PENGENALAN
1.1
Definisi Organisasi
Organisasi
adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan
kelebihan
yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi
mencapai
matlamat yang sama (Robbins, 2003). Pencapaian matlamat organisasi
pula
adalah bergantung kepada dua elemen iaitu elemen kemanusiaan dan elemen
bukan
kemanusiaan. Elemen kemanusiaan adalah seperti akauntabiliti dan
komitmen
terhadap organisasi. Manakala elemen bukan kemanusiaan seperti
proses,
polisi, struktur dan teknologi. Kedua-dua elemen ini akan mempengaruhi
tingkah
laku dalam organisasi sama ada secara individu atau kumpulan terhadap
pencapaian organisasi(Abd. Aziz,
2003).
Menurut
Robbins (2005) tingkah laku organisasi didefinisikan sebagai satu
bidang
kajian yang menyelidik impak gelagat yang dihasilkan oleh individu,
kumpulan
dan struktur di dalam organisasi bertujuan untuk mengaplikasikan
pengetahuan
tertentu bagi menjamin kemajuan dan kecekapan sebuah organisasi.
Manakala
menurut Martin (2005) tingkah laku
organisasi dirujuk kepada sikap dan
1
1peribadi
individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi. Sementara George &
Jones
(1996) mendefinisikan tingkah laku organisasi sebagai satu bidang yang
memberikan
penumpuan kepada peningkatan pengetahuan dengan menggunakan
kaedah saintifik ke atas semua manusia
yang menganggotai organisasi.
Peranan
sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan adalah berbeza daripada
kebanyakan
organisasi-organisasi yang biasa. Perkhidmatan pendidikan lebih
kepada
menyebarkan ilmu pengetahuan dan cenderung menolong insan untuk
mendapatkan
ilmu pengetahuan manakala perniagaan biasa lebih kepada membuat
keuntungan kepada organisasi
masing-masing (Hazman Fitri, 2000).
Menurut
Dipaola dan Hoy (2000) kerelaan ahli-ahli organisasi untuk
menyumbangkan
usaha melangkaui tanggungjawab kerja formal adalah komponen
yang
diperlukan untuk menjadikan sesebuah organisasi itu efektif dari segi
pencapaian.Menurut
Markoczy dan Xin (2004) pula sesebuah organisasi tidak boleh
berjaya
jika ahli-ahlinya tidak mengamalkan semangat kewarganegaraan yang baik
dan melaksanakan segala gelagat
organisasi yang positif.
1.2
Definis Sekolah Rendah
Menurut
Kamus Dewan (2007), sekolah rendah bermaksud sekolah permulaan
untuk
kanak-kanak. Mengikut sistem pendidikan di Malaysia, kanak-kanak yang
berumur
7 tahun diwajibkan mula menerima pendidikan rendah selama enam tahun
di
sekolah rendah. Tujuan pendidikan rendah ialah untuk mengadakan pendidikan
asas
di peringkat rendah kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka menulis,
mengira
dan membaca dengan berkesan bagi melengkapkan diri mereka
melanjutkan pelajaran sekolah menengah.
2
2.LATAR
BELAKANG ORGANISASI DAN PENTADBIRAN SEKOLAH DI MALAYSIA
Sistem
pendidikan berpusat yang diselia dan dikawal oleh empat (4) organisasi
–Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
–Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
–Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
–Sekolah
•Di
Sarawak dan Sabah, terdapat beberapa bahagian atau unit di peringakat kawasan
dan daerah
3.SEKOLAH
SEBAGAI SATU ORGANISASI
Keahlian yang tetap dan benar (fixed and real)
•Struktur
sosial yang formal (terdapat carta alir struktur organisasi)
–birokrasi
•Interaksi sosial yang padu (cohesive)
•Kekitaan (belongingness)
•Budaya yang tersendiri (distinctive)
•Standardisasi
•Stabil dan bersatu (stable and united)
•Peranan
yang umum dan khusus
• Bahagian pentadbiran yang teratur antara
kakitangan dan jabatan
•Hierarki antara jabatan dengan jawatan dan kuasa yang
berbeza dan berperingkat
•Jaringan
hubungan yang formal dan tidak formal
4.RASIONAL ORGANISASI
*Mencapai
matlamat yang khusus
*Setiap
individu atau unit dapat memainkan peranan masing-masing secara
berkesan
3
*Matlamatnya
menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan
sesorang individu dari semua
aspek-jasmani,akal,emosi,sosial dan moral
*Maka
individu dalam organisasi akan menjalankan tugas demi kepentingan
masyarakat dan negara
5. KONSEP SEKOLAH SEBAGAI ORGANISASI
PEMBELAJARAN
*Suatu
pertubuhan yang dibentuk untuk member khidmat kepada ahli-ahlinya
*Entiti
social formal atau tidak formal di mana ahli-ahlinya sepakat dan
mempunyai
matlamat bersama
*Mempunyai
satu aliran aktiviti yang direka bentuk untuk dikongsi
Ia
mengandungi system dan nilai ,iaitu:
(a) Darjah dan peraturan yang membina
status hidup manusia
(b) Menggariskan idea dan matlamat hidup
yang menjadi pegangan ;dan
(c ) mempengaruhi pertimbangan ahli
menentukan cara dan gaya hidup (Taylor,1961)
Organisasi sekolah mempunyai ciri-ciri
berpusatkan matlamat,struktur organisasi
dan interaksi antara ahli. SENGRE,1990
mendefinisikan organisasi pembelajaran
sebagai satu model bagaimana
organisasi patut distrukturkan untuk mencapai
pembelajaran
yang maksimum.
6.LIMA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REKABENTUK
ORGANISASI SEKOLAH
(a) Strategi
Sebagai
penentu asas kepada objektif jangka panjang ataupun jangka
pendek.Sekiranya
pengurus membuat sebarang perubahan yang signifikan
dalam
struktur organisasi juga akan berubah bagi menangani perubahan
tersebut..
4
(b) Saiz organisasi
Merujuk
kepada bilangan orang yang digaji atau dibayar bekerja di
dalamnya.Semakin
besar ,organisasi menjadi semakin kompleks.
©
Teknologi
Merupakan
satu aspek penting bagi kemajuan sesbuah organisasi kerana
teknologi
menambahkan kecekapan menukarkan input kepada output.
(
d ) Persekitaran
Fungsi
organisasi yang begitu sensitive kepada persekitaran,menyebabkan
sesbuah
organisasi sangat bergantung kepada apa yang berlaku di
persekitaran.Umpamanya
fenomena globalisasi,kehendak ibu bapa yang
semakin
prihatin dengan kepentingan sains dan teknologi ,tekanan kesatuan
sekerja
dan sebagainya.
(e)
Kawalan Kuasa
Pilihan
atau rupa struktur banyak juga bergantung kepada siapa yang
mempunyai
kuasa,kerana mereka ini boleh menentukan sama ada ia memilih
struktur yang berisiko tinggi ,dengan sebab alas an
masing-masing.
7. MODEL
STRUKTUR MINTZBERG
Model
Struktur Mintzberg memenuhi kerangka asas sesebuah organisasi
termasuk
sekolah.Bahagian-bahagian asas tersebut adalah seperti berikut:
*Kemuncak
Strategi
Ia terdiri
daripada pengurus di peringkat atasan yang bertanggungjawab
terhadap
keseluruhan organisasi seperti pengarah,pengerusi dan sebagainya.Di
sekolah
terdiri dari pengetua dan guru-guru penolong kanan.
5
*Barisan
Pertengahan
Pengurus
yang menghubungkan pihak pengedalian dengan puncak strategi
seperti
pengurus-pengurus bahagian,unit dan sebagainya.Di sekolah terdapat
ketua
jabatan dan ketu panitia yang dilantik secara rasmi.
*Teknostruktur
Para juru
analisis yang mempunyai tanggungjawab terhadap kepiawaian dan
impaknya
kepada organisasi.Di sekolah,tidak ada komponen khas teknostruktur
ini,melainkan
ketika projek professional tertentu hendak diadakan (dilantik dari
kalangan
guru misalnya).
*Kakitangan
Sokongan
Mereka
yang memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada
organisasi
termasuk pengawal keselamatan,pekerja kebersihan,pengusaha
kantin
dan lain-lain di sekolah.
*Teras
Pengendalian
Para
pekerja yang secara langsung melakukan kerja-kerja asas pengeluaran
(core-business)seperti
guru di sekolah.
8. Ciri-ciri
Dalam Organisasi Sekolah
(a) Tujuan
(b) Pengkhususan
(c) Keseragaman Kelakuan
(d) Koordinasi
(e) Arahan
6
(f)
Aktiviti
(g) Teknologi dan sebagainya
Kesemua
ciri ini diselaraskan secara kolektif untuk mencapai objektif
bersama.Aktiviti-aktiviti
misalnya diseimbangkan supaya tidak berlaku
pembaziran
seperti pertindihan kerja atau tugas.Bagi menjamin ini berlaku,satu
struktur
yang formal dibentuk bagi menyelaraskan berjalan lancer dan berkesan.
9. Elemen-elemen
Dalam Organisasi
(a) Pengkhususan
Pengkhususan
merujuk kepada penetapan tugas kepada individu atau kumpulan
berpandukan
criteria tertentu.Umpamanya mengurus kewangan atau mentadbir
pusat
sumber.
(b) Keseragaman
Keseragaman merujuk kepada prosedur dan kaedah atau pendekatan
melakukan sesuatu tugas dalam bentuk
yang sama atau selari.Umpamanya
mengajar dalam
bilik darjah menggunakan kurikulum yang dibekalkan.
© Koordinasi
Koordinasi merupakan usaha
mencantumkan aktiviti pelaksanaan yang berbeza
supaya menepati kehendak jangka
masa,kualiti produk dan tidak mengganggu
bahagian-bahagian yang lain.Misalnya
koordinasi di antara “ujian selaras” oleh
jawantankuasa peperiksaan dengan
membereskan sukatan pelajaran oleh panitia
mata pelajaran.
7
(d ) Autoriti/Pemusatan
Merujuk
kepada kebenaran membuat keputusan dan tindakan.Biasanya berlaku
pemusatan
apabila pengurus atasan sahaja yang membuat
keputusan,sementara
yang lain menjalankan arahan yang diberikan,melainkan
berlaku
proses pendautamaan.
10. KESIMPULAN
Organisasi
sekolah adalah sistem yang bergerak dan berperanan dalam
merumuskan
tujuan perkembangan manusia sebagai mahluk social agar mampu
berinteraksi
dengan rakan sebaya atau dunia luar.
RUJUKAN
1.Jaafar
Muhamad,Kelakuan Organisasi,Kuala Lumpur
2.www.sabah.edu.my/skanib2/v4/organisasi.html
3.eprints.utm.my/6561/4/MaisuraMP041307d07TTTCHAP1.pdf
4.amirhamzah010293.blogspot.com/.../makalah
0 comments:
Post a Comment