“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Friday, January 13, 2017

KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA TAHUN 2017

KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA



1.0      PENDAHULUAN
            Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah rendah  malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

2.0      TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh                                    : 19 Januari 2017
Hari                                        : Khamis
Masa                                      : 7.00 pagi
Tempat                                  : Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Pajam
Penganjur                              : Unit Kokurikulum
Urusetia Pelaksanaan          : Unit Sukan


3.0      OBJEKTIF PERTANDINGAN

Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. antaranya  adalah untuk :

1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa  sebagai acara  
    tahunan.
2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi  membentuk     
    individu yang cergas.
3. Memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Kampung
    Kuala Pajam dalam  mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua
    pihak untuk  menjayakannya.
5. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan  serta semangat berjuang
    dalam  kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-
    rumah sukan .
6. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah









4.0      KUMPULAN SASARAN
1. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid daripada tahun 3 sehingga
    murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Pajam kecuali bagi murid-
    murid yang mendapat kebenaran  pengecualian daripada Guru Besar  atau murid-
    murid yang mendapat  pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai pertandingan
    ini daripada Doktor.

2. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap Ketua guru rumah mestilah  memastikan
    kesihatan peserta rumah masing-masing semasa sesi latihan dan  semasa
    kejohanan diadakan.


5.0      KATEGORI PERTANDINGAN

BIL
KELAS
KATEGORI
BILANGAN PEMENANG
1
TAHUN 3
LELAKI
3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)
PEREMPUAN
3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)
2
TAHUN 4
LELAKI
3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)
PEREMPUAN
3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)
3
TAHUN 5
LELAKI
3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)
PEREMPUAN
3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)
4
TAHUN 6
LELAKI
3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)
PEREMPUAN
3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)


6.0      MATA INDIVIDU UNTUK RUMAH.
Murid-murid yang menamatkan lariannya secara sah dan mendapat nombor antara  nombor 1 hingga 10 akan mendapat mata bagi rumah mereka seperti berikut:

KEDUDUKAN
MATA
1
10
2
9
3
8
4
7
5
6
6
5
7
4
8
3
9
2
10
1


Kedudukan rumah dalam pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang  terbanyak.  Piala Pusingan akan di anugerahkan kepada rumah yang mendapat Johan. Markah bagi setiap rumah sukan akan digabungkan dengan aktiviti sukan yang lain. Markah yang tertinggi akan dianugerahkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan.

7.0      TREK LARIAN
Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut  kategori
yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid yang berlari mengikut trek yangsalah akan dikira batal.

8.0      JURI RAYUAN
Sebarang bantahan tentang keputusan pertandingan hanya boleh dilakukan melalui Ketua  Guru rumah kepada Juri Rayuan yang telah dilantik dengan bayaran pertaruhan sebanyak RM  50.00   Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya pihak berkenaan gagal dalam  aduannya. Segala Keputusan Pertandingan akan disahkan muktamad oleh Juri Rayuan.

9.0      PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA
1. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.
2. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain
    dengan  tujuan melengahkan kelajuan lawan mereka
3. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan
4. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta













10.0    ATURCARA PERTANDINGAN:

MASA
TENTATIF
TINDAKAN
7.00 pagi
Pendaftaran kehadiran oleh guru-guru kelas di Tapak Perhimpunan
Guru Kelas, Guru Rumah Sukan.
7.30 pagi
Senaman/ warm up/ Stretching
En. Wan Mohd Akhbar Bin Wan Ibrahim
8.00 pagi
Taklimat Kejohanan kepada Pegawai-pegawai Kejohanan oleh Penolong Pengerusi Teknik.
Taklimat Kejohanan kepada Peserta oleh Pengurus Kejohanan di tapak perhimpunan
Pengerusi Teknik, Penolong Pengerusi teknik, Pegawai Check Point, Pencatat Masa, Hakim Penamat.
8.10 pagi
Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pasukan Keselamatan dan Kawalan Lalu Lintas serta Pasukan Kecemasan ke check point masing-masing.
Pegawai Check Point, Pegawai Keselamatan dan Lalulintas
8.30 pagi
Acara dimulakan dan dilepaskan setiap 2 minit mengikut Kategori;
PEREMPUAN
·                     Perempuan Tahun 3,4,5 dan 6.

LELAKI
·                     Lelaki Tahun 3,4,5 dan 6.
Pelepas, Peronda Mula, Peronda Semasa Kejohanan, Peronda Akhir, Pertolongan cemas
9.15 pagi
Peserta pertama dijangka tiba
Ketua Hakim, Pencatat Masa, Pencatat Pemenang.
9.30 pagi
Rehat Tahap 1
Guru Bertugas Mingguan
9.45 pagi
Rehat Tahap 2
Guru Bertugas Mingguan
10.00 pagi
Ucapan Guru Besar dan Penyampaian Hadiah
Juruacara Majlis
11.00 pagi
Murid masuk ke kelas masing-masing
Guru Mata Pelajaran





11.0    PANDUAN TUGAS GURU 

PENGURUS PASUKAN
1. Menyediakan peserta-peserta rumah masing
2. Menyedia dan menentukan nombor peserta
3. Mengawasi disiplin peserta rumah masing-masing

PERSIAPAN TEMPAT
1. Menyediakan dan mengemaskan semula tempat  penamat pertandingan iaitu lorong penamat, kerusi dan  meja pencatat mengikut kelas dan kategori peserta.

SETIAUSAHA DAN  PEN.SETIAUSAHA
1. Menyediakan borang keputusan pertandingan,  Kad  pemenang dan kad Check
    Point.
2. Membuat laporan pertandingan dan menyerahkan  kepada  PK Kokurikulum dalam
    masa seminggu selepas  pertandingan

HADIAH
1. Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap  acara.
2. Membuat persiapan dan upacara penyampaian hadiah apabila kejohanan tamat.

PELEPAS
1. Melepaskan peserta untuk permulaan

REFERI PELEPAS
1. Membawa peserta ke tempat mula mengikut Kelas dan  kategori yang telah
    ditetapkan pada masa yang  ditentukan.
2. Memberi isyarat kepada pelepas untuk memulakan  pertandingan

PENGACARA MAJLIS
1. Mengacarakan majlis  penyampaian hadiah setelah  kejohanan tamat.

KECEMASAN
1. Menyediakan alat bantuan kecemasan.
2. Memberi bantuan yang sewajarnya lepada pesakit.

HAKIM
1. Memberikan nombor kedudukan kepada pemenang bagi setiap kategori.

KETUA HAKIM
1. Memberi taklimat kepada hakim dan penjaga masa  (Pencatat)
2. Mempastikan semua keputusan pertandingan diperolehi  dan menyerahkannya
    kepada pengacara majlis untuk  penyampaian hadiah.



PENCATAT DAN  PENJAGA MASA
1. Mencatat  nama dan rumah pemenang mengikut  nombor kad keputusan hakim,
2. Merekod mata  rumah mengikut masa yang ditentukan  oleh hakim
3. Mengambil masa pemenang pertama pertandingan  mengikut kelas dan kategori
    yang diarahkan untuk  mencatat( berada di tempat permulaan untuk  mengambil
    masa permulaan).

PENGURUS TREK
1. Mempastikan trek selamat digunakan dan semua guru  yang bertugas di check point
    telah bersedia.
2. Memberitahu Referi pelepas untuk acara di mulakan.
3. Menentukan dan memberi arahan jurutunjuk bagi setiap kategori.

JURUTUNJUK ARAH 
1. Bersedia dengan motosikal dan membawa bendera  amaran kepada orang awam
    (Bendera Merah)
2. Menjadi penunjuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan oleh pengurus trek.

PENJAGA STESEN/  CHECK POINT.
1. Berada di tempat check point (Stesen) yang ditentukan  sekurang-kurangnya 10 minit
    lebih awal sebelum masa kejohanan bermula
2. Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi  mempastikan keselamatan
    murid
3. Mengawal dan mempastikan lalulintas di kawasan  tersebut selamat untuk laluan
    murid.
4.Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari  secara yang
   membahayakan.



















JAWATANKUASA PELAKSANA
KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA
PERINGKAT SK KG KUALA PAJAM

Penasihat                          : Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat
Pengerusi                          : En. Mohammad Yusri Bin Yusof
                                             Guru Besar SK Kg Kuala Pajam
Timbalan Pengerusi         : Pn. Anita Binti Aris@Idris
                                              Guru Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 1               : Encik Mohd Baba Bin Samah
                                              Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 2               : Pn. Rozinah Binti Baharim
                                              Guru Penolong Kanan HEM
Setiausaha Sukan            :  En. Ahmad Saiful Mizan Bin Harun
Timbalan Setiausaha        : Pn. Siti Afidah Binti Samsuri

AHLI JAWATANKUASA KERJA

BIL.
AJK / GURU
BIDANG TUGAS
ALATAN
1.
BUKU PROGRAM DAN JEMPUTAN
1.    1. Pn. Misbah Bt Abu Bakar
·                     Menyediakan Buku Program Kejohanan
·                     Mengedarkan Buku Program Kejohanan
·                     Menyediakan  dan ,mengedarkan surat jemputan kepada pihak polis, hospital, PPD (surat pemberitahuan.
Kertas Warna A4
2.
PUBLISITI DAN HIASAN
1.  1. Cik Ruzana Bt Mohd Derus
     2. En. Ahmad Saiful Mizan Bin Harun
     3.En. Wan Mohd Akhbar Bin Wan
        Ibrahim.
     4. En. Hafiz Hazwan Bin Hamzah
·                     Membuat dan memasang kain rentang Kejohanan Merentas Desa
·                     Memasang “Bantings”, bendera-bendera Rumah Sukan dan perhiasan yang bersesuaian
·                     Mengemas dan menyimpan semula segala peralatan yang digunakan selepas kejohanan.
Kain rentang, “Bantings” dan perhiasan yang sesuai
3.
MAKANAN/MINUMAN
1.   1. Cik Ruzana Bt Mohd Derus
1


  
·                     Membuat tempahan makanan/minuman untuk pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar yang bertugas
·                     Mengagihkan makanan/minuman kepada pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar yang bertugas
Makan Polis:
2 Nasi Lemak,
2 Tea o, dan Kuih Muih.

Minuman Murid:
18/1/2017
(2 Tong Sirap)

19/1/2017
(2 Tong Sirap)
4.
HADIAH, CENDERAMATA DAN SIJIL
1.  1. Pn. Rozana Bt Majid
     2. Pn. Mardziyah Bt Abd Manaf
     3. Pn. Mazlina Bt Abdullah
     4. Pn. Azida Bt Che Mat (Cetak Sijil)
·                     Menempah hadiah mengikut kategori
·                     Menyusun hadiah untuk acara Penyampaian Hadiah
·                     Menyediakan sijil untuk para pemenang
·                     Sentiasa berhubung dengan JK Sumbangan/Tajaan sekiranya pihak sekolah menerima sebarang sumbangan yang berbentuk hadiah
Hadiah, dulang dan sijil
5.
SIARAYA
1.    1. En. Ahmad Saiful Mizan Bin Harun
       2. Pengawas Sekolah
·                     Menyediakan alat siaraya di Tapak Perhimpunan
·                     Menyimpan semula peralatan yang digunakan setelah selesai kejohanan









6.
DOKUMENTASI
1.  1. Pn. Mazlina Bt Abdullah
·                     Mengumpul semua maklumat untuk didokumentasikan
·                     Membuat dokumentasi dengan kerjasama S/U Kokurikulum dan S/U Sukan
8.
KEBERSIHAN
1.  1. Pn. Noraliza Bt A. Raub
·                     Memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadan bersih
9.
KECEMASAN
1. En. Wan Mohd Akhbar Bin Wan
    Ibrahim (Murid Lelaki).
2. Pn. Noraliza Bt A. Raub (Murid
    Perempuan).
1.       
2.      
·                     Menyediakan kenderaan/alatan bantuan/peti pertolongan cemas.
·                     Menghantar murid ke hospital.
FIRST AID KIT





10.
KESELAMATAN, DISIPLIN, DAN KAWALAN LALU LINTAS
1. 1. En. Ahmad Saiful Mizan Bin Harun
2  2. En. Wan Mohd Akhbar Bin Wan
        Ibrahim.
    3. En. Hafiz Hazwan Bin Hamzah
    4. Anggota Polis Balai Beranang
        (2 orang)
    5. Pengawal Keselamatan Sekolah.

·                     Menghantar surat permohonan bantuan kawalan lalu lintas kepada pihak polis beranang.
·                     Mendapatkan maklum balas daripada Pasukan Polis
·                     Memberi layanan berpatutan kepada Pasukan Polis semasa dan selepas bertugas
·                     Memaklumkan kepada Pegawai Teknik/Pengurus Kejohanan dan Pegawai Pelepas bahawa telah bersedia
Bendera Putih dan Bendera Merah.



















11.
JURUHEBAH DAN JURUACARA MAJLIS
1. Pn. Junaine Bt Ismail
·                     Menyediakan teks, lagu-lagu selingan yang bersesuaian dan mengacara di sepanjang kejohanan     untuk memeriahkan suasana






12.
JURU FOTO
1. En. Hafiz Hazwan Bin Hamzah
1.    
·                     Mengambil gambar sepanjang kejohanan
·                     Menyerahkan gambar kepada AJK Dokumentasi
13.
PELEPAS
1.  1. En. Muhammad Yusri Bin Yusof (Guru Besar SKKKP).


·         Melepaskan para
 peserta mengikut kategori di garisan permulaan


Wisel/Air Hon dan Hailer
14.
PERSIAPAN TREK
1.  1. En. Ahmad Saiful Mizan Bin Harun
2   2. En. Wan Mohd Akhbar Bin Wan
         Ibrahim.
     3. En. Hafiz Hazwan Bin Hamzah

1.    
·                     Mencari trek yang bersesuaian dan selamat untuk kejohanan.
·                     Menyediakan pelan trek/laluan Kejohanan Merentas Desa
·                     Memasang Check Point di trek.
15.
PENYELARAS LORONG-LORONG PENAMAT DAN TEMPAT-TEMPAT HAKIM
1.  1. En. Wan Mohd Akhbar Bin Wan
         Ibrahim.
     2. En. Hafiz Hazwan Bin Hamzah
     3 . En. Ahmad Saiful Mizan Bin Harun

2
·                     Menyediakan lorong-lorong penamat dan tempat kedudukan para Hakim Penamat sebagaimana     pelan
·                     Melabelkan setiap lorong dan kedudukan para Hakim Penamat untuk panduan peserta
·                     Mengemas semula lorong-lorong penamat, kerusi dan meja para Hakim Penamat selepas selesai kejohanan
Khemah, Meja, Kerusi, Tali raffia, penanda, gunting dan masking tape
16.
URUSETIA DAN PENYELARAS BORANG PERTANDINGAN
1. En. Ahmad Saiful Mizan Bin Harun
1.    
·                     Menyediakan borang-borang kejohanan dan mengagihkan kepada setiap Ketua Hakim
·                     Memberi taklimat kepada setiap Ketua Hakim tata cara mengisi borang kejohanan
·                     Membuat publisiti Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah
·                     Mengaudit markah yang diperolehi dari Ketua Hakim untuk menentukan kedudukan Rumah Sukan          bagi setiap kategori dan keputusan keseluruhan kejohanan
·                     Menyerahkan keputusan akhir kepada Juru Acara Majlis untuk acara Penyampaian Hadiah
Borang-borang kejohanan, alat tulis dan Kalkulator
17.
HAKIM-HAKIM PENAMAT
1.   1. Pn. Siti Nazirah Bt Mohd Salleh (Tahun 3)
      2. Pn. Emmie Nur Suria Bt Saina (Tahun 4)
      3. Cik Ruzana Bt Mohd Derus     (Tahun 5 dan Tahun 6)
         
3



P

·                     Bertugas sebagai ketua hakim penamat untuk kategori masing-masing
·                     Memberi taklimat tatacara mengisi borang kejohanan kepada hakim-hakim penamat
·                     Mengambil kupon kedudukan dari no 1 hingga 10 bagi kategori masing-masing daripada pencatat masa
·                     Menyemak kupon check point para peserta dan mengagihkan kupon kedudukan no 1 hingga 10  kepada peserta yang berjaya menamatkan larian untuk kiraan markah
·                     Memastikan hakim-hakim penamat merekodkan mata merentas desa mengikut rumah sukan peserta bagi menentukan pungutan markah rumah sukan mengikut kategori masing-masing
·                     Menyemak dan menandatangani borang-borang kejohanan yang diterima dari hakim-hakim penamat bagi kategori masing-masing dan menyerahkannya kepada urusetia untuk diaudit
18.
PENCATAT MASA
5.    1. Pn. Siti Nazirah Bt Mohd Salleh (Tahun 3)
      2. Pn. Emmie Nur Suria Bt Saina (Tahun 4)
      3. Cik Ruzana Bt Mohd Derus     (Tahun 5 dan Tahun 6)
·                     Bekerjasama dengan Hakim Penamat dalam menentukan masa kedudukan peserta
·                     Mengambil masa bagi kedudukan pelajar tempat 1 hingga 10 kategori masing-masing
·                     Memberi catatan masa kepada Hakim Penamat bagi kategori masing-masing
·                     Membantu hakim penamat mengira pungutan bagi kategori masing-masing
Jam randik
19.
PENCATAT PEMENANG
1.   1. Pn. Siti Nazirah Bt Mohd Salleh (Tahun 3)
      2. Pn. Emmie Nur Suria Bt Saina (Tahun 4)
      3. Cik Ruzana Bt Mohd Derus     (Tahun 5 dan Tahun 6)
·                     Bekerjasama dengan Hakim Penamat dan Penjaga Masa dalam menentukan masa kedudukan peserta
·                     Mengambil nama , nama rumah, no KP bagi pemenang no 1- 10
·                     Membantu urusetia mengira pungutan bagi kategori masing-masing
20.
PENYELARAS CHECK POINT

1. Pn. Noor Aini (CP 1)

2. Pn Rozana (CP 2)

3. Pn Mardziyah (CP 3)

4. Pn. Misbah (CP 4)

5. Pn. Noraliza Binti A. Raub (CP 4)

6. Pn. Mazlina Bt Abdullah (CP 5)








·                     Menyelia, membawa dan menyerahkan kupon check point kepada peserta
·                     Mencatat nombor larian setiap peserta
·                     Membawa pulang penanda check point masing-masing dan letakkan di pondok jaga
·                     Memastikan setiap check point ada Pegawai Check Point yang bertugas sebelum kejohanan dimulakan
·                     Mengawas pergerakan para peserta di sekitar laluan trek
Penanda check point dan senarai nama murid yang melalui check point












21.
MEMANASKAN BADAN SEBELUM LARIAN
1. En. Wan Mohd Akhbar Bin Wan
   Ibrahim.
1.    
·                     Melakukan tunjukcara memanaskan badan
·                     Memastikan peserta mengikut dan melakukan aktiviti memanaskan badan
·                     Mengarahkan pelajar ke tempat permulaan mengikut kategori masing-masing
22.
PERONDA MULA DAN SEMASA KEJOHANAN
1. Wan Mohd Akhbar Bin Wan Ibrahim.
     2. En. Hafiz Hazwan Bin Hamzah
     3. En. Ahmad Saiful Mizan Bin Harun

·                     Meletakkan penanda bagi setiap Check Point
·                     Meronda trek bersama peserta semasa dilepaskan oleh pelepas dan semasa kejohanan

12.0     Anggaran Perbelanjaan

Bil.
Butiran
Kuantiti
HargaSeunit
(RM)
Jumlah
(RM)
1.
Medal (Emas)
8 orang
4.00
32.00
2.
Medal (Perak)
8 orang
4.00
32.00
3.
Medal (Gangsa)
8 orang
4.00
32.00
4.
Sijil
1 rim
50.00
50.00
5.
Minuman murid pada 18.1.2017
2 Tong
15.00
30.00
6.
Minuman murid pada 19.1.2017
2 Tong
15.00
30.00
7.
Jamuan Polis
2 Orang
5.00
10.00
8.
Kertas Warna (3 Warna)
1 rim
15.00
15.00
9.
Plastik Minuman (Plastik No. Peserta)
1 plastik
10.00
10.00
10.
Bunting Kejohanan Merentas Desa
1
80.00
80.00
11.
Marker Pen
3
4.00
12.00
                                          JUMLAH
333.00


Jumlah peruntukan yang dimohon adalah sebanyak RM333.00

Disediakan Oleh:                                 Disemak Oleh:                              Disahkan Oleh:

……………………………………          ……………………………....          ……………………………………..
(Ahmad Saiful Mizan Bin Harun)         (En. Mohd Baba Bin Samah)        (En. Mohammad Yusri Bin Yusof)

SU Sukan SKKKP                               GPK Kokurikulum                          Guru Besar SKKKP

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB