“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Sunday, November 30, 2014

Pembangunan dan perkembangan penggunaan bilik darjah Flipped

PENDAHULUAN

Bilik darjah atau kelas adalah tempat di mana pelajar dapat mempelajari dan menimba ilmu pengetahuan.  Bilik darjah atau kelas boleh didapati di sekolah, di  institut-institut  pengajian tinggi awam dan swasta seperti universiti, kolej dan sebagainya.  Tempat-tempat inilah digunakan untuk mempelajari segala Ilmu pengetahuan dan ilmu pelajaran melalui sesi pembelajaran dan pengajaran mengikut mata pelajaran yang telah di tetapkan  oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau sesebuah intitusi itu. Pelajar belajar, manakala pensyarah atau guru adalah penyampai ilmu bagi mencapai visi dan misi sesebuah institusi. Justeru itu, sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku di bilik darjah. Setiap institusi mempunyai bilik darjah yang mencukupi dan dapat menempatkan pelajar-pelajar untuk menimba ilmu.  Proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah akan melalui berbagai-bagai konsep, kaedah dan cara  pendekatan pembelajaran dan pengajaran atau pedagogi pembelajaran dan pengajaran. Konsep, Pendekatan dan pedagogi pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan adalah seperti konsep Bilik Darjah Flipped, Bilik Darjah Tradisional dan Bilik Darjah Maya. Tiga konsep bilik darjah ini yang akan dinyatakan bagi memahami dengan lebih lanjut  kaedah perlaksanaannya di sesebuah institusi atau sesebuah sekolah itu.

PENGENALAN

Dewasa ini, pembelajaran maya telah menjadi semakin popular. Ini selaras dengan arus pembangunan industri teknologi maklumat yang semakin berkembang. Agenda IT Kebangsaan (National IT Agenda, NITA) yang telah dilancarkan pada tahun 1996 menggariskan beberapa panduan bagaimana Malaysia boleh muncul sebagai sebuah negara maju. Salah satu agenda awal adalah mewujudkan pendidikan maya. Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran Sekolah Bestari, E-learning, Universiti terbuka dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pendidikan maya telah dikenal pasti mempunyai banyak kepentingan pada masa hadapan.

Pada zaman ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu semakin bersaing untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kerjaya masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w bersabda “Tuntutlah ilmu walau di negara China sekalipun”. Walau sukar sekalipun, seseorang itu digalakkan mencari ilmu. Ilmu mampu meningkatkan martabat seseorang. Pada masa kini, ilmu mudah diperoleh melalui ruang siber. Ilmu dunia tanpa sempadan memberi banyak kelebihan kepada kita. Seseorang itu boleh menjelajah ilmu pengetahuan ke seluruh pelosok negara melalui pendidikan maya atau virtual.

Gary Dessler (2002) mengatakan sumber manusia adalah sebahagian daripada tanggungjawab pengurus organisasi. Tugas organisasi adalah meletakkan pekerja yang sesuai di tempat sesuai dan mengorientasi, melatih dan mengganjari untuk meningkatkan prestasi pekerja. Penggunaan sumber manusia yang cekap dan berkesan memastikan kejayaan sebuah organisasi. Oleh itu setiap perkerja perlu diberi ruang dan peluang untuk meningkatkan kerjaya mereka. Kaedah yang sesuai digunakan ialah dengan menggalakkan pekerja untuk belajar melalui pendidikan maya. Pendidikan maya tidak mengikat pekerja untuk menghadiri kelas secara formal. Mereka boleh mencapai maklumat pada bila-bila masa tanpa terikat dengan waktu kerja.

Hassan Jantan (2005) juga ada mengatakan salah satu cara meningkatkan kecemerlangan pekerja adalah memberikan pemahaman dan penghayatan kepada mereka tentang konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pembelajaran Sepanjang Hayat merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi secara formal atau tidak formal di tempat kerja. Pendidikan maya memberi banyak kelebihan kepada mereka. Pembelajaran di tempat kerja menjadi lebih bermakna jika pekerja menetapkan dan mengetahui masalah dan objektif kerja sendiri.

Merekalah yang mengetahui apa yang diperlukan dan dipelajari bagi meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Pekerja perlu mengkaji kekuatan dan kelemahan bagi pembangunan kendiri. Kekuatan perlu ditingkatkan dan kelemahan mesti diatasi. Pendidikan maya akan memberi banyak manfaat kepada mereka untuk menghasilkan sesuatu yang membanggakan. Maklumat-maklumat yang diperoleh sentiasa terkini dan boleh diaplikasikan dalam sistem organisasi mereka. Di samping itu, potensi yang ada pada setiap pekerja dapat digunakan untuk pembangunan organisasi.

Seterusnya, pendidikan maya dikenal pasti dapat meningkatkan kemahiran seseorang dalam bidang ICT. Kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu kemestian pada masa hadapan. Setiap individu perlu menguasai ilmu tersebut kerana ianya telah menjadi salah satu agenda utama negara. Kerajaan telah memberi penekanan dalam bidang tersebut dengan memperkenalkan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan negara.

Guru dan pelajar telah didedahkan dengan lebih awal dalam bidang ICT. Merekalah yang akan memastikan kejayaan sistem tersebut. Jatuh bangun sebuah negara banyak bergantung kepada mereka. Ucap utama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sambutan Hari Pekerja 2005 menyebut setiap pekerja hendaklah memiliki kemahiran, kebolehan dan kecenderungan untuk berdaya saing di peringkat global. Mereka perlu mempunyai keperibadian luhur dan berusaha menghadapi persekitaran dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar dan berdaya saing. Setiap belia perlu menguasai kemahiran ICT bagi bersaing pada masa hadapan.

Melihat kepada kepentingan berkenaan, Kementerian Pelajaran telah mewujudkan konsep Sekolah Bestari. Sekolah ini telah dibincangkan sejak tahun 1996 dan pada tahun 1988 Kementerian Pelajaran telah memilih empat subjek untuk dibestarikan. Subjek tersebut ialah Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sebanyak 88 buah sekolah telah dipilih untuk mempelopori Sekolah Bestari ini. 8 orang guru pula telah dipilih daripada sekolah tersebut untuk merintis konsep Sekolah Bestari. Segala kemahiran yang diperoleh akan diaplikasikan di sekolah. Konsep Sekolah Bestari ini meletakkan ICT sebagai alat pemboleh (enabler) dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari menekankan kaedah pendidikan maya. Guru dan pelajar bebas mencapai maklumat melalui kemudahan internet yang disediakan. Ini disokong lagi dengan kemudahan streamyx dan teknologi wireless yang baru diperkenalkan.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (2004) mendapati pelajar amat meminati kelas yang dikendalikan dengan komputer. Mereka didapati sanggup meluangkan masa lebih lama sekiranya pengajaran dikendalikan dengan komputer. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam penggunaan ICT.

Pengenalan ICT dalam sistem pendidikan maya secara tidak langsung meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris. Ini selaras dengan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah Malaysia. Dasar tersebut mensasarkan pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana ilmu dunia banyak diperoleh dalam bahasa Inggeris.

Pendedahan penggunaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah lagi boleh memberi banyak faedah kepada mereka. Pendidikan maya telah menyuntik semangat baru kepada pelajar untuk mendalami bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan maya mampu mengayakan perbendaharaan dan kosa kata bahasa Inggeris pelajar. Seterusnya meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut.

Pelajar yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Mereka juga akan menjadi pilihan utama majikan untuk mengambil mereka bekerja. Menteri sumber manusia, Yang Berhormat Datuk Fong Chan Onn juga ada mengatakan salah satu sebab kegagalan siswazah mendapat kerja adalah kerana kurang menguasai bahasa Inggeris. Pelajar perlu meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris bagi menambat hati majikan.

Pendidikan maya juga menggalakkan individu belajar melalui konsep pembelajaran terarah kendiri. Kaedah pembelajaran ini memerlukan seseorang menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajarinya. Dr. Mohd Arif Ismail (2005) mengatakan kaedah pembelajaran ini melibatkan empat domain pembelajaran iaitu self-directed, self-access, self-assessed dan self-paced.

Pembelajaran ini memberi kelebihan kepada pelajar untuk memantau pencapaian sendiri dalam sesuatu bidang. Pendidikan berbentuk kendiri boleh meningkatkan pengalaman pelajar. Isi pelajaran tidak boleh tertutup dan disekat. Pendekatan pendidikan bertumpukan mata pelajaran dikatakan tidak mampu memotivasikan pelajar kerana minat, keperluan dan kesediaan mereka adalah berbeza.

Pendidikan maya yang menggunakan medium internet sebagai pengantara didapati lebih mesra pengguna. Ia dapat diintergrasikan dengan penggunaan grafik, teks dan kemudahan audio visual kepada pengguna. Penggunaan perisian grafik dalam pendidikan maya boleh menarik minat pelajar. Kajian yang dibuat oleh Rio Sunarji Sharifuddin (1997) mendapati pembelajaran menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan (enkuiri) lebih berjaya berbanding kaedah tradisional. Pelajar lebih menyukai jika mereka diberi kebebasan dalam pencarian maklumat pembelajaran. Konsep ilmu melalui kaedah penerokaan perlu ditingkatkan.

Pendidikan cara ini boleh dicapai jika tenaga pengajar membuat penilaian terlebih dahulu terhadap kehendak kurikulum yang ada. Pengajar perlu membimbing pelajar dengan menyenaraikan alamat-alamat laman web bagi penjimatan masa pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah penyalinan dan penampalan ( copy and paste ) maklumat boleh dijadikan bahan bantu mengajar jika kemudahan komputer terhad. Penggunaan kaedah ini juga memberi kebaikan kepada tenaga pengajar jika mereka terpaksa bercuti atau berkursus. Tugasan tertentu juga boleh diberikan kepada pelajar berdasarkan kepada laman web yang sesuai.

Pendidikan maya juga boleh mengembangkan daya kreativiti seseorang. Individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer boleh mencipta perisian, CD-ROM dan laman web sendiri. Inovasi baru dalam penciptaan perisian, CD-ROM dan laman memberi banyak kebaikan kepada seseorang.

Pada masa kini, terdapat banyak pakar dalam bidang pembangunan perisian, pengaturcaraan komputer, perkakasan komputer dan sebagainya. Ini dapat dilihat dengan wujudnya banyak perisian, CD-ROM dan laman web baru . Perkembangan tersebut dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pada setiap saat sahaja, banyak perisian baru telah dicipta. Peluang yang ada perlu direbut kerana boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada seseorang.

Usahawan dalam bidang pendidikan perlu mengambil peluang yang ada bagi meluaskan empayar perniagaan mereka. Pendidikan maya yang bersifat global boleh dijadikan landasan kepada mereka untuk meningkatkan bilangan pelanggan di seluruh negara. Penghasilan bahan multimedia, portal pendidikan dan pendidikan jarak jauh dikenal pasti dapat memberi pulangan lumayan. Mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk membina bahan multimedia sendiri. Penjualan produk berasaskan komputer mempunyai potensi yang baik untuk dimajukan.

Pembinaan portal pendidikan boleh dijadikan medium menambah kefahaman dan persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Ia menyediakan berbagai-bagai maklumat dan pautan untuk tenaga pengajar, pelajar dan ibu bapa. Ini termasuk mendapatkan nota, rancangan pengajaran, soalan-soalan peperiksaan, latihan pengukuhan dan forum perbincangan.

Portal pendidikan juga mengelakkan pelajar menjadi bosan kerana ianya mempunyai pelbagai ruangan yang boleh dicapai. Di samping itu, unsur-unsur kecindan diselitkan juga. Ia menjadi lebih bermakna jika dapat dicapai secara kendiri untuk latihan pengukuhan, pengayaan selepas mempelajari sesuatu topik.

Sebuah negara maju diukur berdasarkan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat. Pendidikan maya dianggap sebagai satu bentuk kemajuan sebuah negara. Negara maju menjadi daya tarikan pelabur asing untuk melabur di negara kita. Syarikat-syarikat terkenal gergasi komputer akan tertarik untuk melabur di Malaysia jika pembangunan teknologi maklumat berkembang pesat. Universiti-universiti ternama antarabangsa turut berminat untuk membuka cawangan di Malaysia jika kemudahan pendidikan maya telah tersedia di negara kita.

BILIK DARJAH FLIPPED ( FLIPPED CLASSROOM )

Bilik Darjah Flipped ( Flipped classroom ) ialah satu konsep pedagogi yang menggantikan sesi pembelajaran dan pengajaran dalam kelas dengan peluang-peluang untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video dan bacaan. Masa pengajaran satu hala berubah menjadi persekitaran pembelajaran bimbingan inkuiri yang berpusatkan murid, di mana murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti pembinaan pengetahuan, perbincangan kolaboratif dan penyelesaian masalah. Bilik Darjah Flipped ( flipped classroom ) mempunyai kesan positif ke atas persepsi pelajar itu sendiri, dan murid lebih suka kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berlainan seperti biasa iaitu konsep atau kaedah Bilik Darjah Tradisional. Pelajar juga mempercayai bahawa mereka boleh belajar dengan lebih berkesan melalui pendekatan ini.  Apabila kelas digantikan dengan rakaman video dan bahan-bahan lain atas talian, murid mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi dalam kebolehan menyelesaikan masalah di samping mempunyai kawalan yang lebih besar ke atas kadar dan kaedah di mana pembelajaran berlaku. 

SEJARAH BILIK DARJAH FLIPPED ( FLIPPED CLASSROOM )

Sebagai satu konsep, pengajaran flip adalah lanjutan daripada pendekatan “community of enquiry” yang dihasratkan oleh John Dewey pada lewat abad kesembilan belas. Intipati pengajaran flip dapat dilihat dalam unsur-unsur teras fahaman pedagogi Dewey :

“... I believe that the child should be stimulated and controlled in his work through the life of the community. I believe that under existing conditions far too much of the stimulus and control proceeds from the teacher, because of neglect of the idea of the school as a form of social life. The teacher is not in the school to impose certain ideas or to form certain habits in the child, but is there as a member of the community to select the influences which shall affect the child and to assist him in properly responding to these influences...”
 ( Sumber : Dewey, John (1897), My Pedagocial Creed, The School Journal dalam Wikipedia.)

            Bermula pada tahun 2000, Universiti Wisconsin-Madison menggunakan perisian eTeach untuk menggantikan kuliah kursus sains komputer dengan video daripada pensyarah dan slaid yang diselaraskan. Pada tahun 2011, dua pusat telah dibina di Wisconsin Collaboratory for Enhanced Learning untuk memberi tumpuan kepada flipped dan blended learning.

              Pada tahun 2007, Jeremy Strayer menerbitkan penyelidikan disertasi dijalankan di The Ohio State University bertajuk "The effects of the classroom flip on the learning environment: A comparison of learning activity in a traditional classroom and a flip classroom that used an intelligent tutoring system ". Kajian ini menekankan kepentingan cara pengendalian aktiviti dalam dan luar kelas serta kesan positif dan negatifnya terhadap penglibatan pelajar dalam menyelesaikan tugas-tugas kursus.


PEMBELAJARAN DAN STRATEGI FLIPPED?

Pembelajaran Flipped atau  Strategi Flipped Classroom adalah menurut Graham Brent (2013) Flipped classroom merupakan strategi yang dapat diberikan oleh pendidik dengan cara meminimakan jumlah penerangan langsung dalam praktikal sesi mengajar mereka sambil memaksimakan interaksi satu sama lain. Strategi ini memanfaatkan teknologi yang menyediakan tambahan yang mendukung perjanjian dan perlaksanaan pembelajaran bagi pelajar yang dapat diakses secara online. Hal ini membebaskan waktu kelas yang sebelumnya telah digunakan untuk pembelajaran.

Instruktur mengadaptasikan model flipped classroom untuk memberikan pembelajaran kelas atau konten instruksional sebagai pekerjaan rumah. Dalam persiapan untuk kelas, pelajar diwajibkan untuk melihat video pembelajaran. Menurut Tucker dalam Amy Roehl (2013) pelajar memanfaatkan waktu di kelas untuk bekerja menyelesaikan masalah, pengembangan konsep, dan terlibat dalam pembelajaran kolaboratif.

Sedangkan menurut Natalie (2012) Strategi flipped classroom mendukung banyak manfaat. Sebagian besar dapat memberikan keuntungan yang masuk akal (contohnya meningkatkan waktu instruksi lebih menarik) terutama untuk mengajarkan mereka dalam pengaturan campuran yang terdiri dari beberapa kombinasi menatap muka dan instruksi online. Namun strategi ini juga memiliki batasan. Pertama, kualiti video mungkin sangat buruk. Kedua, mengingatkan bahwa pelajar dapat melihat video ceramah pada komputer mereka sendiri, keadaan ini berlaku di mana mereka berkemungkinan melihat video ceramah menjadi pembelajaran yang tidak efektif (contohnya melihat video sambil menonton permainan baseball atau mendengar muzik). Ketiga, pelajar tidak menonton atau memahami video karena itu mereka tidak bersedia untuk kegiatan interaksi muka. Keempat, pelajar mungkin perlu lebih menumukan bagi memastikan mereka memahami kandungan yang disampaikan dalam video. Kelima, pelajat tidak mampu mengajukan pertanyaan atau soalan ke instruktur atau rakan-rakan mereka jika menonton video saja.

Walaupun ada banyak keterbatasan dengan strategi flipped classroom dan tidak ada penelitian khusus untuk membantu penggunaannya, hal itu dapat digunakan sebagai strategi mengajar yang berharga pada setiap tingkat pendidikan, bergantung kepada peserta pendidik, sumber kuasa atau daya, dan waktu seseorang. Apalagi ianya sesuai untuk pengetahuan mengajar yang prosedur, salah satu dari empat jenis pengetahuan umum yang dijelaskan dalam Taksonomi Bloom yang telah diperbaiki menurut Anderson dkk dalam Natalie (2012). Pengetahuan prosedur adalah pengetahuan tentang bagaimana melakukan sesuatu. Oleh karena itu video ceramah flipped classroom tentang bagaimana memecahkan permasalahan dimana seorang instruktur menjelaskan dan model bagaimana mengatasi jenis masalah akan menjadi baik dalam penggunaan strategi ini. Pengetahuan prosedur yang kompleks juga dapat diajarkan menggunakan strategi flipped classroom meskipun konten  yang sangat penting tidak hanya untuk memastikan bahwa video pendek, tetapi juga untuk memastikan bahwa semua langkah prosedur diperkenalkan memadai sehingga pelajar benar-benar memahami.

Dari huraian diatas dapat dibuat kesimpulan mengenai kelebihan dan kekurangan penerapan flipped classroom, terutama untuk diterapkan dalam Pendidikan di Malaysia.

Kelebihan flipped classroom, iaitu :

1. Pelajar dapat mengulang-ulang video tersebut hingga ia benar-benar memahami isi kandungan, tidak seperti pada pembelajaran biasa, apabila pelajar kurang memahami, maka guru harus menerangkan  hingga pelajar dapat memehami dengan lebih  efisyen.
2. Pelajar dapat mengakses video tersebut dari manapun asalkan memiliki hubungan internet yang cukup, bahkan boleh di muat turun dan lebih puas untuk menontonnya berulang-ulang.
3. Efisyen, kerana pelajar diminta untuk mempelajari isi kandungan di rumah dan pada saat di kelas, pelajar dapat lebih memfokuskan kepada kesulitan dalam memahami kandungan atau kemampuannya dalam menyelesaikan soal-soal berhubungan dengan kandungan tersebut.

Kekurangan flipped classroom, iaitu :

1. Untuk menonton video, setidaknya diperlukan satu unit komputer atau laptop. Hal ini akan menyulitkan pelajar yang tidak memiliki komputer/laptop, mereka harus ke pusat internet untuk mengakses video tersebut.
2. Diperlukan hubungan internet yang baik untuk mengakses video. Dan memerlukan waktu yang lebih untuk mengakses video tersebut.
3. Pelajar memerlukan masa yang banyak untuk memastikan mereka memahami kandungan yang disampaikan dalam video dan pelajar tidak mampu mengajukan pertanyaan ke instruktur atau rakan-rakan mereka jika menonton video saja.
4. Dalam implementasinya di Malaysia, flipped classroom hanya boleh diterapkan di sekolah atau institusi yang pelajarnya sudah memiliki sarana dan prasarana yang telah boleh melaksanakan strategi ini menuntut pelajar untuk menonton video tutorial di rumah.
Langkah – langkah pembelajaran flipped classroom adalah seperti berikut :
1. Sebelum menatap muka, pelajar diminta untuk belajar bersendiri di rumah mengenai kandungan untuk pertemuan berikutnya, dengan menonton video pembelajaran persiapan guru itu sendiri ataupun video pembelajaran dari hasil upload orang lain.
2. Pada pembelajaran di kelas, guru dibahagi menjadi beberapa kelompok pengajaran. 
3. Peranan guru pada saat kegiatan belajar berlangsung adalah sebagai fasilitator berlangsungnya perbincangan dengan method  kooperatif learning. Di samping itu, guru juga akan menyiapkan beberapa pertanyaan (soalan) dari kandungan tersebut.
4. Guru memberikan kuiz/ujian sehingga pelajar sedar bahwa kegiatan yang mereka lakukan bukan hanya permainan, tetapi merupakan proses pembelajaran dan pembelajaran, serta guru berlaku sebagai fasilitator dalam membantu pelajar dalam penyelesaian masalah.

 Kesimpulan

Menurut Dean N. Shimamoto (2012) dalam jurnal internasional yang berjudul Implementing a Flipped Classroom: An Instructional Module menyimpulkan bahwa flipped classroomm memiliki kesempatan untuk menyebabkan pergeseran signifikan dalam cara instruksi yang disampaikan. Menggunakan teknologi, guru sekarang dapat memberikan alternatif untuk model belajar secara tradisional dengan menerapkan method penggabungan pembelajaran yang menggabungkan manfaat dari instruksi langsung dan pembelajaran aktif untuk melibatkan para pelajar dalam proses pembelajaran.

Menurut Amy Roehl dan Shweta Linga (2013) dalam jurnal internasional yang berjudul The Flipped Classroom: An Opportunity To Engage Millennial Students Through Active Learning Strategies menyimpulkan bahwa untuk memperkenalkan beberapa strategi baru yang ditransferkan dari pemikiran guru dan pelajar, guru harus melakukan penelitian dengan alternatif strategi dikelas. Sebagai instruktor yang akan menggunakan strategi baru, ini sangat penting dalam dunia pendidikan yang direfleksikan dalam pembelajaran yang efektif. Keaktifan belajar dan strategi pembelajaran flipped classroom yang menggunakan teknologi, pelajar-pelajar dapat mengembangkan kemampuan berfikir secara kreatif dengan lebih tinggi.

Menurut Richard Pierce, EdD, and Jeremy Fox (2012) dalam American Journal of Pharmaceutical Education yang berjudul Instructional Design And Assessment Vodcasts And Active-Learning Exercises In A “Flipped Classroom” Model Of A Renal Pharmacotherapy Module menyimpulkan bahwa menerapkan model flipped classroom untuk pembelajaran modul farmakoterapi ginjal mengakibatkan pemikiran dan kreativiti pelajar semakin meningkat.

Menurut Lius Tirtasanjaya dkk (2012) dalam jurnal internasional yang berjudul Assessing The Effectiveness of Flipped Classroom Pedagogy in Promoting Students’ Learning Experience dalam penemuannya menunjukkan bahwa pelaksanaan model flipped classroom dalam lingkungan menjelajahi lebih luas dan lebih berfokus. Menurut Cara A. Marlowe (2012) dalam penelitiannya yang berjudul The Effect Of The Flipped Classroom On Student Achievement And Stress menunjukkan bahawa kesan dari flipped classroom dan perbezaan berkaitan yang dipelajari dapat mengurus prestasi pelajar lebih baik.

Modul Pembangunan Laman Pengajaran dan Pembelajaran PdP Untuk Persekitaran Maya

MODUL PEMBANGUNAN LAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PdP UNTUK PERSEKITARAN MAYA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERSIARAN BUKIT KIARA 50604 KUALA LUMPUR LAMAN WEB: www.moe.edu.my
Isi Kandung Isi Kandung 1 Modul Pembangunan Laman Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk Persekitaran Maya 2 Objektif 2 Pembelajaran Maya 2 Frog VLE (Virtual Learning Environment) 3 Model Reka Bentuk Instruksional 5 (i) Analisis (Analysis) 6 (ii) Reka bentuk (Design) 7 (iii) Pembangunan (Development) 7 (iv) Pelaksanaan (Implementation) 8 (v) Penilaian (Evaluation) 8 Smith and Ragan 10 Organizational Strategy 12 Delivery Strategy 13 Management Strategy 13 Expanded Events of Instruction 14 Langkah-Langkah Pembinaan Laman PdP 15 Persekitaran Pembelajaran Maya 15 Rujukan 39
Modul Pembangunan Laman Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk Persekitaran Maya VLE telah dibangunkan sebagai satu pelantar pembelajaran untuk memudahkan guru menyediakan pelajaran bagi murid-murid. Selain memberi peluang murid mengikuti pelajaran di rumah ia juga merupakan pelantar yang memungkinkan murid-murid mengulangkaji pelajaran yang dipelajari di sekolah berulang kali. Untuk memungkinkan hasrat KPM (Perkara 6) dicapai, KPM perlu memastikan pelantar VLE dioptimumkan dan dimanfaatkan oleh guru-guru dan murid-murid. Objektif Modul ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana model reka bentuk instruksional digunakan secara terancang dan bersesuaian dalam membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Modul ini juga dapat membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti- aktiviti PdP menggunakan persekitaran maya.  Pembelajaran Maya merupakan satu kaedah pembelajaran yang dihubungkan secara terus dengan internet dan intranet yang menggunakan media elektronik sebagai medium pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah ini murid boleh memperolehi 
maklumat dan membantu pembelajaran di dalam dan luar kelas. PdP boleh dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. “Pembelajaran maya bermaksud pembelajaran dilakukan secara penghantaran dan akses ke koleksi bahan-bahan pengajaran yang berkoordinasikan ke atas media elektronik dengan menggunakan ‘web server’ untuk menyebarkan bahan tersebut atau ‘web browser’ untuk mengaksesnya dan Protocol Internet (IP) dan Protokol Pemindahan HyperText (HTTP) sebagai perantara (pertukaran).” (Alan Jolliffe, Jonathan Ritter dan David Stevens, 2001) Frog VLE (Virtual Learning Environment) Frog VLE merupakan platform pembelajaran yang digunakan berasaskan “cloud” yang membolehkan pentadbir, pengurus, guru sekolah serta murid menerapkan landasan pengajaran dan pembelajaran mereka ke dalam amalan dan persekitaran sekolah. Frog VLE boleh dilayari dengan menggunakan browser Google Chrome. Frog VLE hanya boleh diakses menggunakan 1Bestari Net, iaitu rangkaian internet yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Frog VLE dijadikan satu dasar dalam transformasi pendidikan negara dan memudahkan guru-guru membina laman bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. VLE boleh digunakan sebagai landasan persekitaran pembelajaran yang direka bentuk sebagai sumber pembelajaran kendiri. Penglibatan sekolah secara maksimum akan dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran pembelajaran yang selamat.

MODEL REKA BENTUK INSTRUKSIONAL

Reka bentuk pengajaran adalah sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan persekitaran pembelajaran yang memudahkan PdP sesuatu unit pelajaran berlaku (Richey,1986). Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk instruksional yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan PdP yang merangkumi perkara asas berikut: a) Menentukan keperluan murid b) Menentukan matlamat dan objektif c) Membina prosedur penilaian d) Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian e) Mencuba sistem pengajaran f) Menilai keseluruhan sistem Tujuan utama reka bentuk instruksional adalah untuk menghasilkan PdP yang berkesan bagi membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh murid. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat murid, 5sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana guru dapat melaksanakan PdP dengan lancar, menarik dan sistematik. Terdapat banyak model-model reka bentuk instruksional yang diguna pakai untuk menghasilkan bahan PdP yang berkesan. Model ADDIE (Dick & Carey, 1978) contohnya adalah antara model reka bentuk instruksional yang paling banyak diguna pakai dalam pembangunan bahan PdP. Model ADDIE mempunyai lima komponen utama iaitu: (1) Analisis, (2) Reka bentuk, (3) Pembangunan, (4) Implimentasi, (5) Penilaian. Analisis (Analysis) Analisis atau Analysis bertujuan untuk mengenal pasti objektif sesuatu perisian kursus diperkenalkan. Kenapa reka bentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada murid sebelum perisian kursus itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian kandungan perisian kursus kepada murid dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga.

6)  Logistik sesuatu perisian kursus yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD? Reka bentuk (Design) Reka bentuk atau Design pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya perisian kursus tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesaian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya. Pembangunan (Development) Pembangunan atau Development ialah proses menghasilkan perisian kursus yang telah direka bentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian perisian kursus yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut.

7)  Pelaksanaan (Implementation) Implemention atau pelaksanaan berperanan untuk membuat ujian rintis terhadap perisian kursus yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau murid telah dipilih bagi menggunakan perisian kursus tersebut. Penilaian (Evaluation) Penilaian atau Evaluation pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu perisian kursus selepas ujian rintis . Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratus objektif yang tercapai setelah proses penggunaan perisian kursus tersebut selesai digunakan. Walau bagaimanapun, modul ini akan menggunakan model reka bentuk instruksional Smith & Ragan (2005) yang mana tiga aktiviti utama iaitu analisa, strategi dan penilaian telah dibina berdasarkan model-model reka bentuk instruksional yang lain. Perbezaan utama antara model ini dan model-model yang lain.

8)  Penekanan yang teliti dalam aspek strategi instruksionalnya. Ketelitian ini tidak banyak terdapat dalam model-model reka bentuk instruksional yang lain (Gustafan & Branch, 2002). Berikut adalah gambaran visual Model Smith dan Ragan (Smith & Ragan, 2005, p.10).

Berdasarkan diagram di atas, walaupun proses reka bentuk ini kelihatan linear, Smith dan Ragan menekankan bahawa aktiviti berkaitan dengan pembangunan instruksional selalunya berlaku serentak. Langkah-langkah dalam setiap fasa adalah saling bergabung jalin yang mana sebarang perubahan dalam satu langkah memerlukan pereka instruksional membuat perubahan pada langkah-langkah yang lain. Model Smith dan Ragan mempunyai tiga aspek penting iaitu, Analisa, Strategi, dan Penilaian. Ketiga-tiga aspek ini sangat penting dalam menghasilkan bahan PdP tetapi, modul ini hanya fokus kepada aspek Strategi Instruksional sahaja kerana aspek ini dirasakan rumit untuk dilaksanakan. Walau bagaimana pun, ini tidak bermakna aspek Analisa dan Penilaian itu tidak perlu dilakukan dalam proses membangunkan bahan PdP. Aspek Analisa perlu dibuat sebelum memulakan proses reka bentuk bahan kerana maklumat itu dapat membantu pereka instruksional untuk menghasilkan bahan PdP yang menepati kehendak pengguna. Begitu juga aspek Penilaian dimana aktiviti ini dapat membantu pereka instruksional mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu bahan PdP yang dibangunkan. Smith dan Ragan memberi penghargaan kepada Reigeluth (1983) dalam menghuraikan Strategi Instruksional.

PENDEKATAN TRADISIONAL
•      Menggunakan prinsip pengajaran tradisional.
•      Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan.
•      Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai pengajar 
•      Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran khas.
•      Ciri-ciri pendekatan tradisional.
–     Kurikulum yang ditetapkan 
–     Mementingkan pengajaran 
–     Guru menentukan tugas 
–     Tugasan diberikan kepada pelajar 
–     Guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru
–     Mengukur pengajaran mengikut gred.

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah. 
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

  PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
Guru   Pelajar   Ibu Bapa  
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara. Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru. Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
Sistem yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

________________________________________
Guru

VLE adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.
Pelajar

Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan VLE. Terokai video, permainan dan posts yang mengujakan, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di cloud, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.
Ibu Bapa

Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.
MENGAPA VLE?

VLE adalah platform pembelajaran maya yang mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta content partners, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Melalui projek 1BestariNet, pendidikan masa depan diperkenalkan di Malaysia. Dengan menggabungkan akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyatukan seluruh komuniti pendidikan ke dalam satu platform yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Mulai 2012, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.
PENDAPAT

1. Flipped Classroom adalah satu proses pembelajaran dan pengajaran yang bagus kerana memiliki banyak manfaat bagi pelajar. Dengan belajar melalui membaca atau menonton video pembelajaran terlebih dahulu, mereka boleh menyambung pembelajaran mereka  di rumah. saya suka pembelajaran dan pengajaran secara method ini dalam mengatasi kecepatan belajar. Setiap pelajar berbeza.  Gaya pembelajaran flipped ini, adalah satu cara pembelajaran yang baik da nada satu pembaharuan dalam pembelajaran dan pengajaran dari biasa seperti “chalk and talk” dan “lecture style”.

Satu contoh lagi, jika kita memberikan tugas belajar, pelajar lebih dahulu dapat  menonton video pembelajaran, oleh yang demikian mereka dapat memahami dengan lebih baik dan mudah. 

PENUTUP

Flipped classroom ini boleh menjadi pemangkin kepada  guru-guru agar lebih kreatif dan inovatif ke arah mencapai kecemerlangan kurikulum selaras dengan visi dan misi sekolah atau sesebuah institusi itu.
Kesimpulannya, pendidikam maya mempunyai banyak kepentingannya. Pendidikan ini mempunyai potensi besar pada masa hadapan. Sifatnya yang terbuka memberi ruang dan peluang kepada individu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang. Langkah-langkah segera perlu diambil oleh kerajaan untuk memajukan sistem pendidikan maya. Kerjasama yang dibuat dengan IPTA, Universiti terbuka dan IPTS lain dikenal pasti sebagai langkah terbaik untuk merealisasikan impian tersebut . Diharapkan pada masa hadapan Malaysia akan muncul sebagai hub pendidikan bertaraf dunia. Ini sejajar dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001 – 2010 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran berasaskan pengetahuan.

BIBLIOGRAFI
B. Milman, Natalie. 2012. The Flipped Classroom Strategy What is it and How Can it Best be Used?. Jurnal Internasional Volume 9, Issue 3 : The George Washington University.
Cara A. Marlowe. 2012.  The Effect Of The Flipped Classroom On Student Achievement And Stress. Montana: Montana State University.
Johnson, Graham Brent. 2013. Student Perceptions Of The Flipped Classroom. Columbia: The University Of British Columbia.
Lioe, Luis Tirtasanjaya, Teo Chin Wen, dkk. 2012. Assessing the effectiveness of flipped classroom pedagogy in promoting students’ learning experience. NYGH Research Journal.
Pierce, Richard EdD and Jeremy Fox, PharmD. 2012. Instructional Design And Assessmentvodcasts And Active-Learning Exercises In A “Flipped Classroom” Model Of A Renal Pharmacotherapy Module. American Journal of Pharmaceutical Education 2012; 76 (10) Article 196.
Roehl, Amy, Shweta Linga dkk. 2013. The Flipped Classroom: An Opportunity To Engage Millennial Students Through Active Learning Strategies. Texas : Christian University Jurnal Internasional Vol. 105. No. 2. 2013 JFCS.
Shimamoto, Dean N. 2012. Implementing a Flipped Classroom: An Instructional Module. Hawai Amerika Serikat: Department of Educational Technology University of Hawaii Manoa.
Internet Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB