“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Saturday, November 29, 2014

PENGENALAN (i) TINJAUAN UMUM SKOP KURSUS DAN PROGRAM SECARA AM (ii) AKTA PENDIDIKAN 1996 (ACT 550) – TINJAUAN UMUM TERHADAP ISU DAN DASAR AWAM BERKAITAN DENGAN SEKOLAH DAN KEPIMPINAN SEKOLAH

1).  Tinjauan umum skop kursus dan program secara am.
Skop kursus dan program yang diikuti ini akan dapat membantu guru besar mengenalpasti tugas dan peranan guru besar secara spesifik sebagai seorang pengurus, pentadbir dan pemimpin sekolah. Ini membolehkan seorang guru besar memainkan peranan dan tanggungjawabnya dengan lebih efektif dan berimpak tinggi pada organisasi yang dipimpin. Program ini juga bertujuan  melengkapkan  seseorang guru besar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam aspek kepimpinan sekolah.
Melalui program ini juga akan dapat memantapkan lagi tugas dan peranan guru besar sebagai pemimpin sekolah yang berkesan dan akhirnya dapat mencapai visi dan misi sekolah seperti mana yang disasarkan.

II).  Akta Pendidikan 1996 (Act 550) – tinjauan umum terhadap isi dan dasar awam berkaitan  dengan sekolah dan kepemimpinan sekolah.

Sebagai seorang pemimpin sekolah, guru besar perlu tahu dan memahami  Akta
Pendidikan 1996.  Akta ini jelas bertujuan memantapkan lagi sistem pendidikan
negara dan berperanan penting membantu negara mencapai wawasan 2020. Guru
besar juga perlu tahu perubahan-perubahan, pembaharuan dan peruntukkan di dalam
Akta Pendidikan 1991. Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia
menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia
berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas
dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan
peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan
undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan
memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

  1. Landasan dan wawasan
Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa dasar
pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah
Pendidikan Negara.

  1. Sistem Pendidikan Kebangsaan di semua peringkat
Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem
Pendidikan Kebangsaan. yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau
institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.


  1. Kedudukan Bahasa Kebangsaan
Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan 1996
dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan
atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Di sini soal bahasa telah
diperkukuhkan.
  1. Kurikulum kebangsaan
Dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu
mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.

5.      Peperiksaan Awam
Dalam seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah
menyediakan murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang dikecualikan.
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan diberi.

  1. Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib
Seksyen 17(2), Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai
mata pelajaran wajib di semua sekolah.
  1. Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
        Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa
Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan
boleh diadakan dengam satu syarat : jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih.
Dengan ini lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan
Bahasa Tamil.

8.      Bahasa Kaum Asli
Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa kaum asli dengan dua syarat:
a.       jika ada permintaan dari 15 ibu bapa
b.      jika didapati munasabah dan praktik
Melalui peruntukan ini , telah memberi pengiktirafan kepada bahasa  kaum Bumiputera untuk diperkembangakan.
.
9.      Kategori Sekolah
Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi pendidikan
dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan, Bantuan kerajaan dan swasta.
Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 lebih memudahkan
pentadbiran khususnya berkaitan dengan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
  1. Menubuh dan meyenggara tadika
Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996, memberi kuasa kepada Menteri untuk
menubuh dan menyenggara tadika. Seksyen ini perlu untuk membolehkan
kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya
masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.
  1. Kurikulum untuk Tadika
Dalam seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan kurikulum
untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut dan wajib
digunakan oleh semua tadika




12.  Tempoh Pendidikan Rendah
Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah adalah
antara 5 hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). Dengan adanya peruntukan ini, dapat
menampung keperluan murid cerdas, sederhana dan lembab.

  1. Pendidikan Lepas Menengah
Seksyen 33, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan pendidikan lepas menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan , kolej atau mana-mana institusi pendidikan lain.
Melalui Seksyen ini boleh manampung dengan jelas kelas tingkatan 6, kelas
matrikulasi dan sebagainya.
.
  1. Politeknik Boleh Mengadakan Kerjasama
Akta Pendidikan 1996 seksyen 37, membolehkan politeknik mengadakan program
kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perindustrian.Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus
pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan
dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.
Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan
tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi serta informasi. Dengan
ini wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan selaras denga itu juga akan lahirnya
sebagai sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.




  1. Pendidikan Khas
Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat penyayang, maka
dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan dalam seksyen 40, yang
membolehkan Menteri mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-
mana sekolah rendah atau menengah

16.   Maktab Perguruan
Melalui seksyen 47 (1) , membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan)
mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program
kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. Melalui seksyen ini,
selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-
sekolah. Khususnya hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains,
matematik dan IT yang lebihh banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan
negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan perkembangan teknologi maklumat
yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara
khususnya Malaysia.

  1. Pengajaran Agama Islam
Dalam Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996 , memperuntukkan supaya Pendidikan
Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau
 lebih murid Islam. Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai murni yang sejagat.
Dalam Akta Pelajaran pula menyebut bahawa Pendidikan Islam diwajibkan apabila
terdapat 15 orang atau lebih murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.


  1. Larangan tentang Pengendalian Peperiksaan
Seksyen 69, Akta Pendidikan 1996 mengkehendaki semua pihak yang menganjurkan
peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaa. Tujuan seksyen
ini ialah untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar dan melindungi
calon-calon dari tertipu dan mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang tidak
diiktiraf oleh kerajaan.

  1. Lembaga Pengelola
Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996 , membolehkan Lembaga
pengelola sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi dimansuhkan kecuali bagi
sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Lembaga Pengelola Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka . Lembaga
Pengelola Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan kerana
masih diperlukan.

  1. Program "Twinning" dan "Lingkage"
Dalam seksyen 77 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa isntitusi
pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah
mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu. Tujuan seksyen ini ialah
untuk mengawal institusi-institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang pesat
 menjalankan program "twinning" dan lingkage", selain dari pada memudahkan ke
arah Malaysia sebagai "Centre of Education Excellence".



  1. Kuasa Untuk menyiasat
 Seksyen 136 Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk
menyiasat, seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran, seksyen 138 memulakan dan
menjalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun kesalahan. Dalam ketiga-
tiga seksyen ini, Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberikuasa bagi
maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang
berpangkat tidak rendah dari Inspektor mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara
dalam ketiga-tiga sekyen tadi.
Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan lebih cepat
dan berkesan terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan bagi mengawal
kepentingan masyarakat pengguna.
Ini adalah merupakan satu pembaharuan untuk memudahkan penyiasatan dan
tindakan diambil kepada mereka yang melanggari akta ini.

     Rumusan Akta Pendidikan 1996
 Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara jelas, hala tuju dan wawasan
pendidikan kita. Akta  Pendidikan 1996 yang lebih mantap dalam usaha mencapai
cita-cita negara sekarang, yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas
pembangunan negara yang dilihat  bukan sahaja pembangunan dari segi material
tetapi juga emosi dan jasmani serta intelektualisme individu.
Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan cita –cita negara untuk menjadi sebuah
negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat
melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif , turut
menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang
termaktub dalam Wawasan 2020.
.
 Rujukan:
1. Akta Pendidikan 1961, International Law Book Service, Kuala Lumpur, 1984
2. Akta Pendidikan 1996, International Law Book Service, KualaLumpur, 1998
3.  Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia , Kuala Lumpur, 1988
 4. Hamedi Mohd Adnab, Bahasa Melayu STPM ,Nurin Enterprise,Kuala Lumpur, 1994
5. Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Leo Pau Wing,

6. Dr.Saedah Hj. Siraj, Pendidikan di Malaysia, Utusan Publication,  1993 

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB