar dicapai kerana struktur organisasi mempunyai beberapa bahagian dan melibatkan sempadan antara subjek. Ia juga menghalang murid meningkatkan hubungan dalam kehidupan kerana mata pelajaran ialah perkara-perkara yang lain. Penyusunan struktur yang melibatkan blok waktu yang lebih besar atau seimbang adalah perlu bagi mendapatkan hasil organisasi yang diharapkan.

Proses Merancang Satu Unit Organisasi
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membentuk pengalaman pembelajaran yang berkesan. Antara langkah-langkah tersebut seperti (a) bersetuju dengan satu skima organisasi yang umum (b) bersetuju dengan prinsip-prinsip umum organisasi yang akan digunakan bagi setiap bidang. (c) bersetuju dengan penggunaan unit-unit lebih rendah , sama ada ia merupakan pelajaran ataupun topik-topik yang berturutan ataupun unit-unit pengajaran. (d) mengadakan rancangan yang mudah diubah-ubah ataupun unit-unit sumber yang ada pada setiap guru pada masa dia berhadapan dengan kumpulan tertentu. (e) menggunakan rancangan bercorak murid guru untuk aktiviti-aktiviti tertentu yang dijalankan oleh kelas tertentu.

Dalam merancang pengalaman pembelajaran perlulah dipertimbangkan bukan sahaja pengalaman yang ada kaitannya dengan prinsip-prinsip organisasi sesuatu unit tetapi rancangan tersebut perlulah bersifat mudah-ubah supaya dapat dipinda mengikut kehendak, minat dan kebolehan mana-mana kumpulan dan rancangan perlulah lengkap. Adalah mustahak menimbunkan pengalaman yang membantu menyatakan berbagai-bagai pengalaman dalam semua unit yang akan menyebabkan integrasi dan menolong pelajar menyusun pemahaman, sikap dan tingkahlaku umum mereka. Oleh itu, unit sumber merupakan aktiviti pra-perancangan yang perlu dirancang ketika unit-unit tersebut sedang digunakan. Adalah penting murid-murid mengambil bahagian dalam membuat perancangan bersama-sama agar dapat memberi makna dan pemahaman yang lebih kepda pelajar. Rancangan yang dijalankan oleh setiap kumpulan akan mempunyai kelainan daripada unit asal yang telah disediakan dan tidak meliputi semua bahan yang dicadangkan di dalam unit sumber itu sendiri.
Kesimpulannya, merancang organisasi pengalaman kurikulum memerlukan beberapa banyak pra-perancangan dan perancangan ketika kerja-kerja itu sedang berjalan. Dengan cara itu sahaja kita dapat hasil yang berkesan daripada berbagai-bagai pengalaman pembelajaran yang digunakan.





2 comments:

Unknown said...

definisi yang sangat jelas. minta izin share untuk pembelajaran saya ya. moga mendapat ganjaran pahala dari Allah

hasanah said...

Assalamualaikum Tuan, bolehkah saya cite maklumat yang tuan sampaikan ke dalam thesis sys? Jika boleh, bolehkah saya dapatkan nama dan tarikh tuan keluarkan artikel ini?

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB