“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Wednesday, November 4, 2015

FIZIKAL SEKOLAH

Pengenalan
Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur yang lain seperti pejabat, pusat sumber 
sekolah (PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang permainan, 
kawasan rekreasi memainkan peranan dalam membentuk sekolah itu sebagai 
sebuah organisasi pendidikan.
Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di 
sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga 
perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan 
yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan 
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-
institusi lain dan masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, 
penolong-penolong kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-
masalah yang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan 
itu berjalan lancar.
Pusat sumber sekolah pula memainkan peranan memaksimumkan pendedahan 
maklumat dan bahan kepada pengguna. Guru tidak lagi dianggap sebagai satu-
satunya punca pengetahuan dalam proses P&P di bilik darjah, tetapi lebih 
berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Fasilitator mempunyai tanggungjawab 
dengan memberi kesempatan kepada murid menggunakan keupayaannya secara 
optimum. Peranan murid pula diubah dari pada pasif kepada penglibatan dan 
pelakuan yang aktif. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di pusat 
sumber sekolah ialah bilik bacaan yang selesa, bahan-bahan cetak, carta, peta, 
transparensi, slaid, pita rakaman audio dan video dan pelbagai koleksi buku bacaan.

Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan 
jasmani dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan 
jasmani sememangnya perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu 
melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Di 
antara objektif umum pendidikan jasmani ialah:
memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal, 
mental, sosial dan emosi.
menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan, berlari 
dan lain-lain yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif.
menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas 
gimnastik.
mengetahui had kebolehan diri sendiri serta hubungannya dengan alam 
persekitaran.
mencapai taraf disiplin diri yang tinggi.
     .     merasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan di 
dalam dan di luar sekolah.
menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan menyedari peranan sukan 
dalam kegiatan masyarakat dan bergembira ketika mengambil bahagian 
sebagai perserta atau penonton.
Keceriaan Sekolah
Kepentingan mewujudkan suasana persekolahan yang sihat sememangnya tidak 
dapat dinafikan lagi. Kecemerlangan murid dipengaruhi oleh kedua-dua faktor 
persekitaran pembelajaran dan persekitaran sekolah yang mana kedua-dua faktor ini 
saling berinteraksi antara satu sama lain. Alam sekeliling memberi peluang 
pelaksanaan seluruh potensi murid. Suasana keceriaan yang dibina itu 
memungkinkan perkembangan maksimun dari segi rohani, emosi, jasmani dan 
intelek murid.
Keadaan persekitaran sekolah juga termasuk dalam pendidikan. Murid-murid yang 
didedahkan dengan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan nyaman akan 
membangkitkan suasana pembelajaran yang kondusif. Matlamat utama keceriaan 
sekolah ialah:
Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, 
bersih dan indah.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan 
pembelajaran.
Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya 
mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah.
Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan 
masyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha 
keselamatan, kebersihan dan keindahan.
Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah-
sekolah,


Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak 
sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi 
kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta 
kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada 
merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah. 
Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah. 
Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan 
inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan 
taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.

Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar 
yang cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut biorama 
yang dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar 
dipelihara dalam keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program stesen alam 
sekitar, yang dilekatkan dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar. 
Selain itu boleh dibina Taman Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata, disesuaikan dengan kurikulum matematik. Semasa merancang pembinaan 
taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai kecantikan berimejkan sekolah serta 
mempunyai motif pembelajaran haruslah diutamakan.
Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu 
Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah 
(PPD) juga diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang 
antara waris, guru, para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung 
Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan. 
Sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman misalnya, mempunyai dusun buah-
buahan seperti durian, manggis, cempedak, langsat, rambutan dan petai.
 Paya-paya dan anak-anak sungai di kawasan dusun dikekalkan kecantikan dan 
keasliannya dengan pokok rumbia, bemban dan pokok-pokok hutan paya yang lain. 
Di samping itu boleh dipelbagaikan kegiatannya, seperti taman perubatan, dataran 
minda, rumah tradisional, mini muzium serta laluan refleksi. Koleksi bahan-bahan 
antik yang boleh dikumpulkan daripada penduduk setempat, dipamerkan dan 
dijadikan mini muzium.



Definisi “Reruang”
Menurut Caudill, (1978),  “Reruang” didefinisikan sebagai bentuk yang terdiri 
daripada lantai, siling dan dinding.  Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang statik 
dan ruang dinamik.  Ruang statik merujuk kepada ruang yang terhad, tidak terbuka 
dan tiada pergerakan udara yang terbuka dan memberikan pergerakan yang bebas 
di antara dalam dan luar ruang tersebut.  Menurut Testa, Carlos (1975), “Reruang” 
merupakan suatu entiti yang merujuk kepada parameter tertentu.  Ruang yang 
dirancang, direkabentuk dan dibina mengikut ukuran tertentu mempunyai unit 
keluasan sebagai parameternya.  Dalam konteks ini, ruang tetbahagi kepada lima 
kumpulan utama iaitu “Ruang Pembelajaran Am”, “Ruang Pembelajaran Khusus”, 
“Ruang Bukan Tujuan Pembelajaran”, “Ruang Peermainan” dan lain-lain kemudahan 
“Ruang Bukan Bangunan”.
Ruang pembelajaran am ialah bilik-bilik darjah yang digunakan oleh pelajar untuk 
mempelajari sebahagian besar daripada mata pelajaran yang diajar di sekolah.  
Ruang pembelajaran khusus meliputi pelbagai jenis ruang yang diperuntukkan 
khusus untuk mata pelajaran elektif.







Budaya Senggara
Budaya senggara bermaksud himpunan segala usaha yang dilakukan secara 
berterusan untuk memperbaiki sesuatu dengan tujuan bagi mencapai 
kesempurnaan.  Budaya senggara berfungsi untuk penyenggaraan pemulihan
 ( corrective maintenance)  yang n berfungsi untuk membaiki atau mengganti 
komponen atau sumber  fizikal itu supaya dapat berfungsi mengikut standard yang 
ditetapkan.  Selain itu budaya senggara berfungsi sebagai penyenggaraan 
pencegahan  sepeti kerja-kerja memeriksa ,service, membaiki atau mengganti 
komponen atau sumber fizikal secara teratur  mengikut jadual yang ditetaokan bagi 
mengurangkan kerosakan dan dapat beroperasi dengan cekap.  Langkah ini juga 
juga amat berguna bagi mengurangkan kerosakan dan dapat beroperasi dengan 
cekap dan selamat. Pemeriksaan yang kerap juga perlu dilakukan pada bilik darjah 
,bumbung sekolah, pagar, tangki air, pendawaian elektrik, pemadam api, dinding 
bangunan dan jenis pokok-pokok hiasan yang ditanam di kawasan sekolah. 
Di samping itu keindahan dan keceriaan sekolah perlu sentiasa dalam keadaan 
bersih dan indah supaya dapat membangkitkan minat belajar di kalangan murid-
murid sekolah.










Pengurusan Pembangunan Fizikal Sekolah
Pihak pengurusan sekolah terutama guru besar sewajarnya memainkan peranan 
penting bagi mengurustadbir dalam hal berkaitan keceriaan dan kebersihan fizikal 
sekolah. Dalam hal ini beberapa spesifikasi perlu diambil perhatian oleh pihak guru 
besar ialah:
1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa keceriaan sekolah untuk menentukan 

kawasan mana yang perlu diceriakan dan menentukan jenis, bentuk dan tema 

yang akan dibina.

2. Memastikan peruntukan kewangan adalah mencukupi .

3. Menentukan bahan-bahan yang perlu dipesan.


4. Menyediakan borang pesanan dalam 3 salinan dan mendapat kelulusan guru 
besar
5. Menghantar 2 salinan borang pesanan ke pembekal.

6. Mnerima dan menyemak barang-barang pesanan daripada pembekal


7. Merekod barang-barang yang diterima ke dalam stok.

8. Menjalankan kerja-kerja projek keceriaan yang telah ditetapkan.


9. Menyediakan laporan lengkap setelah projek siap dan diserahkan kepada 

guru besar.







Sekolah Selamat

Realitinya kebanyakan sekolah di seluruh negara adalah selamat dan berfungsi 
secara efektif.  Walau bagaimanapun kita harus sedar pada hakikatnya bahawa 
terdapat murid yang datang dari keluarga bermasalah dan wujudnya pengaruh

luaran yang negatif yang mempengaruhi murid sekolah hari ini.  Perubahan dalam 
iklim pendidikan hari ini telah mewujudkan keperluan kepada mengenal pasti 
kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan 
dan kejayaan murid-murid serta guru-guru.  Adalah menjadi tanggungjawab semua 
pihak terutama keluarga, pihak sekolah dan komuniti setempat untuk mewujudkan 
polisi sekolah selamat dalam konteks pengurusan fizikal sekolah khasnya.
Dalam banyak keadaan perkara ini kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama 
pertimbangan.  Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan 
fizikal sekolah, keselamatan sosial, emosi dan teknikal sekolah.  Oleh itu polisi yang 
berterusan perlu diwujudkan.  Kurangnya kerjasama daripada keluarga dan 
masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan  menyebabkan 
berlakunya ketidakupayaan sekolah menangani isu-isu berkaitan. 


































CONTOH ANALISIS SWOC 

























Kelestarian Hasil Akhir
Bagi memastikan kelestarian hasil pelaksanaan strategi –strategi dalam analisis 
SWOT di atas, Kaplan dan Norton (2003) menggariskan empat langkah berkesan 
seperti berikut:
1. Fokus strategik (strategic fokus)

2. Penilaian (assessment)

3. Perubahan ke atas perancangan dan implementasi(change planning andimplementation)

4. Penambahbaikan berterusan (continuous improvement)

Kaplon dan Norton (2003) mencadangkan agar langkah pertama 
dengan fokus strategik.  Pada peringkat ini, kita perlu menghalusi dan melakukan 
strategik. Pada peringkat kedua , iaitu penilaian. Kita perlu membuat audit pada 
ukuran atau KPI, membina  KPI baru , mengaplikasikan KPI baru, melakukan analisis 
hasil,dan menyediakan pelaporan. Seterusnya kita perlu membuat perubahan ke 
atas perancangan dan pelaksanaannya serta mengimplementasikan perancangan-
perancangan yang telah melalui penambahbaikan.  Bagi langkah terakhir, iaitu 
penambahbaikan berterusan, kita perlu meneliti dan mengesan ukuran-ukuran 
berkaitan (track metrics) , membuat penambahbaikan berterusan, menyemak semula 
scorecard dan menurunkannya ke bawah (cascade).  Dengan menyempurnakan 
kesemua empat langkah itu, kita dapat melestarikan prestasi atau pencapaian 
organisasi kita sehingga mencapai misi dan visi organisasi dalam tempoh beberapa 
tahun akan datang.



Aktiviti-aktiviti ke arah Implementasi Strategi
Melaksanakan strategi bukan suatu perkara yang mudah, terutamanya apabila 
organisasi kita mempunyai struktur organisasi yang kompleks.  Umumnya, terdapat 
sekurang-kurangnya tiga jenis struktur organisasi , iaitu jenis piramid, jaringan, dan 
metriks.  Kejayaan melaksanakan strategi bergantung pada kompleksiti struktur   
organisasi sesebuah organisasi.  Malang sekali jika struktur organisasi itu hanya 
dijadikan ‘perhiasan’ tanpa dimanfaatkan bagi kecekapan pengurusan organisasi.

     Bagi Kaplan dan Norton (2003) , pelaksanaan strategi perlu diperjelas kepada 
semua warga dalam semua peringkat organisasi.  Ini bukan sahaja membolehkan 
pemimpin menyejajarkan semua aktiviti, objektif, dan strategi pada semua peringkat 
pengurusan, tetapi juga dapat memperjelas tanggungjawab kepada semua warga 
organisasi.  Penjelasan ini boleh direalisasikan melalui perbengkelan pelaksanaan 
atau implementasi strategi.

     Pertamanya, kita perlu menetapkan hala tuju yang jelas (strategic clarity) seperti :
i) Memperjelas mandat, misi, dan visi organisasi serta tujuan utama 

pewujudan organisasi,

ii) Peringkat manakah organisasi hendak diposisikan dan

iii) Cadangan-cadangan bagi memberi nilai kepada pelanggan
Semua ini berkaitan dengan artikulasi dan kefahaman berkaitan konsep kejayaan 
masa hadapan yang dihajati.



     Langkah  berikutnya adalah menterjemahkan strategi kepada terma-terma 
pengoperasian (operational terms), iaitu menentukan matlamat strategik , objektif 
strategik, pengukuran (KPI), sasaran, dan inisiatif (Kaplan dan Norton, 2003).  Kita 
sebagai pemimpin, seterusnya perlu merancang dan melaksanakan penyajajaran 
kepimpinan (leadership alighment) seperti:
i) Berkenalan dan merapatkan jurang sesama warga organisasi,

ii) Membina budaya saling mempercayai ,


iii) Persetujuan bersama dan perkongsian pendapat,

iv) Meningkatkan kesedaran akauntabiliti, komitmen, dan tanggungjawab


v) Memperbaharui semangat dan azam, disiplin dan kesedaran tinggi 

terhadap kesegeraan dan

vi) Menanamkan daya pemikiran mendalam dalam kalangan semua warga 

organisasi

Kaplon dan Norton (2003) menjelaskan:

‘The Balanced Scorecard is about managing the transmission of strategy, 

while leadership is about motivating people ti give their best  to achieve  a 

worthwhile goal.  These two different approaches work together in high 

performance organizations’

Ini bermakna BSC berkaitan dengan pengurusan penyampaian strategi , manakala 
kepimpinan pula berkaitan dengan memotivasikan orang supaya mampu menghasilkan yang 
terbaik dalam mencapai matlamat .  Kedua-dua faktor ini boleh bekerjasama dalam 
organisasi berprestasi dan berimpak tinggi.

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB