“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Tuesday, September 19, 2017

TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017




TEKS UCAPAN
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA
2017

Oleh :
EN. MUHAMMAD YUSRI BIN YUSOF
Guru Besar
Sk Kampung Kuala Pajam,
Beranang, Selangor Darul Ehsan



Assalamualaikum WBT …
Selamat pagi dan “Salam Negaraku Malaysia” ….
Yang dihormati barisan Penolong Kanan SK Kg Kuala Pajam, Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian…

Tetap terserlah si askar platun,
Mara menghala barisan hadapan,
Ucap Bismillah selembar pantun,
Bicara bermula titisan ucapan.

Di sangkar merbah bertelur helang,
Punai terlepas di hutan tarah;
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Bagai mengibas lipatan sejarah.

Setiap tahun menyambut merdeka
Jalur gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
beratus tahun kita dijajah

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul pada Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Malaysia/ Kebangsaan peringkat sekolah untuk tahun 2017.

“Negaraku Sehati Sejiwa ” merupakan TEMA sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia tahun ini. Saya percaya tema ini akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati kita semua sebagai  seorang warganegara Malaysia yang cintakan tanah air.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pada tanggal 31 Ogos 2017 yang lalu genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali ke- 60. Sebagai generasi muda pada hari ini saya percaya murid - murid masih kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaan sebenar. Pada zaman sekarang erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan menghindari penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta amalan-amalan yang merosakkan negara kita. Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik anda semua patut berasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi pekerti serta mengamalkan nilai-nilai murni dapat menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum sekaligus menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.

Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan tanggungjawab begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat jelata . Sebagai seorang murid sekolah yang diberi infrastruktur yang lengkap untuk belajar kita haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih utk mencapai cita-cita. Secara tidak langsung anda juga menyumbang kepada pembangunan Malaysia di masa akan datang. Harapan saya agar anda semua mengekalkan ciri-ciri warganegara yg baik , berakhlak mulia ,berdisiplin serta hormat menghormati antara satu sama lain apabila dewasa nanti.

Setelah 60 tahun merdeka keadaan negara kita sekarang jauh lebih baik daripada sebelum merdeka dengan pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Masyarakat kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya. Menjadi harapan saya agar murid-murid SK Kg Kuala Pajam menggunakan peluang yang ada sekarang untuk mengejar cita-cita serta berjaya dalam hidup.

Murid-murid sekalian,

Kalau kita lihat senario dunia sekarang peperangan berlaku di mana-mana, ramai anak- anak kecil tidak berdosa mati dan tidak kurang juga yang kehilangan tempat tinggal serta kematian orang-orang yang mereka sayang. Nasib kita di sini jauh lebih baik dan kita bebas melakukan perkara yang kita suka termasuk pergi ke sekolah tanpa sebarang ketakutan. Oleh yang demikian bersama-samalah kita bersyukur dan berikrar untuk hidup bersama dengan aman dan damai sesuai dengan TEMA kita pada tahun ini “Negaraku Sehati Sejiwa . Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui cara  pemikiran minda kelas pertama sekali gus mempertahankan kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin negara terdahulu.

Kehadiran kita pada pagi ini bukan hanya utk wewarnai program tetapi sebagai permulaan untuk kita sama-sama melahirkan rasa bangga kita menjadi warganegara Malaysia yang bertuah serta melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi. Ia bukan sekadar  laungan MERDEKA tetapi memahami , menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan harian itu dengan lebih bermakna. Memerdekakan diri daripada perkara-perkara negatif dan tidak baik amatlah penting. Sesungguhnya tujuan program bulan kemerdekaan ini diadakan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara melalui aktiviti-aktiviti yang telah kita jalankan sepanjang bulan ogos sehingga majlis penutup hari kemerdekaan  ini. Besarlah harapan saya agar semua aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan Program Majlis Penutupan Bulan kemerdekaan Malaysia Peringkat sekolah kali ini. Saya menyeru agar kita sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang termasuk di rumah kita sendiri.  Semoga dengan cara itu kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme kepada tanah air tercinta. Kerja sama- sama yang ditunjukkan  dalam program ini serta program akan datang memberi kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mempertahankan Kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai.

Tanpa melengahkan masa lagi dengan lafaz
Bismilahirahmannirrahim” saya dengan ini menutup sambutan Bulan Kemerdekaan ke- 60 peringkat SK Kg Kuala Pajam 2017 dengan serangkap pantun …

Pakcik Wak menjahit kopiah,
kopiah dijahit beldu yang utuh,
wabillahi taufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.





Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB