“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Wednesday, November 4, 2015

PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN STRATEGIK

Firman Allah bermaksud:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi

 dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu

 menggentarkan musuh Allah , musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu

tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada

jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan
dianiayai.”
(maksud surah al-anfal:60)

            Pengurusan strategik memerlukan kita untuk membuat perencanaan bagi menentukan

matlamat (terutama, jangka panjang), menggariskan kaedah-kaedah dan tindakan-tindakan untuk

mencapai matlamat tersebut. Strategi diperlukan sebagai penggabungan dan penyepaduan

pelbagai sumber yang dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya.

Perencanaan juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan.


Definisi Pengurusan

Pengurusan dapat didefinisikan sebagai satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan

pengawalan dalam sesebuah organisasi bagi mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan.

Istilah pengurusan telah merujuk kepada satu set yang telah direka bentuk bagi meninggi dan

mengarahkah kerja-kerja dan tugasan yang telah ditentukan ( Ahmad Atory, 1996). Oleh itu,

setiap manusia merupakan pengurus sama ada secara langsung atau tidak langsung dan akan

terlibat dengan pengurusan walaupun  ia hanya menguruskan hal peribadinya sahaja. Pengurusan

juga boleh diertikan sebagai cara dan teknik-teknik yang diguna pakai dalam mengendalikan

sesebuah organisasi agar hasilnya menepati sasaran yang telah ditetapkan. Ia merupakan

gabungan beberapa bahagian organisasi kerja yang mana setiap bahagian akan memainkan
peranan penting dalam organisasinya. Oleh yang demikian, proses pengurusan merupakan

gabungan beberapa kegiatan organisasi seperti perancangan, penyusunan, pengarahan dan

pengawalan, seterusnya ia  akan membentuk set lengkap yang akan digunakan oleh pengurus

bagi memastikan setiap misi dan visi sesebuah organisasi akan berjaya.
   
  Pengurusan ialah satu proses social yang dibentuk untuk mendapatkan penyertaan dan

penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat yang paling

berkesan (Drucker, 1972)


Definisi Strategik

Istilah Strategik berasal daripada bahasa Greek “Strategos” yang boleh diertikan sebagai “Fungsi

Seorang Jeneral” ( Zainal Abidin , 2008). Dalam istilah ketenteraan, ia member erti “Kepakaran

Seorang Jeneral” menggunakan pelbagai cara dan teknik yang sesuai dalam menangani ancaman

musuh.

Dari sudut perancangan, strategik pula bermaksud seseorang pengurus menggunakan

beberapa strategi yang berkesan dalam menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik

yang sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ini meliputi beberapa perkara penting dalam sesebuah

organisasi termasuk misi dan visi sesebuah organisasi, objektif perancangan, program strategi

dan kaedah yang digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Strategik yang berkesan dan

sesuai bagi sesuatu masalah akan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah

organisasi. Sekiranya percaturan strategik yang digunakan tidak sesuai dan tidak menepati

kesesuaiannya maka ia akan menyebabkan berlakunya kerugian, pembaziran dan kemunduran

sesebuah organisasi.

The Art of Generalship. Sesuatu proses itu strategic apabila melibatkan pemilihan

tindakan yang terbaik untuk reason kepada persekitaran yang dinamik (Allison & Kaye, 2004)
Konsep Pengurusan Strategik

1.      Planning ( merancang )

2.      Organizing (mengelola )

3.      Leading  ( memimpin )

4.      Controlling ( mengawal )


Definisi Pengurusan Strategik

Ø  Dikaitkan dengan rancangan yang disusun kemas dan teratur dalam usaha mencapai

matlamat atau kejayaan sesebuah organisasi (Kamus Dewan, 2007)

Ø  Suatu proses pengurusan yang memberi tumpuan pada aspek jangka panjang sesebuah

organisasi dengan memberi penekanan secara berterusan pada operasi penggubalan,

pelaksanaan, dan penilaian strategi tertentu.

Ø  Suatu proses formulasi, implementasi, dan penilaian tindakan-tindakan yang akan

Ø  memastikan organisasi berupaya mencapai objektifnya. (David, 1986)

Ø  Aktiviti merancang, mengelola,memimpin dan mengawal yang disusun secara kemas dan

 teratur bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Ø  Dalam melaksanakan sebarang aktiviti, pengurusan strategik dilihat sebagai keperluan

asas dalam menjamin keberkesanan dan kejayaan organisasi tersebut

Ø  Merupakan salah satu elemen terpenting bagi setiap individu samaada sebagai pemimpin

 atau pengurus di sesebuah organisasi

Ø  Sebagai pentas bagi pengurus atau pentadbir untuk mengendalikan program-program

yang dilaksanakan di organisasi.

Ø  Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari secara teori,dapat diaplikasikan melalui

            program-program berasaskan konsep pengurusan strategik ini (Institut Aminuddin Baki,
            1999)


Mengapa Perancangan Strategik

         Mempunyai satu kerangka proses kerja yang sistematik untuk menterjemahkan misi, visi

dan strategi kepada aktiviti-aktiviti kerja harian

         Menghubungkan antara matlamat strategik dengan KPI bagi mengawal prestasi

 organisasi

         Meningkatkan keupayaan pemimpin untuk mengukur, mengawal strategi secara berkesan

bagi mencapai misi dan visi

         Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan masa, tenaga dan kos

         Membina satu kerangka kerja apa yang patut dilakukan untuk menentukan halatuju masa

depan organisasi

         Menyediakan ruang untuk semua ahli organisasi terlibat dan bertanggungjawab sama

 untuk mencapai matlamat organisasi

         Menjadikan organisasi lebih berfokus ( First thing first)

         Melakukan perkara yang betul dengan betul, untuk orang yang betul, pada tempat yang

betul, masa yang betul dan kos yang betul



Perancangan Strategik

Perancangan Strategik pula merupakan satu proses perancangan jangka masa panjang yang mana

 organisasi akan menentukan misi, visi dan objektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk

mencapai misi dan visi yang ditetapkan (       Muhamad Ali Embi, 2003). Ia juga dilihat sebagai

suatu penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan sesebuah organisasi

dan analisis luaran yang melibatkan analisis peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang boleh

member risiko kepada organisasi. Penggabungan ini akan memberikan satu dimensi baru kepada

seseorang pengurus untuk membuat analisis kritikal tentang kekuatan sesebuah organisasi dan

peluang-peluang yang wujud dalam membuat keputusan. Pengurusan Strategik wujud hasil

daripada cetusan Perancangan Strategik yang dijalankan dan ia mempunyai dua komponen

utama iaitu :

a)      Pengurusan Isu Strategik itu sendiri yang mana merupakan lanjutan daripada

Perancangan Strategik.

b)      Melengkapkan seseorang Esekutif dengan sifat yang sentiasa berwaspada dan

bersedia dalam menghadapi apa-apa kejadian di luar jangka dalam sesebuah

organisasi
     
  Komponen ini turut dikenali dengan Pengurusan Tak Disangka (Surprise Management).

Dengan adanya kedua-dua komponen ini maka seseorang pengurus akan dapat menangani segala

permasalahan yang timbul dan mampu mengurus sesebuah organisasi dengan lebih berdaya

saing dan maju.

Menurut Fidler, 2002, Proses formulasi perancangan strategik dan pelaksanaan

perancangan tersebut. Ini melibatkan proses analisis strategik, pemilihan strategik,

dan implementasi strategic.



Kepentingan Perancangan Strategik

Perancangan Strategik merupakan aset utama dan ia memainkan peranan yang sangat penting

dalam Pengurusan Strategik. Ia merupakan gambaran atau rangka kerja bagi seseorang pengurus

 untuk membuat, menjalankan aktiviti pengurusan dalam sesebuah organisasi (Mumtaz Began,

Norasiken, Norhayati, 2002).
      Perancangan ini juga membantu seseorang pengurus untuk membuat penilaian serta

keputusan yang berkaitan dengan hala tuju sesebuah organisasi. Terdapat beberapa kepentingan

 Perancangan Strategik di dalam organisasi yang dapat dikemukakan di sini antaranya:

1.      Pengurusan Yang Lebih Baik :

      Dengan adanya Perancangan Strategik, pengurus akan dapat membentuk suatu konsep

 yang jelas dan lengkap bagi sesebuah organisasi. Proses ini akan membantu para pengurus

 untuk menilai kekuatan dalam serta kekuatan luaran organisasinya dalam menangani

cabaran. Dengan perancangan ini, matlamat serta objektif sesebuah organisasi akan lebih

jelas dan memudahkan pengurusan untk membuat keputusan bagi mencapai matlamat

tesebut. Sekiranya Perancangan Strategik tidak dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi,

maka kesannya ialah pengurus akan menghadapi masalah dalam penentuan objektif serta

penetapan matlamat yang harus dicapai oleh organisasi tersebut. Apabila sesebuah organisasi

tidak mempunyai hala tuju dan matlamat yang harus dicapai maka operasi yang wujud di

dalam organisasi tersebut tidak mengikut landasan yang diharapkan. Ia akan menyebabkan

kegagalan dalam menguruskan sesebuah organisasi. Kegagalan ini akan menyebabkan

berlakunya kemerosotan produktiviti sesebuah organisasi dan menyebabkan organisasi

tersebut gagal berdiri sama tinggi dengan organisasi-oganisasi lain.

2.      Bertindak Balas Kepada Perubahan Persekitaran :

Dengan adanya Perancangan Strategik, pengurus akan dapat menangani masalah yang
     
      tidak dijangka sekiranya persekitaran berubah. Ini kerana Perancangan Strategik telah

      membantu para pengurus dalam membuat persiapan awal bagi menangani permasalahan     

      tersebut. Pengurusan akan membuat  keputusan berdasarkan situasi terkini untuk keperluan di

       masa hadapan. Contohnya, sekiranya situasi organisasi dalam keadaan yang agak perlahan,

      maka pengurus  boleh menetapkan matlamat organisasinya berdasarkan pengalaman masa

     lalu yang berkaitan.  Walau bagaimanapun, pada masa ini arus peruvahan situasi tidak
   
      dapat dijangka dengan tepat kerana ia berlaku terlalu pantas mengikut  perkembangan zaman

      teknologi yang canggih. Oleh itu, pengurus perlu lebih kreatif dalam mencatur strategi bagi

     mengatasi masalah tersebut. Dengan mengandaikan permasalahan mungkin akan timbul
    
     akibat perubahan persekitaran. Pengurus dapat menyediakan beberapa langkah-langkah

     menangani masalah sebagi persiapan awal dan dapat mencongak peluang-peluang yang

     mungkin wujud dari perubahan- perubahan persekitaran tersebut.



Elemen-elemen Dalam Perancangan Strategik

Perancangan Strategik mempunyai beberapa elemen penting bagi memastikan perancangan yang

dibuat bertepatan dengan kehendak dan objektif sesebuah organisasi. Kepincangan salah satu

elemen dalam Perancangan Strategik akan mengganggu perjalanan perancangan ini (Zainal

Abidin, 1998). Sekiranya perancangan Strategik tidak dapat dilaksanakan maka risiko yang bakal

dihadapi oleh seseorang pengurus akan menjadi bertambah besar. Bahkan ia mungkin

menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam sesebuah organisasi. Antara elemen-elemen yang

wujud dalam Perancangan Strategik ini ialah :

1.      Misi dan Visi :

Setiap organisasi mempunyai Misi danVisi tersendiri. Penetapan Misi dan Visi sesebuah
      
             organisasi akan membantu memandu hala tuju sesebuah organisasi. Pencapaian Misi dan

Visi yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi menunjukkan bahawa organisasi tersebut

telah Berjaya dan berada di landasan yang diharapkan. Dalam menyatakan Misi dan Visi,

beberapa prinsip harus diteliti dalam membuat pernyataannya iaitu mengenal pasti
Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan Peluang (SWOT / KLAP) dalam sesebuah
organisasi. Pengurus perlu menilai beberapa factor yang berkaitan dengan SWOT agar

pernyataan Misi dan Visi sesebuah organisasi bertepatan dengan objektif organisasi

tersebut. Selain itu, pernyataan yang dibuat mestilah mudah difahami oleh semua warga

sekolah dan tidak terlalu umum dan tidak terlalu spesifik. Sekiranya pengurus

menggunakan bahasa yang sukar difahami dikhuatiri objektif organisasi tersebut tidak

akan tercapai. Mengikut kajian ahli-ahli Pengurusan, 25 patah perkataan merupakan

bilangan perkataan yang ideal dan mudah diingat oleh para pekerja dalam menyatakan

Misi sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, pernyataan Misi haruslah ringkas, padat,

dan mudah diingati.
    
 Kepentingan Misi mempunyai peranan yang tersendiri dalam sesebuah

organisasi. Antaranya ialah Misi sebagai agen yang mengawal perjalanan sesebuah

organisasi di mana hala tuju sesebuah organisasi akan mengikut kehendak Misi yang

telah ditetapkan. Selain itu, peranan Misi ialah sebagai rujukan untuk menentukan

sumber yang diperlukan bagi menggerakkan jentera sesebuah organisasi dan pengagihan

sumber manusia boleh dilaksanakan berdasarkan keperluan Misi sesebuah organisasi.

Dengan cara ini, pengagihan sumber manusia akan memenuhi keperluan sesebuah unit

dan dapat mengelakkan pembaziran sumber manusia. Misi yang dinyatakan juga akan

mempengaruhi cara seseorang pengurus mengeksploitasi peluang-peluang yang wujud di

persekitarannya. Kecekapan pengurus menggunakan kelebihan ini, akan memberikan

kelebihan berbanding pengurus lain yang kurang berkemampuan dalam bidang ini.

Kelebihan ini  bukan sahaja menjamin suatu pengurusan yang baik bahkan akan

membantu mengingkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
     
Nilai Strategik merupakan salah satu elemen yang penting dalam Perancangan

Strategik. Ia dilaksanakan oleh ahli Strategi di dalam sesebuah organisasi. Setiap strategi

yang dirancang akan mengandungi nilai-nilai yang berbeza berdasarkan beberapa kriteria

berikut :
a) minat                                   d) kematangan
b) pendidikan                     e) kemasyarakatan
c)pergaulan

      Pada kelazimannya, tidak semua ahli dalam organisasi terlibat dalam

penentuan strategi sesebuah organisasi. Ahli strategi yang terlibat dalam

perbincangan menentukan hala tuju organisasi sesebuah sekolah ialah seperti

Guru Besar/ Pengetua dan Guru- guru Penolong Kanan.

Kelulusan dan kebenaran sebelum sesuatu perancangan dapat

diaplikasikan dalam sesebuah organisasi mestilah diperoleh daripada seluruh

warga organisasi. Ini kerana perlaksanaan strategi tersebut akan melibatkan

semua ahli yang terdapat di dalam sesebuah organisasi sama ada dari ahli

bawahan sehingga ke pentadbiran. Sekiranya strategi yang dirancang

dipersetujui, maka pengurus akan menggunakan pendekatan yang terbaik

untuk menyediakan satu pasukan kerja yang memiliki matlamat bagi

mencapai segala objektif yang digariskan. Pengurus akan membuat

pengarahan kepada penggunan strategi tertentu seterusnya membuat

pengawalan kepada ahlinya agar sentiasa mematuhi peraturan dan kehendak

organisasi bagi memastikan segala objektif sesebuah organisasi dapat dicapai

dengan jayanya (Abd Aziz, 2003).


Elemen Utama Analisis Persekitaran:

SWOT – Faktor Dalaman  :   murid , guru, Guru Besar, kemudahan tool
                    
    Faktor Luaran     :   rakan sejawat, PIBG, Komuniti/agensi,
                                                    PPD/JPN/KPM


Proses Perancangan Strategik

7 Proses Perancangan Strategik:
1.      Persediaan perancangan
2.      Analisis mandate
3.      Menjelaskan hala tuju institusi, visi, misi dan nilai
4.      Analisis persekitaran
5.      Isu, matlamat, petunjuk prestasi utama, sasaran dan objektifI
6.      Penjanaan strategi, pelan tindakan dan pelan operasi
7.      Perlaksanaan Perancangan Strategik

Proses Perancangan Strategik merupakan satu susunan tindakan yang gakan menghasilkan

beberapa keputusan strategic dan diikuti dengan tindakan perlaksanaan, pengawalan dan

mendapatkan maklum balas mengenai strategi yang telah digunakan. Mengikut Zainal Abidin

Mohamad (1994), proses Perancangan Strategik boleh dikatogerikan kepada beberapa peringkat

seperti berikut:

1.      Analisis Persekitaran Am:

Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti keadaan sekeliling yang bakal dihadapi oleh

sesebuah organisasi dari segi ancaman dan peluang yang wujud. Ini termasuk analisis

sosiobudaya setempat yang mempengaruhi persekitaran. Selain itu, scenario politik juga

dianalisis bagi mengetahui tahap kestabilan negara serta penguatkuasaan undang-undang

Negara yang meliputi hak-hak warga sekolah khasnya murid dan staf, keselamatan, kuota

sesuatu barangan, pemilihan lokasi dan sebagainya. Teknologi terkini juga turut menjadi

agenda utama yang dianalisis kerana perkembangan teknologi pada hari ini terlalu pantas

dan terlalu banyak perubahan serta peningkatan tahap kecekapan sesebuah organisasi

dengan bantuan alat yang berteknologi tinggi, kecemerlangan murid-murid juga boleh

dibantu dengan penggunaan ICT. Oleh itu, pengaruh daripada persekitaran akan

memberikan peluang kepada pengurus atau sebaliknya menjadi ancaman kepada

pengurus tersebut dalam mengendalikan sesebuah organisasi.

2.      Perancangan Senario

Perancangan Senario merupakan peramalan serta pengandaian kepada sesuatu scenario

yang mungikin dihadapi oleh sesebuah organisasi dengan menggunakan kaedah

antaranya:

a)      Kaedah Rip Van Wingkle iaitu membuat ramalan terhadap keadaan persekitaran

untuk tempoh masa tiga hingga lima tahun akan datang dan mengandaikan pengurus

sedang tidur dan akan bangun semula selepas waktu tersebut. Scenario ini

mengandaikan apakah yang akan terjadi dalam tempoh masa tertentu dan berusaha

membuat perancangan yang sesuai untuk menanganinya kelak.

b)      Perancangan Senario Terpimpin iaitu beberapa individu yang berpengalaman

bersidang dan membentangkan gambaran tentang persekitaran semasa yang diketahui

umum. Mereka akan mencadangkan beberapa scenario yang lebih baik untuk

dibincangkan bersama

c)      Perancangan Senario Terarah pula didapati ketua sesebuah organisasi itu sendiri yang

akan memaklumkan Perancangan Strategik yang diambil berdasarkan senario yang

wujud. Hanya ketua pengurus yang berpengalaman mempunyai hubungan yang

meluas dengan semua staf serta berwibawa mampu memberikan ramalannya terhadap

senario yang diandaikannya. Pada kebiasaannya Ketua Pengurus akan berbincang

dengan Penolong Pengurus sebelum mengumumkan Perancangan Strategiknya

kepada ahli dalam organisasinya.


Analisis Persekitaran Sekolah/ Organisasi  

Analisis persekitaran dilakukan untuk meninjau beberapa komponen yang dilihat dapat

mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang beroperasi dalam pasaran terbuka

antaranya:

a)      Pembeli                                   d) Barang Pengganti
b)      Pembekal                                 e) Kumpulan Sasaran
c)      Pesaing                                    f ) Bakal Pesaing


Analisis Dalaman

Analisis dalaman merupakan analisis terhadap maklumat yang diperoleh daripada sesebuah

organisasi itu sendiri, ia  melibatkan kemampuan serta kekuatan dalaman sesebuah organisasi

dengan mengambil kira segala kos operasi, kos tetap, pengurusan, perbelanjaan latihan,

penyelidikan, kedudukan organisasi dan sebagainya. Analisis ini digunakan untuk mencatur

strategi yang lebih sesuai berdasarkan kemampuan sesebuah organisasi. Antara beberapa

bahagian yang terlibata secara langsung dalam membuat analisis ialah :

a)      Bahagian kewangan
b)      Bahagian pengeluaran
c)      Bahagian Sumber Manusia
d)     Bahagian pemasaran


Penyenaraian Strategi Alternatif 

Dalam sesebuah organisasi, terdapat pelbagai latar belakang pendidikan, pengalaman, serta

kemahiran yang dimiliki oleh pengurus dan staf bawahan. Oleh itu, berkemungkinan strategi

yang dikemukakan akan menjadi lebih dari satu strategi. Semua strategi yang dirasakan sesuai

disenaraikan dan dibawa dalam suatu perbincangan bersama pihak atasan dan akan memilih

strategi yang terbaik dan yang paling sesuai dengan kemampuan sesebuah organisasi.


Analisis dan Pemilihan Strategi

Pemilihan sesuatu strategi merupakan sesuatu proses yang penting dalam menentukan strategi

yang paling sesuai dengan kemampuan organisai. Analisis dalam pemilihan membolehkan pengurus membuat keputusan dengan lebih yakin dan tepat. Terdapat beberapa teknik dalam menganalisis strategi sesebuah organisasi antaranya:
a)      Gambaran senario masa depan
b)      Sinergi dan sumber
c)      Jangka hayat produk
d)     Kleuk pengalaman
e)      Analisa pulangan
f)       SWOT
g)      Matriks – NDTS
h)      Matriks pemasaran

Perlaksanaan Strategi

Dalam melaksanakan sesuatu strategi, pengurus mestilah sentiasa memantau perjalanan dan

keberkesanan sesuatu strategi. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pengurus

dalam melaksanakan strategi antaranya:

a)      Analisa perubahan
b)      Matlamat tahunan
c)      Pengurangan halangan terhadap perubahan
d)     Analisa struktur organisasi
e)      Analisis budaya
f)       Analisis pengurus dengan strategi
g)      Analisis penggubalan dasar
h)      Pembahagian sumber
i)        Membina kepakaran sumber manusia
j)        Mengubah suai operasi
k)      Menyemak insentif dan ganjaran

Pengawalan

Pengawalan merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh pengurus bagi mencapai matlamat

organisasi. Pengurus mestilah faham dan mengetahui objektif organisasi dengan jelas bagi

memastikan ahlinya mematuhi segala kehendak dan arahan organisasi. Dlam melaksanakan

kawalan terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan iaitu:


a)      Mengenal pasti prestasi yang perlu diukur
b)      Mengenal pasti piawaian prestasi
c)      Mengenal pasti prestasi sebenar
d)     Membandingkan dengan prestasi sebenar
e)      Melakukan tindakan pembetulan

Maklum balas dan Penilaian

Dengan adanya penilaian dan maklum balas mengenai strategi yang dilaksanakan akan

membolehkan para pengurus membuat pembetulan dan pembaikan kepada pengurusan sesebuah

organisasi. Pengurus berpeluang untuk membuat perubahan strategi secara drastic sekiranya

strategi yang telah digunakan tidak bersesuaian dan tidak mendatangkan keuntungan kepada

organisasi.


Perlaksanaan Strategi

Perlaksanaan Strategi  merupakan kesinambungan daripada perbincangan sebelum ini iaitu

perancangan serta pemilihan strategi yang sesuai dengan sesebuah organisasi. Walau

bagaimanapun, kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada perlaksanaan strategi yang telah

dipilih. Sekiranya pengurus telah menetapkan sesuatu strategi untuk

Digunakan namun tidak ada perlaksanaan terhadap stratedi tersebut , ia turut menyebabkan

kegagalan kepada sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang ingin mencapai objektif yang

telah ditetapkan mestilah menjalankan satu proses formulasi sebelum melaksanakan strategi yang

dipilih. Perkaitan di antara formulasi dan perlaksanaan amat ketara kerana kedua-duanya akan

menghasilkan kesan kepada organisasi. Gabungan formulasi dan pelaksanaan telah menghasilkan

empat keadaan iaitu:

a)      Berjaya , keadaan di mana sesebuah organisasi yang mempunyai gabungan formulasi dan

pelaksanaan yang baik. Keadaan ini membantu kepada produktiviti dan mengurangkan

risiko kerugian dalam sesebuah organisasi

b)      Berpusing (Roulette). Keadaan ini wujud apabila formulasi yang digunakan agak lemah

tetapi perlaksanaan yang dilakukan adalah baik. Oleh yang demikian, ia akan

menyebabkan dua keadaan iaitu perlaksanaan yang baik akan mengatasi kelemahan

formulasi dan akan memberi gambaran kepada pengurus bahawa strategi yang digunakan

kurang sesuai dan mencari strategi yang lebih baik lagi.

Keadaan kedua pula ialah apabila strategi yang digunakan tidak berkesan maka formulasi

baru akan dibuat walaupun pada perlaksanaannya baik. Ini berkemungkinan produktiviti

yang dihasilkan tidak begitu memuaskan. Keadaan ini akan berterusan berpusing-pusing

sehingga produktiviti yang dikehendaki tercapai.

c)      Sulit . situasi ini wujud apabila sesuatu formulasi dilakukan dengan sangat baik walau

bagaimanapun pada perlaksanaannya sangat lemah. Ini disebabkan pengurus hanya

menumpukan kepada pembuatan formulasi tetapi mengabaikan perlaksanaan strategi.

Keadaan ini akan memberikan kesan yang negative kepada sesebuah organisasi.

d)     Gagal. Situasi ini wujud akibat kelemahan dari segi formulasi dan kelemahan dari segi

perlaksanaan. Pengurus akan menghadapi kesukaran membawa hala tuju sesebuah

organisasi. Situasi ini akan menyumbang kepada kegagalan sesebuah organisasi.

Sepatutnya pengurus mesti memberi kesimbangan kepada kedua-dua bahagian ini iaitu

formulasi dan perlaksanaan agar segala objektif yang telah ditetapkan akan tercapai

sepenuhnya.

Kemahiran Perlaksanaan Strategi

Dalam perlaksanaan Strategi terdapat beberapa kemahiran yang perlu diketahui:

a)      Kemahiran Interaksi -  Pengurus harus bijak menggunakan kemahiran ini bagi
b)      berinteraksi semasa menjalankan aktiviti pengurusan. Ia bukan sahaja kemahiran
mempengaruhi staf untuk melaksanakan tugas pengarahan serta pengawalan bah

melibatkan interaksi dalaman seperti keupayaan memahami situasi dan perasaan staf dan

mampu mengadakan muzakarah sesama ahli demi kebaikan organisasi

c)      Kemahiran Pengagihan – Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus

untuk membuat jadual tugas dan pembahagian masa, wang, dan sumber lain dengan

cekap. Dengan kemahiran ini, pengurus dapat mengelakkan pembaziran tenaga

berlebihan di unit lain dan dapat menyalurkan lebihan tersebut ke unit lain.

d)     Kemahiran Pengendalian -  kemahiran ini membolehkan pengurus menangani

e)      permasalahan yang tidak dijangka dengan cepat dan efektif. Pengurus dapat

mengekspoitasi keadaan yang mendesak dengan lebih tenang dan menyelamatkan

kedudukan organisasi.

f)       Kemahiran Mengorganisasikan -  Kemahiran ini memberikan kelebihan kepada pengurus

untuk mengatur ahli dalaman dalam organisasi. Pengroganisasian yang cekap akan

mengelakkan kecelaruan dalam menjalankan tugas dan memberikan panduan serta

diskripsi tugas yang jelas kepada staf. Pengurus yang memiliki keempat-empat

kemahiran ini akan mampu mengendalikan sesebuah organisasi dengan cemerlang dan

mampu mengatasi segala masalah yang dihadapi.


Kesimpulan

Perancangan Strategik merupakan suatu proses yang diambil dalam setiap organisasi serta

system yang didirikan di dalamnya. Perancangan ini sangat berguna kepada para pengurus untuk

menentukan hala tuju organisasi berdasarkan objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi untuk

jangka masa yang panjang. Sesebuah organisasi yang cemerlang mempunyai satu system

pengurusan yang sistematik. Selain itu juga Perancangan Strategik yang dilakukan dalam setiap
organisasi menjadikan organisasi tersebut lebih teguh dan mempunyai kredibiliti yang sangat

tinggi sama ada dari segi produktiviti, cara bekerja, cara menyelesaikan masalah serta membuat

keputusan.

      Seharusnya setiap organisasi mengetahui dan mendalami system Perancangan Strategik  ke

arah Pengurusan Organisasi yang lebih strategic dan lebih berkesan. Walaupun penggunaan

Perancangan Strategik di Negara kita sudah meluas kerana telah dibuktikan dengan pengingkatan

produktiviti sesebuah organisasi, namun masih terdapat organisasi yang masih belum mencapai

tahap yang cemerlang dari sudut pengurusannya. Oleh yang demikian, adalah menjadi

tanggungjawab seorang pengurus untuk memastikan memiliki criteria lengkap untuk menjadi

seorang pengurus yang hebat dengan mendalami ilmu pengurusan terutamanya ilmu Pengurusan

Strategi agar produktiviti sesebuah organisasi / sekolah sentiasa di tahap yang membanggkan.












Bahan Rujukan :

1.    Zainal Abidin Mohamed (1998).
Pengurusan Strategik. UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd.

2.    www.ftsm.ukm.my/ibrahim/tm1923/TM1923%20Exploring%20Corporate%20...

3.    ml.scribd.com/doc/2288694/pengurusan-strategik   Cached

4.    openlibrary.org/books/OL150497M/Pengurusan_strategik_di...   Cached

PERANCANGAN STRATEGIK  : SUMBER MANUSIA

PENGKHUSUSAN SUMBER MANUSIA – KEKURANGAN GURU OPSYEN BAHASA
                                                                            INGGERIS


ANALISA SWOT:

KEKUATAN/ STRENGTH [S]
S1 -  Pentadbir sekolah memberi penekanan atas aktiviti peningkatan  
         kemahiran dan penambahan ilmu guru-guru dan staf.
S2 -  Pengetua mempunyai hubungan interpersonal yang baik dengan
         guru.
S3 -  Unit Latihan terrlibat secara aktif dalam projek peningkatan ilmu.
S4 -  Semua guru adalah guru muda yang mempunyai komitmen tinggi
         terhadap tugasan.
S5 -  Pentadbir sekolah mempunyai hubungan baik dengan rakan sejawat         
         yang sentiasa memberi kerjasama antara satu sama lain.
S6 – Budaya sekolah yang sentiasa menitik beratkan kecemerlangan


KELEMAHAN/ WEAKNESSES [W]
 
W1 -  Prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris   
          masih belum mencapai tahap yang cemerlang
W2 -   Pembelajaran kendiri dalam kalangan guru  amat rendah
W3 -   Sebahagian besar guru tidak mempunyai asas yang kukuh dalam
           Bahasa Inggeris.
W4 -   Murid kurang berminat terhadap pelajaran khususnya bagi mata
           pelajaran Bahasa Inggeris.
W5 -   Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru  masih lemah.
W6 -   30% murid tidak bermotivasi
 

PELUANG / OPPORTUNITIES [O]

O1 -  Hubungan pihak sekolah yang erat dengan pihak PIBG.
O2-   Hubungan baik dengan ahli-ahli politik tempatan.
O3 -  Hubungan baik dengan sekolah-sekolah lain.
O4 -  Hubungan baik dengan pihak NGO dan swasta.
O5 -  Terdapat banyak kemudahan asas dalam lingkungan persekitaran  
         Sekolah






CABARAN/ CHALLANGE  [T/C]
 
T1 -    Tahap kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pelajaran masih
           rendah khususnya Bahasa Inggeris
T2 -    Rata-rata guru tiada asas Bahasa Inggeris yang kukuh.
T3 -    Guru opsyen Bahasa Inggeris daerah juga tidak mencukupi.
T4 -    Guru-guru muda yang sentiasa bertukar ganti disebabkan mengikut

           suami atau isteri.

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB