PENGURUSAN STRATEGIK
Firman
Allah bermaksud:
“Dan
siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi
dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang
(yang dengan persiapan itu) kamu
menggentarkan musuh Allah , musuhmu dan
orang-orang selain mereka yang kamu
tidak
mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada
jalan Allah nescaya
akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan
dianiayai.”
(maksud surah al-anfal:60)
Pengurusan strategik memerlukan kita
untuk membuat perencanaan bagi menentukan
matlamat
(terutama, jangka panjang), menggariskan kaedah-kaedah dan tindakan-tindakan
untuk
mencapai
matlamat tersebut. Strategi diperlukan sebagai penggabungan dan penyepaduan
pelbagai
sumber yang dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya.
Perencanaan
juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan.
Definisi Pengurusan
Pengurusan
dapat didefinisikan sebagai satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan
pengawalan
dalam sesebuah organisasi bagi mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan.
Istilah
pengurusan telah merujuk kepada satu set yang telah direka bentuk bagi meninggi
dan
mengarahkah
kerja-kerja dan tugasan yang telah ditentukan ( Ahmad Atory, 1996). Oleh itu,
setiap
manusia merupakan pengurus sama ada secara langsung atau tidak langsung dan
akan
terlibat
dengan pengurusan walaupun ia hanya
menguruskan hal peribadinya sahaja. Pengurusan
juga
boleh diertikan sebagai cara dan teknik-teknik yang diguna pakai dalam
mengendalikan
sesebuah
organisasi agar hasilnya menepati sasaran yang telah ditetapkan. Ia merupakan
gabungan
beberapa bahagian organisasi kerja yang mana setiap bahagian akan memainkan
peranan
penting dalam organisasinya. Oleh yang demikian, proses pengurusan merupakan
gabungan
beberapa kegiatan organisasi seperti perancangan, penyusunan, pengarahan dan
pengawalan,
seterusnya ia akan membentuk set lengkap
yang akan digunakan oleh pengurus
bagi
memastikan setiap misi dan visi sesebuah organisasi akan berjaya.
Pengurusan ialah satu proses social yang
dibentuk untuk mendapatkan penyertaan dan
penglibatan
ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat yang paling
berkesan
(Drucker, 1972)
Definisi
Strategik
Istilah
Strategik berasal daripada bahasa Greek “Strategos” yang boleh diertikan
sebagai “Fungsi
Seorang
Jeneral” ( Zainal Abidin , 2008). Dalam istilah ketenteraan, ia member erti
“Kepakaran
Seorang
Jeneral” menggunakan pelbagai cara dan teknik yang sesuai dalam menangani
ancaman
musuh.
Dari sudut perancangan, strategik pula
bermaksud seseorang pengurus menggunakan
beberapa
strategi yang berkesan dalam menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik
yang
sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ini meliputi beberapa perkara penting dalam sesebuah
organisasi
termasuk misi dan visi sesebuah organisasi, objektif perancangan, program
strategi
dan
kaedah yang digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Strategik yang berkesan
dan
sesuai
bagi sesuatu masalah akan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah
organisasi.
Sekiranya percaturan strategik yang digunakan tidak sesuai dan tidak menepati
kesesuaiannya
maka ia akan menyebabkan berlakunya kerugian, pembaziran dan kemunduran
sesebuah
organisasi.
The Art of Generalship. Sesuatu proses itu
strategic apabila melibatkan pemilihan
tindakan
yang terbaik untuk reason kepada persekitaran yang dinamik (Allison & Kaye,
2004)
Konsep
Pengurusan Strategik
1.
Planning
( merancang )
2.
Organizing
(mengelola )
3.
Leading ( memimpin )
4.
Controlling
( mengawal )
Definisi
Pengurusan Strategik
Ø Dikaitkan dengan
rancangan yang disusun kemas dan teratur dalam usaha mencapai
matlamat atau kejayaan
sesebuah organisasi (Kamus Dewan, 2007)
Ø Suatu proses pengurusan
yang memberi tumpuan pada aspek jangka panjang sesebuah
organisasi dengan
memberi penekanan secara berterusan pada operasi penggubalan,
pelaksanaan, dan
penilaian strategi tertentu.
Ø Suatu proses formulasi,
implementasi, dan penilaian tindakan-tindakan yang akan
Ø memastikan organisasi
berupaya mencapai objektifnya. (David, 1986)
Ø Aktiviti merancang,
mengelola,memimpin dan mengawal yang disusun secara kemas dan
teratur bagi mencapai matlamat sesebuah
organisasi.
Ø Dalam melaksanakan
sebarang aktiviti, pengurusan strategik dilihat sebagai keperluan
asas dalam menjamin
keberkesanan dan kejayaan organisasi tersebut
Ø Merupakan salah satu
elemen terpenting bagi setiap individu samaada sebagai pemimpin
atau pengurus di sesebuah organisasi
Ø Sebagai pentas bagi
pengurus atau pentadbir untuk mengendalikan program-program
yang dilaksanakan di
organisasi.
Ø Pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari secara teori,dapat diaplikasikan melalui
program-program
berasaskan konsep pengurusan strategik ini (Institut Aminuddin Baki,
1999)
Mengapa Perancangan Strategik
•
Mempunyai satu kerangka proses kerja yang sistematik
untuk menterjemahkan misi, visi
dan strategi kepada
aktiviti-aktiviti kerja harian
•
Menghubungkan antara matlamat strategik dengan KPI
bagi mengawal prestasi
organisasi
•
Meningkatkan keupayaan pemimpin untuk mengukur,
mengawal strategi secara berkesan
bagi mencapai misi dan
visi
•
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam
pengurusan masa, tenaga dan kos
•
Membina satu kerangka kerja apa yang patut dilakukan
untuk menentukan halatuju masa
depan organisasi
•
Menyediakan ruang untuk semua ahli organisasi terlibat
dan bertanggungjawab sama
untuk mencapai matlamat organisasi
•
Menjadikan organisasi lebih berfokus ( First thing
first)
•
Melakukan perkara yang betul dengan betul, untuk orang
yang betul, pada tempat yang
betul, masa yang betul
dan kos yang betul
Perancangan
Strategik
Perancangan
Strategik pula merupakan satu proses perancangan jangka masa panjang yang mana
organisasi akan menentukan misi, visi dan
objektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk
mencapai
misi dan visi yang ditetapkan ( Muhamad
Ali Embi, 2003). Ia juga dilihat sebagai
suatu
penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan sesebuah
organisasi
dan
analisis luaran yang melibatkan analisis peluang-peluang dan ancaman-ancaman
yang boleh
member
risiko kepada organisasi. Penggabungan ini akan memberikan satu dimensi baru
kepada
seseorang
pengurus untuk membuat analisis kritikal tentang kekuatan sesebuah organisasi
dan
peluang-peluang
yang wujud dalam membuat keputusan. Pengurusan Strategik wujud hasil
daripada
cetusan Perancangan Strategik yang dijalankan dan ia mempunyai dua komponen
utama
iaitu :
a) Pengurusan Isu Strategik itu sendiri yang mana
merupakan lanjutan daripada
Perancangan Strategik.
b) Melengkapkan seseorang Esekutif dengan sifat
yang sentiasa berwaspada dan
bersedia dalam menghadapi apa-apa kejadian di
luar jangka dalam sesebuah
organisasi
Komponen
ini turut dikenali dengan Pengurusan Tak Disangka (Surprise Management).
Dengan
adanya kedua-dua komponen ini maka seseorang pengurus akan dapat menangani
segala
permasalahan
yang timbul dan mampu mengurus sesebuah organisasi dengan lebih berdaya
saing
dan maju.
Menurut Fidler, 2002, Proses
formulasi perancangan strategik dan pelaksanaan
perancangan tersebut. Ini melibatkan proses analisis
strategik, pemilihan strategik,
dan implementasi strategic.
Kepentingan
Perancangan Strategik
Perancangan
Strategik merupakan aset utama dan ia memainkan peranan yang sangat penting
dalam
Pengurusan Strategik. Ia merupakan gambaran atau rangka kerja bagi seseorang
pengurus
untuk membuat, menjalankan aktiviti pengurusan
dalam sesebuah organisasi (Mumtaz Began,
Norasiken,
Norhayati, 2002).
Perancangan ini juga membantu seseorang
pengurus untuk membuat penilaian serta
keputusan
yang berkaitan dengan hala tuju sesebuah organisasi. Terdapat beberapa
kepentingan
Perancangan Strategik di dalam organisasi yang
dapat dikemukakan di sini antaranya:
1.
Pengurusan
Yang Lebih Baik :
Dengan
adanya Perancangan Strategik, pengurus akan dapat membentuk suatu konsep
yang
jelas dan lengkap bagi sesebuah organisasi. Proses ini akan membantu para
pengurus
untuk
menilai kekuatan dalam serta kekuatan luaran organisasinya dalam menangani
cabaran. Dengan perancangan ini, matlamat serta
objektif sesebuah organisasi akan lebih
jelas dan memudahkan pengurusan untk membuat
keputusan bagi mencapai matlamat
tesebut. Sekiranya Perancangan Strategik tidak
dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi,
maka kesannya ialah pengurus akan menghadapi
masalah dalam penentuan objektif serta
penetapan matlamat yang harus dicapai oleh
organisasi tersebut. Apabila sesebuah organisasi
tidak mempunyai hala tuju dan matlamat yang
harus dicapai maka operasi yang wujud di
dalam organisasi tersebut tidak mengikut
landasan yang diharapkan. Ia akan menyebabkan
kegagalan dalam menguruskan sesebuah
organisasi. Kegagalan ini akan menyebabkan
berlakunya kemerosotan produktiviti sesebuah
organisasi dan menyebabkan organisasi
tersebut gagal berdiri sama tinggi dengan
organisasi-oganisasi lain.
2.
Bertindak
Balas Kepada Perubahan Persekitaran :
Dengan
adanya Perancangan Strategik, pengurus akan dapat menangani masalah yang
tidak dijangka sekiranya persekitaran
berubah. Ini kerana Perancangan Strategik telah
membantu para pengurus dalam membuat
persiapan awal bagi menangani permasalahan
tersebut. Pengurusan akan membuat keputusan berdasarkan situasi terkini untuk
keperluan di
masa hadapan. Contohnya, sekiranya
situasi organisasi dalam keadaan yang agak perlahan,
maka pengurus boleh menetapkan matlamat organisasinya
berdasarkan pengalaman masa
lalu
yang berkaitan. Walau bagaimanapun, pada
masa ini arus peruvahan situasi tidak
dapat dijangka dengan tepat kerana ia berlaku
terlalu pantas mengikut perkembangan
zaman
teknologi yang canggih. Oleh itu,
pengurus perlu lebih kreatif dalam mencatur strategi bagi
mengatasi masalah tersebut. Dengan
mengandaikan permasalahan mungkin akan timbul
akibat perubahan persekitaran. Pengurus
dapat menyediakan beberapa langkah-langkah
menangani masalah sebagi persiapan awal
dan dapat mencongak peluang-peluang yang
mungkin wujud dari perubahan- perubahan
persekitaran tersebut.
Elemen-elemen
Dalam Perancangan Strategik
Perancangan
Strategik mempunyai beberapa elemen penting bagi memastikan perancangan yang
dibuat
bertepatan dengan kehendak dan objektif sesebuah organisasi. Kepincangan salah
satu
elemen
dalam Perancangan Strategik akan mengganggu perjalanan perancangan ini (Zainal
Abidin,
1998). Sekiranya perancangan Strategik tidak dapat dilaksanakan maka risiko
yang bakal
dihadapi
oleh seseorang pengurus akan menjadi bertambah besar. Bahkan ia mungkin
menyebabkan
berlakunya kemerosotan dalam sesebuah organisasi. Antara elemen-elemen yang
wujud
dalam Perancangan Strategik ini ialah :
1.
Misi dan
Visi :
Setiap
organisasi mempunyai Misi danVisi tersendiri. Penetapan Misi dan Visi sesebuah
organisasi akan membantu memandu
hala tuju sesebuah organisasi. Pencapaian Misi dan
Visi yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi
menunjukkan bahawa organisasi tersebut
telah Berjaya dan berada di landasan yang
diharapkan. Dalam menyatakan Misi dan Visi,
beberapa prinsip harus diteliti dalam membuat
pernyataannya iaitu mengenal pasti
Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan Peluang (SWOT
/ KLAP) dalam sesebuah
organisasi. Pengurus perlu menilai beberapa
factor yang berkaitan dengan SWOT agar
pernyataan Misi dan Visi sesebuah organisasi
bertepatan dengan objektif organisasi
tersebut. Selain itu, pernyataan yang dibuat
mestilah mudah difahami oleh semua warga
sekolah dan tidak terlalu umum dan tidak
terlalu spesifik. Sekiranya pengurus
menggunakan bahasa yang sukar difahami
dikhuatiri objektif organisasi tersebut tidak
akan tercapai. Mengikut kajian ahli-ahli
Pengurusan, 25 patah perkataan merupakan
bilangan perkataan yang ideal dan mudah diingat
oleh para pekerja dalam menyatakan
Misi sesebuah organisasi. Oleh yang demikian,
pernyataan Misi haruslah ringkas, padat,
dan mudah diingati.
Kepentingan Misi mempunyai peranan yang
tersendiri dalam sesebuah
organisasi. Antaranya ialah Misi sebagai agen
yang mengawal perjalanan sesebuah
organisasi di mana hala tuju sesebuah
organisasi akan mengikut kehendak Misi yang
telah ditetapkan. Selain itu, peranan Misi
ialah sebagai rujukan untuk menentukan
sumber yang diperlukan bagi menggerakkan
jentera sesebuah organisasi dan pengagihan
sumber manusia boleh dilaksanakan berdasarkan
keperluan Misi sesebuah organisasi.
Dengan cara ini, pengagihan sumber manusia akan
memenuhi keperluan sesebuah unit
dan dapat mengelakkan pembaziran sumber
manusia. Misi yang dinyatakan juga akan
mempengaruhi cara seseorang pengurus
mengeksploitasi peluang-peluang yang wujud di
persekitarannya. Kecekapan pengurus menggunakan
kelebihan ini, akan memberikan
kelebihan berbanding pengurus lain yang kurang
berkemampuan dalam bidang ini.
Kelebihan ini
bukan sahaja menjamin suatu pengurusan yang baik bahkan akan
membantu mengingkatkan produktiviti sesebuah
organisasi.
Nilai Strategik merupakan salah satu elemen
yang penting dalam Perancangan
Strategik. Ia dilaksanakan oleh ahli Strategi di
dalam sesebuah organisasi. Setiap strategi
yang dirancang akan mengandungi nilai-nilai
yang berbeza berdasarkan beberapa kriteria
berikut :
a) minat d)
kematangan
b) pendidikan e) kemasyarakatan
c)pergaulan
Pada kelazimannya, tidak semua ahli dalam
organisasi terlibat dalam
penentuan
strategi sesebuah organisasi. Ahli strategi yang terlibat dalam
perbincangan
menentukan hala tuju organisasi sesebuah sekolah ialah seperti
Guru
Besar/ Pengetua dan Guru- guru Penolong Kanan.
Kelulusan
dan kebenaran sebelum sesuatu perancangan dapat
diaplikasikan
dalam sesebuah organisasi mestilah diperoleh daripada seluruh
warga
organisasi. Ini kerana perlaksanaan strategi tersebut akan melibatkan
semua
ahli yang terdapat di dalam sesebuah organisasi sama ada dari ahli
bawahan
sehingga ke pentadbiran. Sekiranya strategi yang dirancang
dipersetujui,
maka pengurus akan menggunakan pendekatan yang terbaik
untuk
menyediakan satu pasukan kerja yang memiliki matlamat bagi
mencapai
segala objektif yang digariskan. Pengurus akan membuat
pengarahan
kepada penggunan strategi tertentu seterusnya membuat
pengawalan
kepada ahlinya agar sentiasa mematuhi peraturan dan kehendak
organisasi
bagi memastikan segala objektif sesebuah organisasi dapat dicapai
dengan
jayanya (Abd Aziz, 2003).
Elemen
Utama Analisis Persekitaran:
SWOT –
Faktor Dalaman : murid , guru, Guru Besar, kemudahan tool
Faktor Luaran : rakan
sejawat, PIBG, Komuniti/agensi,
PPD/JPN/KPM
Proses
Perancangan Strategik
7 Proses
Perancangan Strategik:
1.
Persediaan
perancangan
2.
Analisis
mandate
3.
Menjelaskan
hala tuju institusi, visi, misi dan nilai
4.
Analisis
persekitaran
5. Isu, matlamat, petunjuk
prestasi utama, sasaran dan objektifI
6. Penjanaan strategi,
pelan tindakan dan pelan operasi
7.
Perlaksanaan
Perancangan Strategik
Proses
Perancangan Strategik merupakan satu susunan tindakan yang gakan menghasilkan
beberapa
keputusan strategic dan diikuti dengan tindakan perlaksanaan, pengawalan dan
mendapatkan
maklum balas mengenai strategi yang telah digunakan. Mengikut Zainal Abidin
Mohamad
(1994), proses Perancangan Strategik boleh dikatogerikan kepada beberapa
peringkat
seperti
berikut:
1.
Analisis
Persekitaran Am:
Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti
keadaan sekeliling yang bakal dihadapi oleh
sesebuah organisasi dari segi ancaman dan
peluang yang wujud. Ini termasuk analisis
sosiobudaya setempat yang mempengaruhi
persekitaran. Selain itu, scenario politik juga
dianalisis bagi mengetahui tahap kestabilan
negara serta penguatkuasaan undang-undang
Negara yang meliputi hak-hak warga sekolah
khasnya murid dan staf, keselamatan, kuota
sesuatu barangan, pemilihan lokasi dan
sebagainya. Teknologi terkini juga turut menjadi
agenda utama yang dianalisis kerana
perkembangan teknologi pada hari ini terlalu pantas
dan terlalu banyak perubahan serta peningkatan
tahap kecekapan sesebuah organisasi
dengan bantuan alat yang berteknologi tinggi,
kecemerlangan murid-murid juga boleh
dibantu dengan penggunaan ICT. Oleh itu,
pengaruh daripada persekitaran akan
memberikan peluang kepada pengurus atau
sebaliknya menjadi ancaman kepada
pengurus
tersebut dalam mengendalikan sesebuah organisasi.
2.
Perancangan
Senario
Perancangan Senario merupakan peramalan serta
pengandaian kepada sesuatu scenario
yang mungikin dihadapi oleh sesebuah organisasi
dengan menggunakan kaedah
antaranya:
a) Kaedah Rip Van Wingkle iaitu membuat ramalan
terhadap keadaan persekitaran
untuk tempoh masa tiga hingga lima tahun akan
datang dan mengandaikan pengurus
sedang tidur dan akan bangun semula selepas
waktu tersebut. Scenario ini
mengandaikan apakah yang akan terjadi dalam
tempoh masa tertentu dan berusaha
membuat perancangan yang sesuai untuk
menanganinya kelak.
b) Perancangan Senario Terpimpin iaitu beberapa
individu yang berpengalaman
bersidang dan membentangkan gambaran tentang
persekitaran semasa yang diketahui
umum. Mereka akan mencadangkan beberapa
scenario yang lebih baik untuk
dibincangkan bersama
c) Perancangan Senario Terarah pula didapati ketua
sesebuah organisasi itu sendiri yang
akan memaklumkan Perancangan Strategik yang
diambil berdasarkan senario yang
wujud. Hanya ketua pengurus yang berpengalaman
mempunyai hubungan yang
meluas dengan semua staf serta berwibawa mampu
memberikan ramalannya terhadap
senario yang diandaikannya. Pada kebiasaannya
Ketua Pengurus akan berbincang
dengan Penolong Pengurus sebelum mengumumkan
Perancangan Strategiknya
kepada ahli dalam organisasinya.
Analisis
Persekitaran Sekolah/ Organisasi
Analisis persekitaran dilakukan untuk meninjau
beberapa komponen yang dilihat dapat
mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi
yang beroperasi dalam pasaran terbuka
antaranya:
a) Pembeli d)
Barang Pengganti
b) Pembekal e)
Kumpulan Sasaran
c) Pesaing f
) Bakal Pesaing
Analisis Dalaman
Analisis dalaman merupakan analisis terhadap maklumat
yang diperoleh daripada sesebuah
organisasi itu sendiri, ia melibatkan kemampuan serta kekuatan dalaman
sesebuah organisasi
dengan mengambil kira segala kos operasi, kos
tetap, pengurusan, perbelanjaan latihan,
penyelidikan, kedudukan organisasi dan
sebagainya. Analisis ini digunakan untuk mencatur
strategi yang lebih sesuai berdasarkan
kemampuan sesebuah organisasi. Antara beberapa
bahagian yang terlibata secara langsung dalam
membuat analisis ialah :
a) Bahagian kewangan
b) Bahagian pengeluaran
c) Bahagian Sumber Manusia
d) Bahagian pemasaran
Penyenaraian Strategi
Alternatif
Dalam sesebuah
organisasi, terdapat pelbagai latar belakang pendidikan, pengalaman, serta
kemahiran yang dimiliki
oleh pengurus dan staf bawahan. Oleh itu, berkemungkinan strategi
yang dikemukakan akan
menjadi lebih dari satu strategi. Semua strategi yang dirasakan sesuai
disenaraikan dan dibawa
dalam suatu perbincangan bersama pihak atasan dan akan memilih
strategi yang terbaik
dan yang paling sesuai dengan kemampuan sesebuah organisasi.
Analisis dan Pemilihan
Strategi
Pemilihan sesuatu
strategi merupakan sesuatu proses yang penting dalam menentukan strategi
yang paling sesuai
dengan kemampuan organisai. Analisis dalam pemilihan membolehkan pengurus
membuat keputusan dengan lebih yakin dan tepat. Terdapat beberapa teknik dalam
menganalisis strategi sesebuah organisasi antaranya:
a) Gambaran senario masa
depan
b) Sinergi dan sumber
c) Jangka hayat produk
d) Kleuk pengalaman
e) Analisa pulangan
f) SWOT
g) Matriks – NDTS
h) Matriks pemasaran
Perlaksanaan Strategi
Dalam melaksanakan
sesuatu strategi, pengurus mestilah sentiasa memantau perjalanan dan
keberkesanan sesuatu
strategi. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pengurus
dalam melaksanakan
strategi antaranya:
a) Analisa perubahan
b) Matlamat tahunan
c) Pengurangan halangan
terhadap perubahan
d) Analisa struktur
organisasi
e) Analisis budaya
f) Analisis pengurus
dengan strategi
g) Analisis penggubalan
dasar
h) Pembahagian sumber
i)
Membina kepakaran sumber manusia
j)
Mengubah suai operasi
k) Menyemak insentif dan
ganjaran
Pengawalan
Pengawalan merupakan
satu tindakan yang dilakukan oleh pengurus bagi mencapai matlamat
organisasi. Pengurus
mestilah faham dan mengetahui objektif organisasi dengan jelas bagi
memastikan ahlinya
mematuhi segala kehendak dan arahan organisasi. Dlam melaksanakan
kawalan terdapat
beberapa langkah yang boleh digunakan iaitu:
a) Mengenal pasti prestasi
yang perlu diukur
b) Mengenal pasti piawaian
prestasi
c) Mengenal pasti prestasi
sebenar
d) Membandingkan dengan
prestasi sebenar
e) Melakukan tindakan
pembetulan
Maklum balas dan
Penilaian
Dengan adanya penilaian
dan maklum balas mengenai strategi yang dilaksanakan akan
membolehkan para
pengurus membuat pembetulan dan pembaikan kepada pengurusan sesebuah
organisasi. Pengurus
berpeluang untuk membuat perubahan strategi secara drastic sekiranya
strategi yang telah
digunakan tidak bersesuaian dan tidak mendatangkan keuntungan kepada
organisasi.
Perlaksanaan Strategi
Perlaksanaan
Strategi merupakan kesinambungan
daripada perbincangan sebelum ini iaitu
perancangan serta
pemilihan strategi yang sesuai dengan sesebuah organisasi. Walau
bagaimanapun, kejayaan
sesebuah organisasi bergantung kepada perlaksanaan strategi yang telah
dipilih. Sekiranya
pengurus telah menetapkan sesuatu strategi untuk
Digunakan namun tidak
ada perlaksanaan terhadap stratedi tersebut , ia turut menyebabkan
kegagalan kepada
sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang ingin mencapai objektif yang
telah ditetapkan
mestilah menjalankan satu proses formulasi sebelum melaksanakan strategi yang
dipilih. Perkaitan di
antara formulasi dan perlaksanaan amat ketara kerana kedua-duanya akan
menghasilkan kesan
kepada organisasi. Gabungan formulasi dan pelaksanaan telah menghasilkan
empat keadaan iaitu:
a) Berjaya , keadaan di
mana sesebuah organisasi yang mempunyai gabungan formulasi dan
pelaksanaan yang baik. Keadaan ini membantu kepada
produktiviti dan mengurangkan
risiko kerugian dalam sesebuah organisasi
b) Berpusing (Roulette).
Keadaan ini wujud apabila formulasi yang digunakan agak lemah
tetapi perlaksanaan yang dilakukan adalah baik. Oleh
yang demikian, ia akan
menyebabkan dua keadaan iaitu perlaksanaan yang baik
akan mengatasi kelemahan
formulasi dan akan memberi gambaran kepada pengurus
bahawa strategi yang digunakan
kurang sesuai dan mencari strategi yang lebih baik
lagi.
Keadaan kedua pula ialah apabila strategi yang
digunakan tidak berkesan maka formulasi
baru akan dibuat walaupun pada perlaksanaannya baik.
Ini berkemungkinan produktiviti
yang dihasilkan tidak begitu memuaskan. Keadaan ini
akan berterusan berpusing-pusing
sehingga produktiviti yang dikehendaki tercapai.
c) Sulit . situasi ini
wujud apabila sesuatu formulasi dilakukan dengan sangat baik walau
bagaimanapun pada perlaksanaannya sangat lemah. Ini
disebabkan pengurus hanya
menumpukan kepada pembuatan formulasi tetapi
mengabaikan perlaksanaan strategi.
Keadaan ini akan memberikan kesan yang negative kepada
sesebuah organisasi.
d) Gagal. Situasi ini
wujud akibat kelemahan dari segi formulasi dan kelemahan dari segi
perlaksanaan. Pengurus akan menghadapi kesukaran
membawa hala tuju sesebuah
organisasi. Situasi ini akan menyumbang kepada
kegagalan sesebuah organisasi.
Sepatutnya pengurus mesti memberi kesimbangan kepada
kedua-dua bahagian ini iaitu
formulasi dan perlaksanaan agar segala objektif yang
telah ditetapkan akan tercapai
sepenuhnya.
Kemahiran Perlaksanaan
Strategi
Dalam perlaksanaan
Strategi terdapat beberapa kemahiran yang perlu diketahui:
a) Kemahiran Interaksi
- Pengurus harus bijak menggunakan
kemahiran ini bagi
b) berinteraksi semasa
menjalankan aktiviti pengurusan. Ia bukan sahaja kemahiran
mempengaruhi staf untuk melaksanakan tugas pengarahan
serta pengawalan bah
melibatkan interaksi dalaman seperti keupayaan
memahami situasi dan perasaan staf dan
mampu mengadakan muzakarah sesama ahli demi kebaikan
organisasi
c) Kemahiran Pengagihan –
Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus
untuk membuat jadual tugas dan pembahagian masa, wang,
dan sumber lain dengan
cekap. Dengan kemahiran ini, pengurus dapat
mengelakkan pembaziran tenaga
berlebihan di unit lain dan dapat menyalurkan lebihan
tersebut ke unit lain.
d) Kemahiran Pengendalian
- kemahiran ini membolehkan pengurus
menangani
e) permasalahan yang tidak
dijangka dengan cepat dan efektif. Pengurus dapat
mengekspoitasi keadaan yang mendesak dengan lebih
tenang dan menyelamatkan
kedudukan organisasi.
f) Kemahiran
Mengorganisasikan - Kemahiran ini
memberikan kelebihan kepada pengurus
untuk mengatur ahli dalaman dalam organisasi.
Pengroganisasian yang cekap akan
mengelakkan kecelaruan dalam menjalankan tugas dan
memberikan panduan serta
diskripsi tugas yang jelas kepada staf. Pengurus yang
memiliki keempat-empat
kemahiran ini akan mampu mengendalikan sesebuah
organisasi dengan cemerlang dan
mampu mengatasi segala
masalah yang dihadapi.
Kesimpulan
Perancangan Strategik
merupakan suatu proses yang diambil dalam setiap organisasi serta
system yang didirikan
di dalamnya. Perancangan ini sangat berguna kepada para pengurus untuk
menentukan hala tuju
organisasi berdasarkan objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi untuk
jangka masa yang
panjang. Sesebuah organisasi yang cemerlang mempunyai satu system
pengurusan yang
sistematik. Selain itu juga Perancangan Strategik yang dilakukan dalam setiap
organisasi menjadikan
organisasi tersebut lebih teguh dan mempunyai kredibiliti yang sangat
tinggi sama ada dari
segi produktiviti, cara bekerja, cara menyelesaikan masalah serta membuat
keputusan.
Seharusnya setiap organisasi mengetahui
dan mendalami system Perancangan Strategik
ke
arah Pengurusan
Organisasi yang lebih strategic dan lebih berkesan. Walaupun penggunaan
Perancangan Strategik
di Negara kita sudah meluas kerana telah dibuktikan dengan pengingkatan
produktiviti sesebuah
organisasi, namun masih terdapat organisasi yang masih belum mencapai
tahap yang cemerlang
dari sudut pengurusannya. Oleh yang demikian, adalah menjadi
tanggungjawab seorang
pengurus untuk memastikan memiliki criteria lengkap untuk menjadi
seorang pengurus yang
hebat dengan mendalami ilmu pengurusan terutamanya ilmu Pengurusan
Strategi agar
produktiviti sesebuah organisasi / sekolah sentiasa di tahap yang membanggkan.
Bahan Rujukan :
1.
Zainal
Abidin Mohamed (1998).
Pengurusan
Strategik. UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd.
2.
www.ftsm.ukm.my/ibrahim/tm1923/TM1923%20Exploring%20Corporate%20...
4.
openlibrary.org/books/OL150497M/Pengurusan_strategik_di... Cached
PERANCANGAN STRATEGIK : SUMBER MANUSIA
PENGKHUSUSAN SUMBER MANUSIA – KEKURANGAN GURU
OPSYEN BAHASA
INGGERIS
ANALISA
SWOT:
KEKUATAN/ STRENGTH [S]
S1 -
Pentadbir sekolah memberi penekanan atas aktiviti peningkatan
kemahiran dan penambahan ilmu guru-guru dan staf.
S2 -
Pengetua mempunyai hubungan interpersonal yang baik dengan
guru.
S3 -
Unit Latihan terrlibat secara aktif dalam projek peningkatan ilmu.
S4 -
Semua guru adalah guru muda yang mempunyai komitmen tinggi
terhadap tugasan.
S5 -
Pentadbir sekolah mempunyai hubungan baik dengan rakan sejawat
yang sentiasa memberi kerjasama antara satu sama lain.
S6 – Budaya sekolah yang sentiasa menitik
beratkan kecemerlangan
KELEMAHAN/ WEAKNESSES [W]
W1 -
Prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
masih belum mencapai tahap yang cemerlang
W2 -
Pembelajaran kendiri dalam kalangan guru
amat rendah
W3 -
Sebahagian besar guru tidak mempunyai asas yang kukuh dalam
Bahasa Inggeris.
W4 -
Murid kurang berminat terhadap pelajaran khususnya bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
W5 -
Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru masih lemah.
W6 -
30% murid tidak bermotivasi
PELUANG / OPPORTUNITIES [O]
O1 -
Hubungan pihak sekolah yang erat dengan pihak PIBG.
O2-
Hubungan baik dengan ahli-ahli politik tempatan.
O3 -
Hubungan baik dengan sekolah-sekolah lain.
O4 -
Hubungan baik dengan pihak NGO dan swasta.
O5 -
Terdapat banyak kemudahan asas dalam lingkungan persekitaran
Sekolah
CABARAN/ CHALLANGE [T/C]
T1 -
Tahap kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pelajaran masih
rendah khususnya Bahasa Inggeris
T2 -
Rata-rata guru tiada asas Bahasa Inggeris yang kukuh.
T3 -
Guru opsyen Bahasa Inggeris daerah juga tidak mencukupi.
T4 -
Guru-guru muda yang sentiasa bertukar ganti disebabkan mengikut
suami atau isteri.
0 comments:
Post a Comment